Hari ni hari ketiga Ramadhan.
Semalam pukul 11 mlm dah cuba tidur tiba tiba jam 1 pagi hingga 3 pagi kaki kejang dan tak boleh berjalan langsung. Ambil minyak panas dan sapu. Hanya air mata yang menemani ku.
Minta doa kepada Allah SWT nak bangun untuk ber qhiamullail jam 4 pagi setiap hari. Tapi ujian Allah untukku akhirnya langsung tertidur dengan air mata dan langsung tak dengar alarm jam 4 pagi berbunyi.
Hanya terdengar alarm subuh berbunyi dan terjaga. Memandangkan sudah jam 5.30 pg ingatkan dah habis waktu dan langsung tak bangun untuk minum. Dan hanya berdoa pada Allah SWT agar mengurniakan aku kesihatan yang baik dan kuat untuk aku jalani hidup ini seorang diri di dunia Allah SWT yang sementara ini. Alih-alih lepas aku berdoa dengar azan. Adoooiiiii macam nak nangis sebab kalau ikutkan sempat lagi minum air untuk dapatkan pahala sahur. πππ
Itulah bila hidup seorang diri tak ada siapa yang nak ingatkan aku waktu sahur. Sudah 10 tahun bersahur seorang diri dan hanya Allah SWT yang tahu bagaimana perasaan ku ini.
Bila datang kerja lain hal pula yang berlaku. Terpaksa meminta peralatan orang lain untuk menyiapkan tugasan dan kerja serta melengkap borang. Ada kata kata sinis sampai ditelingaku "kenapa tak beli sendiri dan guna peralatan sendiri?" "Jangan nak harapkan duit kerajaan saja ,belilah dengan duit yg kerajaan beri!"
Allahuakbar hinanya diri ni kurasa,sebelum ni aku tak pernah komplen dan mengadu kekurangan yg aku terima sbab bagiku cukuplah dengan apa yang aku ada, apa dalahnya menggunakan harta kerajaan yg dimiliki oleh orang lain sbb peralatan mereka pun bukan duit sendiri . Memang lah kalau ikutkan hati aku nak saja menjawab tp biarlah mereka krn mereka tidak merasa masalah yang aku hadapi. Ujian Allah SWT itu kerana Allah SWT sayangkan aku dan kasihkan aku.
Semoga Allah kurniakan aku kekayaan yang melimpah ruah agar aku tak perlu mengadu pada manusia. Aku boleh sediakan semua untuk aku beribadah kepada Allah krn kerja itu juga ibadah. Aku kecewa kerana tidak boleh melaksanakan tugas dengan terbaik dan banyak masa dihabiskan dengan menumpang peralatan dan bilik orang lain.
Aku bekerja dengan Allah SWT tetapi kenapa aku perlu sedih dengan sikap dn kata sinis manusia lain.
Hari ini aku kumpul kekuatan berjumpa dengan Pengarah dan maklumkan kepada beliau masalah aku dan beliau maklumkan dia ingat semua dah selesai sbb KJ atau Timbalan Pengarah tak ada sungutan atau bincangkan dengan beliau. Timbul juga persoalan mengatakan aku yg memandai mandai pindah masuk ke dalam bilik ini. Allahuakbar sedihnya sedangkan aku hanya akur perintah orang atasan. Tidak pernah aku komplen atau memandai mandai meminta untuk duduk di bilik di tingkat atas ini. Rupanya selama ini aku difitnah dan di nista .
Syukurlah aku bertemu dengan pengarah sendiri dan memklumkan kepada beliau permasalahan aku. Ujian aku pertama di IABU aku diberikan markah prestasi yang sangat buruk oleh Ketua Jabatanku dan yang kedua aku dilempar di dalam bilik sauna selama setahun. Mungkin indah di mata orang lain tapi hakikatnya aku sedih sangat bila difitnah. Bukan sedih kena fitnah tapi sedih krn mereka menganiayai anak yatim piatuππππ
Semoga Allah SWT lemparkan perasaan kasih dan sayang dalam hati mereka yang membenciku . Aku tak mahu mereka ditimpa ujian dari Allah SWT kerana balasan menganiayai aku yang yatim piatu di dunia ini. Hanya Allah SWT waliku. Janganlah kalian menanggung dosa menganiayai yatim piatu. Sesungguhnya waliku hanyalah Allah SWT.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment