kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, December 19, 2017

Sunyi



Pernah tak ada ketikanya tiba-tiba rasa sunyi., keseorangan dan sepi tanpa kata. Ketika itu hanya diri Anda faham situasi tu, walaupun Anda selalu bersama orang yang sayang Anda di sekeliling tapi hati masih lagi sunyi.Entahlah Aku pun tak faham perasaan nie dan bermain di fikiran. tiba-tiba teringin nak asingkan diri dan berseorang jauh dari yang lain...perasaan sunyi itu datang seperti ada rasa kehilangan.

Kadang saat itu, terfikir dan bertanya pada diri sendiri .Kenapa dengan Aku ni  ? Adakah Aku sudah bersedia dengan dugaan akan datang ? Aku perlukan seseorang  dan macam-macam lagi di fikiran. Puas Aku sendiri cari jawapan kenapa masih lagi Aku rasa sunyi dan rasa kehilangan. Mungkinkah kerana dosaku ? ataupun mungkin kerana keinginan Aku masih lagi tak tercapai?

Puas cari ketenangan dengan pergi ke laut , kata orang dapat legakan hati yang sedang sunyi, tapi tetap perasaan itu datang lagi. Dengar zikir-zikir ,memang tenang tapi ada masanya masih lagi rasa sunyi itu. Bila saat ini mulalah teringat orang-orang yang pernah buat hati Aku sakit sangat. Mungkin Aku belum ikhlaskannya dan maafkan mereka.Bila fikir balik sampai bila Aku nak terus macam tu .Sedangkan Nabi Maafkan umatnya apa lagi aku manusia biasa.

Mungkin juga Allah SWT nak tunjukkan sesuatu, kadang kala bila orang lain sedang sedih, gundah dan hiba mereka mencari kita untuk meluahkan perasaan mereka pada kita ,kita cuba sedaya upaya luangkan masa untuk mereka. Bila tiba masa kita, semua sibuk dengan kehidupan masing-masing ,bukan nak berungkit tapi itulah realiti. Maka Aku cuba cari di mana rasa sunyi itu hadir .

Rupanya Allah sengaja bagi kita rasa sunyi walaupun ada insan yang menyayangi kita di sekeliling sebab Allah nak kita Mengadu dan Sujud kepadaNya. Memang betul kita selalu berdoa setiap kali kita habis solat. Tapi berapa kali kita merintih dan mengadu dengan Allah saat kita suka dan duka ?? Pernah tak kita menagis di depannya untuk luahkan apa yang kita rasa.

Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, 

“Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya”. (HR Thabarani dari Abu Umamah)

Sumpah ,bila Aku sendiri berserah dan mengadu padanya, Aku rasa lebih tenang, segala beban masalah Aku seolah olah ada penyelesainnya walaupon Aku tak tahu macam mane dan rasa sunyi itu hilang. Rupanya mungkin Allah rindu dan dengar rintihan hambanya, Aku malu sebenarnya kerana Dia tak pernah berhenti untuk terus bersamaku,sedangkan Aku kadang kala terleka lagi-lagi saat bergembira. Terima kasih Ya Allah kerana kau berikan kesempatan dan perasaan ini. Perasaan ini yang buat Aku sedar bahawa Aku perlukan waktu untuk diriku mengadu dan sujud kepadaMu :(

"Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami, bantulah kami mengingati-Mu dan mensyukuri nikmat-Mu, bantulah kami untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu dan terimalah segala amal ibadah kami...Aameen."
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in