kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, July 8, 2018

01.04.2018 to 18.05.2018


Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah An-Nisaa’: 1)
******
Putaran kehidupan dan usia di luar kawalan kita. Sama halnya dengan soal jodoh. Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia.
Sebagai makhluk Allah S.W.T, setiap manusia yang sudah dewasa pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Setiap manusia itu memerlukan pasangan yang mampu untuk mencintai dan dicintai.
Tak bercakap soal nikah, soal perkahwinan, tak bermakna seseorang itu tak punya keinginan untuk semua tu. Mungkin kerana keyakinannya pada Allah itu tersangat tinggi.
Perkahwinan itu satu sunnah. Namun, cepat atau lambat bukanlah menjadi tugas kita untuk menentukan. Allah Maha Mengetahui.
Dia yang menjaga kunci hati setiap hamba-hambanya. Dia Maha Mengetahui waktu yang sesuai seorang hamba menempuhi alam perkahwinan.
******
“Kahwin lambat-lambat tak takut orang cakap bujang terlajak ke?”
Bagi sesetengah orang, perkahwinan pada usia 18 tahun terlalu muda. Tetapi ada juga yang berpendapat perkahwinan sewaktu usia 20 tahun sudah dikira sebagai lewat.
Sesetengah yang lain pula menyatakan bahawa umur 30 tahun pun masih dianggap awal untuk berkahwin. Itu hanyalah perspektif masing-masing.
Tapi, sampai bila kita mahu membiarkan pendapat orang lain buat kita rasa tak selesa kan.
Apa yang penting, sebelum menempuh alam perkahwinan, persiapkan diri semampunya. Cuba perbaiki mana yang perlu, pertingkatkan mana yang kurang.
Sentiasa bersangka baik dengan Dia. Allah tahu mana yang baik sedang dalam kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup.
“Mahukan yang terbaik, berusahalah menjadi yang terbaik.”
Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Tak semudah melafazkan akad. Perkahwinan menuntut seseorang untuk menggalas satu tanggungjawab besar dalam menunaikan apa yang telah digariskan dalam Islam.
Big things awaits behind ‘aku terima nikahnya’. Tanggungjawab itu bukan hanya terletak pada si suami, tetapi juga pada isteri.
Bukankah Allah telah berfirman, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”  (Surah An-Nur: 26)
Jodoh, ajal, rezeki, itu semua rahsia Dia. Sehebat manapun kita dalam mencorak kehidupan kita, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia.
Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu.
Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya, kerana kasihNya umpama sehampar lautan luas. Jadilah hamba yang mendamba cinta Allah sebelum mencari cinta manusia.
Bila Dia kasih, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita – jodoh yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi.
Allah itu sebaik-baik perancang.
Mungkin dengan tertundanya mengecapi alam perkahwinan itu adalah untuk mengajar kita tentang makna menghargai.
Kita akan lebih menghargai mereka di sekeliling kita sebelum ditemukan dengan si dia sebagai pelengkap kehidupan. Kita akan lebih menghargai ‘dia’ yang Allah hadirkan setelah satu penantian.
Mungkin juga dengan tertundanya sesuatu pertemuan itu, Allah persiapkan kita untuk menjadi lebih matang, lebih baik untuk bakal ‘si dia’.
Mungkin juga dengan tertundanya pertemuan itu, Allah sedang mempersiapkan ‘si dia’ yang terbaik sebagai imam atau makmum kita di alam perkahwinan kelak.
Mungkin tertundanya pertemuan itu untuk membuatkan kita lebih meneliti rezeki yang lainnya – rezeki menyambung pelajaran, rezeki berbakti kepada ibu bapa dan sebagainya.
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
Sedangkan kita juga belum tahu, antara kafan dan gaun pengantin, mana yang kita akan sarung dahulu; antara jodoh dan maut, yang mana akan melamar dahulu.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in