Maafkan semua sebelum tidur.... Tp masih terngiang-ngiang di telinga ni kata-kata dari mulut customer SCK cikgu perempuan pencen.
Kejadian berlaku pada hari Selasa lepas. Semasa perjalanan nak ke Klinik Pakar hubby singgah sebentar rumah customer yg bertalu talu call nak suruh pasang blind kat rumah dia. Awal awal hubby dah cakap cikgu ni cerewet dan sombong. Mcm biasa aku ni cakap kat hubby jangan judge orang tak baik.
Maka sampailah di rumah customer yg kipoci ni. Dua set blind and siap pasang sekali masa nak bayar dia kata kat suami suruh tebuk beberapa lubang nak gantung frame. Hubby ni jenis baik hati tp memandangkan nak bawa aku ke klinik hubby minta maaf sebab rushing takut klinik tutup.

Yang menyakitkan hati mulut puaka cikgu ni siap cakap punya lah kuat sampai dengar kat telinga aku ni. "Tu lah sapa suruh kamu kahwin dengan perempuan GEMUK padan muka sakit-sakit selalu!" Menyirap darah aku yg duk dalam kereta ni dengar. Hubbyku respond kat dia"Sakit bukan urusan kita Allah SWT berikan sakit ada hikmahnya.. Kita bukan boleh tau kita sihat atau sakit. Bila bila Allah oleh bagi kita sakit" Aku renungnya cikgu mulut puaka ni dari hujung rambut sampai hujung kaki. Umur dah ganyut tak tutup aurat rambut pendek putih penuh uban dan siap selak kain sampai ke peha. Dia perasan dia segak n muda lah kut. Pakai lipstick merah menyala. Sekali aku gheling tengok rupanya ada hati nak goda hubby aku lah kut. Ishhhh tu tak taulah apa nak jadi dgn bangsa Melayu ni memalukan bangsa. Sambil hubby simpan barang dalam bonet si mulut puaka ni duk pot pet pok pek apa tah yg dia duk beletiaq.
Aku yg dengar dia cakap perli aku.. Ketika tu juga aku mohon kepada Allah SWT pindahkan tiga jam saja sakit aku kepada dia. Bagi dia merasa betapa sakitnya aku ketika itu yg sanggup berkompromi sbb tak nak hubby aku stress dengan panggilan telefon duk kejan suruh pi rumah dia.
Semasa hubby naik kereta nampak sorang yg nampak macam OKU dan aku tanya hubby siapa budak tu. Hubby cakap anak cikgu puaka tu lah.
Astaghfirullah ada anak OKU pun mulut puaka mengata kat orang.
Sudahlah tua ganyut dah masih lagi mengata tentang orang. Tak suluh diri dahulu.
Sebenarnya sakit hati tu lebih parah dari sakit saraf dan sakit yang lain.
Hmmmm memang nasib akulah sebab GEMUK dari sekian lama duk dengar orang kutuk aku GEMUK. Alhamdulillah rezeki Allah SWT untuk aku. Terima kasih Allah hantarkan aku suamiku yg terima aku seadanya bukan kebaikan yg ada pada diri aku. Tp setiap kelemahan yg orang lain pandang. Gemuk,Tua dan hodoh. tak pandai bergaya dll Aku adalah Aku jadilah diri sendiri. So what!
#tuataksedardiri
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
Alhamdulillah .
Done luahan hati😢😢😢😢

No comments:
Post a Comment