kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, February 10, 2020

Untaian Kasih Noor Muhammad Shikin Sayang @ Hjh Noor Ashikin Binti Hj Shahrom KB.PA


Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah...Sememangnya jodoh itu ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang Aku perhatikan, selalunya ada sebab kenapa wanita-wanita ini tak nak kahwin. Katanya sanggup jadi anak dara tua. Opps…Andalusia atau bujang malar segar katanya. Ini berlaku pada ramai sahabatku. Bukan mereka tak cantik, bukan mereka tak ada orang hendak, tapi katanya komitmen terhadap keluarga melebihi kepentingannya sendiri. Tahun 2018 mak sudah 12 tahun meninggalkanku dan ayah pula dah 24 tahun pergi tapi hati ini sentiasa rindu pada mak dan ayah.  Tapi semua alasan di atas masuk dalam akal ini saat itu Aku redha dengan ketentuan Allah SWT. Biarlah Aku membujang atau anak dara tua asalkan hati ini bahagia. Aku redha.

            Akhir tahun 2017…18 Disember Aku minta nombor telefon orang buat langsir dari rakan sekerja yang selalu bercerita tentang langsir yang dibuat oleh keluarganya yang menggunakan perkhidmatan dari warga Pakistan yang datang berniaga di Malaysia. Masa tu Aku dapat nombor tapi simpan saja nombor yang kawan bagi itu. Sibuk melayan perasaan kecewa dan masalah kewangan yang tidak ada penghujung penyelesaiannya.  Allah SWT menguji Aku dengan hubungan yang tiada berpenghujung. Dugaan demi dugaan Aku lalui.  Rasa sakit hati masih lagi tidak terawat. 44 kisah peminangan, perhubungan, percintaan dan krisis. Ahhhhh malaslah nak fikirkan masalah perkahwinan.

            Januari 2018…Kesibukan menyiapkan penerbitan buku Aku Adalah Aku Jadilah Diri Sendiri (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam kehidupan) menyebabkan niat hendak buat langsir baru terbantut. Save saja nombor telefon yang diberikan. "Tahniah Shikin, akhirnya Shikin kahwin juga.... Aishah selalu doakan Shikin. Seronok baca kad jemputan Shikin...mak pun dah siap nak pi esok kat stadium...Aziz ngan anak-anak akan ikut juga nak tengok Bonda kahwin"....
"Aishah habaq kat Aziz muka suami Shikin handsome nak macam dia juga cuma cerah sedikitlah pada Aziz"....
Hahahhahaha Aku gelak dan duk kata sat ada salah faham ni.
Aishah terus duk cakap juga...  "La awat tak ada persediaan apa lagi ni, Aishah mai nak tolong hari ni ...” Cerita lucu hari ni. Mimi Rita @ Aisyah Tajjuddin datang rumah nak buat persiapan kenduri kahwin Aku yang akan berlangsung esok 27/1/2018. Kesian dia siap sediakan hadiah istimewa buat Aku dan sudah merancang dengan mak dan suami dia untuk hadir esok di Stadium Darulaman. Aishah..Ohhhhh...Aishah

            Februari 2019 ….Bila tiba bulan Februari memang hati ini sangat sedih sebab mengenangkan umur yang semakin meningkat dan itu bermakna sudah semakin tualah kan. Wedding of the year....itu yang buat di Stadium Darulaman. Mana ada orang buat kenduri di Stadium Darulaman. Mengalahkan pemain bola sepak Kedahlah pula. Gara gara application FB artis mana akan jadi suamimu? Akhirnya jadi satu cerita lucu dalam pengakhir Chapter Hidupku yang ke 46. 10 Februari 2018 Hari lahirku yang ke 47 tahun dan Selamat Hari Lahir buat adikku Noorhayati Shahrom pada 16 Februari..... Hadiah... Dah tak boleh bagi kepada Mak lagi sebab sudah 12 tahun Mak meninggal dunia. Last hadiahkan Mak semasa sambutan hari lahir terakhir bersama Mak di Mekah dan Madinah. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar itulah hari lahir terakhir bersama Mak. Rindu sangat.  Hanya air mata menemani setiap kali Februari menjelang.

            Selepas Mak meninggal dunia 2006 memang tak sambut hari lahir lagi. Tapi tahun 2011 dapat sambut birthday bersama Yati di Labuan.  Syukur sangat sebab mereka dapat datang semasa aku berada di perantauan. Tahun 2012 sambut birthday di Shenzhen dengan Kak Safiah dan itu merupakan sambutan terakhir bersama seorang insan yang sangat aku sayang. Tapi bila tragedi melanda apalah nilai sahabat. Ujian persahabatan. Tahun ini cadangnya aku nak ikut Yati pergi Belgium dan plan nak ke Balkan bolehlah sambut hari lahir di sana kan. Tapi bajet sudah ke KAW 7637 jadi mungkin tahun depanlah sambut harilahir di sana. Tahun ini Alhamdulillah ....pergi Chiangmai ... honeymoon.. tapi pi sorang sorang sajalah dulu. Selamat Hari Lahir Buat Semua Terutamanya Adindaku Noorhayati Binti Shahrom dan semua yang lahir pada bulan Februari yang sudi membaca.

            1 Mac 2018…Kembali menyusun impianku. Jodoh, ajal, rezeki, itu semua rahsia Dia. Sehebat manapun kita dalam mencorak kehidupan kita, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia. Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu. Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya, kerana kasihNya umpama sehampar lautan luas. Jadilah hamba yang mendamba cinta Allah sebelum mencari cinta manusia. Bila Dia kasih, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita. Jodoh yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi. Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin dengan tertundanya mengecapi alam perkahwinan itu adalah untuk mengajar kita tentang makna menghargai. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah SWT telah berikan buat diri ini.  Hari ini saja buka Google Maps tengok kembali tempat tempat yang telah dijejaki dan bakal dijejaki. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki buat Aku menyelesaikan urusan keluarga dan memenuhi impian Aku untuk menghantar semua ahli keluarga menunaikan Haji. Kadang-kadang orang menganggap Dream Big ni sesuatu yang mustahil tetapi hakikatnya kita perlu ada impian dan jangan takut untuk berimpian. Tepuk dada tanyalah iman setiap impian pasti akan menjadi kenyataan.

            Setiap hari dalam solat kita , membaca doa kita sentiasa doakan untuk masuk ke syurga dan dijauhkan dari api neraka. Apakah kita terlalu berimpian besar untuk masuk ke syurga?  Ya kita Dream Big untuk ke syurga tetapi hakikatnya kita juga perlu berusaha untuk ke syurga Allah SWT.  Kita tidak boleh berputus harapan untuk meraih cinta Allah SWT. Dalam masa yang sama kita terus berusaha untuk memenuhi syarat-syarat untuk mendapat syurga Allah SWT itu. Maka dengan itu janganlah kita takut untuk berimpian. Impian Aku kali ini in sha Allah jika umur panjang Aku nak lengkapkan perjalanan ke 50 dalahm Travelog Aku sebelum mencapai umur 50 tahun. In sha Allah.

            In sha Allah nak juga balik ke Pakistan melawat keluarga insan yang aku anggap sebahagian dari hidupku …anak angkatku Abdullah Abbas  dan keluarga yang pernah aku sayangi di sana.  Kalau Allah SWT izinkan aku nak pergi ke Kashmir India dan Pakistan melihat keindahan ciptaan Allah SWT yang menjadi rebutan. Indonesia, Tahiland, Brunei, Singapore dan China ni dah macam kampung sendiri . In sha Allah akan menyusun langkah ke sana bercuti sambil tenangkan fikiran. Selain dari itu inilah impian Aku...untuk melengkapkan journey ke Balkan

            April 2018 Alhamdulillah ....April datang lagi....bukanlah aku menyambut bulan April.. Kebetulan hari lahir insan yang aku sayang pada bulan April. 1 April ...Abang. 2 April ...hubbyku Dr Muhammad Ilyas Syed Jamil, 4 April...Chek@Halawiah Safinas dan 8 April... Mak Hjh Siti Esah bt Mohamad. Sejak kecil aku sambut 1 April Hari Lahir Abang hinggalah tahun 2006 aku masih menyambutnya walaupun ada kalanya Abang tak disisiku. Walaupun ianya tak bermakna bagi Abang tapi bagiku ianya sangat bermakna kerana aku amat menyayangi Abang seumur hidupku. Kenangan bersama Abang sentiasa di dalam ingatanku. Semoga Allah berikan kebahagiaan buat Abang di dunia dan akhirat. 

            2 April pula hari lahir insan yang kugelar hubbyku....Selamat Hari Lahir insan yang teristimewa dalam hidupku, semoga Allah SWT berikan kebahagiaan buatmu dunia akhirat. Satu ketika dulu setiap kali hari ini tiba akulah yang paling bahagia kerana meraikan hari lahir insan yang sangat bermakna dalam hidup ini. Sudah tiga tahun berlalu...semoga Allah berikan umur yang berkat, tingkatkan iman, berkati setiap rezeki serta mempermudahkan setiap urusanmu.

            8 April pula Hari Lahir Mak Hajah Siti Esah Bt Mohamad....Seandainya mak masih ada April ni genaplah umur arwah mak 67 Tahun...beza umur mak denganku hanyalah 20 tahun. Setiap tahun pasti aku membeli kek untuk mak hingglah hari lahir terakhirnya ketika usia 55tahun pada tahun 2006. 13 tahun telah berlalu....Ya Allah, aku menadah tangan memohon kepada Mu, Engkau sampaikanlah pahala dan ibadahku kepada roh makku Hjh Siti Esah bt Mohamad dan jadikanlah ia sebagai cahaya yang memancar-mancar disisinya. Gandakanlah rahmat Mu dan keredhaan Mu keatasnya.
           
            10 April …Hari ini Qassim datang ke rumahku. Menaiki kereta kancil biru. Astaghfirullahalazim mukanya seperti insan yang sangat aku rindui hubbyku Dia memberikan salam. Aku membuka pagar dan menjawab salamnya. “Masuklah ukur sebab dalam rumah tak ada siapa. Nanti siap ukur baru kira”. Lalu dia bertanya “Tak ada orang lain kah di rumah?”  “Kenapa tak  da orang? Anak mana? Suami mana?”  Adoi banyak songek pula mamat Pakistan ni. “Kenapa? Ada masalah kah?” Saya tak kahwin”. “Hubby saya berada di Pakistan. In sha Allah nanti dia balik saya kahwinlah dengan dia.”  Mamat ni masih tak berpuas hati dan terus bertanya lagi. Kenapa tak kahwin sekarang?” Banyak yang diceritakan tentang diri dan asal usulnya. Banyak pula soalan dia. Siap pilih kain dan design langsir semua dan berikan harga. Aku macam biasa jamu air bujang saja. Entah mengapa hati ini seperti dijentik dan diusik dengan kesetiaanku menanti insan bernama MISJ hubbyku selama tiga tahun. Tiba-tiba hatiku terusik. Setiap hari aku bersolat istiqharah meminta petunjuk dari Allah SWT apa  yang berlaku. Tanpa diduga seseorang yang aku sayangi memilih melepaskanku dengan suatu alasan yang tidak dapat aku fahami. Usahaku telah cukup kuat terhadapnya, mempertahan cinta semata hanya mengharap redha Allah SWT, maka hatiku melepaskan rasa yang aku tanggung selama tiga tahun menanti kepada yang tiada penghujungnya.  “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena mengharap redha Allah semata, maka Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.” Ada rencana Allah disebalik lukaku, pasti ada hikmah dibalik kesedihanku,tapi jika aku yakin bersabarlah.

            17 April 2018 seminggu selepas ukur Qassim datang sekali lagi membawa sample kain baharu dan kali ini dia beritahu nama sebenarnya Muhammad Rahim Bin Muhammad Yousaf. Suami dan bapa kepada lima orang putera. Dia menceritakan keseluruhan asal keluarganya. Sekali lagi soalan cepuemas ditanya kepadaku, ”Kenapa tak mahu kahwin?”. Entah macam mana terpacul perkataan dari mulutku “Kenapa awak nak kahwin dengan saya kah?” “Ya, saya nak kahwin dengan awak Noor!” “Atas alasan apa?” “Kerana ibadah saya!” Allahuakbar jawapan yang sama dengan yang aku tunggu selama ini. Perkahwinan hanya kerana ibadah kepada Allah SWT. Alasan yang tidak dapat aku nistakan lagi.ni. “Ok, kalau betul hendak kahwin dengan saya , saya beri masa sebulan untuk akad nikah”. “Boleh saya minta enam bulan untuk uruskan semua keperluan?” jawab Qassim. “Kalau enam bulan, maaflah saya tak akan terima. Kalau hendak kahwin dengan saya sebelum Ramadhan kita akad nikah.” Nekad. Itulah jawapan yang aku berikan selepas seminggu aku tak tidur malam.
            18 Mei 2018 bersamaan 2 Ramadhan Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah. Kami diijabkabulkan oleh waliku Shahnon Bin Shahrom dikediamanku sendiri atas permintaanku. Selepaas semua urusan perkenalan dengan keluarga dan juga urusan dengan pejabat agama Islam Daerah Kubang Pasu selesai. Mas kahwinku Surah Noor dan Muhammad beserta sebentuk cincin emas. Terima kasih kepada Kak Normishah dan Abang Bakar kerana sudi buat kenduri kahwin kami. Terima kasih juga buat Yati dan  Padat, Shah Non dan Ani, Shahril dan Aziah serta Shahrizal dan Ayu . Kak Siah dan  Abang Zul serta keluarga, kerana sudi sponsor macam-macam untuk menjayakan majlis ni. Terima kasih buat keluarga , sanak saudara, kawan dan kenalan yang sudi datang jauh dan dekat. Semoga majlis penuh dengan keberkatan dan mendapat restu dari semua. 6 Jun 2018 kenduri kali kedua di rumah kami di Bukit Tinggi dan 23 Ogos 2018 bersamaan 13 Zulhijjah kenduri besar-besaran dua ekor lembu  di kampong halaman nenek moyangku  Selarung, Kulim, Kedah.
No wedding dress
No henna
No bride made
No hantaran
No pelamin
No hantaran
No pelamin
No photographer
No raja sehari
No tepung tawar
No wedding planner
No mak andam
No kad jemputan
No gambar kawin      👨JUST MARRIED👰

            Alhamdulillah 14 Oktober 2019 sekali lagi kami dijabkabulkan secara rasmi di Penshawar dengan mas kahwinku 30 gram emas dan prosedur pendaftaran perkahwinan di Kedutaan Malaysia di Islamabad, Pakistan.  Berakhirlah untaian kasih kisah perkahwinan antara dua benua yang tiada perancangan tetapi ianya adalah takdir daripada Allah SWT semata-mata. Takdirku menjadi isteri kepada suamiku Muhammad Rahim Bin Mohamad Yousaf dan ibu kepada lima orang putera Waqel Selamat, Zuhran Selamat, Syabil Bassam, Mujadid Anhar, dan Muhammad Yahya.

Buatmu suamiku dunia akhirat.
Habib Muhammad Rahim Bin Mohamad Yousaf
Mentaati perintah ajakan
Menyenangkan hati
Bila kau pandang
Ingin memuliakan
Anjurkan segala yang maruf
Hindarkan segala yang mungkar
Perhatian darimu kasih sayang
Untukku kau curahkan
Alhamdulillah dengan kesolehanmu
Kau bimbing aku menuju redhaNya
Alhamdulillah Imam dunia akhirat
Suamiku jalan surgaku

Cinta antara dua benua yang terasing,
Cinta bumi empat musim bertemu khatulistiwa,
Cinta salju membungkam rindu,
Rindu Habib insan teristimewa,
Rindu yang tak berdosa,
Rindu suami dunia akhiratku,
Rindu kerana Allah SWT,
Rinduku hanya buatmu suamiku,
Suamiku yang kinikahi kerana ibadahku,
Suamiku yang Allah SWT pilihkan untukku,
Suami yang Allah SWT telah tuliskan untukku,
Suami yang DipinjamkanNya buatku,
Suamiku imamku,
Suamiku kekasihku,
Suamiku sahabat sejatiku,
Suamiku jalan syurgaku,
Jalan cerita cinta kasih hanya milik Noor Muhammad.
Noor   


Biodata penulis

Hjh Noor Ashikin Binti Hj Shahrom KB.PA merupakan seorang Kaunselor Berdaftar, Kaunselor Jabatan, Pensyarah Kanan, Jurulatih, Motivator dan juga seorang penulis bebas yang sedang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Penulis buku Aku Adalah Aku Jadilah Diri Sendiri (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan) dan Aku Anak Pomen Chapter Hidupku.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in