kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, April 3, 2020


Biar miskin jangan malas.
Tu pesan mak dulu. Biarlah miskin tapi kalau rajin kita boleh  hidup seperti orang lain juga. Miskin boleh diubah dan boleh dihapuskan kalau kita manusia yang raji dan tidak berputus asa dengan Allah SWT.
Kalau kita miskin dan malas sampai bila bila kita hidup akan menyalahkan orang lain dan tudak akan berubah selama lamanya. Hanya memandang kelebihan orang lain dengan kebencian dan kedengkian tidak akan pernah menguvah nasib kita.
Kemiskinan boleh diubah dengan sikap kita sendiri. RAJIN dan bergantung kepada Allah SWT.  Miskin dan malas akan delama-lamanya menenggelamkan diri kita dalam hidup dhaif dan mengharapkan orang lain.
Semasa kecil kami tinggal di kalangan orang kaya di Jalan Pegawai apa kata cacian dan hinaan yg tidak pernah diterima. Anak pomen. Anak orang gaji. Kami tinggal di tengah danau orang kaya yang rata-ratanya pegawai kerajaan dan hartawan. Tapi didikan mak dan ayah selalu mengajar kami untuk menjadi anak yang rajin dan taat pada agama dan melihat orang disekeliling sebagai inspirasi untuk berjaya. Mak selalu cakap tengok mereka kaya tapi rajin berusaha dan tak pernah mengalah untuk belajar. Rata ratanya ada saja anak mereka yang belajar di luar negara. Mak jadikan mereka sebagai inspirasi. Mak ajarkan kami berusaha dan jamgan putus asa dalam pelajaran.
Walaupun kami bertiga anak dyslexia  yang bermasalah tapi mak dan ayah tak pernah mengalah. Anak istimewa di mata mereka dan kekadang dianggap bodoh oleh cikgu. Tapi syukurlah kami bertiga yakin dengan kata mak dan ayah buat kami berusaha dan terus berusaha.
Kalau kenangkan hidup dalam kemiskinan ni kami merasa hidup miskin melihat mak dan ayah berhempas pulas mencari nafkah hidup. Ayah yang ketika itu hanya pomen dan SB dengan gaji RM300 sahaja dan seingat aku gahi ayah RM650  pada masa aku dah Tingkatan 1.  Selepas tu ayah mula masuk dunia perniagaan dan keluar dari kemiskinan.  Semasa miskin mak n ayah tak mengharap bantuan orang lain dan menagih simpati orang. Mak tolong ayah dengan buat kerja ambil upah iron baju sebulan dapatlah RM30  dan ambil upah buat kuih dapat RM5 sehari dan buat jualan kuih. Semua kerja mak buat dengan muka yang senyum dan bahagia. Sampai aku dah tingkatan 5 mak masih buat kueh utk jual. Buat keawteaw goreng dan lain-lain. Pernah tengok mak menangis bila ada sindiran tapi syukurlah mak tak pernah merungut. Aku tak pernah tengok mak merungut hidup susah depan ayah. Ayah pula tak pernah herdik atau tinggikan suara dengan mak.
Walaupun hidup miskin mak dan ayah sangat positif dengan kehidupan. Semangat mereka sangat kuat dan menyebabkan kami empat beradik ketika itu belajar dengan gigih untuk cemerlang. Alhamdulillah vanak anak dyslexia  mak dan ayah semua khatan al Quran pada umur 9 tahun. Jalau dalam kelas akademik tak pernah dapat no lain selaun No 123. Yang pasti penggal ketiga mesti dapat bolot semua anugerah akademik. Itulah anak POMEN  yang tak pernah mengalah.
Ayah pesan hendak dunia dengan ilmu dan hendakkan akhirat pun dengan ilmu. Malas tak akan ke mana-mana. Kita hidup dalam penghinaan selamanya. Ketika susah miskin adik beradik pun malu mengaku kita adik beradik. Kalau kita berjaya orang yang tidak kenalpun akan mengaku kita saudara mereka. Bawalah diri kita keluar dari kemiskinan hidup ini. Jangan menyalahkan orang lain dengan kemiskinan kita.
Semua ni aku abadikan dalam kisah aku anak pomen buku yg aku terbitkan tahun 2019. Alhamdulillah  buku ini dah ada di Perpustakaan Negara dan ada serial ISBN. In sya Allah aku akan terus menulis bahagian kedua. Tulis untuk menjadi sumber inspirasi buat orang miskin.
Musim covic 19 ni bila lihat ramai mengeluh hidup susah. Tapi sebenarnya bagi aku keluarlah dari kemalasan dalam diri sendiri. Hidup susah itu adalah pilihan kita sendiri. Manusia yang malas sampai bila bila mengharapkan pertolongan orang. Asyik menyalahkan orang lain. Hakikat sebenar keluarlah dari sikap kota sendiri.  Belajarlah hidup rajin dan kreatif untuk hidup. Sampah orang lain sebenar boleh menjadi harta buat orang yang rajin dan kreatif.  Bukalah mata. Sebab tu mak ayah swlalu pesan kalau miskin macam manapun sembahyang jangan tinggal sebab kalau kita miskin dekat dengan Allah SWT hidup kita akan ada barakahnya tapi kalau kita miskin dan jauh dengan Allah SWT  sampai bila pun hidup kita akan  miskin.
Miskin itu pilihan kita sendiri. Tetapi kekayaan adalah pilihan Allah SWT berikan buat mereka.

#salamjutawan
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AnekdotKehidupan

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in