kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, January 3, 2018

Sekalung Budi dari Buku Aku Adalah Aku: Jadilah Diri Sendiri



SEKAPUR SIRIH


Sedari kecil aku diajar hidup berdikari dan pergantungan yang tinggi pada Allah SWT. Mak dan Ayah selalu cakap Allah SWT sentiasa bersamaku dan doa Mak dan Ayah sentiasa mengiringi aku walaupun satu ketika mereka telah tiada.  Dari kecil aku diajar membuat keputusan sendiri dan walaupun kekadang aku silap memilih jalan aku, Mak dan Ayah tak pernah menyalahkan aku atau menghukum aku. Mereka hanya menegur dan memberikan aku nasihat agar aku lebih berhati hati dalam mengambil sebarang tindakan. Sedari kecil aku diasuh menjadi diri aku sendiri tanpa dibayangi oleh sesiapapun. Mak dan Ayah tak pernah membandingkan aku dengan kakak atau adik-adik aku. Tidak pernah sekalipun dalam hayat aku mendengar mereka berkata cuba jadi macam kakak atau adik atau sesiapa pun. Mak dan Ayah tak pernah berkata cuba tengok individu itu mereka lebih baik atau lebih hebat.  Mak dan Ayah selalu bercerita kisah kisah yang berlaku dalam kehidupan tapi mereka tidak pernah berkata tentang orang. Kalau bercerita Ayah selalu akan cerita tentang diri dia dan harapan dan cita - cita dia   impian-impian yang dia susun dan anyamkan dalam kehidupan dia. Manakala Mak pula kalau bercerita akan ceritakan tentang kisah kisah epik silam cerita Awang, Tok Selampit, Pak Pandir dan bila dewasa Mak sering bercerita tentang kisah tauladan yang dia baca dalam kitab atau surat khabar. Mak selalu berpesan agar jangan tersalah memilih kawan dan menjaga tingkahlaku dan tutur kata. 

Kehidupan yang singkat yang Allah SWT berikan untuk aku bersama Ayah selama 21 tahun dan Mak 35 tahun  sebenarnya adalah sangat bernilai berbanding adik beradik aku yang lain kerana mereka banyak hidup di asrama dan adik adik pula sudah pasti kurang masa bersama Mak dan Ayah sebab mereka lebih muda dari aku.  Aku sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dilahirkan pasangan yang sangat penyayang dan hidup dengan penuh kasih sayang sehingga mereka sering dicemburui oleh individu lain. Hanya pesan mereka sentiasa sama. Aku Adalah Aku; Jadilah diri sendiri . Pesan Mak pada aku sentiasa terpahat dihati agar aku menjadi diri sendiri  dan Mak sentiasa memberikan kepercayaannya buat aku dalam setiap keputusan yang aku lakukan. Pesan Ayah juga sama dari kecil Ayah selalu berkata aku anak dia yang hebat dan luar biasa. Aku sentiasa percaya akan kata kata Ayah dan Mak yang sentiasa positif untuk diri aku. Kata-kata dan pesan terakhir Ayah yang aku pegang sebagai amanat terakhir yang Ayah berikan semasa kali terakhir aku sebelum Ayah meninggalkan aku selamanya sentiasa terngiang di dalam kotak kepalaku ini . Amanat Ayah aku menjaga adik beradik aku dan Mak sebaik mungkin dan untuk diriku Ayah berpesan agar aku habiskan pelajaranku sehingga peringkat yang tertinggi yang aku mampu capai. Pesan Mak pula jadilah diri aku , jaga amal ibadah dan biarlah adik beradik aku dengan kehidupan yang mereka pilih. Pesan Mak lagi, doa Mak sentiasa bersama aku walaupun Mak sudah tiada di mukabumi ini. Pesanan Mak untuk aku tak de lah pula untuk menjaga adik beradik yang lain sebab semua sudah berkahwin. Mak dan Ayah  tidak pernah berkata jangan selain daripada jangan melakukan apa yang Allah SWT SWT larang. Pesan mereka semuanya berbentuk yang suruhan bukan larangan. Pesan Ayah dan Mak ini akan aku pegang hingga akhir hayatku.  In sya Allah  Aku Adalah Aku: Jadilah Diri Sendiri akan aku karangkan menjadi sebuah buku untuk ku kongsikan cerita cerita yang dipesan buat diriku dan aku olahkan bersama ilmu pengetahuan yang aku timba dan pelajari sepanjang perjalanan kerjaya seorang kaunselor .

Kerjaya sebagai seorang kaunselor adalah takdir yang telah Allah SWT tetapkan untuk diriku walaupun tidak pernah terlintas dalam hati suatu ketika aku bergelar kaunselor. Diam tak diam dah hampir dua puluh tahun aku terjebak dalam bidang kaunseling ini.  Walaupun ada kata kata sinis yang sering menyindir. Abaikan setiap kata negatif yang dilemparkan kepada diri ku agar aku dapat peluang untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu yang sedikit ini untuk manfaat insan-insan yang memerlukannya. Semoga Allah SWT memberikan aku ilham dan hidayahNya untuk meneruskan perjuangan dalam menyampaikan ilmu ini. Semoga buku ini dapat menjadi hadiah yang teristimewa buat setiap insan yang sedang dalam pencarian dan insan yang tidak pernah berputus asa dengan nikmat Yang Maha Esa.

Menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang mudah diungkapkan tetapi ianya adalah sesuatu yang agak sukar untuk di fahami. Walaupun Anda sering mendengar ungkapan ini ianya memerlukan satu huraian yang lebih mudah untuk difahami.  Ianya sebenarnya bukanlah sesuatu falsafah yang sukar. Jadilah Diri Sendiri hanyalah falsafah yang mudah dan ringkas.  Ianya tidak memerlukan pendidikan khusus atau kemahiran khas.  Apa yang diperlukan hanyalah ketulusan hati dalam mencari identiti diri Anda yang sebenar.
Aku Adalah Aku: Jadilah Diri Sendiri akan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang akan menjawab persoalan 1H 4W (Apa, Kenapa, Bila, Bagaimana dan Di mana? Bahagian pertama ialah Kenali Diri ini akan cuba Anda kupas bersama untuk mengenali diri Anda yang sebenarnya. Anda akan melihat Siapa Diri Anda, Esteem Diri, Efikasi Diri,  Advokasi Diri, Aspirasi Diri, Pembelaan Diri, Motivasi Diri dan Bakat Diri Anda. Anda akan menganalisa satu persatu persoalan tentang mengenal diri Anda yang sebenar.

Manakala bahagian kedua adalah berkaitan dengan Personaliti Diri Unggul yang akan mencakupi teori personaliti, berani dan yakin imej diri, minda positif, penenang jiwa dan juga tingkahlaku yang unggul.  Ianya adalah sebahagian daripada kuliah yang pernah disampaikan untuk seluruh lapisan masyarakat sejak terjun ke bidang kaunseling. Di sini bukanlah untuk mengajar Anda menjadi manusia yang sempurna tetapi di sini akan dikongsikan pengetahuan dan juga pengalaman yang dilalui semasa mengendalikan bengkel dan ceramah untuk pelajar sekolah, universiti, bakal guru, bakal pengetua, guru-guru dan juga pemimpin tertinggi di dalam organisasi pendidikan.  Di sini Anda akan menambah nilai kepada pengetahuan sedia Anda tentang diri Anda.
Bahagian yang ketiga Anda akan dapat mengenalpasti konsep kecerdasan diri yang mencakupi Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Spiritual (SQ), Kecerdasan Kecerdasan Intelektual (IQ) dan Kecerdasan Emosi Spiritual (ESQ). Anda akan melihat ke dalam diri Anda kelebihan diri Anda yang sebenar. Manusia diciptakan Allah SWT dengan penuh keistimewaan dan berbeza serta unik. Anda akan kenali diri Anda  dan keunikan diri yang Anda miliki yang boleh dijana untuk mencapai matlamat diri.
Bahagian keempat pula Anda akan dibawa melihat apa sebenarnya pengiktirafan, pujian dan ganjaran. Mengapa ianya sangat penting untuk diri Anda. Bagaimana Anda menilai dan membuat keputusan kepada setiap yang Anda lalui dalam kehidupan. Ianya akan dikaitkan dengan bahagian kelima iaitu bagaimana menguruskan kerisauan dan kebimbangan. Dalam bahagian ini Anda akan mengenal pasti beberapa teknik dalam menguruskan kerisauan atau kebimbangan diri Anda.
Seterusnya bahagian keenam Anda akan mengenalpasti apa yang dikatakan kehidupan yang positif. Bahagian ini akan Anda kupas tentang diri Anda yang sebenar mencakupi aspek kerjaya, sosial, kewangan, fizikal dan juga masyarakat sekeliling. Bahagian yang terakhir adalah menjawab kepada persoalan bagaimana Anda membuat transformasi diri dan juga menerima diri Anda yang sebenar dan menjadi diri sendiri. Bahagian ini juga akan dikongsikan nota-nota kuliah Membangun Potensi Diri sebagai rujukan Anda dalam membangunkan potensi diri Anda.
Apakah Anda telah bersedia untuk menjadi diri sendiri dalam dunia yang tersendiri? Apakah Anda bersedia untuk menguruskan diri sendiri supaya kehebatan Anda yang sebenar terserlah?  Adakah Anda ingin tingkatkan kualiti diri Anda secara peribadi dan profesional? Adakah Anda ingin menjadi diri Anda sendiri dan membebaskan diri Anda dari jajahan minda yang mengongkong kehidupan Anda sekian lama? Jika 'Ya' jawapannya teruskan pembacaan Anda. Perubahan pasti akan berlaku . Jadilah diri sendiri.

Buku ini adalah kompilasi pengalaman saya selama 25 tahun sebagai kaunselor, cikgu, pensyarah, penceramah, motivator, coach, trainer, entreprenuer dan juga pelajar. Selain pengalaman saya terlibat dalam pembinaan modul-modul peringkat kebangsaan semasa bekerja di bawah Bahagian Psikologi dan Kaunseling selama enam tahun sejak 2006 sehingga 2012. Ianya adalah juga dari hasil penulisan di dalam blog saya dan juga nota kuliah dan saya susun agar menjadi satu bahan bacaan yang lebih santai dan lebih dekat dengan diri Anda.





p/s: Semua bahan yang diterbitkan adalah untuk perkongsian minda sahaja tidak boleh digunakan untuk tindakan mahkamah.Terima kasih
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in