kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (156) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (53) keluargaku (49) BUKU (48) Penulisan (47) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) BUKU SOLO (17) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) katalog buku (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) BEDAH BUKU (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) penerbitan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) pakistan (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, August 13, 2010

Rindunya.....................


Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang aku lalui dalam hidupku ini. Hari ini semangat datang awal ke pejabat dengan seronoknya kerana semalam aku berjaya menghabiskan satu juzuk dan aku bersyukur sangat . Sebenarnya semalam aku tak dapat tidur dan aku terus mencapai Al Quran dan membacanya. Sedih bila aku baca Al Quran sebab sebelum ni kalau bulan Ramadhan aku akan bertadarus dengan mak..adalah mak tegur bacaan aku tapi dah beberapa tahun aku melalui kehidupan Ramadhan yang tidak ditemani mak lagi.
semalam memang sangat terasa dan aku tahu aku tak akan menikamti nya lagi bila  mak tinggalkan aku dan keluarga pada 25 November 2006 yang lalu. Gambar kenangan kami sekeluarga pada hari raya aidilfitri tahun 2006 yang mana semasa di studio kami dengan gembiranya walaupun dalam keletihan berhari raya bergambar bersama. Masih teringat masa di studio sebenarnya mak tak kuat tapi masih bersemangat untuk bergambar dan semasa  que untuk tunggu turn ada satu keluarga yang agak celupar yang mana kata-kata mereka masih aku ingat.
Situasi sebuah keluarga kecil yang mana pasangan muda bersama seorang ibu tua. Masa  menunggu kami lihat pelbagai gelagat manusia. Si ibu tua dengan lemah menolak untuk bergambar tapi si anak perempuan atau mungkin menantu dengan sinisnya berkata "Ha ..mailah bergambar mana tau ni gamabr yang terakhir"...tersentuh hati aku bila mendengar ,semasa tu mak tegur ibu tua tu sambil berkata "Mak cik pi lah...dia berhajat nak tangkap gambar tu"..dan sehingga selesai bergambar si anak perempuan tadi mukanya masam mencuka....
Mak aku ketika tu walaupun tak mampu berjalan dengan kuat dan gagah tetap mengikut kernah anak-anak dan tersenyum lebar bergambar bersama cucu-cucu kesayangannya. Itulah gambar terakhir yang kami dapat rakamkan sekeluarga. Rupa-rupanya gambar terakhir buat kami bersama mak yang kami kasih..Aku pasti saat ini buka aku sahaja yang merindui mak tetapi semua ahli keluarga sangat merinduinya. Aku rindu mendengar bacaan Al Quran mak...dan aku rindu dengan usapan mak...walaupun aku ni dah dewasa sebelum tidur mesti mak akan gosok belakang aku dan baru aku boleh tidur....mungkin itulah kerinduan yang tak mungkin akan aku kecapi lagi...Mak Kin rindu pada Mak...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Thursday, August 12, 2010

Pejabat baru Pegawai Kaunseling

Senyum walaupundalam hati Allah saja yang tau...

apa yang penting ada direct line dalam bilik..jadi kena kawal diri ...ingat ...jagalah hak Allah dn Allah akan menjaga hak kita.InsyaAllah..Semoga aku dapat menjaga hak-hak allah dan sesungguhnya kerja itu ibadat..aku berhijrah kerana Allah SWT dan aku harap aku dapat berjuangke jalan Allah..Fisabilillah... Allah mengaturkan yang terindah buat diriku.. Aku rindu pada IPDA dan Klinik Kaunseling..Dalam hatiku dulu aku cuba buat yg terbaik untuk kutinggalkan kerana aku yakin Allah akan membuka jalan yang mudah juga buatku bila aku berada ditempat baru..Alhamdulilah  denan segala yang Allah berikan dan semoga  Allh mempermudahkan segala urusanku Amin Ya Rabbal Alamin....


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tuesday, August 10, 2010

sELAMAT bERPUASA

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA....
SEMOGA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA.
SHIKIN IMSAK PUKUL 4.45.....TAPI BERBUAK 6.34 PETANG SETIAP HARI......

SELAMAT BERPUASA:
)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Perjalanan Tugas Pegawai Kaunseling di Kolej Matrikulasi Labuan

Minggu ni agak sibuk jadi aku tak sempat nak compose blog. Semalam sempat upload gambar je tapi itu pun tertidur sedar-sedar dah post.  Perjalanan dia KML
1. Lapor diri
2. Berkenalan dengan kawasan@ ala2 orentasi macam itu
3. Berkenalan dengan pelajar dalam perhimpunan
4. Urusan permohonan rumah...gedebuk gedebak dapatlah apartmen kakitangan dan agak selesalah sebab tingkat 2 tapi kalau tingkat lapan pun ok je sebab ada lif.
5.Urusan penyambungan elektrik
6. Urusan dengan kerani kewangan: untuk gaji,klim pindah dan sebagainya.
7. Urusan dengan pihak IPDA;klim pindah dan juga  urusan surat rasmi
8. Urusan dengan pihak bank yang mengurusakan loan aku....
9. Urusan post barang-barang dari semenanjung
10. Urusan nak masuk rumah baru yang kosong dan dah nak puasa esok.....alamak dah nak puasa rupanya....Selamat berpuasalah...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Sunday, August 1, 2010

Waktu yang mustajab doa.....InsyaAllah.

Allah SWT telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu

manusia begitu hampir dengan rahmat Allah SWT dan kurnia-Nya. Pada
masa-masa ini manusia begitu dekat dengan Allah SWT, di mana pintu-pintu
langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana
yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi SAW, iaitu;

1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya
matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga
masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.
2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu
suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga
pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.
3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.
4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.
5. Masa selepas setiap solat fardhu.
6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.
7. Masa turunnya hujan.
8. Masa berlakunya peperangan fi sabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.
9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu
dalam bulan Ramadhan.
10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9
Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Saya berpendapat
(berdasarkan hadith-hadith) , masa mustajab berkenaan adalah mengikut
jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim
tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

MENCARI DAN MEMPERBAIKI KEBURUKAN DIRI*

Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH

*Firman ALLAH SWT bermaksud: ALLAH tidak menganiaya mereka, tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri. ( Surah Al Imran : 117 ) *

ULASAN AYAT :
1. ALLAH SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA, yang enzalimi
diri sendiri adalah manusia. Manusia sering mengangap keburukan yang
dilihat dan terjadi kepada dirinya sendiri adalah perbuatan ALLAH. Sedangkan segala kerja ALLAH baik ataupun buruk hasilnya adalah kebaikan,dan manusia perlu melihat perkara ini dengan penuh kesedaran.

2. Justeru, apabila ALLAH menginginkan seseorang itu menjadi baik
maka DIA akan menjadikan seseorang itu sibuk terhadap keburukan pada
dirinya sendiri, bukan sibuk mencari keburukan orang lain.

3. Apabila seseorang itu mengetahui dan mengesan tentang kesalahan
atau penyakit yang dihadapinya maka mudahlah baginya untuk meninggalkan dan mengubati sakit yang dihidapinya.

4. Untuk menyedari dan menjadi seorang yang sentiasa bermuhasabah
dengan diri sendiri, seseorang itu hendaklah sentiasa duduk bersama seorang GURU yang bijaksana dalam mendidik jiwa.

5. Seterusnya seseorang itu juga perlu kepada seorang sahabat yang
dipercayai lagi suka membetulkan kesalahan kita serta baik ilmu agamanya.

6. Perlu selalu mengambil manfaat dari kesalahan dan keaiban diri
daripada kritikan orang lain terhadap diri kita. Menerima teguran daripada
orang yang bersalahan daripada kita lebih menzahirkan keburukan diri
untuk diperbaiki berbanding daripada orang yang menyayangi kita.

7. Kita juga hendaklah bergaul dengan masyarakat dengan melihat apa
yang berlaku untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman terhadap diri kita sendiri.

8. Sesungguhnya untuk menjadikan diri baik bukanlah dengan melihat kebaikan diri sendiri, kerana ianya boleh menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan hati, malah untuk menjadi baik kita perlu selalu melihat dan mencari kesalahan diri untuk diperbaiki. WALLAHUALAM.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Salam terakhir...salam yang teristimewa....

Terima kasih yang tidak terhitung Shikin ucapkan buat semua warga IPDA di atas ingatan dan acara yang diaturkan yang tidakmungkin akan padam di hati Shikin.




Shikin mohon ampun dan maaf seandainya selama Shikin di IPDA Shikin terlanjur bicara dan tersalah langkah dalam menyalurkan perkhidmatan Shikin. Shikin sedar Shikin manusia yang lemah dan terlalu banyak b

kelemahan yang mungkin tidak Shikin sedari atau disedari..Shikin mohon maaf terutamanya kepada insan-insan yang tanpa Shikin sedari Shikin telah mengguris perasaan mereka. Seandainya ada yang terkecil hati maafkanlah Shikin kerana tidak terlintas dihati ini untuk mengecilkan hati sesiapa cuma kekadang ketelusan dan kelantangan suara Shikin yang sememangnya dah besar..Kalau ada yang terlebih atau terkurang maafkan Shikin sebab Shikin manusia yang biasa yang tetap melalui saat-saat yang ada naik dan turunnya.

Shikin sangat bersyukur kerana Shikin berpeluang menjadi warga IPDA dan Shikin tahu nilai IPDA di hati Shikin sebenarnya mungkin berbeza dengan sesebahagiannya tapi Shikin yakin saudara- dan sahabat Shikin di IPDA masing-masing mempunyai nilai yang tersendiri terhadap IPDA. Shikin sedar kehadiran Shikin di IPDA mungkin tidak menepati ciri-ciri kaunselor idaman dan Shikin redha 'jodoh dn pertemuan' Shikin dengan IPDA hanyalah empat tahun sahaja. Walaupun hajat hati Shikin nak berpencen di IPDA tapi mungkin Allah menakdirkan sesuatu yang terbaik buat Shikin.


Alhamdulillah sepanjang 18 tahun berkhidmat sebagai pegawai kerajaan Shikin dalam bidang yang bukanlah impian hati Shikin tetapi Allah mengaturkannya dengan perjalanan yang cukup indah...Siapa sangka seorang kanak-kanak yang dulunya nakal dan tak minat menjadi gurru akhirnya berada di Institut Pendidikan Guru.


Shikin menyusun sepuluh jari dan setulus hati memohon ampun dan maaf atas segalanya. Shikin ucapkan terima kasih atas pengalaman yang sangat berharga di mukabumi ini iaitu erti sebuah kasih sayang.....shikin bersyukur shikin dikelilingi insan2 yang sangat penyayang yang selama ini Shikin tak pasti kerana Shikin tak kenal apa ertinya benci dan irihati...Shikin kenal nilai sihat dan nikmat hidup ini selepas Shikin merasa kesakitan...Shikin kenal diri Shikin melalui mata orang lain. Apapun terima kasih Shikin sayang semua isi IPDA dari warganya termasuklah kehidupan disekelilingnya serta keindahan alamnya.


Shikin sayang semua. Salam sayang dari Shikin..

Wassalam


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Terima kasih WARGA IPDA

Tiada ucapan yang lebih indah dari terima kasih dan atas segala yang aku lalui di IPDA.... syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk aku bersama IPDA selama empat tahun....setelah impianku 20 tahun aku bersyukur kerana Allah memakhbulkannya. Sebab itu aku selalu berkata aku adalah hambaNYA yang bertuah kerana setiap permintaanku tidak pernah ditolak oleh Allah SWt dan aku yakin seandainya aku menerima setiap yang aku pinta walaupun dalam bentuk yang berbeza dan mungkin jauh dari apa yang aku pinta tetapi--di penghujungnya aku tahu kenapa Allah memberikan aku segala itu. Alhamdulillah.

Aku bersyukur kerana aku berpeluang menjadi warga IPDA ...sungguh indah kehidupan di IPDA dan dunianya walaupun ke kadang kita akan bertemu dengan duri dan ranjaudi dalamnya tetapi itulahhakikat yang mendewasakan diriku. aku mengenal erti kasih,sayang, rindu, dendam dan cinta sepanjang aku berada di IPDA.....aku tahu bukan mudah untuk diriku menyeuaikan diri dalam sesuatu keadaan tetapi aku yakin aku lakukan sesuatu selama ini hanya kerana Allah dan sekarang aku yakin  Allah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk diriku...

 Terima kasih warga KEKELIP terutama pengerusinya danjuga barisan AJK yang menganjurkan  jauan perpisahan untuk aku...sangat indah untuk ku kenang. ...terima kasih yang tidak terhingga..memori aku bersama KEKELIP sangat akrab terutama bersama Allahyarham B..Shooaibi.Aku sangat bersyukur kerana sepanjang aku di IPDA aku ada ramai insan-insan yang sangat menyentuh hati dan perasaan aku. Aku ada ramai yang sangat menyayangi aku dan aku juga sangat menyayangi mereka.....hanya Allah yang tahu isi hati ini ...hanya kepada Allah ku berdoa agar mengurniakan keberkatan buat semua insan yang menyayyangi dan ikhlas mendampingiku dan aku bersyukur kerana aku menambah koleksi insan yang aku sayang an rindu dalam hidupku.

Terima kasih atas segalanya dan aku bersyukur kerana aku adalah ex-IPDA...aku bangga menjadi warga IPDA...Sinar Ilmu di Utara.erima kasih semua...shikin sayang semua..shikin rindu semua...walaupun ada yang tak suka pada shikinitu adatlah ...sebab  bos Shikin pernah berkata kalau dalam 100orang yang ak suka kat kita 10 orang kira normallah dan cukuplah kalau dalam 100 orang ada seorang yang menyayangi kita dengan seikhlas hati...semoga Allah memberikan kebahagiaan dankeberkatan buat insan-insan yan ikhlas itu...Shikin akan merindui semua....Sayang Shikin pergi buat seentara waktu kalau ada rezeki InsyaAllah Shikin akan kembali ke IPDA atau ke Kedah lagi ...habis beteri...sambung nanti...

 

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Hijrahku....

Sebenarnya inilah perjalanan dan saat-saat sedih yang sangat menyayat hatiku kerana aku terpaksa meninggal negeri yang sangat aku cintai dan demi sebuah kehidupan yang belum pasti.... hari ini memang hari air mata sebab dari pagi aku menangis mengenangkan diriku dan aku bertawakkal kepada Allah untuk setiap perjalanan penghijarahan ku ini. Aku lakukan hanya kerana Allah SWT. aku tak punya sesiapa melainkan Allah SWT. Aku sedar setiap perancangan itu ketentuannya hanya dari Allah SWT.


Terima kasih kak Not,Abang Burn, Yati ,Dat, Adik Mat, Ani, Shahril , Aziah dan Shahrizal kerana memberi sokongan buat diriku dan juga sentiasa memberi semangat buat aku melalui semua ini. Aku tahu kalian sedih dan sangat kehilangan aku sebab aku seperti mana juga aku yang tak pernah jauh dari adik beradikku....dan tanah kelahiranku...aku tahu ini hanyalah satu permulaan.
Aku sedih sebab meninggalkan adik aku Shahrizal yang dah 23 tahun aku jaga dan sekarang adik perlu berdikari dan hidup sendiri kerana aku terpaksa pergi meninggalkan dia.Begitu juga adik beradik lain. Aku pergi bukan kerana aku tak sayang pada keluargaku dan seluruh sahabat-sahabat serta saudaraku tapi demi sebuah hijrah kehidupanku hanya kerana Alla SWT...Semoga Allah menjaga adik-adikku dan kakakku serta keluarga mereka serta saudara n sahabatku.

Aku bersyukur kepada Allah kerana aku ada adik beradik yang terlalu mengambil berat tentang aku...sekarang aku tahu mereka sangat risaukan aku tapi aku tahu mereka tak tunjukkan sebab mereka takut aku tak kuat. Aku memang dah lama dah menangis mengenangkan semua ini tapi aku terima semua ini sebagai satu pengorbanan dan penghijrahan ke jalan Allah.

Aku berhijrah hanya kerana Allah....mungkin orang melihat aku seorang yang kuat dan tabah tapi sebenarnya aku sangat lemah dan sangat takut tetapi aku percaya Allah SWT itu Maha Esa dan Dia Maha Mengetahui setiap satu ketentuan dalam hidupku.ku redha dan aku terima semua takdir Allah buat diriku. Alhamdulillah.Semoga perjalanan untuk penghijrahanku ini adalah sesuatu yang diberkati Allah SWT dan aku yakinn setiap takdir Allah untuk aku adalah yang terbaik dan aku bersyukur dengan setiap yang aku terima dan lalui dalam hidup ku ini. Alhamdulillah.

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in