Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang aku lalui dalam hidupku ini. Hari ini semangat datang awal ke pejabat dengan seronoknya kerana semalam aku berjaya menghabiskan satu juzuk dan aku bersyukur sangat . Sebenarnya semalam aku tak dapat tidur dan aku terus mencapai Al Quran dan membacanya. Sedih bila aku baca Al Quran sebab sebelum ni kalau bulan Ramadhan aku akan bertadarus dengan mak..adalah mak tegur bacaan aku tapi dah beberapa tahun aku melalui kehidupan Ramadhan yang tidak ditemani mak lagi.
semalam memang sangat terasa dan aku tahu aku tak akan menikamti nya lagi bila mak tinggalkan aku dan keluarga pada 25 November 2006 yang lalu. Gambar kenangan kami sekeluarga pada hari raya aidilfitri tahun 2006 yang mana semasa di studio kami dengan gembiranya walaupun dalam keletihan berhari raya bergambar bersama. Masih teringat masa di studio sebenarnya mak tak kuat tapi masih bersemangat untuk bergambar dan semasa que untuk tunggu turn ada satu keluarga yang agak celupar yang mana kata-kata mereka masih aku ingat.
Situasi sebuah keluarga kecil yang mana pasangan muda bersama seorang ibu tua. Masa menunggu kami lihat pelbagai gelagat manusia. Si ibu tua dengan lemah menolak untuk bergambar tapi si anak perempuan atau mungkin menantu dengan sinisnya berkata "Ha ..mailah bergambar mana tau ni gamabr yang terakhir"...tersentuh hati aku bila mendengar ,semasa tu mak tegur ibu tua tu sambil berkata "Mak cik pi lah...dia berhajat nak tangkap gambar tu"..dan sehingga selesai bergambar si anak perempuan tadi mukanya masam mencuka....
Mak aku ketika tu walaupun tak mampu berjalan dengan kuat dan gagah tetap mengikut kernah anak-anak dan tersenyum lebar bergambar bersama cucu-cucu kesayangannya. Itulah gambar terakhir yang kami dapat rakamkan sekeluarga. Rupa-rupanya gambar terakhir buat kami bersama mak yang kami kasih..Aku pasti saat ini buka aku sahaja yang merindui mak tetapi semua ahli keluarga sangat merinduinya. Aku rindu mendengar bacaan Al Quran mak...dan aku rindu dengan usapan mak...walaupun aku ni dah dewasa sebelum tidur mesti mak akan gosok belakang aku dan baru aku boleh tidur....mungkin itulah kerinduan yang tak mungkin akan aku kecapi lagi...Mak Kin rindu pada Mak...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment