kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (55) BUKU (51) Penulisan (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) Aku Banggali (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) penerbitan (8) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, September 17, 2013

Chapter Hidupku 32: Melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia

Daulat Tuanku.....
 Daulat Tuanku.....menerima Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan dari Tuanku Sultan. Syukur Alhamdulillah dengan rahmat yang Allah kurniakan buat aku. Sekali lagi aku bersama keluarga menyertai majlis konvokesyen bersama mak, kakak,adik-adik ,ipar ,anak-anak saudara dan kawan-kawan. Alhamdulillah walaupun abang tak hadir tapi bunga sajasebagai pengganti diri. Emak dan abang adalah orang yang banyak menggalakkan aku untuk terus belajar dan dengan berkat kesabaran dan sokongan padu dari semua akhirnya aku berjaya menghabiskan Sarjana dan bergraduat pada 20 September 2003.....pejam celik dah 10 tahun rupanya Master aku ni satle.  Bilalah agaknya nak menyiapkan PhD pula????????
 Macam biasalah kalau konvo mesti terima bunga.....mengimbas kembali perit getir aku menyiapkan sarjana ini sebenarnya sangat melucukan. Sebab sepanjang tiga tahun berulang alik hujung minggu Jumaat dan Sabtu ke UUM, Sintok di Sekolah Siswazah untuk menyiapkan sarjana ni.  Peringkat awal memang bersemangat sebab biasalah penyapu baru....masa ni ada sumber inspirasi yanag sentiasa bagi galakan. Abang setiap hari akan bertanya hal pelajaran dan memang dia ni bab motivasi kira A lah...lagipun tak ada topik lain nak cerita jadi bolehlah untuk mengisi masa lapang.
Apa yang pasti Mak adalah sumber inspirasi buat aku.....sepanjang aku sambung belajar mak sentiasa akan bagi semangat untuk aku meneruskan pelajaran. Mak tak pernah putus asa beri semangat .Kadang-kadang memang tak ada langsung mood nak belajar tapi bila mak  cakap semangat aku kembali membuak-buak untuk belajar. Aku sambung belajar sebab menyahut cabaran bahawa aku sememangnya "anak ayah yang cerdik"  dan itulah kata-kata yang selalu aku pegang..."Sambung Belajar Sehingga Tahap tertinggi Yang Aku Mampu"...mhmmmm nampaknya  Master dah selesai tapi PhD sekarang tergendala sementara kerana banyak perkara yang belum selesai. Masa exam..mak sentiasa menemani aku untuk baca buku dan sentiasa baca Yaasin semasa exam aku berlangsung...Inilah amalan yang selalu mak buat untuk anak-anak ketika kami menduduki peperiksaan.
Mungkin sebab inilah aku tak siap-siap lagi PhD sebab tak ada motivasi dan suntikan semangat.....InsyaAllah akan aku teruskan jua perjuangaan ini...
Mak selalu kata pelajaran sangat penting dan dengan pelajaran kita boleh mengubah dunia. Manusia boleh mengubah nasib dengan ilmu. Mak dan Ayah selalu berpesan KALAU NAK DUNIA DENGAN ILMU....KALAU NAK AKHIRAT DENGAN ILMU.....JADI ILMU ADALAH SEGALA-GALANYA..Kata-kata mak dan ayah sentiasa menjadi pegangan dalam hidup aku yang tak akan pernah merasa jemu untuk meneruskan perjuanganku. InsyaAllah perjuanganku untuk menamatkan PhD yang dah dua tahun terbengkalai akan aku sambung bila  isu-isu dalam hidupku diselesaikan. Semoga aku beroleh kekutan untuk meneruskan impianku. Aamin
Terima kasih kepada pensyarah-pensyarahku
Yang sentiasa membimbingku
Jika dunia kami yang dulu kosong
tak pernah kau isi
Mungkin hanya ada warna hampa, gelap
tak bisa apa-apa, tak bisa kemana-mana
Tapi kini dunia kami penuh warna
Dengan gurisan garis-garis, juga kata
Yang dulu hanya jadi mimpi
Kini mulai terlihat bukan lagi mimpi
Itu kerana kau yang mengajarkan
Tentang mana warna yang indah
Tentang garis yang harus dilukis
Juga tentang kata yang harus dibaca
Terimakasih ibuku, pensyarahku dari hatiku
Yang tak pernah jemu membimbingku
Untuk semua pejuang pendidikan
Dengan pendidikanlah kita boleh memperbaiki bangsa
Dengan pendidikanlah nasib kita boleh diubah
Apa yang tak mungkin kau jadikan mungkin
Hanya ucapan terakhir dari mulutku
Terima kasih wahai ibuku
Terima kasih buat abangku..SaDnA
Terima kasih pensyarahku
Terima kasih keluargaku
Buat semua anak-anak bonda....

Demi sebuah cita-cita

Demi kebahagiaan orang tua
Demi para pahlawan
Demi kemajuan bangsa
Demi negara yang tercinta
Anak-anak bangsa tak kan tinggal diam
Untuk meraih impian
Sekuat tenaga jiwa dan raga
Menuntut ilmu untuk segala asa
Untuk memiliki dunia dan akhirat jua
Wahai anakanda generasi bangsa
Mari bersama bergandeng tangan
Mengisi sebuah kemerdekaan
Penuh ilmu pengetahuan
Agar kita terus menikmati nikmat kemerdekaan
Merdeka jiwa....merdeka negara.

Syukur Alhamdulillah  .....nikmat ilmu yang Allah SWT limpahkan buat seluruh keluargaku dan juga keturunanku. Semoga kami terus tergolong dalam orang yang berilmu dan meneruskan perjuangan di bidang ilmu.
Menuntut Ilmu
Ilmu
menuntutnya adalah
wajib.
Ilmu
harus diamalkan
untuk kebaikan
diri sendiri dan
insan lain.
Menuntut ilmu
bukannya untuk
menjadi pandai
bukannya untuk
mendapat pengiktirafan
seperti sijil atau
ijazah
bukannya juga
untuk berlumba-lumba.
Menuntut ilmu
adalah kerana Allah
disuruh oleh Allah.
Menuntut ilmu
untuk mengetahui
sesuatu perkara
supaya sentiasa
dalam kebenaran.
Tuntutlah ilmu
dari hujung pena
hingga pintu kubur.

Perjuanganku belum selesai.....PHD  aku perlu ada titik noktahnya. TUNGGGGGGUUUUUUUUUUUUUU

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, September 16, 2013

Dapur Mamasya: Kelas Masak Nasi Hadramaut - Step by step

Dapur Mamasya: Kelas Masak Nasi Hadramaut - Step by step: Assalammualaikum bersua kembali... Masih entry Nasi Hadramaut....spt yg diciterkan dlm entry sebelum ni resepi nasi akan menyusul. Yg lambat...

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, September 12, 2013

Syurga Rose

Greenfingers: Syurga Ros: As-salam. Sambil menaip entri ini terngiang-ngiang di telinga, lagu S.M. Salim, .... oh bungaa rosss!! Seronok betul rasanya setelah Ma...

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, September 11, 2013

Syurga Rose

Greenfingers: Syurga Ros: As-salam. Sambil menaip entri ini terngiang-ngiang di telinga, lagu S.M. Salim, .... oh bungaa rosss!! Seronok betul rasanya setelah Ma...

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Syurga Ros

Greenfingers: Syurga Ros: As-salam. Sambil menaip entri ini terngiang-ngiang di telinga, lagu S.M. Salim, .... oh bungaa rosss!! Seronok betul rasanya setelah Ma...

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, September 7, 2013

Chapter Hidupku 31: Sirih Junjung Sirih Adat

Sirih Junjung....sirih beradat...
Sireh junjung bertepak emas
sebentuk cincin sebait janji
dalam rindu yang kian lemas
kasih ditatang terasa diuji

Dua sejoli terbang di awan
turun bermain di pinggir taman
sungguh hatiku sudah tertawan
kasihmu tuan dalam genggaman

Manis senyummu hati terpikat
didalam mimpi terbawa-bawa
sebagaimana janji terikat
kasihmu kubawa kehujung nyawa

Awan berarak mendung kelabu
berlari jauh lorong berliku
bicaramu sungguh menusuk kalbu
terasa meruntun seluruh jiwaku
Seawal usiaku 19 tahun aku dah terima pinangan dalam hidupku.Aku pernah berkata nak kahwin masa umurku 25 tahun....kalau tak 30 tahun...kalau tak....kalau tak....kalau tak.......tak tahu lah bila....semua tu hak Allah SWT..... Tapi yang ada dalam hatiku sepanjang hidupku hanya Abang yang mana semuanya berkisar dengan Abang. Istimewanya Abang dalam hidupku hanya Allah yang Maha Mengetahui...mungkin itulah takdir dalam hidupku...Sebaik sahaja tamat pengajian dan kembali ke Alor Setar bersambung kembalilah  kisah suka duka dunia percintaan ku. Ketika ini kembali kehidupan aku yang penuh dengan misteri yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuklah keluargaku.

Serentak dengan bermulanya perjalanan di sekolah baru dan juga kembalilah episod peminangan yang bertalu-talu  yang tak kunjung hentinya. Mungkin benar kata orang sebab bila kita balik tempat tinggal sendiri  memang tak ada kerja lain...kalau depan rumah memang rumput tak tumbuhlah jawabnya sebab kerap sangat orang datang bertandang dan bertalu-talu. Ketika ni KakNot dah kahwin dan Yati masa ni kerja di Taiping.  Apa yang peliknya semua yang datang meminang memang datang tanya aku tapi malangnya semua pinangan itu ku tolak satu persatu...hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.....aku bahagia dengan Abang yang mana hidup kami bahagia dalam percintaan.

Setiap hari Abang akan call dan sembang berjam-jam dalam perjalanan balik kerja dan aku ni yang sememangnya  waktu petang hanya duduk di rumah melayan pokok bunga sambil ditemani mak setiap hari. Benarlah kata orang cinta itu indah...

Arwah mak kata ...kalau orang bercinta ni anak yang dia kasih dalam tangan pun dia sanggup lepaskan semata-mata bersama dengan orang yang dia cinta. Itulah yang berlaku dalam hidup kami berdua bahagia dalam percintaan yang mungkin duniaitu hanyya milik kami sahaja. Janji kami hanyalah setiap hariakan luangkan masa walaupun hanya sepuluh minit dan weekend tidak akan berhubung sebab masa itu adallah masa privasi untuk Abang bersama isteri dan anak-anak. Mungkin bagi orang luar melihat percintaan kami hanyalah sekadar mengisi kekosongan dalam hati tapi bagi diriku inilah percintaan yang aku lalui dalam hidupku....menyintai lelaki yang aku  impikan dalam hidupku. Aku bahagia  dengan Abang dalam hidup aku. Bagi diriku cinta bukan untuk memiliki...tapi cinta adalah pengorbanan dan pengorbananku hanyalah tidak bergelar isteri kepada lelakiyang aku cintai dallam hidupku. SaDnA......Sayang Abang Dunia dan Akhirat itulah kata-kata di setiap hujung ayatku bila bersama Abang......
Aku hanya punya satu hati
dan itu hanya untuk Abang......
Aku hanya punya satu cinta
dan itu hanya untuk Abang...
Aku hanya punya satu kehidupan
dan itupun hanya untuk Abang jua..
Waktu yang terus berputar tak kan mampu menghapusnya,
hingga takdir sekalipun tak kan bisa merubahnya.
Kerana setiap masa yang kurasa,
telah ku ukir di atas langit,
dan ku tanam di dalam bumi.
Agar Abang tahu
bahwa cinta ini abadi selamanya
Sayang untuk Abang
Sayang Abang Dunia dan Akhirat......

 
Semua peminangan yang datang  kebanyakannya dari orang yang berpangkat dan orang yang hebat doktor, dentist, lawyer, engineer, cikgu jangan ceritalah ,ustaz, tok kadi pun datang meminang...sampai orang hairan kenapa aku tak juga kahwin.  Macam di kata masa berlalu dan peminangan juga bertalu-talu hinggakan adikku  yang laki menjadi tukang mengira berapa ramai sudah pinanganku tolak...mentah..mentah...akhirnya aku tetap keseorangan.  Aku tak menghalang adik ku untuk berkahwin sebab itu semua adalah takdir Allah SWT untuk semua....

Kisah dalam takdir ku
Terpaut resah menanti jalan hari kebahagiaan
Terkadang gelap memaksa jiwa tuk terlelap
Hingga terang membawa angan melayang….
Takdir ini kutemui dirimu….
Bersama galau merajam rasa
Engkau telah memberi kehidupan nyata
Benarkah kan terwujud indah bersamamu..
Tapi ku yakini ini semua takdir untuk ku
Berpeluh indah dalam bayangan semua
Tetap kuyakin memang engkau takdir untukku
Dalam hari kebahagiaan….
Harap mimpi indah bersamamu
bertabu genderang rasa jantungku
Menanti hari kutemui pinangan rasa dalam nyata
Inilah takdir yang kutunggu untuk bisa terus bersamamu kasih……..
Abang.....
Sayang hanya untuk Abang
Sayang Abang Dunia dan Akhirat............

Falsafah cintaku .................
Cinta adalah ketika kamu menitikan air mata dia masih peduli kepadamu,
dan ketika dia tidak memperdulikanmu,
kamu masih menunggunya dengan setia.
aku masih menunggu abang,
sampai kau hadir di hadapanku,
walau aku tak mengerti maksudmu dan semua terasa tak jelas
dan juga aku tak tau apa yang kamu rasakan.
aku akan tetap menuggu ,
jika yang ku tunggu sia-sia dan berbuah pahit,
aku akan sedih dan merasa kecewa,
lebih dalam hatiku akan sakit.
dan itu akan sulit untuk berusaha melupakannya,
pasti air mata akan jatuh di setiap aku mengingatnya.............SADNA
Sirih Junjung and Sirih Dara
Masih segar diingatanku takkala rakan setugas aku beria-ia merisik khabar tentang aku dan akhirnya atas dasar tidak mengecilkan hati aku bersetuju untuk bertemu dengan lelaki yang diperkenalkan. Punyalah kelakar aku bukan nak mengena sesiapa ....aku bagi syarat nak jumpa lelaki ni di masjid sebab dia ni dah bergelar Haji dan seorang jutawan kerana ada syarikat gergasi kat utara tapi Tn Haji yang masih teruna ni tak mahu jumpa di Masjid katanya nanti orang nampak.......dan akhirnya jumpa di Pizza Hut ....kelakar...sangat kelakar...sebab aku ni memang tak suka keluar dengan lelaki. Semua ni sebab tak nak kecilkan hati orang . Macam biasalah  penampilan aku memang telah menawan hati dia dan akhirnya aku tak cakap apapun. Tapi rupanya dia telah salah sangka dan keluarga serta seluruh ahli keluarga dia ingat aku dah setuju dan bagai nak raklah mereka buat perancangan untuk datang tetap hari dan belanja.....Apaaaaaaaaa???????? Aku Setuju?????Ohhhhh mustahil......aku tak akan dan tak mungkin akan menerima lelaki lain selain Abang...apa yang terjadi   memang terkecewallah lelaki yang telah tertutup hati untuk berkahwin selama ini...Aku bukan berniat mengecewakannya tapi aku bercakap dengan baik dan berbagai   alasan yang aku berikan...akhirnya sampailah ke pengetahuan seluruh ahli keluarganya yang tahu aku sudah menolak pinangan...kecewa mak dan ayah Tn Haji ni nak tengok anak teruna kesayangan mereka kahwin....ada beberapa kali aku terserempak dengan keluarganya di majlis keraian dan dihujung telinga akur terdengar...."Tulah perempuan yang tolak tuah...jadi bini jutawan.." ''Segak sangatlah kut".."Memilih"...."Tak padandengan rupa"........Biasalah  semua tak tahu aku dah bercakap sendiri dengan Tn Haji...aku bagitau dia jodoh dia ada dan dia akan temui jodoh dia...mungkin  Allah temukan kami kerana Allah nak tunjuk siapa  jodoh dia sebab sebelum ni  dia tak ada keinginan nak berkahwin tp bila jumpa aku hati dia terus berbunga-bunga nak kahwin.....Benar itulah jawapannya...selepas enam bulan ibu saudara Tn Haji beritahu aku yang mereka dah pergi meminang  perempuan seorang Lecturer , Anak Yatim Piatu  dan muka seiras dengan aku cuma perempuan ni lebih senior tiga tahun dari aku kira ok lah tu. akhirnya mereka kahwin cuti sekolah akhir tahun 2001....

268DPMM vs SAF
Mungkin semua orang ingat aku tak ada keinginan untuk berkahwin.....hakikatnya beberapa kali kami merancang untuk berkahwin tapi itulah Qhado dan Qhadar dari Allah SWT ..hidup kami hanyalah indah dalam percintaan yang sangat membahagiakan bagi diriku....pelbagai kontroversi dalam keluarga Abang yang akhirnya membawa pelbagai masalah dalam kehidupan seharian....bertahun-tahun kami lalui kehidupan yang indah dalam dunia percintaan....hidup bagaikan pasangan bahagia...

Abang Sayang …..
sepertinya, hari ini ku rasakan juga senyapnya udara
dinginnya matahari juga gersangnya malam
ya….ini sebagai simbol kenangan
sebagaimana telah digariskan
putaran waktu yang menikam tubuh
berderailah tawa atau tangis
kerana airmata tetap membasah pada pelupuk mata

Abang sayang…..
usahlah lagi ditanyakan untuk apa aku di sini
menikmati hari-hari membisu
hiruk pikuk kegusaran isi dada yang menjalar ke otak kepala
roda waktu telah menciptakan kisah
kisah setetes air yang berhendak menyetubuhi bintang dan rembulan
kini kesunyian tak lagi dimengerti

Abang sayang…..
di mana kan lagi kutemukan percakapan itu
tergerai rambut sebahu menatap matahari dengan senyum
namun simpan kegundahan dalam-dalam

Abang sayang…..
kini hanya bayang kenangan menderu
memasuki ruang-ruang kosong dalam dada
sebagai kebahagiaan atau kesedihan

Abang sayang….
di mana kan lagi kutemukan percakapan itu
bulatnya matamu sebulat tekadmu menjalani hidup
bicara lantang dengan apa adanya
biarlah

Abang sayang…..
lebih baik ku membiarkan halaman ini putih
tetap kosong dengan segala suka dukanya
yang entah seperti apa
ketahuilah abang… masing-masing diri mempunyai masa lalu
sebagai sejarah yang ditulis pada buku waktu

Abang sayang….
tak usahlah kau risau membacanya lagi
kenangan, kenyataan serta harapan
adalah milik diri
ia akan hadir sepanjang usia, rentangan waktu
namun kumerasakan kau teramat larut pada masalalu
sebagai kenangan yang memusar

Abang sayang….
biarkan ia menenggelamkan diriku pada kesedihan yang mendalam
masa kini telah hadir sebagai kenyataan yang tak terelakan
dan masa depan telah menanti,
membuka cakrawala harapan

Abang sayang…..
demi perasaanku hari ini
Jangan kau ubah apa yang membuat mereka jatuh cinta
Kerana semua tidak mengharapkan kesempunaan diri
Abang sememangnya istimewa di mata dan hatiku
Walau seluruh dunia menentang
Sayang Abang hanya untuk  Abang................
  264DPMM vs SAF
Berabad aku melalui hidup dalam dunia percintaanku hanya untuk Abang dan tiada insan lain yang mampu mengambil alih. Walaupun ramai yang datang bertandang dan membawa seribu pengharapan tapi tiada seorang yang berjaya menarik aku keluar dari pesonaku kepada Abang sepanjang hayatku....akupernah bertanya pada Abang apa yang membuatkan aku bahagia...hanyaa Allah Yang Maha Mengetahui itulah jawapannya.....hati dan jiwaku hanya ada Abang. Mungkin kalau dihitung kehidupan aku hanyalah dengan mendoakan untuk bersama abang sepanjang hayatku....walaupun beberapa kali Abang  menyuruh aku menerima lelaki lain dalam hidup aku tapi akhirnya aku akan kembali kepada Abang...mungkin  aku tak boleh memadam cinta abang buat aku...sehinggalah  satu ketika setelah pelbagai rintangan kami lalui aku bagaikan pasrah dengan takkdirku...tapi segalanya berakhir dengan hatiku tetap milik Abang....Sayang Abang Dunia dan Akhirat.....bukanlah kata mainan tapi kata yang terpahat selamanya... hinggalah di saat akhir....chapter hidupku yang ke 30 tahun aku menerima hampir 32 peminangan yang datang bertalu-talu....tanpa henti....
.................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
akhirnya aku sudah tidak lagi menghitung berapa kali orang masuk meminang kerana aku sudah letih untuk menolak. Biarlah kalau orang datang  aku jawab sahaja...tak nak.

Abang sayang
sekarang kita telah berpisah
berpisah bukan atas ingin ku dan ingin mu
takdir berkata kita harus berpisah
aku sayang pada mu
begitu pun kamu
aku tau kenapa semua ini terjadi
aku tau aku yg salah
aku yang berundurdan memilih jalanku
kini kau pasti lebih bahagia kerana bebas selamanya
bersama isterimu
menikmati indah nya cinta dr diri mu
kau kan selalu ku cintai,
tapi kini kau tidak lagi ku nanti
aku tidak setia menunggu kembali seperti yg dulu lagi...
tapi
Sayang ku untuk Abang sememangnya sehingga akhir hayatku dan semoga Allah kurniakan bahagia untuk Abang selamanya. 
Abang........Sayang Abang Dunia dan Akhirat
FazMi
 

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, September 6, 2013

CHAPTER 30: KU ABDUL WAHID .........My first love

KU ABDUL WAHID itulah nama kekasih hatiku yang sangat aku sayangi hehehehehehe......kalau lelaki gilakan kereta aku ni spesies setia pada kereta..Walaupun aku pernah memandu kereta mewah lain tapi inilah kekasih awal dan akhir yang tidak akan aku jual walaupun dah tak boleh digunakan lagi satu hari kelak.....ada hikmahnya mengapa.....kerana sekaliaku jatuh cinta...cintaku tak mungkin akan berubah.....ia adalah hasil titik peluh gaji pertama tiga bulan buat bayar muka....
Kenapa nama Ku Abdul Wahid???????
Memandangkan   aku nikan orang kedah....semua keraabat....aku selalu cakap orang Kedah ni semua kerabat!!!!! Mhmmmmm Kerabat DiRaja lah katakan....Kesultanan Merong Mahawangsa menyebabkan mengapa orang kedah semuanya adalah kerabat...sebab tu anak dara kedah mahal hantaran....sebab kerabat......adooiiiiiiii memang Sengal lah kalau ada yang percaya .......hahahahaha HAKIKATnya memang orang kedah semua nya kerabat sebab kerabat pokok nyok...kerabat=panjat....mana ada orang kedah panjat pokok kelapa.....ORANG KEDAH HANYA KERABAT POKOK NYOK SAHAJA!!!!!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/c6/Proton_Wira_(Aeroback,_Special_Edition)_(first_generation,_second_facelift)_(front),_Serdang.jpg
Wekipedia::::::::::>>>>>>>>
The Wira was introduced in 1993 as a 4-door saloon and was based on the shared 1992 CB2A–CB4A-CD9A platform with Mitsubishi Lancer, but the styling was slightly modified to distinguish it from the Lancer. Modifications include headlights from the 1992 Mitsubishi Colt, taillights from the 1987 Mitsubishi Galant hatchback, bumpers from the Mitsubishi Mirage and a different dashboard. The frontal design continues the styling first shown in the Proton Iswara with a fluted bonnet that tapers towards the Proton badge on the grill. In 1994, a 5-door hatchback version (initially badged as the Wira Aeroback, in a similar fashion as the 5-door Saga hatchback) was introduced.
A minor facelift for all new Wira variants was introduced in 1995 with a new grille and slimmer tail lights with clear indicators. Other minor changes were made on the interior, grille design and bumpers during the late-1990s and mid-2000s. While having undergone three minor reiterations, the general design of the Wira has, for more than a decade, remained mostly the same.
its first series, a 1.3-litre 12-valve engine was available on basic-specification Proton Wiras. The Mitsubishi 4G15 1.5-litre 12-valve engine used in the Iswara and its predecessor the Saga was carried over unchanged. The Mitsubishi 4G92 113 PS (83 kW; 111 hp) 1.6L 16-valve SOHC engine with multi-point fuel injection was introduced together with an optional 4-speed automatic transmission (and power windows for all 4 doors), a first in Proton's history. The multi-point injection versions were badged as MPi, although this was only used on the engine, and never on the trim levels (unlike 1.5 MPi GLS in the previous car, the Saga, the trim levels were simply 1.5 GLS etc.).
In 1995, the Mitsubishi 4G13 1.3-litre 12-valve engine also used in the Saga was introduced for the Wira. This was followed in 1996 by the 133 bhp (99 kW) 1.8L 16-valve DOHC engine with multi-point fuel injection, making Wira a first Proton car to be powered by a DOHC engine. At the same time, a 2.0-litre diesel-powered variant (badged as the 2.0D, or the SDi in some markets) was also offered but was later phased out in later years due to lack of interest from consumers. The diesel-powered Wira is to date the only diesel vehicle produced by Proton. From 1999, all engine options for the Wira in Malaysian market were fuel-injected and carbureted models were phased out.
In 2001 the Wira received suspension tuning from Lotus.

Ku Abdul Wahid dari awal aku miliki tak banyak meragam dan ke mana sahaja akan bersama aku...Wahid menyimpa seribu kenangan bersama mak dan juga Abang. Sebab tu ianya terlalu bermakna dalam hidup aku......dengan Wahidlah aku berjuang mencari rezeki dan sehingga berjaya membawa Mak ke Mekah dan juga membeli beberapa aset dalam hidup aku.  Kenangan memecut  Wahid untuk berjumpa dengan Abang dan juga segala kenangan merentas seluruh Malaysia sehingga ke Johor.....tak terbang merentas Sabah dan Sarawak je.....yang lain mana peusuk yang Wahid tak sampai...

Cuma sekarang Wahid dah uzur sebab dah 15 tahun ....tapi sampai saat ini aku masih bawa Wahid sebab  nak kena tunggu dulu untuk beli pasangan baru untuk Wahid. Dulu aku pernah bawa Wahida  (BMW 3 Series) beberapa bulan tapi sementara sahaja bila badai melanda segalanya hilang dariku...... aku jual sebab tak mampu bayar hutang akibat musibah yang menghentamku .Lepas tu sempat miliki C-Tie    (Honda City) tapi semua tu tak kekal sebab  dan satu lagi jual sebab nak bawa balik kena bayar cukai tinggi sangat dengan keadaan letak jawatan 24 jam.....mana nak cekau duit....

Kini Ku Abdul Wahid masih ku latu memandangkan.....ini sahaja yang tak ada hutang dan aku bersyukur kerana miliki Ku Abdul Wahid.
Lirik Lagu: Bapaku Pulang Dari Kota

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/04/bapaku-pulang-dari-kota-lirik-video.html#ixzz2eBZtvmSM


ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, September 3, 2013

CHAPTER 29: Second Posting After First Graduate....Sultanah Asma School!!!!!!

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.jpg
Sultanah Asma School atau nama ringkasnya SMK Sultanah ASMA, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Langgar.

16 September 1999 aku mendaftar diri sebagai warga kerja di SAS sebagai Kaunselor Sepenuh Masa. memang sesuatu yang diluar benak fikiranku kerana selama ini akau memang tidak mempunyai semangat yang tinggi seperti adik beradik dan kawan-kawan yang majoriti tergilakan SAS.  Keterujaan mengajar di SAS bagi aku sama sahaja seperti sekolah perempuan yang lain bezanya di sini pelajarnya semua pelajar pandai dan nak masuk belajar SAS pun kena ada kualiti dan semestinya seluruh sekolah ini dianggap kualiti.

Di SAS aku mengenal pelbagai rupa manusia dan juga aku mengenal pelbagai rasa dalam kehidupan. Memandangkan aku ni kategori payung terjun jadi memang agak menggerunkan bagi pihak pentadbir sekolah sebab setiap guru yang keluar masuk ke sekolah ini akan menjadi tumpuan semua. Maklumlah sekolah elit.  Bagi aku yang sememangnya FOBIA dengan sekolah perempuan walaupun seELIT mana sekalipun sekolah tu aku memang tetap FOBIA...aku fobia dengan semuanya dari pentadbir sehinggalah sekitar sekolah.

Semasa di SAS aku yang sememangnya dah biasa dengan keakraban dengan guru-guru dan pentadbir sejak sekian lama membawa budaya yang sama yang mungkin agak tidak disenangi oleh beberapa pihak terutama pihak pentadbir yang merasakan guru biasa tak setanding dengan pentadbir.  semua ini dicipta oleh sekelompok guru dan  individu yang tak mahu memberi peluang kepada orang lain.

Sebaiksahaja aku tiba di SAS benda pertama yang akuterima adalah...BILIK KAUNSELING INI BILIK KAUNSELING CONTOH ...JADI TAK BOLEH BUAT PERUBAHAN......OOOOOOHHHHHhhhhhhhh tidak !!!!!!  macam mana aku nak bekerja dengan dibayangi Bilik Kaunseling Contoh sedangkan apa yang aku lihat hanyalah bilik kaunseling yang 'KOLOT"  dah tak up to date dengan zaman daan bahan-bahan pameran semuanyapakaitulisan stensil n tulisan tangan.....Apa lagi aku yang bagaikanpenyapu baru ni macam biasalahlah yang telah di ajar oleh pembimbing praktikum Cikgu Sabri.....PUTIHKAN.......putihkan semua...maknanya semua yang ada kaitan dengan sejarah yang boleh membayangi kita perlu dibuang....jadi langkah pertama aku buang semua bahan-bahan terutamanya yang dah tak sesuai dengan zaman...yang   pastinya ianya menimbulkan KONTROVERSI di sekolah kerana bekas Kaunselor masih berada di SAS sebagai Penolong Kanan HEM.  hahahhahaha ingat llagi macam mana wajah bengis dia bila tengok bilik kaunseling contohnya dah tak ada rupa dia lagi...sehinggalah akhirnya aku dipanggil oleh PENGETUA CIK HASNAH ABDULLAH untuk mengadap....tapi syukur Alhamdulillah aku dikategorikan orang yang ada skill PR yang baik jadi apa yang ditanyadengan hormat dan cermat aku jawab dan akhirnya Pengetua setuju dengan aku dan memang apa yang aku buat aku teruskan dan ubah seceppat mngkin supaya tidak ada identiti orang lama.....sebab tu di ST Anne Convent walaupun hanya tiga bulan aku tetap boleh berikan yang terbaik kepada sekolah dengan kerjasama semua pihak. Tak sampai sebulan di SAS aku berjaya pugar semula Bilik kaunseling Contoh menjadi Bilik Kaunseling Al Qanaah  dengan kerjasama pelajar dan juga pekerja yang sememangnya menginginkan perubahan.

Perubahan  bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tapi memandangkan aku adalah  seorang yang sememangnya tidak suka dibayangi oleh orang lain jadi aku perlu mengorak perubahan. bersyukur semasa di SAS aku ada ramai anak murid yang rajin dan memang sekepala..ketika di SAS aku masuk kerja jam 7 pagi dan balik jam 7 malam. Alasan nya aku seronok bertugas dengan Pengetua yang banyak mengajar aku selok belok pentadbiran. Walaupun orang lain memandang pengetua  seorang yang tegas tetapi bagi aku aku banyak belajar dengan Pn Cik Hasnah yang sememangnya seorang pengetua yang sangat komited dengan tugasnya....cuma dia sering dibayangi oleh "GATE PEOPLE" iaitu PK HEM yang ketika itu merasakan dia adalah orang yang terhebat.  Aku sememangnya bertuah kerana banyak berdamping dengan pengetua dan guru-guru kanan yang lain di SAS sebab kebetulan mereka adalah guru-guru aku sendiri semasa zaman persekolahan.....cuma aku tak seiring dengan PK HEM yang sering rasa tergugat.


Walaupun  hanya beberapa bulan aku di SAS aku banyak belajar dengan Pn Cik Hasnah  tentang selek belok pentadbiran, beliau seorang yang sentiasa memberikan dorongan kepada aku. Walaupun orang sering tertanya-tanya macam mana aku boleh rapat dengan Pengetua....jawapan nya hanya satu aku admirer pengetua secara keseluruhannya. Walaupun orang lain tak nampak apa yang aku nampak tapi aku bersyukur kerana dorongan kuat dari beliau aku berjuang terus dalamdunia pendidikan dan dengan dorongan beliaujuga aku sambung belajar ke peringkat master. 

Pernah satu peristiwa lucu yang tak dapat aku lupakan macam mana wajah PK HEM ketika di kantin yang mana pengetua dengan selamba mencedok makanan dari pinggan beliau dan masukkan dalam pinggan aku sebab katanya "sedap Shikin kena rasa lauk ni cikgu masak sendiri!"...terbeliak mata PK HEM aku ketika tu mungkin sebab sepanjang dia kenal Pengetua dia kata pengetua aku ni jenis protokol, Datin dan tak boleh makan dengan cikgu biasa.....itulah  pengetua yang sering dibayangkan oleh cikgu llain sebab mereka segan@malu nak makan dengan beliau sebab dia isteri Menteri..Dato Afifuddin Omar...mhmmmmm memanglah dia seorang yang protokol tapi bagi aku dia tetap seorang guru dan seorang insan yang sentiasa ingin ddidekati dan disampingi. Walaupun beliau orang besar tapi sikap dan budibahasanya sangat aku minati.

Walaupun aku sangat sukakan pengetua SAS tapi aku tak suka berkhidmat dengan tekanan dan akhirnya aku membuka mulut dan sekali lagi kejutan berlaku bila aku bertukar secara pentadbiran ke sekolah ketiga selepas empat bulan berkhidmat bersama SAS.

Ketika aku berjumpa dengan Pengarah JPN Kedah ketika itu yang kebetulan bekas Pengetua kesayanganku masa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar dulu .....perkataan pertama yang Pak Hassan atau ketika itu Dato Hassan  " Chek nak tukaq pi sekolah mana pula?"  hahahahahahahahaha seakan dah terhidu oleh Pak Hassan yang aku sememangnya nak bertukar ke sekolah lain. Ketika itu  Pak Hassan panggil  Pegawai Bahagian Sekolah utk tengok sekolah yang kosong dan beliau adangkan aku ke Sains Pokok Sena....tapi jawapan aku pada Pak Hassan....." Shikin tak mau sekolah ELIT....Shikin nakpi sekolah yang paling bermasalah dan Shikin nak bertugas dengan aman kat situ"....Pak Hassan yang ketika tu kena penyakit kayap tergelak dengan aku  ni sebab peliklah...orang semua nak pi sekolah yang Elit kononnya senang kerja tapi aku satu-satunya cikgu yang minta pi sekolah yang banyak masalah...Jawapan aku....namapun kaunselor nak selesaikan masalah jadi biarlah Shikin ergi sekolah bermasalah........perghhhhhh konon nak tunjuk terror lah...akhirnya Pak Hassan perkenankan permintaan anak murid bermasalahnya ini dengan memberikan tempat baru.....

SAS hanya 2 km dari rumah tapi sekolah ni hampir 15 km dari rumah...Shikin sanggup pi sekolah yang banyak masalah ni. Sekolah yang semua orang tak mau pi? Shikin sanggup????????Mhmmmm

JAWAPAN:
"Cikgu , Shikin sanggup pergi ke sekolah manapun asalkan Shikin seronok untuk berbakti dan Shikin janji akan bertugaas sekurang-kurangnya lima tahun di sekolah ni...baru Shikin fikir utk buat benda lain!!!!"


Maka awal tahun pada 5hb Februari 2000 maka genaplah empat bulan aku di SAS dan akhirnya aku dengan senyuman manis mengangkat kaki meninggalkan sekolah yang banyak mengajar aku kerenah birokrasi dan apa yang pasti sampai sekarang  Fobia sekolah perempuan tak hilang.....tapi yang pasti aku sangat menyayangi pelajar yang rapat dengan aku dulu.....

Kutinggalkan kenangan bersama lagu kebanggaan pelajar SAS:
Sekolah Sultanah Asma
Lahir dari cita-cita
Mendidik srikandi bangsa
Berjaya sepanjang masa
Berjanji setulus hati
Berikrar semurni kata
Belajar berilmu berbakti
Tertunai harapan semua
Dengan tekad dan keyakinan
Berazam mencapai kejayaan
Hadapi dugaan cabaran
Demi kesejahteraan masa depan
Oh sekolah tercinta
Mekar subur perkasa
Namamu kan dipelihara
Dengan peribadi mulia


Nantilah banyak gambar  kenangan bersama mereka tapi tak sempat nak snap kembali......

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

CHAPTER 28: First Posting after Graduate..SMK ST ANNE'S CONVENT


 Inilah wajah ceria selepas tamat pengajiandi UPMT aku akhirnya kembali ke Negeri Kedah dan ditempatkan di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST ANNE'S CONVENT , yang beralamat seperti di bawah......

Alamat:Jalan Bukit Awi,
09000 Kulim, Kedah
Tel:04-490 4075
                                         Faks:04-490 4075
Semasa posting ke Kulim aku tak menghadapi sebarang masalah kerana Kak Not @ Normishah sememangnya tinggal di Kulim. Ketika ini kak Not dan Abang Burn belum ada anak dan memang honeymoon year lagi lah....Aku posting ke Kulim hanya untuk seketika sahaja sebab memang plan awal hanya untuk mendapatkan tapak di Negeri Kedah sahaja.  Syukur Alhamdulillah tak sampai empat bulanpun tinggal di Kulim ni sebab bulan September aku dah posting balik ke Alor Setar.  Kejab sahaja di sana di bawah pengetua Hjh Zubaidah Mohamed.  Orangnya sangat baik dan yang bestnya masa di St Annes Convent ni macam biasalah semua pelajar perempuan dan aku yang sememangnya fobia dengan sekolah perempuan semasa zaman persekolahanku dulu .


Kebebasan......itulah diriku yang sebenar bebas terbang kemana sahaja yang aku suka....

Aku memandang waktu ketika jam dinding mulai malas berdetak sore itu..
rasa-rasanya rutinitas sudah mulai mencapai titik kejenuhan,..
tiba-tiba angin berbisik
dan pasir mengusap lamunanku 
lalu aku terbangun dari mimpi dan lelah,...
Menggapai asa dan kembali melihat jejak-jejak masa lalu,..
menghirup udara dingin dan angin sejuk pagi hari,.
merindu kabut dan gemericik embun di dedaunan rimba,...
menatapnya lama dan tersenyum kagum
tetapi tetap saja semua itu masa lampau
mengusir kejenuhan ini dengan berangan ternyata hampa,..
aku ingin kenyataan,..
aku ingin kembali berjalan dan berjalan,...
mencari sebuah tujuan kebebasan,..
keheningan hidup dan ketenangan hati,...
dan keindahan alam Yang Maha Kuasa,....
Semasa di St Annes Convent , tiap minggu aku mesti balik ke rumah di Alor Setar sebab tak sampai satu jam dengan motorbike dah sampai rumah. Memang tak boleh hidup berenggang dengan mak. Masa di universitipun boleh dikatakan setiap hari aku wajib menelefon .Jadi memang tak boleh nak berenggang lama-lama dengan family. Mungkin bagi orang lain tinggal berasingan dari keluarga itu menyeronokkan dan bebas tapi tidak bagi diri aku  .....aku suka tinggal bersama mak dan keluarga yang lain. Syukur Alhamdulillah semasa tamat pengajian aku tak perlu memohon kerja macam orang lain yang berhempas pulas memohon pekerjaan sebab hanya bercuti tanpa gaji selama tiga tahun dan kembali berkhidmat dalam kerajaan selepas tamat pengajian.

Pejam celik tiga bulan  bertugas di daerah Kulim dan tak sempat pun nak berkenalan dengan ramai di Kulim sebab asyik sibuk mengisi borang untuk pertukaran balik dan yang istimewanya aku balik tanpa perlu menunggu masa untuk pertukaran seperti orang lain kerana hanya mengikut PERINTAH  ARAHAN PERTUKARAN SERTA MERTA ......iaitu PERTUKARAN PENTADBIRAN....memang special berbanding dengan orang lain sebab sepanjang perkhidmatan memang ada keistimewaannya.

...............................................
Aku menulis untukmu sayangku
melawan kebosanan menegur mimpi dalam senja
menyibak semak dengan daun berduri yang menyakiti jari jari
lalu terbangun pada sendu di langit biru
aku tertawa sejenak mengusir rasa lelah
merangkai kisah demi kisah perantauan
mengukir cinta di pesisir tanah ikan
mencium bau pasir yang ribut saling berbisik
dan berharap dapat menatap surya
di balik pepohonan sawit yang rindang
aku telah pergi untuk kembali
aku akan menepati janji untuk mengabdi
kuatkanlah aku Ya Allah,...
kuatkanlah aku dalam perantauan ini,...
September  1999 aku kembali ke Alor Setar dan ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma..... sekolah yang memang aku tak tau apa nak kata.....FOBIA dengan sekolah perempuan....Nantilah dalam Chapter seterusnya aku akan bercerita berapa lama aku mampu bertahan di SMK Sultanah Asma  sekolah yang tidak pernah aku mimpikan untuk belajar di sini macam pelajar perempuan lain ....Kak Not memang pelajar Sultanah Asma School n Yati pun sebelum ke MRSM Terengganu  juga belajar di SAS...aku je yang memberontak tak mahu belajar di SAS dan terpelanting  ke SMDSO semasa zaman persekolahanku... .

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, September 2, 2013

Chapter 27: Tercapainya sebuah Impian SARJANA MUDA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam ramai- ramai yang bergraduat hanya aku seorang shj yang dapat merasa nikmat emak bersama pada hari graduasi sebanyak dua kali iaitu semasa Ijazah dan Sarjana...adik beradik yang lain tidak berpeluang kerana keadaan yang menghalang.
Setiap manusia memiliki impian....begitu juga diriku..impianku masuk ke Universiti kali pertama adalah kerana memenuhi impian ayah dan mak nak tengok anak perempuan kesayangan mereka masuk universiti dan bergelar siswazah... Syukur Alhamdulillah tiga  tahun berhempas pulas akhirnya segulung ijazah dalam genggaman.
Bersyukurnya kami yang dapat bergraduat kalipertama darii UPM Terengganu dengan Ijazah Sarna Muda Bimbingan dan Kaunseling......bukan Kaunseling Ikan tapi kaunseling manusia....Specialnya kami bergraduat tidak di UPM induk maupun di dalam kampus sendiri. Kami bergraduat di Seri Negeri Terengganu.
Kenangan bergambar bersama rakan-rakan ex teacher....Alhamdulillah kami semua bergraduat dengan cemerlang walaupun tak terrbilang hahahahaha sebab tak dapat First Class kecuali Murniyati @Neng  yang dapat kelas pertama.
Kenangan bersama Dr Sharifuddin Dato Abdul Hamid yang mana sentiasa menjadi sumber inspirasiku sebagai seorang mahasiswa kerana Dr Sha@Din sangat baik dengan ku dan aku suka berkawan dengan Dr Sha sebab saja nak bagi kengkawan cemburuu hahahahaha  biarlah apa yang orang gossipkan tapi hakikatnya kami sangat rapat dan sahabat selamanya....Thank Dr Sha sebab orang lain semua panggil Dr Din tapi aku je yang suka panggi Dr Sha...

Kejayaan.........jika kau telah melalui kejayaan terhadap sesuatu dalam perjalanan hidup gembirakanlah hatimu, kerana itu adalah kebahagiaan yang dianugerahi Tuhan dalam adunan usaha fikir, batin serta zahir bernaung di bawah ikatan ukhwah persahabatan yang alir fikirnya sama sehala. ikatan yang kuat adalah asas kemajuan dan kejayaan. gembirakanlah hatimu kerana jalan-jalan yang panjang akan terus berada di hadapan untuk kau memacu semangat kentalmu melakukan apa yang kau fikirkan menyatu di dalam niat dan fikiranmu.


Sebagai kenangan ku tinggalkan memori indah menjadi seorang mahasiwa ini dengan puisi indah sebagai kenangan.......

Kejayaan Milikmu


Perjalanan yang disusuri
Penuh ranjau dan duri
Onak yang berliku
Harus ditempuhi

Inilah adat dunia
Susah pastikan bertemu senang
Andai sanggup menghadapi
Dirimu tidak akan rugi

Jangan dikeluh
Jangan difikir
Ianya pasti terjadi
Tak mungkin dapat dielak lagi

Pintaku padamu
Agar perjuangan murni ini
Tidak berhenti di sini
Pastikan kau mampu atasi

Ingat pepatah lama
Yang tak lapuk dek masa
Tak tenggelam dek zaman
Tak pupus dek bahasa

'Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Sekali bara digenggam
Biar sampai menjadi abu'

Semoga kau akan berjaya
Dan terus berjaya selamanya
Tekadkan di dalam diri
Kejayaan adalah milikmu yang ABADI ....

Yakinlah dengan anugerah Tuhan buat dirimu
Setiap  usaha dan tawakkal itu
Pasti ada penghujungnya


Buat semua sahabatku yang seperjuangan di universiti semoga berjaya di dunia dan akhirat. Setia memori indah kekal abaadi selamanya....Maafkan aku seandainya ada yang terkilaf bicara. tersadung senda....

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in