kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (55) BUKU (51) Penulisan (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) Aku Banggali (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) penerbitan (8) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, April 14, 2016

PENGGUNAAN BLOGSPOT DAN FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM INTERAKSI DENGAN PELAJAR DAN KAUNSELOR

https://www.facebook.com/ubdksmkam.smkam
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua :)
Pada kali ini, Shikin akan berkongsi serba sedikit tentang kesan isu teknologi: Perkembangan teknologi di tempat kerja. Bagi memulakan perkongsian, shikin akan berkongsi tentang isu–isu mengenai teknologi dan kesan teknologi dalam konteks organisasi.
Isu Semasa
Teknologi merupakan pembangunan dan penggunaan alat bantuan seperti mesin, pengaturan dan proses yang menyelesaikan masalah serta memudahkan manusia dalam kehidupan seharian.  Di tempat kerja, teknologi banyak digunakan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kerja-kerja di pejabat. Antara contoh-contoh teknologi yang sering digunapakai di organisasi ialah seperti komputer, mesin fotokopi, mesin faks dan banyak lagi. Tidak dilupakan jugak bahawa internet merupakan salah satu daripada teknologi yang menjadi asas pada masa kini. Selain itu, kemudahan seperti emel dan jaringan sosial menjadi salah satu alat komunikasi utama.
Walaubagaimanapun, teknologi ini juga mewujudkan isu-isu di organisasi. Pertama, maklumat pengguna teknologi mungkin tidak terjamin kerahsiaannya oleh pengaturPROGRAM tersebut. Contohnya, maklumat pelajar-pelajar di sesebuahUNIVERSITI tmungkin terdedah kepada manusia yang tidak bertanggungjawab. Kedua, salah faham dalam komunikasi juga mungkin berlaku dengan penggunaan teknologi ini. Seterusnya, penyalahgunaan teknologi merupakan isu yang dianggap biasa. Sebagai contoh, pekerja di organisasi menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk kegunaan peribadi. Kurang pengetahuan tentang teknologi juga membuatkan penyampaian sesuatu maklumat dalam organisasi terbatas dan membuatkan pekerjaan menjadi kurang efektif.
Setelah mengetahui isu-isu semasa dalam konteks organisasi, kami akan mengupas dengan lebih lanjut tentang kesan-kesan teknologi maklumat kepada organisasi.
 http://ubdkalqanaah.blogspot.my/?view=mosaic
 Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi
POSITIF
NEGATIF
Memudahkan Kerja Seharian
Teknologi telah membantu pekerja di pejabat menjadi semakin mudah. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen.  Disamping itu penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya.

Jenayah siber
Pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.
Menjimatkan Masa
Pekerja dapat menjimatkan masa mereka terutamanya jika ingin berurusan dengan organisasi lain. Pekerja hanya perlu menelefon, menghantar faks, berhubung melalui panggilanVIDEO, menghantar proposal, laporan melalui email dan sebagainya. Pekerja tidak perlu lagi pergi ke tempat berkenaan jika terdapat urusan. Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos.


Penggodam maklumat
Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah sistem computer. Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
Memudahkan perhubungan.
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Kemudahan komukasi ini banyak membantu organisasi untuk berhubungan di seluruh pelusuk dunia.
Kewujudan budaya plagiarism
Sebagai contoh, pekerja telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.  Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri..
Komunikasi yang lebih efektif
Penggunaan blog, media sosial (facebook, twitter dan myspace) dan forum menjadi medium yangPOPULARuntuk menyampaikan maklumat. Golongan pekerja zaman kini menjadikan laman sosial untuk menyebarkan maklumat terkini terutamanya kepada rakan- rakan mereka. Dengan cara ini maklumat dan info terkini lebih mudah untuk disampaikan dan lebih menyeluruh.


Sumber: Google


Berkongsi pendapat dan info terkini
Blog dan forum adalah medium yang terbaik untuk bertukar pendapat dan mendapatkan info terkini. Pekerja masa kini lebih berminat menggunakan forum untuk mencari maklumat terkini dan saling berkongsi pendapat mereka dengan rakan yang hanya dikenali di alam maya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.

Sumber dari link ini : Kesan Teknologi Maklumat

Jadual 1: Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi
Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Perspektif Kaunseling
1.     Sesetengah kaunselor menggunakan internet untuk menghubungi klien. Kaunselor pemulihan menggunakan laman sesawang untuk melakukan penilaian, perancangan dan perkhidmatan penghantaran (Patterson,2000). Klien yang mempunyai penyakit mental atau gangguan terutamanya serangan panic atau agoraphobia boleh mendapat manfaat daripada penggunaan internet yang membantu dalam kemahiran  berdikari dalam kehidupan terutamanya menggunakan penjagaan bersemuka. Pakar diet juga menggunakan laman sesewang seperti blog daripada kaunseling pakar pemakanan untuk mengetahui pemakanan yang sihat.
2.    Selain itu, penggunaan laman sesawang dapat membantu kaunselor dalam mencari maklumat untuk pembangunan kerjaya pelajar pelbagai maklumat semasa seperti informasi tentang kolej-kolej, pasaran pekerjaan, kemahiran yang asas dan pelbagai data dapat diperolehi dengan mudah diinternet.
3.    Perkhidmatan penghantaraan terus daripada teknologi kebanyakkan digunakan dalam pelbagai setting dalam terapi kaunseling. Tiga fungsi laman sesawang sesuai digunakan dalam kaunseling interaksi, asynchronous communication,komunikasi bersuara dan VIDEO persidangan. Ciri-ciri komunikasi ini membawa kepada jalan keunikan sama ada mempunyai kelebihan dan limitasi. Pelbagai  perkara yang perlu diambil berat seperti kekurangan tanda-tanda fizikal, potensi untuk menipu dan kerahsiaan. Walaubagaimanapun individu daripada hubungan yang berpanjangan dan perkhawinan berdasarkan laman sesawang menunjukkan potensi yang bermakna dan professional teraputik dalam hubungan klien dalam penggunaan laman sesawang.
4.    Selain itu pasukan sokongan di dalam talian untuk individu yang  mengalami kehilangan insan tersayang mempunyai keputusan positif yang sama. Peserta yang menggunakan talian ini dapat menjalinkan hubungan yang mesra didalam talian meskipun tidak pernah bersua disebabkan oleh sokongan yang diberikan. Kumpulan sokongan selalunya bukan membabitkan individu yang professional, malahan turut seperti melibatkan individu yang kehilangan orang tersayang, anoreksia dan isu lain. Kejayaan kumpulan sokongan dalam talian sangat penting untuk membincangkan kejayan kaunseling dan strategi teraputik. Kumpulan sokongan sosial dapat membangunkan model yang boleh digunakan didalam reka bentukPROGRAM dan penilaian.


 Peranan Kaunselor Dalam Mengendalikan Isu Teknologi
1.     Penguasaan Ilmu Teknologi
Perkembangan ilmu teknologi yang semakin pesat memerlukan kaunselor untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dalam membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor boleh menghadiri kursus-kursus yang berkaitan bagi meningkatan mutu perkhidmatan yang disediakan untuk mengaplikasikan ke alam maya. 

2.    Maklumat yang tepat terhadap perkhidmatan kaunseling yang disediakan
Penggunaan teknologi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat di alam maya, namun tidak semua maklumat adalah benar dan sahih. Hal yang demikian, kaunselor perlu memberi maklumat yang tepat kepada pengguna internet agar tidak berlaku salah faham atau penyalahgunaan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan. Kemudahan untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan kaunseling hendaklan disediakan agar pengguna internet mudah untuk mendapatkan keterangan daripada sumber yang sahih.  

3.    Kerahsiaan
Walaupun sesi kaunseling menjalankan teknologi sebagai medium perkhidmatan, kerahsiaan klien masih perlu dijaga bagi menjamin kesejahteraan klien. Dokumen perjalanan sesi hendaklah disimpan sebagai rujukan kaunselor.

4.    Akses internet yang lancar
Sebelum kaunselor memulakan sesi secara virtual, kaunselor dan klien haruslah memastikan kelancaran atau kelajuan internet di tempat mereka dalam keadaan yang bagus. Peranan organisasi dalam hal ini adalah penting dalam memastikan kelancaran internet di tempat mereka. Ini kerana akses internet yang baik akan memudahkan perkongsian maklumat diperolehi.
5.    Membentuk persekitaran yang terapeutik
Penggunaan teknologi ketika melakukan sesi seperti mengadakan sesi secara virtual mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada klien, maka di sini peranan kaunselor adalah dengan mewujudkan suasana yang terapeutik agar sesi yang dijalankan berjalan dengan lancar. Persekitaran yang terapeutik ini boleh diwujudkan secara alam maya mahupun realiti. Penggunaan cermin mata khas ketika melakukan sesi boleh membantu klien merasakan seperti berada bersama-sama kaunselor dalam satu bilik yang direka khusus bagi mengendalikan sesi di alam maya.
6.    Memahami dan merujuk Akta Kaunselor 1998 sebelum menjalankan sesi
Akta Kaunselor 1998 telah menggariskan beberapa panduan yang kaunselor perlu patuhi ketika menjalankan sesi yang melibatkan penggunaan teknologi. Antara perkara –perkara yang telah digariskan itu adalah dibawah Perkara A.12.g dan A.12.h. 

 Bagaimana Teknologi Boleh Membantu?
Penggunaan Teknologi Informasi pada masa kini sememangnya sangat penting. Pengaruhnya sangat besar dan sangat berguna dalam dunia kaunseling. Ini kerana kaunselor tidak selalunya boleh berada di tempat-tempat tertentu pada bila-bila masa mereka diperlukan untuk memberi kaunseling. Dengan wujudnya teknologi informasi bagi membantu kaunselor, ianya dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi tugas yang wajib mereka laksanakan.

  • MEDIA SOSIAL KOMUNIKASI

Penggunaa teknologi Informasi sebagai medium untuk memberikan bimbingan dan kaunseling sangatlah diperlukan pada masa kini terutamanya jika klien mereka mahukan respon yang cepat terhadap masalah mereka. Jadi sesi kaunseling dapat dilaksanakan dengan mudah menggunakan pelbagai applikasi seperti Messanger, wechat, Whatsapp dan lain-lain applikasi yang dirasakan amat berguna mengikut keselesaan klien. Ada sesetengah situasi yang kritikal seperti klien yang sangat beremosi, penggunaan teknologi amatlah penting bagi memberikan keselesaan pada klien kerana perbincangan secara bersemuka agak tidak memberikan privasi pada ketika itu.

  • DIGITAL

Penggunaan  teknologi informasi juga amatlah berguna dalam keberkesanan kaunseling terhadap klien. Sebagai contoh penggunaanVIDEOcam dimana kaunselor dan klient dapat berhubung secara visual dalam membincangkan krisis-krisis yang dialami apabila klien tidak dapat hadir pada temujanji. Ini membuatkan sesi kaunseling menjadi sangat efisien walaupun tidak duduk didalam satu bilik.. Maklumat-maklumat seperti gambar, pdf, informasi berita dan lain-lain boleh di hantar dengan cepat untuk dibaca oleh klien. Segala jadual waktu sesi kaunseling juga dapat dihantar oleh kaunselor kepada klient melalui teknologi informasi .

  • MULTIMEDIA

Melalui teknologi informasi sesi kaunseling dapat dilakukan dengan cara yang sangat kreatif seterusnya menimbulkan minat klien terhadap isu yang dibincangkan. Misalnya penggunaan power point yang boleh diletakkan gambar, audio dan lain-lain lagi membuatkan sesi kaunseling tidak bosan.
Oleh itu, teknologi informasi yang bersepadu amatlah membantu dalam dunia kaunseling. Ianya sangat berguna kepada kedua-dua belah pihak samada kaunselor mahupun klien jika digunakan dengan  cara yang sebaiknya.

  Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri ini. Terima kasih J

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, April 12, 2016

MAYANGSARI DAN SEBUAH SAJAK


“Mencumbumu…
sebuah irama bagi sajak-sajakku”


Sebait sajak yang kutulis ditubuhmu

Lalu aku melihatmu bagai tak tersentuh pagi
bersembunyi di bibir subuh
Dan tenggelam dalam sisa kabut
Larut berpadu darah
Mendayung bintang ke timur
Menjerit bagai tangisan bayi setengah hari
Bukan hanya badai tanpa sayap
Lengking kecapi dan denting piano
Terpenjara di ujung jemarimu
Mayangsari
O, kembang purnama di peluk syair para sufi
Mengering bersama ranting dan tanah merah
Ingin sekali kukirimkan sajak-sajakku
kau datang padaku
Dan memberi seribu setanggi  di atas ranjang
Sebagai sambutan cinta abadi
Tajug-tajug  tua berdiri tegak di jemariku yang lancang
Barangkali, bisa kusimpan nafsuku

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, April 11, 2016

Bunga Kertas @ Teratak Aish

 Bunga kertas yang kubawa dari rumah lama ayah dan mak..bunga  yang aku tanam semasa berpindah ke SMK Jabi tahun 2000. Menjadi kegilaanku setiap kali ada ekspo beli benih bunga dan beberapa variety yang aku tanam tp yang tinggal sehingga hari ini hanyalah bunga kertas ni saja.
 Rupanya sudah 16 tahun aku bela pokok bunga kertas ni. Memang cantik kerana bunga ini berubah mengikut cuaca. Kalau cuaca panas dan kering warnanya akan menjadi sangat menarik.
 Walaupun tiada bau yang dikeluarkan tp aku tetap sukakan borgainvilla ..diamnya disitu menyeri mata ku memandang setiap hari. Diamnya disudut laman ku seiring dengan bunga kerak nasi@kesidang dan lily yang menyeri lamanku.
 Bunga kertas…
disenja nan diam…
diam..dan diam…
senyap..
meski ku tahu..
diujung laman..
terdiam dan hening….
semilir angin serasa tak menyentuhnya…
tak menggerakkan tangkainya…
hanya diam..dan diam…
senja memerah di ujung langit tak menyurutkan inginnya…
untuk tetap diam…
memandang awan nan menari…
entah ke mana awan kan berlari…
namum kau tetap menyeri...
dalam diammu engkau berseri...


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, April 10, 2016

TIN TERATAK AISH @ MUEZZAH

 ALHAMDULILLAH......dengan nikmat kesihatan dan kebahagiaan yang Allah SWT kurniakan buatku bersama Muezzah dan pokok-pokok tin di halaman rumahku.
Laman hijau yang menenangkan yang menjadi teman setiap hari...kalau sehari tak menjenguk ke laman Tin ku ini terasa rindu yang teramat....nikmat rindu yang Allah SWT kurniakan bukan saja pada insan tapi juga pada makhluk lain.
Setiap hari hati akan risau dengan pokok-pokok yang kutanam di rumah dan setiap hari juga Muezzah menanti kepulanganku .  Memandang Muezah pandai buang air dan tak buat hal jadi dia bebas di salam rumah dan tak dikurung dalam sangkar macam kucing orang lain.
Hari Jumaat wajib mandikan pokok-pokok dan sembang dengan pokok bagi semangat dan motivasi utk berbuah.....hahahaha inilah kaunselor dgn pokok pun sempat bagi motivasi.

 HBT  = IBT =IPOH BLUE GIANT
 Nikmatnya bila dapat memetik buah tin  apatah lagi bila nak buka puasa....memang sedap tiada bandingan dengan buah-buah lain.
 Kemeriahan Brunswick merawat hati yang terluka..
 Kemeriahan mata-mata ketam yang keluar....keseluruhan adalah 200 biji plus2....masak tak serentak...
 Insha Allah berbuka dengan buah tin sehingga bulan Ramadhan nanti




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, April 8, 2016

Hari Lahir Arwah Mak

Seandainya Mak masih ada hari ini genaplah usia mak 65 Tahun. Rindunya Ya Allah.

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ


Tiada pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu oleh mak dan ayah  yang telah pulang ke rahmatullah selain daripada doa yang berterusan dari anak-anak. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.
 Doa untuk arwah mak Hjh Siti Esah Bt Mohamad.   

Doa Arwah Ibu


Image result for doa buat arwah ibu
Doa seorang anak soleh kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia adalah amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Semoga kami adik beradik sentiasa mendoakan mak dan ayah.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, April 7, 2016

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin?

 Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Manfaat Buah Tin :

  1.  Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.
  2.  Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti) .
  3.  Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.
  4.  Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.
  5.  Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
  6.  Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
  7.  Makan buah tin/ ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
  8.  Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.
  9.  Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.
  10.  Kerana kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.
  11.  Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.
  12.  Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, April 4, 2016

Aku Sudah Letih......Ya Allah Tolonglah Aku

 Ramai orang... tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta... Dengan faktor kekayaan... Walaupun itu boleh menjadi penyumbang... Tetapi itu bukan segal-galanya Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar... Tidur di atas katil yang empuk Tetapi dia tidak enak atau pun lenanya tidak nyenyak Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk... Kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat... Lauk pauk yang bagus... Tetapi lidahnya tidak enak... Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk... Tetapi dia lebih sedap & selesa makannya Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat


 Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar... Ada makanan yang sedap... Tentulah hidupnya bahagia & tenang Belum tentu... Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang... Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun... Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang... Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun... Jika Allah uruskan urusan kita... dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita... Walaupun sekelip mata... dunia boleh berbuat apa-apa... tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas... kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah Apa yang orang rasa rugi... Allah akan memberikan keuntungan... yang mana jalan-jalan yang manusia tidak sangka

 Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan... Tengoklah dunia ini... kadang-kadang manusia dia hilang sesuatu benda ini daripada dunia... kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat! Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya Tapi hari ini Allah telah keluarkan, kita berada dalam keadaan yang baik Ketika kita ditimpa musibah tertentu... Kita kata, "Habislah aku kali ni!" Tapi usia kita telah berjalan Kita masih lagi hidup & makan & menikmati kurniaan kehidupan ini Ketika kita kata... "Ya Allah! tolonglah aku, ya Allah! tolonglah aku, aku susah ya Allah!" Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur... di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya Orang-orang yang diberitahu kepada mereka... "Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau" "Nun orang nak ambil tindakan kepada engkau!" Kata Allah, iman dia bertambah Bukan kita kata, "Pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?" Tidak...tidak! Kata Al-Quran, iman mereka bertambah Mereka kata... "Cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan" Pengalaman sering mematangkan kita... Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya Orang-orang yang pernah hidup & bertawakkal... dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal Bila hati insan bulat kepada ya Rabb... "Ya Allah! aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah" Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di Akhirat... Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat... dia akan merasakan dunia ini sangat kecil Kehidupan ini sangat luas Nabi SAW sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim... Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini... saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini Allah ambil dia,Allah masukkan dia ke dalam syurga... dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga... kemudian dia dikeluarkan... lalu ditanyanya... "Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata, "Tak! Aku tak pernah derita pun dalamhidup ini" Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam sunia ini Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka... Lalu dikeluarkan dia... "Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata, "Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini" Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka... manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya Masihkah kita teringat akan mikmat yang Allah berikan selama ini? Kita selalu tak bersyukur kalau kita diberi benda baru... dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini... suatu nikmta yang besar Satu hamba Allah... yang patah kakinya... yang dia tidak pernahpun sebut... dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak Tapi apabila satu hari dia sakit kaki... Dia kata, "Ya Allah, bagilah balik kakiku, sembuhlah balik!" Dia tahu betapa besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat Kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita" Yang kita ada ini harapan kita Tetapi insan... Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada... Tetapi jangan lupa yang telah ada... 

Bersyukurlah wahai diri ini... Sebahagian para sarjana menyebut... Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar Ramai orang terpaksa sabar... tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur Bila dia susah, nak kata apa? "Sabar je lah, nak buat apa" Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta syukur di atas nikmat... "Ya Allah, apa sahaja yang aku alami... Daripada nikmat-Mu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu... Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan... Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran" Subhanallah! Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya... "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu" Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan... Kita akan merasa masyaAllah hidup ini... Apa yang Allah kurniakan kepada kita... lebih daripada harapan kita sebenarnya Sekiranya kita ingat dari hari kita dilahirkan... tempat kita dilahirkan... rumah kita dilahirkan... sehingga tempat kita ada pada hari ini... MasyaAllah! "Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia... ketika dia salah seorang daripada dua; dia & Abu Bakr... ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)... ketika dia berkata kepada sahabatnya...
JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA! ~ 

Dr Asri Zainul Abidin ~




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, April 1, 2016

Homemade Paleo Fig Newtons


Ingredients
Ingredients for the filling
  • 1 cup dried figs (any variety you prefer), quartered, stem removed
  • 2 Tablespoons orange zest
  • 1 Tablespoon fresh orange juice (the zest + juice are the approximate yield of one mandarin orange)
  • ¼ cup grade B maple syrup
  • ⅛ teaspoon pumpkin pie spice
  • Pinch fine sea salt
Ingredients for the crust
  • 1 cup blanched almond flour
  • Scant ¼ cup coconut flour
  • ¼ cup tapioca starch (flour)
  • 1 Tablespoon granulated monk fruit sweetener (like Norbu) or granulated stevia (like Natvia)
  • Pinch of salt
  • 1 large egg
  • ¼ cup butter, cut into small cubes
  1. Preheat the oven to 350F. Cover a standard baking pan with parchment paper or a nonstick pad and set aside.
  2. MAKEthe filling: Pulse the figs a few times in the food processor to roughly chop, then add the remaining filling ingredients and puree into a chunky paste. Stop and scrape down the bottom and sides of the bowl to make sure everything is evenly incorporated.
  3. Transfer the filling to a small bowl and set side. Wash and dry the food processor.
  4. Make the crust: Pulse the almond, coconut and tapioca flours, the sweetener and the salt together several times to combine. Add the egg, process for a few seconds to combine, then add the butter and process until the dough comes together into a ball. You shouldn't be able to see any large clumps of butter left in the dough.
  5. Now you have toWORK fast, because the dough dries out very quickly. Divide the dough in half and gather each half into a ball. Place one ball of dough on a piece of wax paper, cover with another piece of wax paper, and roll out into a rectangle (dough should be about ½ cm thick).
  6. Slice the rectangle in half lengthwise to form two long strips.
  7. Divide the filling into four equal portions and spread one portion along the length of each of the two strips of dough (set aside the other two portions of filling for the moment), leaving about a ½" border of dough.
  8. Pick up the wax paper and use it to gently fold each strip of dough over onto itself, forming two filled logs. Gently press the edges together to seal each log and then carefully transfer it to the prepared baking sheet. Flatten each slightly with the heel of your hand.
  9. Repeat the process with the remaining dough and filling. You should have a total of four logs.
  10. Bake for 20-25MINUTES until the logs are slightly golden around the edges.
  11. Let cool until they are comfortable enough to handle, then cut into 1½" - 2" slices and transfer to a wire rack to coolCOMPLETELY before serving.
Notes
  1. If your figs are too soft to squish easily between your fingertips, you may want to soak them in hot water for a couple of minutes until they're softened. That way, it won't strain your food processor unnecessarily.
  2. If you don't have pumpkin pie spice handy, replace it with cinnamon.
  3. Store in an airtight container at room temperature for up to five days, or in the freezer for up to three months.
  4. Note that the texture when they're right out of the oven will be slightly flaky, but as soon as you store them, the moisture redistributes slightly and they become more cakey, likePACKAGED fig newtons. Either way, they're still good!
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in