Seandainya Mak masih ada hari ini genaplah usia mak 65 Tahun. Rindunya Ya Allah.
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tiada pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu oleh mak dan ayah yang telah pulang ke rahmatullah selain daripada doa yang berterusan dari anak-anak. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.
Doa untuk arwah mak Hjh Siti Esah Bt Mohamad.
Doa seorang anak soleh kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia adalah amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Semoga kami adik beradik sentiasa mendoakan mak dan ayah.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
1 comment:
Banyakkan bersabar... banyakkan berdoa... in shaa Allah rohnya tenang di sana.
Post a Comment