:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#shikinsayang
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#BestFromNorthernSeries
#AkuAnakPomenChapterHidupku
Sayangi diri sendiri dan belajarlah menyayangi orang lain disekeliling kita kerana itulah jambatan kepada CINTA dan SAYANG ALLAH SWT... Katakanlah: Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku (Muhammad SAW),niscaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosamu.Dan Allah Pengampun lagi Penyayang.(Ali Imran:31)
KHAS BUATMU
kalau dah rajin menulis:
cinta....kasih..sayang...
(226)
suara hatiku
(203)
cinta....kasih..sayang...hubbyku
(157)
Alhamdulillah
(153)
nikmat Allah
(145)
ilmu
(110)
CHAPTER HIDUPKU.....
(101)
belajar
(90)
kerjayaku
(79)
Puisi/Sajak/Gurindam
(75)
memori oh memori
(75)
cabar minda
(71)
D'Perantauan
(66)
1 entri 2 stories
(65)
nasihat
(62)
Aku Adalah Aku
(59)
Penulisan
(55)
BUKU
(51)
keluargaku
(49)
berita
(47)
kerjayaku...kemahiran
(47)
Chef Shikin...cooking skill
(43)
cabar diri...
(41)
Pergilah bercuti
(38)
Aku Anak Pomen
(36)
Mari Melancong
(35)
dari seorang sahabatku
(35)
Travel logku
(30)
Usahawan
(30)
dugaan..ujian hidup
(29)
Motivasi diri
(28)
Siapa kau...dihatiku?
(28)
My Dreams Come True
(27)
resepi aku
(27)
ESQ165
(23)
pengalaman
(22)
BUKU SOLO
(21)
PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN
(21)
lucu...
(17)
sunnah
(17)
teratak aish
(17)
katalog buku
(15)
Harilahirku....Shikin Sayang
(14)
Tazkirah
(14)
tin@teratak aish
(14)
Doaku
(12)
art theraphy
(12)
HOMEMADE SOAP
(11)
IABU
(11)
Jadilah Diri Sendiri
(11)
Premium Beautiful
(11)
USAHAWATI UTARA.
(11)
Best From Northern Series
(10)
ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP
(10)
ANEKDOT
(9)
Pengumuman
(9)
berkebun
(9)
hobi
(9)
penerbitan
(9)
Aku Banggali
(8)
Aku Poshtun
(8)
BEDAH BUKU
(8)
PENTING
(8)
Terapi
(8)
cinta....kasihsayang...
(8)
CONTEST D'moontest
(7)
Hari Rayaku.
(7)
Projek Senyum
(7)
Telekung JC Siah Eksklusif
(7)
imotivasi.com
(7)
kemahiran belajar.
(7)
lucu
(7)
santapan telinga
(7)
DOA TERAKHIR 39
(6)
Datuk Maznah Hamid
(6)
EID MUBARAK
(6)
GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG
(6)
Joke of the day
(6)
PETUA TO' NENEK
(6)
SELAMAT CURTAIN KEDAH
(6)
Yuniarko Sukendro
(6)
program
(6)
Ayah
(5)
Cikgu Shikin Sayang
(5)
I AM AGEL
(5)
IAB
(5)
Istikharahku
(5)
LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE
(5)
SELAMAT HARI GURU
(5)
Siapa pakai Premium Beautiful ??
(5)
UCAPAN
(5)
dari blog MITI's
(5)
shikin sayang
(5)
Aidilfitri
(4)
Bookreview
(4)
Falsafah...fail sampah
(4)
Fig Colector
(4)
Giveaway Blogger's
(4)
IKLAN
(4)
LEGASI
(4)
Majlis Perkahwinan
(4)
Musibah
(4)
anak dagang di perantauan
(4)
kreativiti
(4)
pakistan
(4)
perniagaan
(4)
FISABILILLAH
(3)
HANDMADE.
(3)
KENDURI KAHWIN
(3)
KURSUS CPD IABCU
(3)
Karya Kreatif
(3)
LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S
(3)
MIKE DAVID
(3)
MUEZAH
(3)
MUHAMMAD NOOR AL HARAM
(3)
Mutiara kata....
(3)
TNPOD8581
(3)
Testimoni
(3)
isbn
(3)
kemahiran
(3)
umrah
(3)
ADIKKU
(2)
Aidiladha
(2)
Aku Boss
(2)
BAHAYA....
(2)
Birthday Vacation
(2)
Business
(2)
CAT WORLD
(2)
COVID19
(2)
FAKTA VS AOTA
(2)
Forever Living
(2)
Forever Loving
(2)
HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI
(2)
HARI GURU
(2)
Habib
(2)
I luv ISLAM
(2)
INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN
(2)
Inovasi
(2)
JIHAD EMONOMI
(2)
Kepimpinan
(2)
LABAIKK MINI MART
(2)
Mak Dan Ayah
(2)
Mengembara
(2)
PROJEK
(2)
PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM
(2)
REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10
(2)
SSFG
(2)
SUNNAH'S FASHION GLAM
(2)
Tinteratakaish
(2)
Video ku
(2)
al
(2)
balik kampung
(2)
e book
(2)
mindset
(2)
my video
(2)
pohon syurga
(2)
AI Skill
(1)
Ben Ashaari ...otai blogger
(1)
Chapter hidupku
(1)
Chinese New Year
(1)
DAO
(1)
DIY PROJEK
(1)
Dr Azizan Osman
(1)
Entrepreneur
(1)
FOLLOWER BERTUAH
(1)
HADIS
(1)
I
(1)
I'M MILIONAIRE
(1)
INFOGRAFIK
(1)
IRFAN KHAIRI
(1)
Info Niaga
(1)
Iron lady
(1)
KAKAK
(1)
Kartun
(1)
Kedah Negeriku
(1)
Kursus Online
(1)
LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE
(1)
LOKASI
(1)
Langsir
(1)
MAS
(1)
MINI MART
(1)
Maulidurasul
(1)
NLP
(1)
PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi
(1)
Pekeliling oh pekeliling
(1)
REZEKI MELIMPAH
(1)
SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH
(1)
Selamat Hari lahir
(1)
T
(1)
Takziah
(1)
Tun Hasmah
(1)
UB
(1)
menulis
(1)
storybook
(1)
Sunday, August 9, 2020
CANGGIHNYA PERANTIKU: CERPEN KANAK-KANAK
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#shikinsayang
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#BestFromNorthernSeries
#AkuAnakPomenChapterHidupku
Saturday, June 6, 2020
Ujian awal Tahun 2020
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa perasaaan dan juga isi hatiku.
Ujian di awal tahun berlaku pertukaran jabatan. Alhamdulillah sebelum ini aku telah berjaya mengeluarkan diriku dari tekanan dan gangguan mental akibat penderaan emosi yang dilakukan oleh Ketua Jabatan yang lama sejak mula berkhidmat di IAB Cawangan Utara pada Mei 2016.
Setelah dua tahun menerima tekanan mental dan perasaan yang mengganggu kesihatan diri ini sehinggakan tahun 2017 perjalanan tugas agak terganggu kerana terpaksa mendapatkan rawatan pakar. Setiap bulan berjumpa dengan pihak pakar yang membawa sehingga dirujuk kepada pihak psikatris untuk masalah tekanan mental dan kemurungan. Tapi apa yang berlaku aku pasrah dan cuba mengelak diri dari dirujuk kepada pihak pakar. Selama setahun meneruskan bekerja di bawah tekanan . Syukur aku mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat dari rakan-rakan sekerja di Bahagian Psikologi Dan Kauseling di KPM.
Tahun 2018 aku mendapat khabar gembira bilamana tanpa permohonan pertukaran jabatan aku dipindahkan ke Jabatan Asas Pendidikan Dan Komuniti. Syukur bila berada di bawah Ketua Jabatan yang bukan sebangsa denganku. Di sini aku lebih tenang dan banyak potensi diri aku digilap semula dan berjaya menghasilkan penerbitan di bawah JAPK sebanyak tiga edisi penerbitan sebelum Ketua Jabatan pencen. Di JAPK juga aku berjaya menerbitkan buku peribadi secara rasmi dan mendapat pengiktirafan ISBN untuk dua buah buku. Di bawah JAPK juga aku menulis untuk penghasilan projek inovasi sendiri dan mendapat pengiktirafan tiga bintang. Aku buktikan aku seorang yang berpotensi dan cemerlang dalam melaksanakan tugas aku sebagai pensyarah. Walaupun mendapat tekanan dari beberapa golongan staf yang mengatakan aku tidak layak bergelar sebagai seorang Kaunselor Jabatan kononnya tidak memamerkan personality sebagai seorang Kaunselor.
Kaunselor Berdaftar bermakna aku seorang yang memiliki kelayakan dan diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia yang boleh mengamalkan kaunseling secara kormesial dan membuka pusat kaunseling sendiri. Alhamdulillah aku mempunyai ramai klien diluar organisasi berbanding dalam organisasi sendiri. Peserta NPQEL dan peserta kursus CPD juga merupakan golongan klien yang mendapatkan khidmat kaunseling. Ada diantara mereka sanggup membayar perkhidmatan yang diterima kerana mendapatkan sesi di luar waktu pejabat. Walaupun tidak berada di Jabatan HEM dan Kaunseling aku melaksanakan sesi mengikut permintaan klien. Ilmu kaunseling yang saya ada bukan untuk mendabik dada bermegah tapi ianya adalah ilmu untuk membantu diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.
Aku mohon maaf kerana aku menolak penempatan baharu di Jabatan HEM dan Kaunseling semula kerana aku tidak dapat berkhidmat dengan baik di bawah Keua Jabatan yang pernah membuatkan saya hidup dalam tekanan mental dan perasaaan sehingga menjejaskan kesihatan. Aku memohon untuk ditempatkan di mana-mana jabatan untuk bertugas di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Berdasarkan pertukaran jabatan-jabatan yang telah dilaksanakan saya memohon untuk berada di bawah Dr Fakri Bin Abdul Khalil ataupun kekal berada di Jabatan Asas Pendidikan Dan Komuniti seperti sekarang.
Maka aku bersyukur kerana sekarang akau ditempatkan di Jabatan Penilaian Peperiksaan. Syukur Alhamdulillah
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, May 8, 2020
RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG
Rindu mak Hajah Siti Esah Binti Mohamad
Kenangan terindah bersama Mak tunaikan haji bersama. Aku ni kirakan anak paling spoil dalam keluarga. Semasa sekolah menengah paling kuat memberontak dan buat hal.Nampak ja tak banyak kerenah tapi hakikatnya paling banyak menyusahkan hati mak dan ayah. Tapi bila umur 18 tahun insaf lah sikit dan tak sampai hati menghancurkan hati Mak dan Ayah. Berbanding kak dan adik perempuan mereka sangat akur dengan perintah mak dan ayah. Tapi aku....mak dan ayah kena ikut rentak aku. Tapi 1990 Allah SWT jentikkan rasa untuk akur dan ikut permintaan ayah walaupun hakikat hati ni tak mahu. Allah SWT beri banyak nikmat untuk aku menjadi orang pertama beli baju raya untuk ayah dan mak dengan duit sendiri, bagi mak tengok aku konvo ijazah Bacelor dan Master sedang yg lain mak n ayah tak dapat tengokpun. Lepas tu jaga mak dan tinggal dengan mak selepas bekerja dari tahun 1994 sehingga 2006.-Tunaikan haji bersama mak dan adik bongsu. Raikan dua harilahirku 13 Zulhijjah di Mekah dan 10 Feb di Madinah semasa tahun aku tunaikan haji. Banyak nikmat yang Allah SWT berikan.
Tetapi selepas mak meninggal 25/11/2006 pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa diri aku. Satu persatu aku kutip kenangan dan sentiasa ingat doa mak sentiasa bersama aku.Walaupun terjatuh terhantuk terngadah dalam kehidupan ini aku tetap akan bangun dengan semangat janji mak dan doa mak serta amanat Ayah. Air mata menjadi peneman dalam hidupku.
Selepas 13 tahun hidup tanpa mak di sisi Allah SWT kurniakan aku Habib sebagai suami. Hanya setahun empat bulan bersama kemudian aku diuji dengan hidup berjauhan dan bertemankan telefon dan online menjadi penghubung. Pejam celik dah 8 bulan hidup berjauhan antara dua benua.
Benarlah kata Allah SWT bahawa dia hanya menguji setelah kita disediakan untuk menghadapi ujian itu. Aku yakin Allah SWT hendak aku lebih dekat dengan Nya dari setiap makhluk di dunia ini. Allah SWT nak aku sentiasa mengingatiNya. Aku hambaNya yang lagho dan banyak melakukan dosa. Aku bukanlah ahli ibadah dan jauh sekali seorang yang sempurna.
Hari ni sudah nak masuk 15 Ramadhan. Semoga Allah SWT makhbulkan doa mak untuk aku dan semua anaknya. Mak banyak doakan anak anak dan juga saudara mara, jiran dan kawan serta juga anak muridku semasa kami tunaikan haji. Semasa menunaikan haji dia sentiasa berzikir dan solat sunat. Walaupun sblm pergi haji Tabung Haji tidak memberikan kelulusan dan minta tangguh, dia jawab tak pa sign lah mak nak pi juga haji sebab mak tak tau tahun depan mak boleh hidup lagi kah.
Akhirnya selpas ditambah 13 pain darah dan keluar wad dia tetap pergi haji. Ibadah mak di sana lebih kuat dari aku yang sihat ni. Walaupun mak naik korosi roda dan disorong oleh aku dan adik bayangkan tawaf setiap hari dua kali di tingkat atas yang sangat jauh. Tapi kelebihannya tak rasapun penat cuma sedar sedar dah habis.
Semasa iktikaf di masjid lepas baca Quran dan solat aku memang lena ja. Tapi mak dia tak lena dan terus solat dan berzikir. Kuatnya mak dengan air zam zam. Minum dan mandi dengan air zam zam shj. Sebab tu dia kuat dan kalau sakit pun hanya manj manja dengan Dr saja sbb tiap minggu mak kena check up dengan Dr di sana. Hikmahnya walaupun kami tukar dari pakej kepada muasasah biasa sebab nak pergi tiga beranak. Allah SWT berikan kami kelebihan menginap di hotel dan bilik yg sama dengab pakej Tabung Haji. Itulah hikmah yang Allah SWT berikan sepanjang bersama mak. Mak bukan org yang kasar. Mak sangat lemah lembut dan kalau mak jeling pun kami dah tak berani melawan. Berletiaq tak ada dlm kamus hidup mak. Pendengar yang setia. Mak sangat lembut dan tegas. Kami dari kecik tak boleh cakap kasar atau guna perkataan makian. Kalau mak dengan siap boleh kena cabai mulit. Tapi sepanjang hidup tak pernahlah kena cabai. Sebab takut dengan mak yang pendiam.
Semasa ayah ada mak adalah isteri solehah yang hidupnya hanya ada Ayah. Romantik sangat. Mak n Ayah makan satu pinggan satu gelas sampai Ayah meninggal dunia. Kecuali di khalayak mereka tak tunjuk makan dan kemesraan keterlaluan. Tapi orang semua panggil mak Kak Yang sebab ingat mak nama Yang. Mak siapkan kopi panas dan air sejuk setiap hari semasa dia tahu ayah akan sampai. Mandikan ayah. Dan anak anak masa kami kecil disiapkan bersih sebelum ayah balik. Rumah mak tak mewah tapi sentiasa kemas dan bersih. Mak pesan rumah kalau tak bersih rezekipun tak mau masuk. Malaikat lari.
Rutin hidup mak dan ayah tiap bulan walaupun gaji ayah hanya RM600 ketika tu dengan anak enam orang, mereka tetap memperuntukan gaji untuk hantar dekat tok dan wan dan beli barang makan untuk diberikan kepada keluarga kakak dan adik ayah dan juga abang mak serta mak saudara ayah dan mak. Setiap kali gaji akan beli barang keperluan dapur beras,minyak masak, tepung,gula,kopi, biskut dll serta duit RM30. Itulah akhlak mak dan ayah. Setiap bulan hingga akhir hayat ayah. Kemudian diteruskan oleh mak wpun ayah dah meninggal sehinggalah akhir hayat mak. Perjuangan dan impian mereka. Setiap bulan tak pernah miss sbb wpun ayah tak ada pencen ayah mak tetap teruskan amanat ayah. Hidup mak hanya dengan Al Quran dan Kitab Haikal.
Ya Allah rindunya mal dan ayahku. Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah SWT berikan aku Habib yg jiwanya sama dengan ayah dan mak yang sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarganya. Hidup Habib juga istiqhomah dengan Al Quran. Setiap malam walaupun letih tetap akan baca Al Quran. Nikmat apakah lagi yang hendak didustakan? Walaupun ujian hidup ini tidak sama tapi jalan tetap tujuannya mencari syurga Allah SWT.
Alhamdulillah dengan nikmat Allah SWT.
Al Fatihah buat Mak Hajah Siti Esah Mohamad dan ayah Haji Shahrom Bin Rahim dan baba Haji Mohammad Yousaf Noor Hassan yang telah kembali kepada sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT tempatkan mereka dalam kalangan ahli syurgaNya bersama Rasulullah SAW dan para syuhada.
Al Fatihah juga buat Mor Gul Meena Badshah , suamiku Habib Mohammad Rahim Bin Mohammad Yousaf , diriku Hajah Noor Ashikin Haji Shahrom dan semua yang sedang membaca semoga diberikan hidayah dan ditemukan dengan malam LailatulQadar.
#salamjutawan
#lockdown
#SELAMATCURTAINKEDAH
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Friday, April 17, 2020
GAJI CIKGU PATUT KENA POTONG
26.24% golongan guru dalam kalangan PENJAWAT AWAM MALAYSIA seramai 1.6 JUTA.
Mereka tidak cemburu dengan Penjawat Awam lain yang bekerja dari rumah dan mungkin bercuti sepenuhnya dari bekerja. Tapi golongan guru tetap menjadi ksubjek kecemburuan mereka.
Renungkanlah dalam diri sendiri.
Hari ini Allah SWT memperlihatkan kepada kita seluruh dunia generasi akan datang. Kita lupa selama ini golongan guru ini dipandang rendah dan pelbagai isu tentang guru yang kita lihat di media sosial.
Hari ini kita lihat sendiri bagaimana mereka sangat mencemburui golongan guru. Walaupun dunia memandang hebat guru-guru di Malaysia namum ada segelintir masyarakat yang tetap mencaci guru. Serba tak kena. Bagi tugasan pun dipersalahkan.
PKP memberi peluang ibubapa mengawal anak mereka sendiri. Mungkin sebulan berlalu begitu perit untuk mengawal anak menyebabkan mereka terus menghentam guru.
Didiklah anak-anak dengan acuan sendiri bagi mereka yang tidak memerlukan guru dalam hidup mereka. Mungkin benar guru pilihan KPM tidak menepati ciri yang mereka inginkan. Biarlah sekolah awam ini untuk golongan yang betul betul memerlukan. Buat golongan yang tidak perlu menipu slip pendapatan untuk mendapatkan semua peruntukan percuma. Biarlah sekolah awam ini untuk mereka yang memerlukan guru untuk mendidik anak mereka.
Guru-guru sudah cukup terhina sebelum ini dengan pelbagai isu pelajar yang melibatkan guru. Hingga guru hina ibarat binatang disuruh merangkak akibat tak puas hati dengan dendaan guru. Guru dicaci dan pelbagai hentaman terhadap golongan mualim ini. Mungkin kerana mereka merasakan yuran yang mereka bayar terlalu besar utk guru.
Mulianya manusia kerana adap. Jagalah adap dengan guru dan didiklah anak-anak untuk menghargai guru. Gambaran generasi hadapan kita dapat lihat dengan sikap ibubapa zaman sekarang. Remaja zaman sekarang adalah gambaran pemimpin akan datang. Mereka sedang memerhati ibubapa mereka sekarang dan bersyukurlah jika hari ini kita mendidik anak dengan akhlak Rasulullah SAW dan menjadikan anak sebagai hamba dan bukan tuan.
Didiklah anak dengan cara yang terbaik. Kalau tidak perlukan guru untuk membantu mendidik anak kita. Biarlah guru-guru mendidik mereka yang ingin belajar dan terus mencari ilmu.
Saya sebagai guru yang sudah masuk 30 tahun mendidik dari pelajar yang berusia 5 tahun Pra Sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi,IPGM dan IAB untuk mendidik Pengetua Guru Besar tetap akan terus mendidik dan membimbing. Tiada celanya menjadi guru. Walau ada seorang murid yang ingin belajar saya akan tetap terus mengajar....walau suatu hari tiada murid ingin belajar saya akan terus menulis dan terus mengajar dengan cara saya sendiri. Mendidik menjadi darah daging saya begitu juga guru-guru lain. Tidak akan pernah pudar jiwa mengajar dan mendidik kami sehingga kami mati. Bak kata guru saya kalau kita mati sekalipun pelajar tetap akan kata "Tu kubur Cikgu Shikin!" Saya bersyukur menjadi cikgu.
Walaupun anak murid sudah berjaya cemerlang menjadi insan yang hebat dan terkenal kami golongan guru tidak pernah meminta balasan. Kekadang anak murid tidak mengenali kami pun. Walaupun satu ketika duit kami habis belanja buat ganjaran dan alat bantu mengajar kami rela keluarkan asalkan anak didik kami berjaya dan cemerlang. Bukan seringgit dua ratusan ribu sanggup kami berhabisan asal anak didik kami berjaya dan bermotivasi. Tak cukup duit kami duit saudara dan sahabat kami juga kami cari untuk sponsor apa yang kami buat. Tidak pernah menyesal menjadi guru.
Terima kasih kepada guru-guru kami yang mendidik kami menjadi manusia yang berguna. Alhamdulillah doa untuk cikgu tak pernah kami lupa. Cikgulah yang mendidik kami. Cikgu pernah beritahu bila menjadi GURU jangan pernah harapkan balasan dari anak murid sebab bahagia cikgu bila melihat anak murid cikgu bahagia. Itulah cinta seorang cikgu.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Doa cikgu untuk anak didik Cikgu Shikin Sayang
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨
Ya Allah ….. , Aku mohon keampunanMu bila dalam melaksanakan amanahku sebagai guru sepanjang perjalanan kerjaya guruku 1990-2020.
Ya Allah ….. , ampunanilah diriku, bila dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik, aku belum mampu memberikan yang terbaik untuk anak didikku.
Ya Allah Kau perindahkan bahasaku, Permudahkan tutur kataku,
Agar apa yang aku sampaikan kepada anak didikku, Mudah untuk diterima oleh semua, Menjadi ilmu bermanfaat buat mereka.
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨
Ya Allah… Sinarilah hati dan fikiran anak didikku dengan kefahaman dan ingatan yang baik. Mudahkan anak didikku memahami apa yang disampaikan oleh aku serta berkatilah mereka.
Ya Allah ya Tuhanku,
berilah anak didikku cahaya, ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima, selalu mendekat ke arah kebaikan dan menjauh dari kejahatan serta jadikan mereka hamba-hambaMu yang paling mulia di sisi-Mu. Cemerlangkanlah mereka dalam usaha mereka ke jalanMu Ya Allah.
Makhbulkanlah impian dan hajat mereka keranMu Ya Allah.
Walau di mana mereka berada sekarang lindungilah mereka dari kejahatan dan kemusnahan. Muliakanlah mereka dunia dan akhirat.
Ya Allah Yang Maha Pengasih lahi Maha Penyayang
Allhummaj’alni min ahlil ilmi, wa ahlil khoiri wa ahlil ibadati
" Ya Allah jadikan anak-anak kami Ahli ilmu, Ahli kebaikan dan Ahli Ibadah".
Terima kasih Ya Allah menjadikan aku seorang guru.
Peliharalah dan muliakanlah kedua ibubapaku yang merupakan guru pertama dalam hidupku. Guru guruku dari aku kecil tidak mengenal huruf hingga sekarang semua mereka yang bergelar guru, mualim dan pensyarahku dunia dan akhirat. Berkatilah mereka. Juga suamiku yang banyak mendidik dan mengajar diriku jua.
Aameenyarabbalalameen
Cr Hajah Noor Ashikin Haji Shahrom
#salamjutawan
#terimakasihcikgu
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Thursday, April 16, 2020
Biar Miskin Jangan Malas
Biar miskin jangan malas.
Tu pesan mak dulu. Biarlah miskin tapi kalau rajin kita boleh hidup seperti orang lain juga. Miskin boleh diubah dan boleh dihapuskan kalau kita manusia yang rajin dan tidak berputus asa dengan Allah SWT.
Kalau kita miskin dan malas sampai bila bila kita hidup akan menyalahkan orang lain dan tidak akan berubah selama lamanya. Hanya memandang kelebihan orang lain dengan kebencian dan kedengkian tidak akan pernah mengubah nasib kita.
Kemiskinan boleh diubah dengan sikap kita sendiri. RAJIN dan bergantung kepada Allah SWT. Miskin dan malas akan selama-lamanya menenggelamkan diri kita dalam hidup dhaif dan mengharapkan orang lain.
Semasa kecil kami tinggal di kalangan orang kaya di Jalan Pegawai apa kata cacian dan hinaan yg tidak pernah diterima. Anak pomen. Anak orang gaji. Kami tinggal di tengah danau orang kaya yang rata-ratanya pegawai kerajaan dan hartawan. Tapi didikan mak dan ayah selalu mengajar kami untuk menjadi anak yang rajin dan taat pada agama dan melihat orang disekeliling sebagai inspirasi untuk berjaya. Mak selalu cakap tengok mereka kaya tapi rajin berusaha dan tak pernah mengalah untuk belajar. Rata ratanya ada saja anak mereka yang belajar di luar negara. Mak jadikan mereka sebagai inspirasi. Mak ajarkan kami berusaha dan jangan putus asa dalam pelajaran.
Walaupun kami bertiga anak dyslexia yang bermasalah tapi mak dan ayah tak pernah mengalah. Anak istimewa di mata mereka dan kekadang dianggap bodoh oleh cikgu. Tapi syukurlah kami bertiga yakin dengan kata mak dan ayah buat kami berusaha dan terus berusaha. Semua anak mak dan ayah berjaya bergraduat dlam dan luar negara.
Kalau kenangkan hidup dalam kemiskinan ni kami merasa hidup miskin, melihat mak dan ayah berhempas pulas mencari nafkah hidup. Ayah yang ketika itu hanya pomen dan SB dengan gaji RM300 sahaja dan seingat aku gaji ayah RM650 pada masa aku dah Tingkatan 1. Selepas tu ayah mula masuk dunia perniagaan dan keluar dari kemiskinan. Semasa miskin mak n ayah tak mengharap bantuan orang lain dan menagih simpati orang. Mak tolong ayah dengan buat kerja ambil upah iron baju sebulan dapatlah RM30 dan ambil upah buat kuih dapat RM5 sehari dan buat jualan kuih. Semua kerja mak buat dengan muka yang senyum dan bahagia. Sampai aku dah tingkatan 5 mak masih buat kueh utk jual. Buat keawteaw goreng dan lain-lain. Pernah tengok mak menangis bila ada sindiran tapi syukurlah mak tak pernah merungut. Aku tak pernah tengok mak merungut hidup susah depan ayah. Ayah pula tak pernah herdik atau tinggikan suara dengan mak.
Walaupun hidup miskin mak dan ayah sangat positif dengan kehidupan. Pasnagan yang penyayang dan prihatin dengan kehidupan saudara yang lebih susah dan miskin.
Semangat mereka sangat kuat dan menyebabkan kami empat beradik ketika itu belajar dengan gigih untuk cemerlang. Alhamdulillah anak anak dyslexia mak dan ayah semua khatan al Quran pada umur 9 tahun. Kalau dalam kelas akademik tak pernah dapat no lain selain No 123. Yang pasti penggal ketiga mesti dapat bolot semua anugerah akademik. Itulah anak POMEN yang tak pernah mengalah.
Ayah pesan hendak dunia dengan ilmu dan hendakkan akhirat pun dengan ilmu. Malas tak akan ke mana-mana. Kita hidup dalam penghinaan selamanya. Ketika susah miskin adik beradik pun malu mengaku kita adik beradik. Kalau kita berjaya orang yang tidak kenalpun akan mengaku kita saudara mereka. Bawalah diri kita keluar dari kemiskinan hidup ini. Jangan menyalahkan orang lain dengan kemiskinan kita.
Semua ni aku abadikan dalam kisah aku anak pomen buku kedua yg aku terbitkan tahun 2019. Alhamdulillah buku ini dah ada di Perpustakaan Negara dan ada serial ISBN. In sya Allah aku akan terus menulis bahagian kedua. Tulis untuk menjadi sumber inspirasi buat orang miskin.
Musim covic 19 ni bila lihat ramai mengeluh hidup susah. Tapi sebenarnya bagi aku keluarlah dari kemalasan dalam diri sendiri. Hidup susah itu adalah pilihan kita sendiri. Manusia yang malas sampai bila bila mengharapkan pertolongan orang. Asyik menyalahkan orang lain. Hakikat sebenar keluarlah dari sikap kita sendiri. Belajarlah hidup rajin dan kreatif untuk hidup. Sampah orang lain sebenarnya boleh menjadi harta buat orang yang rajin dan kreatif. Bukalah mata. Sebab tu mak ayah selalu pesan kalau miskin macam manapun sembahyang jangan tinggal sebab kalau kita miskin dekat dengan Allah SWT hidup kita akan ada barakahnya tapi kalau kita miskin dan jauh dengan Allah SWT sampai bila pun hidup kita akan miskin.
Miskin itu pilihan kita sendiri. Tetapi kekayaan adalah pilihan Allah SWT berikan buat mereka.
#salamjutawan
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AnekdotKehidupan
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Labels:
Aku Anak Pomen,
COVID19,
Tazkirah
Wednesday, April 15, 2020
COVID 19 PUNYA PENANGAN
Nak simpan kat blog jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan 😬
Takkan sesekali aku lupa ....
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.30/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
#copyNpaste
#forMyReference
#KitaJagaKita
#StayATHome
#COVID19
#kitamestimenang

Friday, April 3, 2020
Biar miskin jangan malas.
Tu pesan mak dulu. Biarlah miskin tapi kalau rajin kita boleh hidup seperti orang lain juga. Miskin boleh diubah dan boleh dihapuskan kalau kita manusia yang raji dan tidak berputus asa dengan Allah SWT.

Kalau kita miskin dan malas sampai bila bila kita hidup akan menyalahkan orang lain dan tudak akan berubah selama lamanya. Hanya memandang kelebihan orang lain dengan kebencian dan kedengkian tidak akan pernah menguvah nasib kita.
Kemiskinan boleh diubah dengan sikap kita sendiri. RAJIN dan bergantung kepada Allah SWT. Miskin dan malas akan delama-lamanya menenggelamkan diri kita dalam hidup dhaif dan mengharapkan orang lain.
Semasa kecil kami tinggal di kalangan orang kaya di Jalan Pegawai apa kata cacian dan hinaan yg tidak pernah diterima. Anak pomen. Anak orang gaji. Kami tinggal di tengah danau orang kaya yang rata-ratanya pegawai kerajaan dan hartawan. Tapi didikan mak dan ayah selalu mengajar kami untuk menjadi anak yang rajin dan taat pada agama dan melihat orang disekeliling sebagai inspirasi untuk berjaya. Mak selalu cakap tengok mereka kaya tapi rajin berusaha dan tak pernah mengalah untuk belajar. Rata ratanya ada saja anak mereka yang belajar di luar negara. Mak jadikan mereka sebagai inspirasi. Mak ajarkan kami berusaha dan jamgan putus asa dalam pelajaran.
Walaupun kami bertiga anak dyslexia yang bermasalah tapi mak dan ayah tak pernah mengalah. Anak istimewa di mata mereka dan kekadang dianggap bodoh oleh cikgu. Tapi syukurlah kami bertiga yakin dengan kata mak dan ayah buat kami berusaha dan terus berusaha.
Kalau kenangkan hidup dalam kemiskinan ni kami merasa hidup miskin melihat mak dan ayah berhempas pulas mencari nafkah hidup. Ayah yang ketika itu hanya pomen dan SB dengan gaji RM300 sahaja dan seingat aku gahi ayah RM650 pada masa aku dah Tingkatan 1. Selepas tu ayah mula masuk dunia perniagaan dan keluar dari kemiskinan. Semasa miskin mak n ayah tak mengharap bantuan orang lain dan menagih simpati orang. Mak tolong ayah dengan buat kerja ambil upah iron baju sebulan dapatlah RM30 dan ambil upah buat kuih dapat RM5 sehari dan buat jualan kuih. Semua kerja mak buat dengan muka yang senyum dan bahagia. Sampai aku dah tingkatan 5 mak masih buat kueh utk jual. Buat keawteaw goreng dan lain-lain. Pernah tengok mak menangis bila ada sindiran tapi syukurlah mak tak pernah merungut. Aku tak pernah tengok mak merungut hidup susah depan ayah. Ayah pula tak pernah herdik atau tinggikan suara dengan mak.
Walaupun hidup miskin mak dan ayah sangat positif dengan kehidupan. Semangat mereka sangat kuat dan menyebabkan kami empat beradik ketika itu belajar dengan gigih untuk cemerlang. Alhamdulillah vanak anak dyslexia mak dan ayah semua khatan al Quran pada umur 9 tahun. Jalau dalam kelas akademik tak pernah dapat no lain selaun No 123. Yang pasti penggal ketiga mesti dapat bolot semua anugerah akademik. Itulah anak POMEN yang tak pernah mengalah.
Ayah pesan hendak dunia dengan ilmu dan hendakkan akhirat pun dengan ilmu. Malas tak akan ke mana-mana. Kita hidup dalam penghinaan selamanya. Ketika susah miskin adik beradik pun malu mengaku kita adik beradik. Kalau kita berjaya orang yang tidak kenalpun akan mengaku kita saudara mereka. Bawalah diri kita keluar dari kemiskinan hidup ini. Jangan menyalahkan orang lain dengan kemiskinan kita.
Semua ni aku abadikan dalam kisah aku anak pomen buku yg aku terbitkan tahun 2019. Alhamdulillah buku ini dah ada di Perpustakaan Negara dan ada serial ISBN. In sya Allah aku akan terus menulis bahagian kedua. Tulis untuk menjadi sumber inspirasi buat orang miskin.
Musim covic 19 ni bila lihat ramai mengeluh hidup susah. Tapi sebenarnya bagi aku keluarlah dari kemalasan dalam diri sendiri. Hidup susah itu adalah pilihan kita sendiri. Manusia yang malas sampai bila bila mengharapkan pertolongan orang. Asyik menyalahkan orang lain. Hakikat sebenar keluarlah dari sikap kota sendiri. Belajarlah hidup rajin dan kreatif untuk hidup. Sampah orang lain sebenar boleh menjadi harta buat orang yang rajin dan kreatif. Bukalah mata. Sebab tu mak ayah swlalu pesan kalau miskin macam manapun sembahyang jangan tinggal sebab kalau kita miskin dekat dengan Allah SWT hidup kita akan ada barakahnya tapi kalau kita miskin dan jauh dengan Allah SWT sampai bila pun hidup kita akan miskin.
Miskin itu pilihan kita sendiri. Tetapi kekayaan adalah pilihan Allah SWT berikan buat mereka.
#salamjutawan
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AnekdotKehidupan
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AnekdotKehidupan
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Monday, February 24, 2020
Hari ni sedih sangat...
sbb dah seminggu asyik demam petang membawa ke malam. Sekali nak merap dengan hubby lupa jauh beribu batu.
Walaupun sehari berjam jam called tp tak akan pernah sama.
sbb dah seminggu asyik demam petang membawa ke malam. Sekali nak merap dengan hubby lupa jauh beribu batu.
Walaupun sehari berjam jam called tp tak akan pernah sama.
Sedih sbb tinggal sorang diri di sini. Memang sebelum ni pun tinggal seorg diri tp ketika hidup bujang rasa tak kisah pun. Tapi sekarang selepas kahwin rasa sedih cepat sangat bila kena tinggal lama-lama. Wlaupun kehidupan seharian sibuk yang teramat tp bila deman sakit pening sorang diri rasa sedih dalam seorang diri.
Macam macam fikir. Orang lain ada mak ayah suami anak-anak di keliling. Tapi sememangnya takdir aku sejak emak meninggal tahun 2006 hinggalah kahwin aku hanya ada diri aku sbb adik beradik semua jauh. Budaya kami tak sama dengan budaya keluarga habbyku. Konsep kekeluargaan sangat rapat sebab mereka tinggal dalam keluarga besar tidak spt budaya kami bila masing masing ada keluarga bawa diri masinh-masing.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Monday, February 10, 2020
Amanat Ayah Tunjang Cita-Citaku Shikin Sayang
Kata Buya Hamka,
lemparkanlah cita-citamu ke langit tinggi, kalau jatuh tersangkut di awan…jangan
kau buangkan cita-citamu di darat andai ia jatuh terus mengalir ke laut. Teringat suasana
konvokesyen...Alhamdulillah sepanjang hidup ini baru tiga kali aku berpeluang
untuk menaiki pentas menerima Sijil, Ijazah dan Sarjana. Aku hanyalah pelajar
biasa dan bukanlah pelajar yang popular dalam akademik...kecuali masa sekolah
rendah sahaja setiap semester dapat nombor 1, 2 dan ataupun selalu merangkul
habis subjek terbaik kira tidak memberi peluang kepada orang lain. Tapi masa
sekolah menengah aku hilang tumpuan untuk belajar dan lebih fokus pada bidang
sukan jadi semasa sekolah menengah kalau naik pentas pun sebab terima anugerah
Olahragawati Terbaik setiap tahun...masa itu apa yang aku fikir glamour dan sering menjadi tumpuan
semua. Alhamdulillah siapa sangka pelajar yang gila glamour ini sebenarnya bertuah dan akhirnya boleh berjaya...remaja
yang tak nak bersekolah akhirnya menjadi pegawai kerajaan... Alhamduilillah.
Semasa aku di Tingkatan 6 Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar aku memang sudah nekad hendak
belajar bersungguh-sungguh nak jadi akauntan sebenarnya kerana aku beralih dari
kelas sains tulen dan mengambil perakaunan...mungkin inilah cita-cita aku yang
sangat aku suka sebab mengira duit sahaja...tetapi Allah menakdirkan aku
menerima tawaran sebagai guru melalui program Sijil Perguruan di Institut
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim...masa itu aku tidak mahu menerima tapi
memandangkan harapan ayah dan mak jadi aku teruskan juga untuk mengikuti
bidang yang paling aku tak minati atau
tersenarai dalam cita-cita aku. Aku dilahirkan untuk menjadi guru.
Alhamdulillah.
Takdir
Cintaku Untuk Cita-Citaku...itulah pilihan yang aku ada,walaupun aku
pendamkan segala cinta dalam benak hatiku apa yang penting selepas
kakak sulongku dan adikku pulang menamatkan pengajian di United
Kingdom...aku berazam meneruskan perjalanan hidupku...aku
terus memandang kehadapan. Semasa menjadi guru di
sekolah Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya banyak aku belajar...suka...duka...cinta
dan cita-cita. Syukur Alhamdulillah dengan pengalaman yang diberikan
oleh Allah SWT. Ingat lagi macam mana aku sering
difitnah dengan Guru Besar aku yang baik hati
yang jujur dalam membimbing aku sebagai seorang
staf beliau dan juga sebagai seorang adik. Hamdi banyak membimbing
aku mengenal dunia IT dan juga memberi peluang untuk
memperkembangkan diri.
Tunjuk
ajar dan ilmu yang dicurahkan sangat membantu bila aku menyambung
pelajaran di IPTA... terbayang ketika itu Hamdi banyak memberi semangat
untuk sambung pelajaran...akhirnya aku dan Nor Hasni mengambil keputusan
mengisi borang STPM dan kami ambil exam dan
dapatlah 3P 2R. Kami berdua menyahut cabaran dan kami memilih UPM sebagai destinasi pilihan
pertama. Aku memohon untuk Sains Sukan sebagai pilihan pertama manakala
Nor Hasni cikgu Bahasa Inggeris memohon TESL.
Alhamdulillah
kami berdua mendapat tawaran masuk UPM tapi
aku saja yang dapat tambahan satu lagi
huruf “T” di belakang UPMT di Terengganu maka terpisahlah
kami berdua. Tapi kami bertekad akan bergelar siswazah...kami mendaftar
pada 11.06.1996...bermulalah perjalanan bergelar Mahasistua...pada usia 25
tahun. Perjalanan aku
dalam dunia akademik tidak pernah berhenti sebab memegang amanat ayah agar
aku meneruskan pengajian hingga ke tahap tertinggi. Akhirnya Jun 1996 aku
mendapat tawaran belajar walaupun sebenarnya aku tidak berminat dengan bidang
ini tapi inilah takdirku. Pada tahun 1996 aku menerima tawaran untuk menyambung
pelajar di Jepun dalam bidang Bahasa Jepun dan juga menerima tawaran
temuduga untuk belajar Bahasa Perancis di Perancis tapi semuanya terkubur bila
dalam masa yang sama aku mendapat tawaran belajar di UPM Terengganu...kata mak
"Belajarlah di Malaysia sebab mak tak sanggup berjauhan dengan anak -anak
mak lagi”..Kerana tiga tahun adik Yati belajar kat UK menyebabkan dia serik..jadi
sebab sayangkan mak aku menerima tawaran di UPM Terengganu dalam bidang
Bimbingan dan Kaunseling walaupun ianya adalah pilihan aku yang keempat sahaja
masa mengisi borang. Inilah takdirku menjadi seorang guru bimbingan dan
kaunseling dan akhirnya aku mengambil lesen Kaunselor dan dapat bergelar
Kaunselor. Alhamdulillah sepanjang di UPMT aku dapat empat kali Sijil Dekan.
Kebebasan
otak fikiran semasa bergelar mahasiswi membawa aku mengenal berbagai gelagat manusia. Di sini mengenal erti manusia dan mengenal erti persahabatan...
percintaan... perpisahan... permusuhan... hasad dengki dan apa
yang penting semasa di universiti pengalaman hidup
sangat berharga…jatuh...bangun dalam bergelar Mahasistua. UPMT persisiran
pantai... jadi aku bagaikan pulang ke pangkuan alami hidupku yang
tak dapat dipisahkan dengan laut...pantai. Tetapi apa
yang penting setiap hari aku berjalan di persisiran Laut China Selatan
sambil menghirup udara segar dan menuip bait bait
puisi rindu...yang seronoknya ketika di universiti
dunia percintaan yang tak boleh dilupakan...
bercinta dengan buku dan juga ketika ini
Abang pulang dalam diari hidup aku…beremail...bertelefon setiap
hari...memang indah hidup dalam percintaan...akhirnya aku berjaya
dapat Sijil Dekan setiap semester sebab ada pembakar semangat.
Terima
kasih CAJ@Abang Long Rosli yang banyak membantu aku
belajar di UPMT, sahabatku Halawiah Safinas…adik-adikku Eshah,
Salhasniza, Lenny, Shiqin, Liza dan ramai lagi yang banyak
mengajar erti kehidupan di kampus. Paling aku hargai
pengalaman bersama adikku Hashimi, Prof kesayanganku Prof Sham, Pak
Din, Dr Sha (Saharudin Dato Omar) dan juga Razaruddin yang
mengajar aku erti kasih sayang kesetiaan dan ketaatan
kepada Allah SWT…Aku bergelar mahasiswa dalam Bacelor Pendidikan Bimbingan
Dan Kaunseling dan Alhamdulillah aku lulus cemerlang. Akhirnya
bergraduat dengan CGPA 3.43
Kisah
cinta di kampus memang gila antaranya yang paling tak boleh dilupakan dalam
hati dan fikiran ini selamanya ....Razarudin Ibrahim....kelakar dan sangat
kelakar...Razarudin ni senior di UPMT
dan memiliki semua kualiti yang diidamkan oleh perempuan solehah dan tapi
memandangkan ketika itu mungkin aku ni tak cukup solehah jadi ianya hanyalah tinggal kenangan.
Kalau nak cerita di sini memang melucukan...ada tak perempuan berani meminang
lelaki....inilah yang perkara paling gila pernah aku buat iaitu pergi meminang
si Razaruddin ni.....memang kerja gila tapi ini betul-betul kenangan manis
sebab masa itu ...aku warded kena
serang tebuan dan dapat idea tulis surat kepada dia serta yang menjadi
posmennya Aishah. Memanglah katapun
cinta kampus...Aku bertanya dan dia dengan sopan memberikan jawapan......dengan
menghantar surat jawapan ke tiga tempat yang berbeza. Pertama alamat kampus, kedua
ke alamat rumah di Taman Wira Mergong dan ketiga ke alamat rumah sewa di Tok
Jembal. Surat itu aku terima seminggu sebelum bercuti sebulan pergi menunaikan
umrah. Itulah sebabnya semasa pergi umrah bayangan Razaruddin sentiasa
membayangiku...kenangan oh kenangan semuanya tinggal kenangan.
Aku
berpeluang pertama kali menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah pada Disember
1997 hingga Januari 1998. Aku bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat
yang Allah SWT kurniakan. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi barakah Madinah dan
Mekah dalam hidupku. Hanya Allah Yang Maha mengetahui betapa besarnya rahmat
yang Allah berikan buatku. Di kala orang lain sibuk berkuliah tiba-tiba aku mengambil
cuti selama sebulan menghilangkan diri.....pergi menunaikan umrah dengan Arwah
Pak Chak Ishak dan Mak Chak Norma ibubapa kepada sahabatku Chek Halawiah
Safinas serta ahli keluarga yang lain. Inilah rezekiku. Perjalanan mengerjakan umrah
dan ziarah sangat sederhana dan kami sangat bahagia sebab pengalamanku pertama kali
pergi ke sana. Pelbagai kontroversi yang wujud tapi aku rempuh sahaja sebab
kalau ikut semua apa yang orang cakap semua benda tak ke mana. Alhamdulillah
perjalanan ke sana dan setiap perbelanjaan mencukupi. Semasa umrah kami tinggal di pangsapuri yang disewa
oleh Pak Chak secara berkumpulan. Macam biasa setiap hari kami akan memasak dan
beribadah seperti biasa. Ada masanya beriktikaf di Masjidil Haram sehingga ke
pagi dan mengerjakan ibadah sebanyaknya. Bermunajat dan berzikir. Syukur
pada Allah SWT dengan nikmat yang tidak terhingga. Kenangan mengerjakan umrah
pada tahun 1997-98 ini tidak mungkin ku lupakan kerana penuh dengan keindahan.
Beribadah di kala Masjid masih tidak ada pembangunan dan pelbagai perubahan
yang kita lihat...Semasa disana juga banyak ujian yang ku lalui antaranya
setiap yang aku jumpa pasti menyerupai "Razarudin" seorang hamba
Allah yang telah bertapak di hatiku tanpa ku sedari....sepanjang di sana ujian
sangat besar buatku kerana mengingati insan yang wujud dalam hatiku dan bukan
mahramku....Alhamdulillah hatiku jinakkan dengan zikir dan taubat pada
Allah.....Inilah antara dugaan yang besar di sana. Ketika di sana juga emak
ketika itu sakit tenat dan aku sendiri memang sakit tapi kuasa Allah sangat
besar, pelbagai kaedah rawatan yang kucari dan syukur Alhamdulillah
sekembalinya dari tanah suci emak semakin pulih dan Allah memakhbulkan doaku .
Doa......ada
orang bertanya...pergi Mekah tak doakah minta kahwin...itulah soalan yang
sehingga hari ini tidak ada daya untukku menjawabnya. Aku hanya hamba
Allah yang hina dan setiap apa yang aku hendak Allah cukupkan. Syukur dengan
nikmat yang Allah kurniakan buat diriku yang hina dan nestapa ini. Allah Maha
Memakhbulkan setiap doa......Aku pasti doaku dimakhbulkan Allah SWT...lambat
atau cepat bukanlahurusanku tapi ianya adalah hak Allah SWT...hak aku hanya
meminta pada Allah dan siapalah aku utk mempertikaikan hak Allah
SWT...Aku bersyukur kerana Allah memakhbulkan doa-doaku dan pasti
termakhbul...kerana itu janji Allah..bermohonlah
kepada Aku@Allah kerana pasti akan aku makhbulkan.......Ingatlah janji
Allah itu pasti dan positiflah dengan setiap ucapan doa kita.Aamin.
Dalam
ramai- ramai yang bergraduat dalam keluargaku hanya aku seorang sahaja yang
dapat merasa nikmat emak bersama pada hari graduasi sebanyak dua kali iaitu
semasa Ijazah dan Sarjana...adik beradik yang lain tidak berpeluang kerana
keadaan yang menghalang. Setiap manusia memiliki impian....begitu juga diriku..impianku masuk ke universiti
kali pertama adalah kerana memenuhi impian ayah dan mak nak tengok anak
perempuan kesayangan mereka masuk universiti dan bergelar siswazah... Syukur
Alhamdulillah tiga tahun berhempas pulas akhirnya segulung ijazah dalam
genggaman.
Bersyukurnya
kami yang dapat bergraduat kali pertama dari UPM Terengganu dengan Ijazah Sarjana
Muda Bimbingan dan Kaunseling......bukan Kaunseling Ikan tapi kaunseling
manusia....Specialnya kami bergraduat
tidak di UPM induk maupun di dalam kampus sendiri. Kami bergraduat di Seri
Negeri Terengganu. Tun Hamdan bin
Sheikh Tahir Censelor UPM yang menyampaikan ijazahnya. Alhamdulillah
kami semua bergraduat dengan cemerlang walaupun tak terbilang hahahahaha sebab
tak dapat First Class kecuali Murniyati @Neng yang dapat kelas pertama. Kejayaan.....jika kau telah melalui kejayaan terhadap sesuatu dalam perjalanan
hidup gembirakanlah hatimu, kerana itu adalah kebahagiaan yang dianugerahi
Tuhan dalam adunan usaha fikir, batin serta zahir bernaung di bawah ikatan
persahabatan dan persaudaraan. Buat semua sahabatku yang seperjuangan di
universiti semoga berjaya di dunia dan akhirat. Setia memori indah kekal abadi
selamanya....Maafkan aku seandainya ada yang terkilaf bicara…tersadung senda.
Percaturanku tidak terhenti di
sini sahaja..sebaik sahaja aku dapat posting balik ke Alor Setar aku
mendaftar di UUM dalam bidang Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan sebab ini
saja yang boleh aku pohon dengan tanpa syarat dan akhirnya aku mendaftar
secara separuh masa dan berjaya bergraduat dengan pointer yang memuaskan iaitu 3.43 dan akhirnya pada tahun 2003 aku
berjaya dianugerahkan Sarjana. Daulat Tuanku.....aku menerima
Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan dari Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Syukur
Alhamdulillah dengan rahmat yang Allah kurniakan buat aku. Sekali lagi aku
bersama keluarga menyertai majlis konvokesyen bersama mak, kakak, adik-adik,
ipar, anak-anak saudara dan kawan-kawan. Emak dan Abang adalah orang yang banyak
menggalakkan aku untuk terus belajar dan dengan berkat kesabaran dan sokongan
padu dari semua akhirnya aku berjaya menghabiskan Sarjana dan bergraduat pada
20 September 2003..... Bilalah agaknya nak menyiapkan PhD pula? Macam biasalah kalau konvokesyen mesti terima bunga.....mengimbas
kembali perit getir aku menyiapkan sarjana ini sebenarnya sangat melucukan.
Sebab sepanjang tiga tahun berulang alik hujung minggu Jumaat dan Sabtu ke UUM,
Sintok di Sekolah Siswazah untuk menyiapkan sarjana ni. Peringkat awal
memang bersemangat sebab biasalah penyapu baru....masa ni ada sumber inspirasi
yanag sentiasa bagi galakan. Abang setiap hari akan bertanya hal pelajaran dan
memang dia ni bab motivasi kira A lah...lagipun tak ada topik lain nak cerita
jadi bolehlah untuk mengisi masa lapang.
Apa
yang pasti Mak adalah sumber inspirasi buat aku.....sepanjang aku sambung
belajar mak sentiasa akan bagi semangat untuk aku meneruskan pelajaran. Mak tak
pernah putus asa beri semangat .Kadang-kadang memang tak ada langsung mood nak belajar tapi bila mak
cakap semangat aku kembali membuak-buak untuk belajar. Aku sambung belajar
sebab menyahut cabaran bahawa aku sememangnya "anak ayah yang
cerdik" dan itulah kata-kata yang selalu aku pegang..."Sambung
Belajar Sehingga Tahap tertinggi Yang Kin Mampu"...mhmmmm
nampaknya Master sudah selesai tapi PhD sekarang tergendala sementara
kerana banyak perkara yang belum selesai. Masa exam..mak sentiasa menemani aku untuk baca buku dan sentiasa baca
Yaasin semasa exam aku
berlangsung...Inilah amalan yang selalu mak buat untuk anak-anak ketika kami
menduduki peperiksaan. Mungkin sebab inilah aku tak siap-siap lagi PhD sebab tak ada motivasi
dan suntikan semangat.....InsyaAllah akan aku teruskan jua perjuangaan ini... Mak selalu kata pelajaran sangat penting dan dengan
pelajaran kita boleh mengubah dunia. Manusia boleh mengubah nasib dengan ilmu.
Mak dan Ayah selalu berpesan kalau nak
dunia dengan ilmu....kalau nak akhirat dengan ilmu.....jadi ilmu adalah
segala-galanya...Kata-kata mak dan ayah sentiasa menjadi pegangan dalam
hidup aku yang tak akan pernah merasa jemu untuk meneruskan perjuanganku.
InsyaAllah perjuanganku untuk menamatkan PhD yang dah dua tahun terbengkalai
akan aku sambung bila isu-isu dalam hidupku diselesaikan. Semoga aku
beroleh kekutan untuk meneruskan impianku. Aamin
Sepanjang perjalanan hidup ini aku bertuah walaupun
tidak memiliki apa yang aku impikan tapi Allah memberikan yang terbaik
untuk diriku. Sebagai hambanya aku bersyukur dengan nikmat yang
diberikan....siapa sangka budak nakal yang protes tak nak belajar dan banyak
kontroversi akhirnya menjadi Kaunselor atau Pegawai Kaunseling...Apa yang
membahagiakan aku setiap kali melihat wajah mak. Semua ini adalah anugerah dari
Allah SWT walaupun apa yang kita rancang adalah lain tapi sebenarnya Allah
mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita.Sebagai manusia biasa kita perlu
berusaha dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik dengan kita..hanya
Allah yang mengetahui setiap perjalana hidup kita ini.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Subscribe to:
Posts (Atom)