"Shoaaibi Wan Lah senyuman dan sifat lemah lembut yang kau pamerkan tidak akan hilang buat selamanya. Walaupun aku hanya mengenalmu hanya sebagai seorang pensyarah dan ketua rombongan yang memang sekepala dengan aku. Aku begitu menyenangi dirimu setiap kali B menegurku. Ada sesuatu pada diri B yang tidak ada pada insan lain dalam IPDA ini yang aku sebenarnya begitu kagum dan sikap cool yang kau pamerkan sering menyentuh hati ku.

Di dalam kotak fikiranku aku selalu gambarkan betapa bahagia insan di sekelilingmu kerana budi bahasa dan sikapmu yang sangat tinggi nilainya di mataku. Sekarang tiada lagi insan yang akan menunjukkan aku tempat-tempat indah yang sering B kunjungi ...aku pasti merindui senyumanmu yang tidak akan hilang dari mataku.
Perpisahan ini hanyalah sementara ...akan tiba kita akan brtemu jua di akhirat kelak.
Semoga Allah merahmatimu dan sentiasa mencucuri rahmat buatmu. semoga Allah melapangkan kuburmu dan menjadikan ia taman-taman syurgaNya dan akan sentiasa menerangi perhentian sementaramu. B ...semoga seluruh keluargamu akan diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini. Semoga mereka tabah menhadapi ujian Allah ini dan sentiasa dilingdungi. B..semoga kau beroleh syurga Allah SWT. Amin
p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan"
No comments:
Post a Comment