kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, March 4, 2011

Hatiku kini dimiliki

17 Februari  2011..aku menerima 'lamaran' dari seorng insan yang jauh dari  telahanku.....
Cinta dari seorang bernama lelaki ...
 Kadang-kadang aku bertanya pada diriku sendiri mengapa aku mencari semua ini.  Selama ini aku dikategorikan orang yang terlalu sukar untuk menerima kehadiran manusia yang bergelar lelaki di dalam hidup aku. Aku mungkin serik dan mungkin aku trauma dengan kisah cinta dalam hidupku tapi kali ini aku tidak mahu menanti lagi.
Mengapa aku  mencari cinta...? Hakikatnya aku  sudah melarikan diriku dari  perasaan ini ..LOVE
 Aku tidak mengejar cinta tapi aku punya sestuatu matlamat dalam hidupku yang belum aku penuhi.
20 tahun aku  menyayangi dan setia pada seorang insan yang akhirnya aku seprti manusia yang 'bodoh' kerana asyik dengan dunia  yang penuh kepalsuan. Akhirnya aku keluar dari hubungan selama itu dan menempa kehidupan baru dengan  bekas'tunang' aku yang mana hampir 2 tahun  yang aku sangkakan itulah jalan penyelesiannya..Rupa-rupanya hujan ribut ditengahari...aku bukan sahaja hilang rasa kasih dan sayang malah aku hilang segala-galanya dalam hidupku hanya dengan sekelip mata perasaan kasih dan sayang yang aku bina hilang bila aku dapat menjejak siapa sebenarnya 'tunangan' aku yang sangat bijak bermain kata-kata dan juga harapan.. Walaupun aku hatiku disakiti dan dikianati aku bersyukur kerana  Alalh menyayangi diriku lebih dari yang lain...
Setelah aku memutuskan untuk berhenti mencari dan mengejar ..akhirnya cinta itu datang sendiri
 Selepas hampir dua bulan aku tercari-cari apa yang perlu aku lakukan..adakah cukup hanya dengan berserah dan menanti takdir.. Tapi itulah jalan yang aku perolehi bila aku keseorangan di Labuan ..aku melayari laman-laman sembang dan mengenali bermacam ragam manusia dan akhirnya aku mendaftar dalam laman chating yang berbayar untuk mengetahui apa sebenarnya manusia lakukan di laman ini.. Sehinggalah aku bertemu dengan beberapa orang insan yang aku istiharkan sebagai sabahat kerana aku masuk laman sembang bukan mencari 'suami' tetapi ingin mengisi kekosongan masa dan mengenal gelagat manusia..
Aku bukan menanti insan yang sempurna ..tetapi cukuplah bagi diriku aku  memiliki insan yang ingin berkongsi duka dalam hatiku
 Akhirnya pada 17 Februari aku memutuskan untuk menutup akaun  laman chating aku kerana terlalu rami lelaki yang masuk untuk bersembang dan mengayat...Macam-macam gelagat manusia dari yang  aku istiharkan naif sehinggalah penjenayah..Semuanya berakhir pada 17 Februari sebab aku rasa memang itu bukan cara aku  mengenal sahabat sejati..Sepuluh minit sebelum aku menutup akaun aku tiba-tiba masuk  satu entry yang ke 901 yang menghantar interest kepada aku dan dalam masa yang sama menghantar mesege kepada aku..tepat jam 16.31petang 17 Februari yang mengulas dengan mendalam tentang  profil aku yang sememangnya aku sendiri pelik kerana apa yang dia ulas memang betul-betul mengena dan menarik minat aku tapi aku hanya jawab padanya aku sudah nak sign out dan tidak berminat mengenali sesiapa lagi lebih-lebih lagi manusia dari planet yang asing bagi diriku.... tapi kesungguhan dia menyebabkan aku memberi ruang untuk dirinya..sebagai seorang kawan.
Semoga Allah Mempermudahkan segala urusan perkahwinan aku..sesungguhnya Allah SWT yang mengatur segalanya untuk diriku....Allah SWT tahu yang terbaik untuk diriku
Hello Noor,
I read your profile and it sounds very interesting. I am not worried about self description but what matters to me is the inside of my beloved.I have potential and I know my choice too......................   Please think about me and tell me if you can entertain and welcome me in your life because I am too emotional and I have heard a broken heart before in my first marriage. You look beautiful.  
Cheers
Richard
Jawapan aku ketika itu..mmhmm bukan Islam , jauh,  bukan Malaysia ,duda dan jauh berbeza dari diriku...ye lah ..lelaki semua sama sahaja melihat pada kecantikan..tapi insan ini memuji perempuan yang gemuk seberat 200 kg  (bukan berat betulpun!!!!!) yang mana aku hanya layan sebagai kawan..tapi kesungguhan yang dia tunjukkan akhirnya berjaya menarik hati aku dan aku memberi peluang kepadanya untuk mengenali aku dan aku juga mula rasa serasi dengan dia..aku prnah kata dulu yang aku tak kisah aku nak kahwin dengan sesiapa saja tak kisahlah dari aman pun a atau apa bangsa dia.selagi dia  mengenal Allah SWT dan mempunyai ciri-ciri yang baik yang mana Rasulullah tetapkan aku akan terima. Aku dah buat uijan personaliti secara tak langsung dan buat berkali-kali sembahyang Istikharah sehinggalah jawapan yang aku terima melalui mimpiku menyahut salam dari Baginda Rasulullah...dan aku yakin jika dia benar dan sememang telah ditetapkan untukku dia akan datang kepadaku.....

Alhamdulillah aku   2 Mac 2011 aku menerima pinangan rasmi
Sebenarnya   cukup  dua minggu aku menegnali dia... aku menerima lamaran dari lelaki ini iaitu  kerana aku berserah sepenuhnya kepada Allah SWT ..kalau dia ikhlas dia akan melamar aku dari keluarga aku bukan dari aku..dan terbukti keikhlasannya dia melamar aku dari wali aku dan wali aku menerima dengan rasminya dia menjadi tunangan aku sekarang. Aku berpegang kepada  Sunnah Baginda biarlah aku bertunang dahulu walaupun hanya beberapa ketika aku akan mengenali dirinya setelah menjadi tunangan aku....secara rasmi aku bertunang sekarang dan adalah haram bagi diri aku mengkhianati  ikatan yang disandarkan atas janji dan  aku hormat keputusan  wali aku. Apa yang pasti setiap kali aku memandang wajah aku aku melihat wajah dia disebalik wajah aku.......
There is no much time left - youth was full of hopes and romantic dreams. Today I believe in real life and in real life there is a woman - weak and strong, with variety of emotions. And I want to meet a person to share with her the most interesting thing in this world - Life.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in