kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Saturday, May 7, 2011

Ibu Permata Hatiku...Hjh Siti Esah Muhammad..Al Fatihah

Emak....
Sesungguhnya  hati  ini  merinduimu,
Mak ..Kin  rindu  pada  mak,
Kin  rindu  dengan  pelukan  dan  ciuman  mak,
Kin  rindu  usapan  mak.....

Mak..
Kenapa  terlalu awal  Allah  menjemput mak  kembali,
Belum  puas  anakmu inimenumpang  kasihmu,
Mak ..Kin  rindu pada mak,
Setiap  detik  dan  waktu....hati  ini  rindu  pada  mak
Kin  rindu  pada  mak...
Mak,
Kin tak  pernah  dengar  mak berleter,
Kin  tak pernah mak merungut ,
Kin tak  pernah  dengar  mak mengata  tentang  orang  lain,
Kin hanya dengar  suara  mak  memujuk , membelai dan  mendodoikan
Kin rindu  dengan suara  itu.....
Mak....
Saat  ini  Kin masih  merindui  suara  mak
Kin  masih  merindui  setiap   bait  puisi  dari  mulut  mak,
Gurindam  rindu  dari  mak,
Mendodoikan  Kin dan  mengulit  mimpi  Kin,
Mak  ...Kin  rindu...

Mak,
Setiap  kali  Kin  rindu  pada   mak...
Hanya  air  mata yang  menemani  kini,
Deraian  air  mata  rindu   pada  mak,
Mak...Kin  anak  yang  selalu  menyakiti  hati  mak,
Kin  selalu  mengusik  hati  mak,
Mak....
Kin  tidak  puas  menjaga  mak,
Kenapa Allah  terlalu menyayangi  mak ,
Hingga tak  memberi  peluang kepada  kami  meikmati  kasih  sayang  mak  dan  ayah,
Kenapa  Allah  menjemput  mak  dan ayah  terlalu  awal,
Kenapa  Kin  tak  dapat   menikmati  kasih  sayang   mak  dan  ayah  seperti  orang  lain.....
Kenapa  kasih  sayang  mak  dan  ayah  hanyalah  sementara  cuma...
Ya Allah...Ya Tuhanku,
Ampunkan  dosa  kedua  bonda  dan ayahandaku,
Ampunkan  mereka  Ya  Allah,
Engkau  telah  menjemput  mereka  pergi  dahulu,
Sedangkan  kami  masih   memerlukan  mereka,.
Ya Allah,
Sayangilah  kedua  bonda dan ayahandaku,
melebihi  dari kasih  sayang  mereka  terhadap  kami..

Ya  Allah,
Limpahkanlah  rahmatMu dan kasih  sayangMU,
Pada bondaku  Hjh  Siti  Esah Muhammad  dan
ayahandaku Hj  Shahrom  Bin  Rahim
syurgaMu  yang  abadi...
Ya  Allah,
JanjiMu..disyurga  nanti  semuanya  adalah muda dan remaja....
Ya Allah,
Temukanlah  aku  dan  kedua bonda dan ayahanda ku  di  sana  nanti...
Seandainya  aku berpeluang  menemui  mereka  nanti  himpunkanlah  kami  bersama KekasihMu Nabi  Muhammad SAW..
Ya  Allah,
Ampunkanlah  kami,
Rahmati  kami,
Kurniakanlah  kami  kebahagiaan  di dunia  dan akhirat... Limpahkanlah  rahmat  kasih  sayang  dalam  keluargaku  ini  sehingga  akhirat  kelak..
Ya  Allah,
Ya Arrhamarrahimin...Irhamna Ya  Allah...
Amin Ya  RabbalAlamin..

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in