kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, April 2, 2014

CHAPTER HIDUPKU 38.6 : 08.08.09 .....09.09.09

surah Ali’ Imran  ayat 31.
” Katakanlah (wahai Muhammad): ” Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Inilah kisah yang menjadi sejarah dalam hidupku....chapter hidupku...
ini kisah hidupku........
Sesungguhnya bercerita tentang jodoh adalah sesuatu yang amat misteri....begitulah juga aku. Setelah menolak cinta yang didamba sejak usiaku remaja akhirnya aku memutuskan agar menerima sebuah cinta yang hanya berasaskan  sebuah pertemuan singkat yang akhirnya membawa kepada sebuah sulaman kasih dan sayang selama setahun. Aku memutuskan untuk menerima cinta dari manusia yang asing dariku  yang cukuplah aku kenalkan sebagai "Muhammed Safiyullah". Aku mengenalinya pada awal tahun 2008 yang mana pertemuan kami bermula di luar negara ketika aku bercuti dan dari perkenalan singkat itu kami mula beremail, ber skype dan akhirnya selepas setahun kami memutuskan untuk mengakhirkan perhubungan kami dengan ikatan perkahwinan.
Segala persiapan telah ku atur tanpa pengetauan keluarga kerana aku tinggal sendirian dengan adik bongsuku dan kami jarang berkngsi cerita. Begitu juga dengan ahli keluargaku kerana mereka punya keluarga dan cukuplah mereka mengetahui bahawa aku sudah bersedia untuk membuka hatiku buat sekian kalinya.
Ini bukanlah kali pertama aku mengatur perkahwinanku. Kalau hendak dikatakan serik mungkin aku telah serik untuk berangan-angan. Tapi aku redha dengan takdir hidupku selama ini yang mempunyai segala-galanya dalam hidupku yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Segala persiapan:
*baju pengantin...siap
*borang nikah ....siap dah ditangan Tn Hj Abdullah IMAM Masjid khairiah ku
*katering ....siap
*hiasan dalam ....siap
*jemputan ....siap
.............. dan sebagainya telah ku aturkan.
kalau baju pengantinku....bukan sepasang tapi dalam almariku ada 10 pasang baju yang telah siap ku tempah dan aku tak pernah buang .....
Pada hari Khamis 07.08.09 seperti mana yang telah kami aturkan Muhammed Safiyullah akan tiba bersama keluarganya iaitu ibu dan anaknya dari London yang menaiki penerbangan tiba pagi ke Alor Setar kerana sebagaimana yang kami rancangkan majlis pertunangan daan perjumpaan keluarga akan berlangsung serentak pada  hari ini. Memandangkan semua ahli keluargaku berkumpul termasuklah bapa saudaraku dari Penang dan adik beradikku yang lain yang tinggal sekitar Alor Setar berkumpul dirumahku. hanya Allah yang Maha Menegtahui betapa bahagia dan berdebarnya hati seluruh ahli keluargaku menanti tiba-tiba jam 10 pagi Muhammed menelefonku dan memaklumkan bahawa dia tidak menaiki kapal terbang pagi dari KLIA kerana ada masalah dengan pihak imegresen. Terus diletak telefon . Bila aku menelefon berulangkali dia hanya minta aku bersabar dan dia akan cuba untuk tiba kapal terbang tengahari atau malam. 
Aku tak mengimpikan adat Melayu...bagi diriku cukuplah mengikut apa yang Islam anjurkan....
Ketika mendengar apa yang dia ucapkan ketika itu apa yang aku rasa hanyalah lemah seluruh badanku tetapi aku kuatkan dan memberitahu keluarga akan bersabar dan akhirnya hinggalah penerbangan terakhir dia tidak sampai. Aku yang bagaikan orang yang hilang arah menanti di Lapangan terbang Sultan Abdul Halim hingga penerbangan terakhir. Allahuakbar.....inilah saatnya aku bagaikan wajhku kaku kalau dihiris  setitik darahpun tidak mengalir lagi. Aku tidak menangi dan meraung. Apa yang aku ucapkan hanya Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah..ya Allah jagalah imanku...hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam. Ketika ini aku berada dalam kerekaku sehinggalah akhirnya pintu lapangan terbang ditutup kerana semua staf mula beredar pulang. 

Saat ini aku bersyukur kerana Allah menjagaku.....sahabatku Emma dan Sobri datang ke Airport dan akhirnya memujukku pergi minum..di restoran D' Titi Gajah yang dah mula lengang. Disini aku meluahkan segala-galanya pada mereka. namun setitis air mata tidak turun dari mataku. Akhirnya selepas sejam berada di sini aku pulang ke rumah dan seluruh ahli keluargaku yang gembira bagaikan diserang garuda semuanya senyap sunyi dan tidak ada sepatah ayatpun yang keluar. 

Muhammed Safiyullah Bin Abdullah ..Insan terpuji pilihan Allah
Aku hanya beritahu bahawa Muhammed tak datang dan dia tak boleh datang. Ketika ini akau bagaikan sebatang pokok yang mati sejuk dan kaku. Aku tak mampu menangis atau menjerit. Aku hanya mampu tersenyum dan kata Takpa Allah ada denganku. Semua keluagaku  bagaikan hilang akal memikirkan  kesan dan apa yang orang akan cakapkan esoknya....kerana esok selepas Asar jemputan seramai 500 orang akan datang dan khemah yang dipasang sudah dihias. Aku hanya menjawab "Takpalah esokkan kita nak buat baca doa selamat nak Kin nak ke Mekah dan kenduri arwah jadi kenduri tetap diteruskan"..Aku bangun dan terus naik ke atas bilikku. 
Bilik tidurku...yang menjadi saksi .
Semalaman aku tidak tidur dan terus berfikir dan berfikir dan berfikir. Aku mandi dan selesai mandi aku terus bermunajat kepada Allah SWT hingga ke pagi. Aku hanya meluahkan perasaan kepada Allah dan menyerahkan seluruh urusanku kepada Allah.
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” – [Surah At-Talaq, 65: 2-3]
Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui.....
Wamakaru wama karullah...kita merancang Allah SWT itu sebaik perancang.
Pagi Jumaat 08.08.09 sesudah sebelum solat subuh aku mandi sunat Jumaat dan ketika inilah baru aku rasa puas mandi memabasahi seluruh rambutku yang panjang mengurai. Sekali aku mengada cermin dalam bilik air dan memandang wajahku. 
"Ya Allah inilah ujian buat diriku..aku redha dengan ketentuanMu aku redha dengan takdirMu...tetapkan imanku..hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam...."
Aku senyum dan tanganku mencapai gunting dihadapanku .....
dan saat ini aku memegang rambut yang sudah mencecah punggungku yang sangat aku sayang....
zappppppppp......aku memotong rambutku hingga paras atas bahuku.
aku rasakan bagai seluruh masalahku hilang dari dalam fikiranku..
Wajah pada 08.08.09
Selepas sembahyang Subuh aku turun dengan memakai pakaian pengantin ku....
Bagaikan bidadari syurga aku senyum dan tidak  langsung  menampakkan wajah yang susah hati.
Aku turun dan ajak Laili pembantu rumah kakakku untuk  ambilkan gambar aku .
Laili yang tak terkata apa-apa terus akur dengan permintaanku dan aku  nampak wajah ahli keluargaku, wajah ibu saudara dan bapa saudaraku yang sedih dan menitiskan air mata.
Mungkin mereka bimbang dengan keadaanku....
Jam 10.00 pagi
"Hajah, jangan lupa sat gi pukul 11.30 datang masjid dengan wali na" suara dari telefon , iaitu suara Tn Hj Abdullah Iman Khairah Bukit Tinggi.
"Tuan haji., saya minta maaf akad nikah dibatalkan hari ni" jawabku
"Astaqfirullahalazim....." suara menjawa dan terus telefon dimatikan.
10 minit kemudian ,
Tok Iman dan Mak Aji terpacak di depan rumahku dan Mak Aji terus bertanya.
Aku hanya menjawab  " Pengantin lelaki tak dapat datang,...takpa lah kenduri petang ni lepas Asar  dan malam  lepas Isyak tetap dijalankan tok Imam jangan lupa jemput semua orang masjid datang"
mak Aji  dari awal menangis mendengar ...biasalah orang tua pasti akan sedih memandangkan  emak dan ayahku sudah tiada.
Selepas Asar jemputan mula datang dan setiap yang datang mengucapkan tahniah dan ada yang tercari-cari di mana Muhammed. Aku hanya jawab dia tak ada  dan nak jumpa datanglah malam dengan orang-orang masjid. Subhanallah itulah kekuatan yang Allah berikan untukku untuk terus berdiri meraikan para jemputan yang datang bertali arus.Dengan tangan yang berinai merah dan senyum yang mengukir aku telan semua dan pasrah dengan ketentuan Allah.
 Alhamdulillah ramai jemputan yang datang siang terutama orang perempuan. Aku sengaja buat kenduri selepas Asar kerana bulan Syaaban ramai yang berpuasa. Dengan  berkat ini jugalah aku diberikan kekuatan dari Allah menerima segalanya yang Allah berikan.
 Masa lepas Isya hampir 100 orang masjid datang ke rumah dan kebetulan malam ini adik angkatku dari Yaman dan kawan-kawannya  yang telah mengetahui tentang ceritaku datang dengan pakaian lengkap dan memang mereka menjadi tumpuan mata orang-orang masjid yang datang dan masing-masing mencari yang mana satu  Muhammed.
Biarlah Muhammed Safiyullah menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidak pernah menyesal mengenali dan menyayanginya. Inilah jodoh dan pertemuanku dengan insan yang aku kenali dalam hidupku. Aku pasrah dengan ujian Allah. Semoga Allah menjaga Muhammed Safiyullah dalam Islam dan biarlah ia kekal dalam Islam hingga ke akhir hayatnya. Biarlah kalimah syahadah yang diucapkan setiap kali  kami mengakhiri perbualan kami selama setahun lapan bulan kekal dalam hatinya hingga ke akhir hayatnya.
Pada Allah aku bermohon agar dia tetap dalam Islam. biarlah Muhammed Safiyullah bin Abdullah menjadi misteri dalam keluargaku. Aku amat menyayanginya dan aku menerimanya kerana Islam apabila dia mengucapkan dua kalimah syahadah selepas enam bulan kami berkenalan. Syahadah itulah menjadi cincin pertunanganku....namum aku tidak mendapat hakku untuk menerima maharku darinya....hanya Allah Maha mengetahui di mana Muhammed Safiyullah Bin Abdullah. Al fatihah buat dia tidak pernah kutinggalkan dihujung doaku agar Islam itu sentiasa bersamanya.Aameen Ya Rabbal Alamin
Walaupun seluruh dunia meninggalkanku....aku pasrah...aku redha inilah takdirku...Alhamdulillah
09.09.09  Selasa aku berangkat ke Madinah menunaikan UMRAH RAMADHAN 

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan.  3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha. (http://alongwairnazz.wordpress.com/2009/02/02/jodoh-ketentuan-allah/)

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in