kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, April 13, 2014

CHAPTER HIDUPKU 39: KLINIK KAUNSELING AL QANAAH IPDA

Ruang legar
Papan Kenyataan yang padat dengan informasi

Menghijau pokok pokok pasu yang sentiasa disiram

Maklumat lengkap untuk kegunaan warga IPGM

Papan tanda nama...lama walaupun selepas 2008-2010 jawatan di lantik oleh KPM: Jawatan Ketua Unit Kaunseling Pentadbir

Damai

SETELAH DUA TAHUN BERADA DI BILIK KAUNSELING YG SATU BLOK DENGAN PENTADBIRAN PENGARAH MEMBERI AKU SEBUAH BILIK KOSONG UNTUK DIUBAH MENJADI BILIK KAUNSELING DENGAN SEBARANG PERUNTUKAN.......MAKNA KATA TIADA PERUNTUKAN....
ALHAMDULILLAH CABARAN INI ADALAH MENZAHIRKAN SIAPA DIRI KITA SEBENAR....IBARAT SEBUTIR BENIH WALAUPUN KITA DIBUANG KE LAUT TETAP AKAN MENJADI PULAU...AKHIRNYA KLINIK KAUNSELING YANG AKU IDAMKAN MENJADI KENYATAAN.

5.         CADANGAN KLINIK KAUNSELING ASAS


Ruang untuk berilusi...pejabat tanpa dinding
            Sebuah klinik kaunseling memerlukan kos yang sangat tinggi jika hendak disiapkan secara sekaligus. Memandang Institut Pendidikan Guru tidak mempunyai bujet kewangan yang khusus untuk menubuhkan bilik kaunseling maka saya mencadangkan agar ianya diwujudkan secara berperingkat-peringkat dan penambahbaikan diadakan dari masa ke masa.  Sebuah KLINIK KAUNSELING memiliki ciri-ciri berikut:
Perkakasan yg kubawa lari dari bilik kaunselor pentadbir memandangkan zerro costing
5.1          Bilik klinik kaunseling (UNIT)
Sebuah bilik yang mempunyai keluasan yang sesuai untuk menempatkan bilik terapi, bilik alat pengujian, bilik kelompok, bilik kaunseling individu ,anjung tamu dan ruang pejabat.
Ceria
Cadangan bilik berhampiran Unit Hal Ehwal Pelajar  atau mana-mana bilik yang sesuai. Bilik sekarang juga sesuai jika ianya dapat diubahsuai tetapi ianya sekarang dijadikan galeri   maka adalah elok   Klinik Kaunseling ditempatkan  di tempat lebih bersesuaian mengikut pertimbangan pihak pentadbiran.


Semuanya dibuat sendiri

Hias dengan apa yang ada

Syukur dengan nikmat Allah
Ruang BIBLIO THERAPY


TERAPI minda

Kata motivasi disetiap sudut

Biblio Therapy
 5.1          Ruang Anjung Tamu
Anjung Tamu merupakan tempat utama yang menjadi daya penarik dan penyembuhan. ’Pandang pertama’ yang memerlukan daya tarikan seolah mengalu-alukan tetamu yang datang. Bilik ini memerlukan:
1.         Set kerusi rehat
2.         Bunga perhiasan
3.         Cermin
4.         Meja pelawat
5.         Peti sejuk
6.         Coffee Corner
7.         Meja pejabat

Failing sistem
 5.1          Bilik Terapi
Bilik yang menempatkan peralatan untuk terapi. Ianya menyediakan ruang terapi kepada klien seperti:
5.1.1       Massage therapy
Terapi urutan menggunakan mesin pengurut yang terdapat dipasaran. Cadangan jenama OGAWA atau Takshima  sesuai untuk pelbagaian aktiviti dan mudah digunakan oleh klien. Rasionalnya ianya agak mahal dan sudah pasti klien tidak dapat membelinya dirumah sendiri. Dua jenis mesin yang dicadangkan iaitu:
1.     Mesin berbentuk kerusi urut

2.     Mesin untuk urutan kaki sahaja



5.1.2       Aroma therapy
Terapi aroma merupakan tereapi menggunakan haruman-haruman semulajadi yang mana ianya berbentuk minyak, cecair, pepejal  dan spray. Saya mencadangkan agar ditempatkan aroma terapi yang bersesuaian dengan suasana institut iaitu:
1.     Lampeberger Aroma
2.     Pati / minyak haruman rawatan
3.     Jeli beraroma
4.     Lilin beraroma

5.1.3       Audio therapy
Terapi audio menggunakan alunan muzik, dan zikir. Keperluan asas untuk terapi ini.
1.     Radio Hi-fi
2.     Head phone
3.     CD yang bersesuai yang boleh didapatkan dari pasaran atau koleksi peribadi pegawai kaunseling sendiri.
4.     Rak CD

5.1.4       Visual  therapy
Bilik Therapy
Terapi visual adalah sejenis terapi yang menggunakan gambar, lukisan dan juga koleksi benda maujud. Saya sarankan untuk klinik kaunseling ini kerjasama dengan pihak Jabatan Kajian Sosial untuk mendapatkan gambar atau lukisan yang bersesuaian.
1.    
Optical illusion
2.     3 D Collection
3.     Lukisan pemandangan pelbagai
4.     Dan lain-lain  yang bersesuaian
5.     Cermin besar

5.1.5       Video Therapy
Terapi ini menggunakan video atau koleksi cerita dari petikan-petikan filem. Terapi ini masih kurang popular di negara kita tapi ianya sangat meluas di lauar negara. Terapi ini memerlukan keperluan asas seperti:
1.   Televisyen
2.     Pemain VCD
3.    VCD pilihan yang bersesuai yang boleh diperolehi dari pasaran dan juga pusat sumber.

5.1.6       Art therapy
Terapi ini sangat meluas digunakan dan di IPDA sendiri ianya sangat diminati oleh para pelajar terutamanya. Ia sering digunakan dalam kursus-kursus anjuran unit kaunseling sendiri. Untuk terapi ini kemudahan asas sedia ada dan dibekalkan oleh pihak setor dari masa ke masa.
1.    Kertas lukisan
2.     Crayon
3.     Pensil warna
4.     Water Colour
5.     Kertas Warna
6.     Kertas Mahjong
7.     Alat tulis

5.1.7       Play therapy
Terapi ini sangat  popular digunakan untuk merawat trauma dan juga klien yang kurang bercakap. Terapi mainan ini memerlukan pelbagai peralatan mainan yang boleh didapatkan dari kedai mainan dan ianya perlu kan bahan-bahan asas seperti
1.     Rak menyimpan (sedia ada)
2.     Barang permainan mengikut konsep
3.     Meja jepun
4.     Takungan Pasir

Ilusion

5.1.8       Terapi Fizikal
Ujian Psikometrik
Terapi ini melibatkan senaman kenastetik dan juga peralatan-peralatan bantuan senaman. Di klinik kaunseling kita tidak memerlukan terlalu banyak alatan senaman untuk kegunaan klien memadai dengan beberapa alat senaman yang bersesuai. Antaranya:

1.     Punch Box ( Boxing Equipment) 
2.  Alat pejalan kaki 
3.     Basikal statik
4.     Excercise Mat
5.     Bola
Kelengkapan ujian Psikometrik ...pigeon hole lama yang dicat dan diubahsuai
5.1.9        Lain-lain keperluan untuk bilik ini ialah
1.     Sinki
2.     Cermin
3.     Bunga hiasan
4.     Kabinet sudut untuk menempatkan peralatan


Kutip je bahan terbuang dan buat semula

kitar semula

5.1          Bilik Alat Pengujian Psikologi
Bilik yang menempatkan alat-alat pengujian psikologi dan juga kesihatan asas serta bahan-bahan pembacaan. Di bilik ini juga dijadikan ruang terapi iaitu Biblio therapy.
5.4.1   Alat Pengujian Psikologi yang boleh ditempatkan di Klinik Kaunseling
1. Inventori Personaliti Tajma
2. Inventori Personaliti Sidek
3. Inventori Personaliti Warna Sidek
4. Inventori Pengurusan Tekanan
5. Inventori Minat
6. Inventori Kiarsey
7. Inventori Gaya Bercinta
8. Inventori Organisasi Yang Menyelesakan
9. Senarai Semak Kebimbangan 1 dan 2
10.          Senarai Semak Masalah Mooney
Alat-alat pengujian psikologi ini hanya boleh ditadbir oleh kaunselor bertauliah dan juga dengan bimbingan kaunselor.

5.4.2       Alat pengujian kesihatan
1.         Penimbang berat badan
2.         Pengujian tekanan darah
3.         Pengujian tahap gula
4.         Pengujian kolestrol
Alat-alat mudah ini boleh digunakan dengan bantuan kaunselor sahaja dan mengikut prosedur keselamatan kesihatan. Kaunselor bertauliah boleh menggunakan peralatan-peralatan ini.

5.4.3       Biblio Therapy
1.         Komputer untuk access internet
2.         Bahan Bacaan untuk kesihatan mental
3.         Koleksi  Bacaan ilmiah yang sesuai untuk kesihatan mental yang dijilid sendiri oleh Pegawai Kaunseling
4.         Pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang sesuai
5.         Modul-modul kaunseling dan psikologi
6.         Prosiding seminar Kaunseling dan Psikologi

7.         Kertas kerja atau penulisan ilmiah berkait dengan Kaunseling Dan Psikologi









 5.1          Bilik Kaunseling Kelompok
Bilik ini menyediakan ruang untuk sesi kelompok dijalankan. Kebiasaannya sesi kelompok dijalankan dalam kapasiti tiga hingga sepuluh orang. Kelompok yang ideal adalah lima orang. Bilik ini juga dijadikan ruang untuk  Dance Therapy dan Relaksasi. Bilik ini memerlukan keperluan asas seperti:
1.         10 buah kerusi ’banquet’
2.         Permaidani
3.         Radio Hi-fi
1.         Excercise Mat (tikar)

5.2          Bilik Kaunseling Individu /Konsultansi dan bilik pegawai
Kaunseling individu memerlukan bilik yang agak privasi kerana ianya melibatkan dua individu sahaja iaitu kaunselor dan klien. Oleh itu ianya boleh digunakan sebagai bilik pegawai kaunseling sendiri. Memandangkan pihak institut akan menerima dua orang kaunselor maka adalah bersesuaian disediakan dua buah bilik yang yang berasingan. Keperluan asas bilik pegawai kaunseling sedia ada telah diperolehi:
1.     Meja pejabat
2.     Kerusi
3.     Kerusi klien
4.     Kabinet berkunci
5.     Rak fail
Penambahan kepada bilik pejabat ini adalah :
1.     Dua buah kerusi sesi
2.     Meja sudut.
3.     Papan penyataan (soft board)
4.     White board






5.1          Bilik Ketua Unit Kaunseling
Bilik yang sama dengan bilik pegawai kaunseling  kerana ketua unit juga menjalankan aktiviti kaunseling.   Barangan sedia ada boleh digunakan semula untuk bilik ini.  Antaranya:
1.     Meja pejabat
2.     Kerusi
3.     Kerusi klien
4.     Kabinet berkunci
5.     Rak fail
6.     White board
7.     Papan penyataan (soft board)
8.     Kabinet besi
9.     Komputer
Penambahan kepada bilik ketua unit ini adalah :
1.     Komputer riba untuk kegunaan kursus atau bengkel  yang akan digunakan oleh semua kaunselor.
2.     Dua buah kerusi sesi

3.     Meja sudut.





Kenangan terindah dalam hidupku akhirnya 80% KLINIK KAUNSELING AL QANAAH  IPGM KAMPUS DARULAMAN  siap. Hanya barang barang elektronik sahaja tidak dapat aku penuhkan dalam  klinik ini mengikut  impianku. Alhamdulillah walaupun tanpa bantuan kewangan dan peruntukan dari Institut Klinik Kaunseling ini berjaya disiapkan.

Akhirnya 31 Julai 2010 aku meninggalkan legasi ini dengan penamatan kontrak dengan pihak IPGM yang mana kontrak aku telah ditamatkan oleh aku sendiri kerana cukuplah aku berkhidmat dengan IPDA yang aku cintai. Aku sudah tidak kuat untuk berjuang berlawan dengan manusia manusia yang zalim dan cukuplah bagi aku dengan nikmat yang Allah kurniakan untukku. Cukuplah dengan kata kata hina dan menyakitkan. Hanya pada Allah SWT aku berserah dan kembalikan segala urusan. Alhamdulillah dengan MARKAH PRESTASI YANG MENJUNAM YANG DIBERIKAN OLEH PENGARAH yang menabur pasir ke dalam periuk nasiku. Allah itu Maha Adil takkala mereka menabur pasir mereka lupa Allah SWT itu ada dan pasti membalasnya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.....

Hanya Allah Maha Mengetahui.
Impianku sejak aku berusia 16 tahun akhirnya berakhir pada 31 Julai 2010.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in