kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, July 7, 2015

CHAPTER HIDUPKU 43: BELAJAR BERTATIH SEMULA DALAM KEHIDUPAN

 BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA.....Dengan Nama Allah aku menulis.....
Alhamdulillah dengan nikmat yg Allah SWT kurniakan buat diriku. Allah maha mengetahui dan segalanya adalah milik Allah SWT. 

TIADA PEREMPUAN YANG HODOH DI DUNIA....YG MUNGKIN ADA HANYALAH PEREMPUAN YG MALAS.....mmmmmhhmmm bila tengok pokok hijau ni memang paling senang jaga, bg yg nak mula tanam pokok tanam je pokok mcm kaktus ni senang jaga n tak perlu rajin siram hahaha letak baja sebulan sekali je...nyaman n segar mata memandang

I'M
Belajar bertatih semula dalam kehidupanku.....pelbagai onak, ranjau dan duri ku lalui ...hanya Allah tempat aku mengadu....Aku bersyukur walaupun aku tidak mempunyai lebihan dari income tetap setiap bulan aku diberikan Allah daya dan upaya untuk meneruskan kehidupanku dengan melakukan pelbagai perniagaan.biarlah income kecil tapi halal dan berkat.  SSFG TRADING....maka semuanya aku tradingkan.
 Telekung Jc Siah yang diinspirasikan untuk kelainan dalam menutup aurat bagi menunaikan ibadat wajib bagi yang beragama Islam. Telekung versi ini membolehkan para muslimah memilih warna kesukaan bersama saiz mengikut keselesaan sendiri. jangan ragu untuk memakai telekung yang berwarna. Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat)...
telekung ini juga boleh dijadikan hantaran kerana ianya mengikut kehendak pelanggan.anda jugak boleh mencampurkan colour kegemaran anda.
material telekung ini tidak menggunakan kain jenis lycra di atas faktor ketidaksesuaian kain itu yg menampakkan tubuh si pemakai dan jelas menentang syarat-syarat kain solat.
Material.
- Jersey
- Cotton Jepun ( hanya berwarna putih untuk telekung eksklusif)
HARGA DI BAWAH TIDAK TERMASOK HARGA POS.
KOS PENGHANTARAN BERGANTUNG KEPADA KUANTITI ODER.
dewasa (putih)
-renda cotton (rm60)
-renda oganza (rm90)
-renda pelangi (rm70)
kanak-kanak (1-7 tahun) "putih"
-renda cotton (rm50)
-renda oganza (rm59)
-renda pelangi (rm55)
kanak-kanak(8-12tahun) "putih"
-renda cotton (rm60)
-renda oganza (rm69)
-renda pelangi (rm65)
telekung (1 warna atau campur)
*putih + warna
*warna + warna
dewasa.
-renda cotton (rm70)
-renda oganza (rm90)
kanak-kanak (1-7tahun)
-renda cotton (rm60)
-renda oganza (rm70)
kanak-kanak(8-12tahun)
-renda cotton (rm65)
-renda oganza (rm75).

# Maklumat
-harga boleh dirunding sekiranya berminat.
-pembelian borong jugak dibuka kepada yg berminat.
-untuk pembayaran boleh hubungi sya untuk maklumat lanjut.
-telekung dijangka siap selepas 2 minggu dari hari pembayaran penuh.
-tiada sistem hutang atau sistem 2 kali bayar, smile emoticon
-untuk keterangan lanjut boleh terus PM saya atau hubungi/whatsapps/wechat saya di talian 01126437052 atau 01132591062
DUNIA USAHAWATI
Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti usahawati untuk belajar mengenai perniagaan..terima kasih kepada Datuk Wira Maznah Hamid dan rakan rakan dalam USAHAWATI yang banyak membantu dan mengenalkan aku dengan dunia USAHAWAN  yang sebenar.
 15 MEI 2014
SSFG TRADING.....mmhmmmm jual apa???? Hehehehe tungguuuuuuuu



SMEBIZ 2014 22 MEI 2014

 — feeling happy with Nadi Amer and 7 others at Hotel Equatorial Penang.



Jadilah Usahawan Berjaya ....





 🍃
Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
🚫Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
✅Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
✅kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
✅tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
💟Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
😖Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.🚗🚘🏡💶
📢Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
📢kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
📢kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
📢kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
📢tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali... 📴Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
👉apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
👉setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
📢kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
👉ke satu perjalanan yang jauh.
👉yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
👉sesungguhnya mati itu benar.
📢Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...
Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung2kan dan selamat beramal.😊


TERIMA KASIH DR & NURSE
 RAMADHAN 2014
Kurang air ......
Jual Kelapa Pandan....cucu tokey Kelapa akhirnya jual kelapa juga...
Sibuk...sibuk....sampai terlupa tempahan rempah yang dipesan...harab sabar ye...duk tengah goreng biji rempah ratus lepas ni kita pos ye.....jom sapa nak selit order pm je Shikin or Whatapps je 01126437052.
MURAH JE RM10.00 (exclude pos )utk 5 kali masak atau 5 kg beras

Pos RM6 je kalau banyak pos kita kira lain noh....Poslaju..

FOOD BANK RAMADHAN.....
 AIDILFITRI 2014
Alhamdulillah adik beradik balik Normishah ShahromShah Non n Nor Aziah Shahril raya rumah tahun ni...terima kasih.... Noorhayati Shahrom nanti ambik gambaq raya taq kat kak kin tau. Adik Shahrizal Shahrom smg bahagia selalu... kak bersyukur kerana 25 thn berhari raya bersama terutama semasa menunaikan haji bersama arwah mak....BUAT SEMUA MAAFKAN KEKILAFAN DAN KELEMAHN DIRI INI YANG SERING MENGGURIS HATI..HALALKAN SEGALA KASIH SAYANG DAN MAKAN MINUM KAK. SEMOGA SELURUH KELUARGAKU DIKURNIAKAN KEBAHAGIAN DUNIA AKHIRAT DAN ALLAH SATUKAN DALAM KASIH SAYANG SEHINGGA KE AKHIRAT.TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KURNIAKAN ADIK BERADIK BUATKU DI DUNIA INI. Aameen Ya Rabbal A'lameen.




JAMUAN HARI RAYA DI UBDK AL QANAAH

 PANGGILAN HAJI
PANGGILAN HAJI.....TELAH TIBA LAGI....MENUNAIKAN IBADAH...PANGGILAN BAITULLAH.....TANAH SUCI MEKAH...YANG PENUH BAROKAH....
TAHNIAH KEPADA KELUARGA KU DAN SAHABAT2KU YG MENERIMA PANGGILAN HAJI. ALHAMDULILLAH SEMOGA BEROLEH HAJI YG MABRUR. AAMEEN.
KEPADA YANG NAK HADIAHKAN SEDARA MARA BOLEHLAH TEMPAH SEKARANG SEBAB KAPAL PERTAMA 28HB OGOS 2014.

.
 JEJAK KASIH

 Rawatan merawat diri...
20gm kelopak rose,
100ml air zam zam,
2 sudu madu
Bland tapis minum.....baca selawat dan selawat syifa

KITA SAKIT ALLAH YANG MENYEMBUHKAN



 MESYUARAT AGONG USAHAWATI UTARA 2014

 NEW FAMILY MEMBERS
MUHAMMAD AQIL DANISH PADIL
 AFDZAL DAN NORHAMIZI  PRAKTIKAL KAUNSELING DI SMKALOR MERAH
 ....SEBAHAGIAN AKTIVITI USAHAWATI TURUN PADANG
PELANCARAN TUDUNG SITI MURNI







 PELANCARAN PRODUK IBU SURI BERSAMA IRON LADY

 KURSUS BERSAMA HOMEMADE SOAP ..@MUSLIMAH MANUFACTURING
LABAIKK FOR WHITENING,ANTI AGING, JERAGAT RICH WITH ANTIOXCIDANT 
RM35.00 INCLUDED POSTAGE

Homemade treatment soap yg disediakan menggunakan bahan bahan halal dan tidak mengandungi bahan kimia
Cara penggunaan: 
Sabunkan dan biarkan 1 ke 3 minit dan bilas.
Gunakan sehari dua kali sahaja

BELI SEKARANG
CR HJH SHIKIN SHAHROM
01126437052


 MAJLIS AQIQAH DAN BERKHATAN  ANAK ADIKKU NOOR HAYATI



Dengan Nama Allah aku menulis.....
Alhamdulillah dengan nikmat yg Allah SWT kurniakan buat diriku. Allah maha mengetahui dan segalanya adalah milik Allah SWT. 
"MACAM MANA NAK RASA BELA ANAK KALAU DAH TAK BIASA BERANAK"......satu isu yg menyentap jantung hatiku.
Aku bersyukur walaupun aku tak punya anak sendiri tp Allah kurniakan aku 'kurnia' !yang sangat hebat dalam hidupku. Mungkin inilah hikmah Allah SWT utkku. 
Memang benar aku tak pernah mengandung dan melahirkan anak. Tapi semasa hayatku masa mak mengandungkan adik bongsuku selama enam bulan mak berulang alik admited di hospital n menjadi tanggungjawab aku untuk membantu ayah menjaga adik yg mana masa tu kakak sulong kuNormishah Shahrom tinggal di asrama KSAH dan Noorhayati Shahromtinggal di MRSM Terengganu. Shah Non tingkatan 1 dan Shahril Shahrombaru lima tahun jadi aku n Shahnon lah berulang alik tengok mak di hospital sementara waktu petNg ayah akan bawa Shahril untuk melawat mak. Itulah rutin mak selama 6 bulan sehingga adik aku Shahrizal Shahrom dilahirkan. Masa mak lahirkan adik mak tak dibenarkan keluar wad kerana ada komplikasi darah tinggi. Persiapan adik lahir dari buat tilam , sarung tilam, lampin semua aku yang sediakan dengan dibantu oleh ayah. Ayah pesan kalau buat awal takut ada masalah jd ayah hanya benarkan kami buat persediaan dari. Hari pertama adik lahir ayah bawa balik uri dan tok yang tolong uruskan dan itulah kali pertma aku tenok uri n sejak tu kalau daging dlm plastik ditempat beku aku akan fobia utk masak sbb menyerupai uri. Umur adik 2 hari ayah bawa balik adik dengan berbalutkan kain pelikat warna hijau. Memang itulah kali pertama aku kena uruskan baby kecil bagi mandi , sediakan lampin, bedung dan berikan susu. Tok masa tu tak berani nak uruskan adik sbb adik terlalu kecil. Dan hunjung minggu kak Not akan balik dari asrama dan menguruskan urusan penjagaan adik. Memang betul aku bukan kakak yg pandai mengasuh adik seperti kakak lain dan sememangnya aku jaga adik sejak lahir nan akulah yang selalu buaikan dia tidur dan pernah leher aku je jadi buai untuk buaikan adik tidur. Masa adik lepas pantang ayah bawa adik jijak mimbar masjid...kerana adik sangat istimewa. Sampai malam tidurpun aku uruskan adik srbab lepas keluar wad pun mak terpaksa masuk wad jadi kamilah yg mengasuh adik. Tambahan lepas SPM pula lepas tu jd masa adik baby sampai dia boleh berjalan aku yg uruskan . Masa kecil aku tak panggil adik Shahrizal sebab panggilan Amin adalah sebati hinggakan ayah n mak pun panggil Amin.
Tahun 1990 aku masuk maktab itulah kali pertama aku tinggalkan keluarga dan rumah utk belajar. Kasih n sayang aku utk adikku mungkin tak sama macam ibu bapa tapi sejak aku pegang duit sendiri dgn elaun cikgu pelatih Ku akan simpan utk belikan mainan, baju, n buku untuk adik adikku...sebab sejak aku kecil ayah ajaq aku agar kongsi setiap rezeki yg Allah kurniakan dgn keluarga. Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku sgt bertuah krn ada duit sendiri dari aku sekolah....mmg aku mewah dgn duit ringgit sb aku pelajar yg aktif sukan dan sll dapat duit bonus sukan. 
Ujian Allah 24 Sept 1992 ayah kembali kerahmatullah n adik bongsuku hanya berusia 5 thn dan Shahril 11 tahun.Pada kali terakhir aku berjumpa denga ayahselepas pulabg dr Pestarama Sarawak 18 Ogos adalah hari terakhir dlm detik hidupku menerima amanat dari ayahku untuk menjalankan tanggungjawab untuk jaga ahli keluargaku krn ayah kata ayah dah tak lama lagi akan tinggalkan kami. Pada aku itu hanyalah gurauan tapi itulah pertemuan akhir kami saat ayah hantar aku baLik di‪#‎Stesen‬ bas ekspress. Pesan ayah "Jagalah keluarga...dan kin mesti sambung belajar sampai tahap yg tertinggi yg mampu..ayah tahu kemampuan kin" Tiap minggu telefon pun itilah pesan ayah. Sampailah hari terakhir ayah kembLi selamanya pesan ayah tetap sama. 
Bermula dari thn 1992 aku mengambil alih tjwb menjaga keluarga...mmg aku tK ada anak tp dgn rezeki yg aku peroleh , wang pencen ayah dan simpanan ayah kami hidup dan dengan itulah juga membantu kakak, dan adik adikku menghabiskan pengajian dan adikku Shahnon masuk TLDM krna terpaksa memilih utk bekerja dari myambung pelajaran. Memang benar aku tK punya anak tp tjwbku dan amanah ayah buatku tetap aku pegang. 
Semua pelik kenapa aku tolak berpuluh pinangN dari ramai lelaki yg datang ...tapi jawapannya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Alhamdulillah aku tak pernah menyesal utk tidak berkahwin. Aku bangga setiap kali adik adikku berjaya dg cemerlang. 
Aku pegang janji dgn ayah dan mak utk menyanyangi adik beradikku sehingga hujung nyawaku. Alhamdulillah aku memang garang n sangat tegas dan mungkin cara ku menyebabkan adik2 rasa aku tak sayang mrk. Mungkin sbb ini aku hanyalah dirasakan tidak menjalankan tugasku. Walapun hanya sementara aku memikul tjwb ayah sementara Yati n kak Not habis belajar tp itulah massa aku tahu apa peranan ibubapa dan betapa besarnya peranan ibubapa. Tak perlu melahirkan anak untuk taHu apa itu peranan sbg ibubapa.
Alhamdulillah tahun 1996 Yati n k Not habis belajar n aku menyambung pelajaranku di UPMT selama tiga tahun tpi aku tiap tiap hari menelefon mak tanpa pernah selang krn aku tahu aku bukanlah jenis yg manja tpi aku tak boleh hidup tanpa mendengar suara mak.
Thn 1999 aku tamat pelajaran dan kembali berkhidmat di Kedah n tinggal dgn emak dan adik2ku. Aku sememangnya kakak yg garang krn aku tak mahu adik adik aku terlibat dgn masalah sosial. Memang aku mengawal pergaulan adik2 sbb ayah sll pesan agar jaga pergaulan krn kawan akan menentukan kita siapa. Alhmdulillah adik2 semua jenis sembahyang dan taat pd agama n Allah memberikan keluargaku rahmt kasihsayang dgn mengurniakan ipar duai yg baik yg memahami mak seorang yg sakit dan selalu bergantung kasi dgn anak2. 
Syukur Alhamdulillah semua keluargaku berjaya walaupun bukanlah pegang jawatan tinggi tp cukup utk diri masing2....
Dis 2005 -Feb 2006 ku menunaikan Haji bersama mak dan adikku Shahrizal...segalanya indah dan aku bersyukur krna aku diberi peluang mrngerjakan haji bèrsama mrk. ALHAMDULILLAH dengan nikmat Allah SWT. Mak selalu kata walauphn aku tak punya anak tapi aku bela adik dari dalam kandungan sampailah bawa pergi haji. Mak bapak lain belum tentu boleh bagi segala pendidikan yg cukup buat seorang anak tp itulah aku yg membesarkan adik kandungku sendiri dr dalam kandungan mak....
Cuma pesan mak yang aku pegang.....
"SEKIRANYA MAK MATI NANTI BIARLAH ADIK NAK DUDUK DENGAN SIAPA YG DIA SUKA , JANGAN HALANG DIA WALAUPUN KIN YG BELA ADIK DARI KECIL. BIARLAH DIA PILIH HALUAN HIDUP DIA ..JANGAN PAKSA DIA UTK IKUT TELUNJUK KIN. ..DIA ADA AKAL DAN IMAN YG SEMPURNA SEJAK KECIL DIASUH DGN KASIH SAYANG JADI DIA AKAN PUNYA AKAL DAN IMAN DALAM MENJALANI HIDUP DIA. KIN REDHALAH DENGAN KEHIDUPAN DIA SBB KALAU KIN TAK REDHA ADIK2 HIDUP TAK AKAN BAHAGIA.....
Jawapanku....aku redha dgn semua adik beradikku dan tidak pernah ada sekelumit rasa benci atau dendam. Kerana Allah kurniakan aku ahli keluarga yg terbIk dgn didikan yg sempurna dari ibu dan ayahku. 
AL FATIHAH BUAT AYAH HJ SHAHROM BIN RAHIM DAN IBUKU HJH SITI ESAH BT MUHAMAD
Read more: SAYANG SHIKIN ....SIHAT....SELESA...SUPERB...SUPREME SUCCES...SOFISICATED..SEDERHANA : CHAPTER HIDUPKU..... http://shikinsayang.blogspot.com/search/label/CHAPTER%20HIDUPKU.....?updated-max=2015-05-13T00:37:00-07:00&max-results=20&start=2&by-date=false#ixzz3fePM0cmM
 AKHIRNYA AKU TEWAS..................ADMITTED HOSPITAL



Indahnya suria pagi — at Wad Diraja, Hospital Sultanah Bahiyah.






 "LAILAHAILLALLAH" semoga kalimah ini pengakhir ucapanku sebelum mengadapMu ya Allah. Jadikanlah matiku hanya untukMu penuh redho.Himpunkanku bersama Kekasihku,ibubapaku,keluargaku,insan yg menyayangiku dan para syuhadaMu.Aameen
hanya pintaku maafkan dosa n kekhilafanku. Ingatlah aku dihujung doamu.berbaiklah dgn insan2 yg menyayangiku. Halalkanlah yg kalian berikan dan seandai aku punya hutang pada kalian tuntutlah dari warisku kelak.halalkan kasih sayang n ihsan yg kalian berikan.
Ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kuku. Aku maafkan setiap yg menyakitiku, menghinaku,menfitnahku dan setiap kesalahan. Semoga pengakhiranku adalah kebaikan. Aameen Ya Rabbal A'lameen.

TERIMA KASIH ALLAH....kirimkan CheMot Mueza

Chek Mot......dah baik mata dia....ingatkan hari tu buta sebelah rupanya dah sihat ok...makan kenyang dok golek golek lah...

NUR ANIS SOFIYYA BINTI SHAHRIL

Alhamdulillah....wpun premature syukur selamat semuanya. Semoga menjadi anak yg solehah buat keluarga

 Bersama Primadona SARIMAH


PENUTUP CHAPTER 43 DALM HIDUPKU.....
 ♡♡♡♡♡♡♡♡Laabaikallahhummalabaik laabaikalasharikalakalabaik....

Innalhamda wanikmata lakawalmulk la sharikalakh♡♡♡♡♡♡♡♡
Alhamdulillah dengan nikmat yaang Allah kurniakan...bersyukurlah denga apa yg kita miliki
Allah SWT sangat sayangkan kita...yakinlah Allah SWT sentiasa memberikan yg terbaik...jangan berputus asa dengan Allah SWT.
Andai doa dan usahamu belum berhasil..yakinlah masanya belum sesuai dan mungkjn Allah SWT menangguhkannya untukmu di syurgaNya. Teruskan berdoa dan berusaha...jangan pedulikan mulut mulut lembik yg mencercamu...ALLAH SWT BERSAMAMU SETIAP KETIKA...
☆☆☆☆☆UCAPKANLAH ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH☆☆☆☆☆






 
Bersyukurlah dengan anugerah Allah SWT
Gunakan kesempatan yg ada untuk mehasabah diri
Ambillah pelajaran dr setiap kejadian yg Allah tunjukkan buat kita..
Perbaikilah diri kita walaupun tak sempurna biarlah ke arah yg lebih baik sedikit demi sedikit..
 catatan tahun 2014

  • December 2014 (4)
  • November 2014 (19)
  • October 2014 (1)
  • September 2014 (11)
  • August 2014 (13)
  • July 2014 (8)
  • June 2014 (5)
  • May 2014 (5)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (3)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (5)
  • November 2013 (1)


  •  
    believe in your self.....SET YOUR GOAL GO FOR IT

    Prof Dato Dr Hjh Noor Ashikin Hj Shahrom..
    aameen ya rabbal a lameen

    :)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

    Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
    Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in