kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT CURTAIN KEDAH (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, March 30, 2014

CHAPTER HIDUPKU 37: KLINIK KAUNSELING......LEGASI YANG KU TINGGALKAN

Legasi yang kutinggalkan untuk semua warga yang kucintai IPDA atau IPGM Kampus Darulaman. Mungkin ramai  yang ternanti episod dalam hidupku yang seterusnya. Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku. Selepas semua yang aku impikan tercapai dalam hidupku.....Allah memberikan aku sedikit ujian agar aku lebih kuat dan tabah...Alhamdulillah sepanjang empat tahun aku bersam IPDA walaupun perit dan duka yang terlalu menyakitkan aku pasrah dan redha dan aku tetapkan teruskan impianku untuk IPDA yang aku sayangi. Walaupun legasi yang ku tinggalkan sudah tidak ada dan setelah aku tinggalkan segalanya berubah kerana sikap manusia yang menghapuskan setiap legasi yang kutinggalkan. Dalam chapter ini aku sertakan kertas kerja pembinaan KLINIK KAUNSELING IPDA yang selalu aku kongsikan dengan rakan kaunselor yang lain. Prinsip hidupku...SHARING dan biarlah orang lain dapat melebarkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
Walaupun di belakang pintu...Klinik kaunseling ini tetap terisi
1.            PENGENALAN

Meja utama ...
            Bilik kaunseling pentadbir merupakan bilik yang khusus untuk menyediakan ruang sesi dan kelompok kecil. Bilik yang teraputik perlu diwujudkan bagi memudahkan proses perhubungan menolong yang teraputik dilaksanakan. Mengikut perancangan  pada tahun 2008 tiga orang Kaunselor Pentadbir akan ditempatkan di IPG iaitu seorang Ketua Unit Kaunseling   44 (Terbuka) dan seorang Kaunselor Pentadbir   41 (Terbuka) dan seorang Kaunselor Pelajar   41 (terbuka). Pada 1 Ogos 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman menerima Ketua Unit Kaunseling 44 (Terbuka) iaitu Kaunselor Hajah Noor Ashikin Bt Hj Shahrom  . Walaubagaimanapun penambahbaikan wajar dilakukan bagi mendapatkan sebuah bilik kaunseling yang lebih mengarah kepada sebuah unit yang dapat digunakan sepenuhnya oleh warga IPDA yang mana ianya ke arah penubuhan sebuah  “KLINIK KAUNSELING“ yang mana sebuah unit yang dapat dioptimumkan penggunaan ke arah penyembuhan dan perawatan bagi  klien. ’Klinik Kaunseling’  adalah sebuah tempat yang memiliki ciri-ciri sebuah bilik yang boleh memberikan penyembuhan dan perawatan kepada klien. Klinik Kaunseling dapat dioptimumkan penggunaannya memandangkan setiap insan memerlukan penyembuhan dan perawatan dari aspek kesihatan terutama kesihatan mental. Menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan kemudahan ’merawat’ kakitangan supaya warga institut lebih produktif dan berinovasi dalam menjalankan tugas. ’Klinik Kaunseling’ juga belum terdapat di mana-mana Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, jadi saya ingin mewujudkan ’Klinik Kaunseling’ di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang mana ianya bersesuaian dengan Institut ini sendiri yang menjadi ’bencmark’ bagi Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. 
2.            OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan bilik yang teraputik dan kondusif untuk kegunaan klien.
2.2 Mewujudkan ’Klinik Kaunseling’ secara berperingkat .
2.3 Memberikan perawatan dan penyembuhan kepada klien semasa mengunjungi bilik kaunseling.
2.4 Menyediakan ruang yang selesa, merawat dan menyembuhkan di samping perkhidmatan yang ditawarkan.
2.5 Menceriakan suasana bilik sesuai dengan perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk memeberikan perawatan dan penyembuhan kepada klien.
3.            MATLAMAT
2.1 Mewujudkan ruang kerja dan sesi yang teraputik dan kondusif untuk kemudahan klien dan pengguna keseluruhannya.
2.2 Menjadi model ’Klinik Kaunseling’ pertama di Institut Pendidikan Guru

4.         RASIONAL
4.1 Setiap individu yang berurusan dengan pegawai kaunseling adalah dalam keadaan yang kurang atau tidak stabil, maka ruang yang selesa dan menenangkan dapat memberi perawatan pertama sebelum memulakan sesi bersama pegawai kaunseling.
4.2 Klien yang mengunjungi bilik kaunseling memerlukan perawatan dan penyembuhan memerlukan  keadaan yang menyembuhkan.
4.3 Institut Pendidikan Guru merupakan tempat untuk melatih guru maka pensyarah dan warga institut sendiri perlu menjaga kestabilan diri supaya dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti.

4.4 Klinik Kaunseling yang diwujudkan dapat dijadikan model bilik kaunseling yang ideal kepada pelatih-pelatih kaunseling memandangkan IPDA merupakan institut yang dimartabatkan sebagai institut yang pakar dalam bidang kaunseling.


SETELAH DUA TAHUN BERADA DI BILIK KAUNSELING YG SATU BLOK DENGAN PENTADBIRAN PENGARAH MEMBERI AKU SEBUAH BILIK KOSONG UNTUK DIUBAH MENJADI BILIK KAUNSELING DENGAN SEBARANG PERUNTUKAN.......MAKNA KATA TIADA PERUNTUKAN....
ALHAMDULILLAH CABARAN INI ADALAH MENZAHIRKAN SIAPA DIRI KITA SEBENAR....IBARAT SEBUTIR BENIH WALAUPUN KITA DIBUANG KE LAUT TETAP AKAN MENJADI PULAU...AKHIRNYA KLINIK KAUNSELING YANG AKU IDAMKAN MENJADI KENYATAAN.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, March 29, 2014

CHAPTER HIDUPKU 36 : Allah Bersama Orang Yang Sabar...yakinlah



Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.Insan yang kita sayang dan cintai belum pasti akan menjadi milik kita yang abadi, jawatan yang kita miliki bukanlah kekal selamanya, Rupa paras yang cantik dan kesihatan yang baik bukan jaminan bahagia selamanya...
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta.Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..dalam chapter hidupku  pada tahun 2008 aku mula diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian dari seluruh aspek kerjaya, personal, kesihatan, kewangan , perhubungan, kasih sayang dan segala-galanya. Doaku hanyalah memohon kekuatan dan kerdhaan Allah SWT.
 Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.
 Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
 Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah swt;
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
 Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.
Allah swt berfirman :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Aku hilang segalanya dalam hidupku. Pelamin anganku musnah. Kerjaya impianku dibunuh. Kesihatanku merosot. Wang yang kumiliki dilesapkan oleh insan yang aku percaya.....Sahabat dan taulan meninggalkanku kerana mengganggu hidup mereka..Ya Allah...Hanya Engkau yang Maha Mengetahui..berikan aku kekuatan. Wahai hati.... Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Jangan bersedih.. bersabarlah..
Jangan bersedih.. bersabarlah..
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Muhasabah buat diri kita semua.Jadikanlah ujian dan cabaran dalam hidup kita sebagai tali hubungan kita dengan Allah SWT yang semakin kukuh. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
In sha Allah ada kekuatan akan ku kongsikan kisah dalam Chapter Hidupku ini agar menjadi panduan dan pengajaran buat semua.
In Sha Alla
DOAKAN AGAR ALLAH SWT MEMBANTUKU KELUAR DARI SEGALA PERMASALAHAN DALAM HIDUPKU...TINGKATKAN IMANKU DAN MEMBERIKAN AKU KEKUATAN BERJUANG MENEGAKKAN IMANKU.AAMEEN


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, March 12, 2014

Bank Makanan SMK ALOR MERAH

Sekolah kami di bawah Unit Bimbingan Dan Kaunseling  telah membuat bancian pelajar dan mendapati terdapat pelajar yg datangnya dari golongan Yatim Piatu, Yatim, miskin, fakir dan daif. Pelajar pelajar ini rata ratnya dtg ke sekolah dgn perut kosong dan insiden pelajar minum air paip membuatkan kami terpanggil untuk membantu. Kami sedang mencari dana utk membolehkan kami menyediakan makanan pagi kepada mereka.

Kepada pembaca blog yang bermurah hati yang ingin menyumbangkan sumbangan atau ada yg ingin membayar fidyah dan boleh menghubungi saya di  01126437052 untuk mmaklumat lanjut. program  Bank Makanan ini akan kami laksanakan secara berterusan insyaAllah.


Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menyumbangkan ke Akaun
CIMB ATAS NAMA NOOR ASHIKIN BINTI SHAHROM
1261-0004875-20-3

akaun ini adalah sementara krn pihak kami dlm cadangan membuka akaun khas utk projek ini. Akaun  yg saya gunakan adalah akaun yg   telah  lama saya buka dan tidak bercampur dgn wang lain.

Sila hubungi saya sekiranya pihak tuan puan hendak resit rasmi.

Kepada PEMBAYAR FIDYAH  dan ZAKAT PERLU BERIKAN  MAKLUMAT LENGKAP kerana perlu ada AKAD.




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, March 9, 2014

Malas nak update blog........mmmmhhhmmmmmmmmmm

Salam....
sejak dua menjak ni malas ařkq update blog.. banyak sangat dugaan dan ujian yg mendatang....semoga Allah berikan kekuatan untuk   mengharungi setiap yg mendatang dgn tabah..Sukur Alhamdulillah dgn segala kurniaan Allah SWT.









:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in