kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, April 1, 2016

Selamat Hari Lahir April



 Alhamdulillah ....April datang lagi....bukanlah aku menyambut bulan April.. Kebetulan hari lahir insan yang aku sayang pada bulan April. 
1 April ...Abang
2 April ...Hubbyku
4 April...Chek @Halawiah Safinas
8 April...Arwah Mak Hjh Siti Esah bt Mohamad


Sejak kecil aku sambut 1 April Hari Lahir Abang hinggalah tahun 2006 aku masih menyambutnya walaupun ada kalanya Abang tak disisiku. Walaupun ianya tak bermakna bagi Abang tapi bagiku ianya sangat bermakna kerana aku amat menyayangi Abang seumur hidupku. Kenangan bersama Abang sentiasa di dalam ingatanku. Semoga Allah berikan kebahagiaan buat Abang di dunia dan akhirat.  



2 April pula hari lahir hubbyku....Selamat Hari Lahir insan yg teristimewa dalam hidupku, semoga Allah swt berikan kebahagiaan buatmu dunia akhirat. Satu ketika dulu setiap kali hari ini tiba Kin lah yg paling bahagia krn meraikan hari lahir insan yg sangat bermakna dalam hidup ini. Alhamdulillah dgn nikmat yg Allah berikan. Sudah tiga tahun berlalu...semoga Allah berikan umur yang berkat, tingkatkan iman, berkati setiap rezeki serta mempermudahkan setiap urusanmu. Mungkin di dunia jalan kita terlalu banyak ujian dan dugaannya...tapi andai Allah telah takdirkan suatu hari kita bersama In sha Allah kau pasti akan pulang. Semoga setiap impian yang kita bina akan Allah SWT makhbulkan. 

Ya Allah kurniakanlah kedamaian hidup serta sinar kebahagian buat hubbyku di dunia dan di akhirat,berkatilah dan rahmatilah hidup hubbyku panjangkan usianya perluaskan pintu rezekinya dan berikan hubbyku kekuatan dan ketabahan yang diperlukannya dalam mengharungi setiap dugaan dibumi mu ini , .Ameen Ya Rabbal Alameen.

Selamat Hari lahir Hubbyku MISJ.

4 April ......hari lahir Halawiah Safinas Ishak...Buat sahabatku .. Semoga panjang umur lagi dirahmati Semoga dimurahkan rezki lagi diberkati Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu..insyaAllah... Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan... Aku sentiasa disisimu... Semoga detik-detik waktu yang berlalu Adalah kebahagiaan yang tak hilang Semoga dengan bertambah usiamu Akan bertambah iman di dadamu Selamat Hari Lahir.. Jadilah dirimu permata hati jauhari Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi Kekalkan senja dengan keindahan Jangan ada hujan membawa ke malam Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi Bersyukur berzikir basah di bibir Redha dengan setiap ketentuan takdir Dan jadilah dirimu sendiri Berakhlak dengan sunnah nabi Selamat Hari Lahir.. Ikhlas dari hati seorang teman Terima kasih atas setiap kebaikan Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan Moga Allah memberi ganjaran Syukurku pada Tuhan atas pertemuan Moga ukhwah akan berkekalan Maafkan diri ini yang serba kekurangan Yang tak sunyi melakukan kesilapan Selamat Hari Lahir sahabatku selamat hari lahir permata hatiku berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi di dunia dan di akhirat yang abadi.. 
Aameen Ya Rabbal Alameen.
  


8 April ...HARI LAHIR MAK HJH SITI ESAH BT MOHAMAD....Seandainya mak masih ada  April ni genaplah umur arwah mak 65 Tahun...beza umur mak dgnku hanyalah 20 tahun. Setiap tahun  pasti aku membeli kek untuk mak hingglah hari lahir terakhirnya ketika usia 55thn  pada tahun 2006. 10 tahun telah berlalu..........
Ya Allah, aku menadah tangan memohon kepada Mu, Engkau sampaikanlah pahala bacaan surah al-Fatihah ini kepada roh mak ku  Hjh Siti Esah bt Mohamad dan jadikanlah ia sebagai cahaya yang memancar-mancar disisinya. Gandakanlah rahmat Mu dan keredhaan Mu keatasnya.
Ya Allah, dengan izin Mu, makku telah mengandungkan ku dari kesusahan dengan kepayahan menjaga ku dalam kandungannya.
Ya Allah, dengan izin Mu,  makku telah melahirkan aku dengan kesakitan dan kepayahan sehingga aku dapat melihat alam ini.
Ya Allah, dengan izin Mu, makku telah menyusukan aku sehinggal hilang dahaga ku.
Ya Allah, dengan izin Mu, makku telah mendodoikan aku setiap malam agar aku dapat tidor dengan lena.
Ya Allah, dengan izin Mu, makku telah membesarkan aku dengan sepenuh kasih sayangnya.
Ya Allah, dengan izin Mu, makku sentiasa mendidik dan mendoakan aku agar menjadi insan yang berguna.
Namun begitu ya Allah, mak ku tidak pernah mengharapkan sebarang balasan dari aku diatas setiap pengorbanannya itu.
Ya Allah, Jadikan aku anak yang kenal erti budi,  diatas segala apa yang diberi oleh makku disepanjang hayatnya  yang tidak akan dapat dibayar ganti.
Ya Allah, selamatkanlah makku di dalam kuburnya, jadikanlah kuburnya salah satu taman dari taman-taman Syurga, Selamatkanlah makku dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kuburnya itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, ampunkan dia, rahmatilah dia, afiatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Engkau tempatkan makku diantara kekasih-kekasih Mu.
Jadikan aku anak yang kenal erti budi,  diatas segala apa yang diberi oleh makku disepanjang hayatnya  yang tidak akan dapat dibayar ganti.
Ya Allah, selamatkanlah dia  di dalam kuburnya, jadikanlah kuburnya salah satu taman dari taman-taman Syurga, Selamatkanlah dia dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kuburnya itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, ampunkan dia, rahmatilah dia,  dan maafkanlah kesalahannya. Engkau tempatkan makku diantara kekasih-kekasih Mu.
Aameen Ya Rabbal Alamameen
 April yang penuh makna dalam hidupku....
 Dato Dr Fadzilah Kamsah kata orang yang lahir bulan April ni...karektor seperti di bawah

APRIL


# sgt aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sgt menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yg sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
# sgt berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# emosi cepat terusik
# try control the emotion
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yg sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# berpenyakit disekitar kepala dan dada
# sgt cemburu dan terlalu cemburu

Duet Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim

P : Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta
L : Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

(Korus)
P & L : Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
 P : Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
L : Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in