Tahun 1992...gambar terakhir adik dengan ayah |
Wajah ceria emak semasa adik berusia 3 tahun |
Alhamdulillah tepat jam 11.30 malam di Marang, Terengganu majlis akad nikah dijalankan di rumah ibu saudara Rahayusniza berwalikan bapanya sendiri |
Hantaran biarlah rahsia..tapi kak bangga sebab adik boleh kumpul duit sendiri untuk kahwin. |
"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya." |
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
Syukur kehadrat Allah SWT perkahwinan berjalan lancar dan SUBHANALLAH Allah memakhbulakan setiap doaku buat semua ahli keluargaku. Syukur akhirnya akhirnya adik yang aku jaga dari umur 5 tahun selepas megambil alih tugas ayahku akhirnya terlaksana.
Alhamdulillah kalau sewaktu aku menerima amanat ayah secara tak rasmi sewaktu ayah menghantar aku pulang >>>>baca -kemuncak-kegemilangan . Aku bersyukur kerana Allah memahbulkan segalanya. Alhamdulillah.Aku selalu berkata dekat adik ..".kalau ibu bapa lain bela anak mungkin mereka hanya sampai tahap cukup belajar tetapi untuk adik kak dah buat semuanya dari adik kecil ..paksa adik belajar ..paksa adik jadi anak yang baik dan akhirnya bawa adik mengerjakan haji bersama dengan emak. Adik boleh jaga diri sendiri dan menjadi manusia yang berakhlak dan bertanggungjawab"
Sepanjang catatan Chapter Hidupku.... aku telah mambantu melangsungkan perkahwinan Kakak ku dan adik adikku yang lain...walaupun terlalu banyak bangkangan2 terhadap perkahwinan kakak dan adikku Yati....bukan kerana aku benci tetapi kerana aku takut mereka tidak bahagia dan kehidupan mereka tidak seperti ibu dan bapaku...Tapi Alhamdulillah mereka melalui perkahwinan yang bahagia dan diberkati Allah..
Perkahwinan adik-adik lelaki semuanya berjalan lancar kerana mereka semuanya uruskan sendiri sebab waktu emak masih ada , ema tidak siaht seperti orang lain dan semuanya berdikari dan keluargaku tidak pernah membangkang cuma aku je yang kadang-kadang dilihat sebagai agak tegas sehinggakan mana ada adik ipar aku yang berani nak telefon cakap dengan aku...ketiga-tiga adik ipar perempuan semuanya tak de yang berani telefon sembang sebelum kahwin..Tapi selepas kahwin Alhamdulillah tak de masalah ...sebab Alhamdulillah Allah mengurniakan jodoh yang baik buat mereka.
Syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan nikmat kebahagiaan ini kepada semua ahli keluargaku. Ya Allah peliharalah semua ahli keluargaku dalam perkahwinan yang berkat dan diredhai,,, KAU telah sempurnakan setiap doaku dan Ya Allah kurniakan mereka umur yang panjang,iman yang teguh kepadaMU, rezeki yang melimpah ruah , keberkatan, keredhaan, rumahtangga yang aman, anak-anak yang soleh dan solehah, Bahagiakanlah rumah tangga mereka dalam kesempurnaan akhlak dan keimanan yang teguh kepada MU ya Allah.
Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.
[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan] "Semoga perkahwinan kamu kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga"
[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan] "Semoga perkahwinan kamu kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga"
Amin Ya Rabbal Alamin.
Buat ahli keluargaku...kakak dan adik-adikku , bapa saudara dan ibu saudaraku, sepupu-sepupuku dan sahabat-sahabatku janganlah bersusah hati dengan jalan hidup ku , Aku tahu kalian semua sehingga hari ini masih termanggu menunggu siapa hubbyku......InsyaAllah dengan keizinan Allah suatu hari nanti semua akan mengenalinya cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui...aku sesungguhnya bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan buat diriku dan aku bersyukur dengan segala rahmat yang Allah limpahkan buat semua ahli keluargaku.Aku tahu semua masih lagi dalam mencari kepastian dalam setiap kesamaran....aku tahu semua keluargaku risau akan koleksi baju pengantin yang bertimbun dalam almari bilik tidur ku,Maafkan aku kerana menolak semua pinangan yang bertalu-talu untuk diriku dari usiaku 19 thn..Sudah tak terbilang dalam kotak fikiranku. Aku pinta ampun dan maaf kerana menyusahkan hati setiap saudaraku . Apa yang pasti aku berserah pada Allah kerana janji Allah buatku adalah pasti.. Semoga seluruh ahli keluargaku memahami. Hanya satu pintaku semua ...doakan kebahagiaan hidupku dengan caraku sendiri..aku sedar aku tidak sama dengan insan lain dan hala tuju hidupku adalah berbeza....hanya Allah yang Maha Mengetahui.
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki.Permudahkanlah segala urusan kami yang masih belum selesai dan satukanlah keluarga kami dalam kebahagian dunia dan akhirat.Hanya Allah tempat kami menyerah segala usaha kami. Berkatilah perkahwinan kami dunia dan akhirat."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang ShikinDan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki.Permudahkanlah segala urusan kami yang masih belum selesai dan satukanlah keluarga kami dalam kebahagian dunia dan akhirat.Hanya Allah tempat kami menyerah segala usaha kami. Berkatilah perkahwinan kami dunia dan akhirat."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
No comments:
Post a Comment