Kali ini rasa teringat sangat masa konvokesyen...Alhamdulillah sepanjang hidup ini baru tiga kali aku berpeluang untuk menaiki pentas menerima Sijil, Ijazah dan Sarjana. Memandangkan sekarang aku berada di Kolej Matrikulasi Labuan aku ingin berkongsi dengan girls and boys kat kolej ini. Mereka semua budak pintar dan adalah pelajar yang terpilih kerana SPM cemerlang berbanding dengan aku hanyalah pelajar biasa dan bukanlah pelajar yang popular dalam akademik...kecuali masa sekolah rendah sahaja setiap semester dapat nombor 1, 2 dan ataupun selalu merangkul habis subjek terbaik kira tak kasi canlah kat orang lain. Tapi masa sekolah menengah aku hilang mood untuk belajar dan lebih fokus pada bidang sukan jadi bila sekolah menengah kalau naik pentas pun sebab terima anugerah Olahragawati Terbaik setiap tahun..masa tu apa yg aku fikir glamour dan sering menjadi tumpuan semua. Alhamdulillah siapa sangka pelajar yang gila glamour ni sebenarnya bertuah dan akhirnya boleh berjaya..remaja yang tak nak bersekolah akhirnya menjadi pegawai kerajaan.. Alhamduilillah..
|
Sijil Perguruan Asas PSR/PM : Cemerlang tahun 1990-1992 |
Semasa aku di Tingkatan 6 di S M Dato Syed Omar, AS, aku memang dah nekad nak belajar bersungguh-sungguh nak jadi akauntan sebenarnya kerana aku beralih dari kelas sains tulen dan mengambil perakaunan...mungkin inilah cita-cita aku yang sangat aku suka sebab mengira duit je....tapi Allah menakdirkan aku menerima tawaran sebagai guru melalui program Sijil Perguruan di IPSI, Tanjung Malim..masa tu aku tak nak terima tapi memandangkan harapan ayah dan mak jadi aku teruskan juga untuk mengikuti bidang yang paling aku tak ada minat atau tersenarai dalam cita-cita aku....Aku dilahirkan untuk menjadi GURU.Alhamdulillah .
|
Bacelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling: Kepujian Kelas Dua Tinggi 1996-1999 |
Perjalanan aku dalam dunia akademik tidak pernah berhenti sebab mengangkan amanat ayah agar aku meneruskan pengajian hingga ke tahap tertinggi. Akhirnya Jun 1996 aku mendapat tawaran belajar walaupun sebenarnya aku tidak berminat dengan bidang ini tapi inilah takdirku..Pada tahun 1996 aku menerima tawaran untuk menyambung pelajar di Jepun dalam bidang Bahasa Jepun dan juga menerima tawaran temuduga untuk belajar Bahasa Perancis di perancis tapi semuanya terkubur bila dalam masa yang sama aku mendapat tawaran belajar di UPM Terengganu...kata mak" Belajarlah di Malaysia sebab mak tak sanggup berjauhan dengan anak -anak mak lagi..kerana tiga tahun adik Yati belajar kat UK menyebabkan dia serik..jadi sebab sayangkan mak aku menerima tawaran di UPM Terengganu dalam bidang Bimbingan dan kaunseling walaupun ianya adalah pilihan aku yang keempat sahaja masa mengisi borang. Inilah takdirku menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling dan akhirnya kau mengambil lesen Kaunselor dan dapat bergelar Kaunselor..Alhamdulillah sepanjang di UPMT aku dapat empat kali Sijil Dekan.
|
Sijil Dekan..bangga nya empat kali berpeluang naik pentas terima dari Dekan Fakulti sastera Ikhtisas Prof. Sulaiman Yassin |
|
Percaturanku tidak terhenti di sini sahaja..sebaik sahaja aku dapat posting balik ke Alor Setar aku mendaftar di UUM dalam bidang Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan sebab ini saja yang boleh aku pohon dengan tanpa syarat dan akhirnya aku mendaftar secara separuh masa dan berjaya bergraduat dengan pointer yang memuaskan iaitu 3.43 dan akhirnya pada tahun 2003 aku berjaya dianugerahkan Sarjana.
|
Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan 2003 dari DYTM Sultan Kedah. |
|
UPMT 1999 |
Sepanjang perjalanan hidup ini aku bertuah walaupun tidak memiliki apa yang aku impikan tapi Allah memberikan yang terbaik untuk diriku. Sebagai hambanya aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan....siapa sangka budak nakal yang protes tak nak belajar dan banyak kontroversi akhirnya menjadi Kaunselor atau Pegawai Kaunseling...
|
UUM 2003 |
Apa yang membahagiakan aku setiap kali melihat wajah mak bangga melihat aku menerima anugerah dan mak berpeluang untuk melihat aku konvo semasa Ijazah dan Sarjana manakala semasa IPSI ayah baru meninggal dunia dan hanya impian ayah sahaja yang aku penuhi untuk menjadi seorang guru.."Ayah kata: ayah teringin nak lihat anak ayah jadi cikgu.."
|
UUM 2003 |
Semua ini adalah anugerah dari Allah SWT walaupun apa yang kita rancang adalah lain tapi sebenarnya Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita.Sebagai manusia biasa kita perlu berusaha dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik dengan kita..hanya Allah yang mengetahui setiap perjalan hidup kita ini.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment