|
Meniti jalan masuk ke rumah satu hamba Allah ini membuatkan aku tertanya-tanya siapakah mereka....dari jauh aku menyunting gambar ini kerana sangkaan ku ianya reban ayam.. |
|
Bila semakin hampir aku lihat ada beranda dan ianya sudah dipenghujung jalan yang kami lalui...MasyaAllah rupanya ini adalah rumah insan yang malang dibuang keluarga... |
|
Dalam meniti hari tua pak cik ini yang sudah berusia 65 tahun tinggal dalam rumah yang asalnya reban ayam dan hanya menerima wang kebajikan RM300 sebulan dari kebajikan masyarakat. |
|
menitis air mata kami melihat dalam kehidupan masyakat Malaysia yang semakin maju masih ada orang yang tinggal dalam reban ayam..Di manakah nilai keinsafan....manusia disekeliling...dengan kemewahan yang melimpah ruah tapi rupanya manusia disekeliling masih miskin... Salah siapa? |
Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau mengurniakan kami keluarga yang memiliki kasih sayang dan keprihatinan dalam hati-hati kami. Ya Allah jika ini wujud 30 tahun yang lalu aku mungkin tidak terkejut tetapi bila ianya masih wujud sekarang..aku berasa sangat bersyukur kerana ayah dan emak ku memberikan didikan yang sangat sempurna buat kami sekeluarga dan kami bebas dari kemiskinan ini. Ya Allah aku bersyukur kerana ada mak dan ayah yang membesar dan mendidik aku ..Pesa ayah " hanya ilmulah harta yang ayah tinggalkan.Kalau hendak dunia carilah ilmu..kalau nak akhirat carilah ilmu..Alhamdulillah didikan ayah dan mak menjadikan kami insan berilmu dan berhati mulia...Ya Allah sesungguhnya tidak Kau uji manusia itu seandainya mereka tidak Kau bekalkan kekuatan..Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur kepadaMu dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Kau kurniakan..Amin.Tetapkanlah iman kami...hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam yang sejati..Amin
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment