kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, September 14, 2010

Hari Raya Aidilfitri 1431H

Aku  tak dpat nak uload gambar Raya Perantauan di KML kerana masalah laptop yg belum selesai... Jadi dalam  cerita kali ini mungkin akan aku paparkan gambar-gambar hiasan sahaja.. Inilah coretan pengalaman aku berhari raya di perantauan...LABUAN

 Seawal jam 3.00 pagi aku bangun dan berqhiamullail sebab pesan guru-guruku rajinlah beribadah di malam raya kerana  sangat banyak hikmahnya. Jadi  aku yang separuh rajin ni akhirnya bangun jam 3.00 pagi dan berqhimullail...banyak doa yang aku panjatkan agar segala perancangan dan perjalan hidupku berjalan lancar. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku dan semoga Allah melimpahkan rahmat , kasih sayang dan rezeki buatku..dan insan-insan yang sangat aku sayang serta rakan-rkan dan anak didikku. Amin.
Rumah aku di pagi raya...lapang dan bersih ..tirai baru beli     

Seawal jam 4.45 pagi kedengaran  Azan subuh berkumandang dan bergemalah takbir raya...Allahuakbar..alllahuakbar..allahhuakbar..lailahaillallah hualllah huakbar..Allah uakbar walillahirham... maka berderailah air mata aku bertakbir mengingatkan Teratak aku..arwah mak dan ayah..adik-adik  aku..kakak, iparduaiku dan semua anak-anak saudaraku seorang  demi seorang...dan termasuklah insan kesayanganku Muhammed Safiyullah...semuanya bermain di mata.. rindu menerpa disanubariku...hu..hu.. rindunya pada mak dan ayah
Raya terakhir semasa ayah ada 1992 dan dalam gambar ni Kak Ija dan Shahril.
Seawal jam 7 pagi aku dah siapkan diri untuk ke Masjid..tak ada siapa di bahagian wanita dalam  masjid dan aku terus sembahyang sunat tahiyatul masjid dan bersolat dhuha sambil menunggu jemaah lain... berderailah air mata aku mengingatkan  semua insan yg aku rindui... Masuk jam 7.20 pagi adalah kami jemaah dewasa perempuan 5 orang dan 3 orang kanak-kanak.. Bertambahlah sayu dan sedih bilah khutbah raya dibacakan. Hanya Allah yang tahu kekuatan yang ada pada diri aku bila tengok ada tiga orang pelajar yang tak balik sebab tinggal jauh di Mukah..
Indahnya raya...dengan ayah dan mak..soto ayah masak memang sedappppp

 Selesai sembahyang hari raya aku bersama jemaah lain ke  tapak rumah terbuka..apa lagi  terus ambil pinggan ..terus makan ketupat dan rendang...sedih hati aku bila aku buka ketupat dan cicah rendang sebab ,memang aku rindu pada ketupat  dan rendang yang mak masak.....tapi air mata aku hanya bergenang kerana semua tu tak mungkin akan aku kutip kembali..hanyalah memori..Aku makan  dan layanje perut aku ni..dan memang macam aku katakan sedapnya satay yang aku makan sebab rasa kedah..he..he..he.
kali terakhir ayah sembahyang raya...rindunya kat ayah..

Lepas tu ramailah kawan-kawan serta pelajar KML yang tak balik datang berhari raya...memanglah adat raya di perantauan masing masing layan perut je lah.. tapi yang sedihnya bagi kami yang bujang ni tak ada siapa..aku kira beruntung jugalah sebab boleh juga dengar suara keluarga dan juga Muhammed di pagi raya..tapi sekarang aku faham bagaimana perasaan mereka yang tidak ada sesiapa dalam keluarga untuk berhari raya...macam manalah Muhammed ..semoga Allah beri kekuatan buat dia.Kesian Aisyah..bertungkus lumus menyiapkan rumah agar aku dapat berhari raya dengan dia..terima kasih aisyah..terlepas juga Aisyah menyediakan  rumah macam masa aku kat rumah...rumah aku?..jangan tanyalah..rumah tertutup sebab belum ada apa nak dihias ..tapi aku beli juga set pinggan nak raya.. untuk makan dua orang je lah...rumah terbuka?...tak delah jawabnya..InsyaAllah  25 September ni aku balik Alor Setar@Kepala Batas  boleh plan buat rumah terbuka..tapi aku plan ngan Aisyah nak buat rumah terbuka juga kat KML tapi tunggu hujung Syawal...kami nak masak...InsyaAllah.
Ini rumah Aisyah di pagi raya....
Siap menghidang kuih raya lagi...thanks Aisyah

Sepanjang hari aku hanya berhari raya dengan Aisyah dan kawan-kawan baru dan  dan lepas dah letih makan apa lagi pergi tengok astro jelah...memang rindu sangat kat rumah..tu lah dulu kalau nak pergi raya rumah saudara rasa liat sangat sekarang bila duk jauh ..baru aku rasa betapa berharganya berhari raya dengan insan-insan yang kita sayang... Kesian kat adik beradik aku sebab semua tak dapat berhari raya bersama tapi insyaAllah kami berkumpul untuk berhari raya pada 1 Oktober nanti..hari raya kan sebulan!!! he..he..he

Kalau yang ada kelapangan tu nanti datanglah raya kat Teratak Aish, No 1,Taman Desa Bukit Tinggi Kepala Batas untuk berhari raya...kita jumpa di hari raya yang ke 22 Syawal nanti..Semua kena berkumpul di rumah  aku.. lagipun aku memang rindu sangat kat mereka ..walaupun baru je sebulan aku tinggalkan Kedah....

Macam mana nak tinggal kat London nih...alamatnya  tiap tahun raya balik malaysialah...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in