Inilah adalah pertama kali aku berhari raya di perantauan..kira-kira berhari raya kat luar dari negeri Kedah.. selalunya dari aku kecil sampailah aku tua ..... tak pernah berhari raya tanpa mak dan ayah dan keluarga ku. Walaupun ayah dan mak dah tiada aku tetap dapat berhari raya dengan mereka bila aku pagi-pagi raya lagi dah pergi ke pusara mereka. Tapi tahun ini aku benar-benar berhari raya seorang diri.....di perantauan.
Memang aku bukanlah kuat seperti orang lain dan aku aku akui memang air mata adalah peneman setia aku...walaupun dihadapan orang aku dapat senyum dan nampak steady tapi bila kau keseorangan di rumah aku akan menangis habis-habisan sambil baca Al Quran.. Alhamdulillah seawal pagi raya insan-insan yang aku sayangi menghubungi aku dan mengucapkan selamat hari raya. ....tapi aku tetap merindui mereka.
Sehari sebelum raya: 9 September:
teknik membalut ketupat... |
Semua anak-anak perantauan yang tak balik ke kampung berkumpul di bawah kediaman Ketua Jabatan dan sama-sama menyiang persediaan raya. hari ini kalau nak diikutkan hari bekerja ...sebaik sahaja 'tumb print' terus kami berkumpul dan aku ditugaskan membuka daun ketupat...percaya dengan tidak rasanya sebab ..kalau semasa kat rumah akulah manusia yg terakhir sekali yg akan bertugas buka daun ketupat ini...meulanya tiga ikat sahaja...kira relakslah ...sekali habis saja daun terakhir datang 10 ikat lagi...ambik ko...nasib baik ada student tolong bukakan. Masa membalut aku ajarkan semua student tak kiralah janji semua beras siap di balut...dan hasilnya dapatlah sekawah ketupat...tapi aku memang tabik lah kat budak KML sabah sarawak ini skali ajar je berhempas pulas mereka siapkan termasuklah Pek..lecturer KML sampai naik gian menganyam ketupat.
Inilah rupa ketupat palas jantan..sbb mak selalu kata kalau buat ketupat betina masuk air...! |
Habis bab membuka daun ketupat....lepas tu menyediakan ayam dan daging untuk buat satay..aku sebenarnya tak pernah buat kerja semua ini masa kat rumah selalunya mak dan kakak atau Yati saja yang buat..aku lebih kepada mengemas rumah dan cuci rumah...tapi berjaya juga akhirnya walaupun aku tak pandai buat tapi sebanrnya bakat terpendam dalam diri aku memang dah ada..macam kat Rosli 'ko...memang pandai masak....' ini terbukti bila aku buat ketupat semuanya ketupat jantan dan satay pun memang macam satay orang kedah...semua puji masa makan...boleh lah tunjuk skill...
Ini bukan gambar satay yg kami buat.....super impose je..tapi budak KML memang rajin susuk satay...berbeza satay Kedah ngan satay Labuan.. |
ketupat nasi dalam plastik je...mudah... |
kalau nak anyam macam ni...menangislah jawabnya..sebab asal raya je tiap tahun kena belajar semula menganyam...daun kepala ni.. kejab jadi satay, bawang, jantung dan macam-macam lagi. |
Satu kejutannya masa buat kerja adalah dalam 50 orang je yang datang buat kerja tapi time berbuka kena serbu hampir 150 orang datang..rupanya yang lain tu datang nak makan je rupanya...tulah budak-budak tak cukup akal lagi...tapi apaun memang enjoy.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment