nih gamar hiasan je...tak sempat pula aku nak tangkap gambar..tapi rupa sama je |
Resepi rendang ini mudah je...
1 ekor ayam potong untuk buat sendang jadi boleh kerat 18 (mona fendilah pula) selalunya aku akan potong kecil sebab senang nak makan10 batang serang (2 diketuk yang lebih tu potong dan blend)
2 inci lengkuas
2 inci halia
4 inci kunyit
20 biji bawang merah
20 biji cili kering (tapi kalau tak tahan pedas buat 10 biji dah cukup)
5 ulas bawang putih
2 biji kelapa (santan beli yang 250gm)
200gm kerisik
5 keping asam keping
Kayu manis+bunga lawang+bungacengkih+buah pelaga (untuk tumis kalau nak kalau tak campakkan je dalam kuali)
Daun kunyit
Dun limau purut
10 biji buah kurma
Kismis ikut suka
gula melaka
garam
(jangan pakai serbuk perasa tak sedap terutama Ajinamoto)
nak tambah lemak boleh masuk buah keras
Cara membuatnya:
1. Blend semua halia, lengkuas, serai, bawang, cili kering dan kunyit.
2. Tumiskan rempah adik beradik tu dan masukkan semua bahan yang diblend
3. Masukkan ayam dan rebus semua sehingga separuh kering
4. Masukkan asam keping,kerisik, santan ,daun kunyit, daun limau purut ,kismis dan buah kurma
5. Tunggu sampai pekat masukkan gula melaka, garam dan pastikan sentiasa test rasa secukup rasa...Jangan tabah perasa secukup rasa sebab tak sedap ..sekali lagi ..tak sedap.
Apa macam ...senangkan.. cubalah..memang sedap..cicah ketupat,nasi atau makan dengan roti.Rindunya kat mak..hu..hu..hu
Mak kat masjid Shah Alam tahun 1992 tahun terakhir mak dan ayah round trip Semenanjung |
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment