kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (226) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (59) Penulisan (55) BUKU (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Anak Pomen (36) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (21) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) IABU (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) ANEKDOT (9) Pengumuman (9) berkebun (9) hobi (9) penerbitan (9) Aku Banggali (8) Aku Poshtun (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Ayah (5) Cikgu Shikin Sayang (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Bookreview (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) anak dagang di perantauan (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) Karya Kreatif (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) e book (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) Takziah (1) Tun Hasmah (1) UB (1) menulis (1) storybook (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, September 17, 2010

Berkelah di Hari Raya ke tujuh..PANTAI MANJA RASA

16 September adalah cuti umum untuk Malaysia sempena Hari Malaysia jadi kamipun bercuti...satu pakatan untuk berkelah di hari raya..siap meeting lagi nak buat event berkelah ini. diputuskan jam 8.30 pagi berkumpul di pantai..Destinasi dituju  Pantai Manja Rasa...Labuan
Pantai dekat Manja Rasa jadi aku letak nama pantai manja Rasa  berhampiran dengan  bandar.
Kami orang yg kedua sampai  dan tepat jam 8.45 pagi .Kak Siti lagi awal sampai  diikuti dengan Aini
Dah boring menunggu kami pun buka tikar dan turunkan bekalan yang di masak...
Dasyatkan..masakan orang bujang.....bukan rebus telur masin je..atau kacang goreng je...
Ini menu Aisyah..nasi beriyani dengan ayam masak madu....sedap..tapi bermadu...he..he..he..belum tentu manis lagi..
Ini masakan Chef Shikin lah...Lodeh ngan nasi impit dan sambal tumis ayam
Aduh..dah 1 jam setengah tunggu hanya kami tiga  keluarga je.....wktu ni dah rami sampai  jam 9.45 pagi..Lapor  perutttt dah..
Ini tambahan hidangan yang dah sampai...yang banyak lagi belum sampai sebab  boss yang masak..Chef IDAMAN..Kak Ida ngan En. Osman
Ha..ni tengah siapkan api nak bakar satey...nyam..nyam...nyam
Satey..memang tak sah kalau tak de...rsepi rahsia kata Kak Ida..nak menuntut kena bawa  ayam golek 10 ekor
Sedappppppppppp
Sempat lagi nak berposing...nak makan satey...
Majlis perasmian....sedap bihun dan mee yang Kak Lia masak tak kalah juga mee Mariah
Ini kenalan-kenalan baru..Mariah, Kak Siti dan Kak Aini
Paling bahagia menjadi kana-kanak...basah lencun pun boleh makan..tapi tak sempat nak pergi tangkap gambar mereka berenang sebab panas...sun burned!!!!!!!!!
Pulun..pulun jangan tak pulun..kaum bapa menjamu selera
Habis makan apa lagi ..bersembang sambil mengimbau memori ..memori..lama
Ira..isteri Saiful ..ibu muda usia 22 tahun
Pose maut...boleh ke aku kembalikan saiz masa umur 22 tahun dulu!!!
Cute tak..ini anak Aini
Tak de anak sendiri jaditumpang anak orang je lah...
Comel nye..hairan dia tengok  aku..
Amboi Kak Ida  ngan Aisyah macam dua beradik..bersimpuh ayu lagi tu....
Akhirnya ...tangkap gambar sendiri juga......mengadap laut...berakhirlah perkelahan kami jam 2.30 petang..berkemas dan balik nak solat zohor....

KML..Wajah Di Hari Raya

Ini selepas sembahyang raya..pergi rumah Aisyah
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur kata
jaga cermat peri bahasa
Selalu berbudi tinggi
Tangkap gambar sendiri ..jadi   tak boleh bergamabr penuhlah...
Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Muka sedih..raya seorang diri..teringat kat semua
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji
Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit terus jangan dibuang

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

UPLOAD: Persediaan sebelum hari raya KML D'Perantauan

Senyum yang penuh dengan air mata...walaupun sedih tapi bila ramai-ramai boleh juga tersenyum kira ok lah kan..mata dah bengkak sebab asal dengar takbir je...
Ini lecturer PEK..wah siap belajar masak guna kawah nga jangan  tak caya dia dah pandai balut ketupat..tp tak sempat tangkap gambar..
Indrani..pun tak kalah nak lawan kacau  gulai kawah juga..kuali besar..
Kacau kacang tu..jangan sampai hangus...ni untuk dijadikan kuah satay..Yasmin pun nak tolong juga! Mak..pegang teddy bear je...
Ini barisan student yang tak balik raya..jadi tak kira bangsa semua turun untuk membantu..
Bab untuk memasak serah pada kaum adam je...kelakarnya sambil masak asyik mengunyah je alaih-alih  habis manok di bedal...
In Chef  Saiful  duk tengah ajarkan budak potong daging nak buat satay....
Banyak lagi gambar yang tak sempat nak rakam sebab sibuk duk buat kerja....jadi nanti tunggu Rudy upload dalam  web KML..inilah muafakat membawa berkat
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Wednesday, September 15, 2010

Rendang Mak ...sedapppppppppnye

nih gamar hiasan je...tak sempat pula aku nak tangkap gambar..tapi rupa sama je
Tiba-tiba saja hujan kat luar sana patutlah sejuk giler...nasib baik aku naik atas ke tandas ada air..kalau tak jauh juga nak sampai rumah..Hujan-hujan ni  rasanya sedap jugalah melayan perut yang tengah berpuasa nih.. Aku memang rindu sangat rendang mak..setiap kali masak aku akan pastikan ikut resepi yang mak buat..walaupun tak sesedap mak masak tapi Alhamdulillah ada rasa jugalah..pesan mak .."masak ni kena selalu buat..dan ikut kesesuaian bahan yang ada ..boleh modified..jadi asal rasa garam . gula, asam cukup mesti sedap...janji ikhlas".

Resepi rendang ini mudah je...
1 ekor ayam  potong untuk buat sendang jadi boleh kerat 18  (mona fendilah pula) selalunya aku akan potong kecil sebab senang nak  makan
10 batang serang (2 diketuk yang lebih tu potong dan blend)
2 inci lengkuas
2 inci halia
4 inci kunyit
20 biji bawang merah
20 biji cili kering (tapi kalau tak tahan pedas buat 10 biji dah cukup)
5 ulas bawang putih
2 biji kelapa (santan beli yang 250gm)
200gm kerisik
5 keping asam keping
Kayu manis+bunga lawang+bungacengkih+buah pelaga (untuk tumis kalau nak kalau tak campakkan je dalam kuali)
Daun kunyit
Dun limau purut
10 biji buah kurma
Kismis ikut suka
gula melaka
garam
(jangan pakai serbuk perasa tak sedap terutama Ajinamoto)
nak tambah lemak boleh masuk buah keras
Cara membuatnya:

1. Blend semua  halia, lengkuas, serai, bawang, cili kering dan kunyit.
2. Tumiskan rempah adik beradik tu dan masukkan semua bahan yang diblend
3. Masukkan ayam dan rebus semua sehingga  separuh kering
4. Masukkan asam keping,kerisik, santan ,daun kunyit, daun limau purut ,kismis dan buah kurma
5. Tunggu sampai pekat masukkan gula melaka, garam dan pastikan sentiasa test rasa secukup rasa...Jangan tabah perasa secukup rasa sebab tak sedap ..sekali lagi ..tak sedap.

Apa macam ...senangkan.. cubalah..memang sedap..cicah ketupat,nasi  atau makan dengan roti.Rindunya kat mak..hu..hu..hu
Mak kat masjid Shah Alam tahun 1992 tahun terakhir mak dan ayah round trip Semenanjung

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Bekerja semasa cuti...emmmh..

Inilah nasib kami yang bekerja semasa orang lain cuti...dan cuti masa orang lain bekerja... Aku dah mula kerja pada hari raya yang ke empat sebab dah tak ada siapa lagi yang aku nak pergi mengunjung...baik datang kerja dan setiap hari aku dan Aisyah datang seawal pagi 7.30 pagi dan balik selewatnya 5.30 petang..kira-kira rajin jugalah tu.

Hari raya kedua kami pergi rumah Hj Hamka.Kaunselor JPWP dan separuh hari kami beraya di sana..sampai naik boring jugalah Hj Hamka dan keluarga melayan kami..tapi kira terubat jugalah hati ni ..sembang punya sembang alih-alih jadi jejak kasih sebab  bertemu saudara jauh ..tapi buka akulah..Aisyah dah jumpa keluarga dia yang kat Labuan...baguslah sekurang-kurangnya taklah terasa sangat bila kita duduk di perantauan ni.

Petang raya kedua penuhi jemputan rumah terbuka Kak Lia Cik Halim KML jadi sepanjang petang tu asyik menjamu selera...malam.duk kat rumah mengadap dinding..kabel laptop tak sampai lagi dari  KL.Punyalah terseksa kena order dari KUL..silap hari bulan aku balik Kedah ni je lah beli.

Hari Raya Ketiga aku berhari raya kat rumah Aisyah je..aku  masak lodeh dan kami berhari raya kat rumah mengadap Astro sampai ke malam...Raya keempat mula masuk kerja ..dan pergi buat medical check-up. Pergi makan tengahari kat KFC......petangnya beraya sambil tengok movie kat Astro..Raya ke lima pun sama je ....petang balik dari kerja aku masak rendang special mak (nanti tulis resepi), sayur lemak dan  Aisyah masak nasi ..katanya nak buat nasi beriani simple alih-alih jadi nasi Mandi Arab ...sedap killerlah  kami makan sambil tengok Astro kat rumah dia...jam 11 malam aku balik terus tidur ....mengadap dinding je...rumah kosong

Hari Raya keenam kami mula berpuasa sebab dah tak tau nak buat apa lagi...malam ni nak makan apa belum pasti lagi..rasanya aku makan roti ajelah sebab aku dah beli stok seminggu..aku ni hantu roti..jadi makan roti tiap haripun tak pe...nasi seminggu tak makan pun boleh tahan tapi roti...alahai macam kemaruk kalau tak jumpa...Ni tengah kat pejabat buka blogger sambil buat  soalan kajian dan kertas kerja...kejab lagi nak tulis resepi rendang..sedap..cubalah.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

`One n two n three n four n five~: Korang suka telekung takde kerawang?kalau suka , c...

`One n two n three n four n five~: Korang suka telekung takde kerawang?kalau suka , c...: "Lama dah mak saya suruh saya promote telekung mak jual ni.ada hati nak buatkan satu blog khas.tapi sampai ke hari ini tak kesampaian. anakny..."

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...

Tuesday, September 14, 2010

Hari Raya Aidilfitri 1431H

Aku  tak dpat nak uload gambar Raya Perantauan di KML kerana masalah laptop yg belum selesai... Jadi dalam  cerita kali ini mungkin akan aku paparkan gambar-gambar hiasan sahaja.. Inilah coretan pengalaman aku berhari raya di perantauan...LABUAN

 Seawal jam 3.00 pagi aku bangun dan berqhiamullail sebab pesan guru-guruku rajinlah beribadah di malam raya kerana  sangat banyak hikmahnya. Jadi  aku yang separuh rajin ni akhirnya bangun jam 3.00 pagi dan berqhimullail...banyak doa yang aku panjatkan agar segala perancangan dan perjalan hidupku berjalan lancar. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku dan semoga Allah melimpahkan rahmat , kasih sayang dan rezeki buatku..dan insan-insan yang sangat aku sayang serta rakan-rkan dan anak didikku. Amin.
Rumah aku di pagi raya...lapang dan bersih ..tirai baru beli     

Seawal jam 4.45 pagi kedengaran  Azan subuh berkumandang dan bergemalah takbir raya...Allahuakbar..alllahuakbar..allahhuakbar..lailahaillallah hualllah huakbar..Allah uakbar walillahirham... maka berderailah air mata aku bertakbir mengingatkan Teratak aku..arwah mak dan ayah..adik-adik  aku..kakak, iparduaiku dan semua anak-anak saudaraku seorang  demi seorang...dan termasuklah insan kesayanganku Muhammed Safiyullah...semuanya bermain di mata.. rindu menerpa disanubariku...hu..hu.. rindunya pada mak dan ayah
Raya terakhir semasa ayah ada 1992 dan dalam gambar ni Kak Ija dan Shahril.
Seawal jam 7 pagi aku dah siapkan diri untuk ke Masjid..tak ada siapa di bahagian wanita dalam  masjid dan aku terus sembahyang sunat tahiyatul masjid dan bersolat dhuha sambil menunggu jemaah lain... berderailah air mata aku mengingatkan  semua insan yg aku rindui... Masuk jam 7.20 pagi adalah kami jemaah dewasa perempuan 5 orang dan 3 orang kanak-kanak.. Bertambahlah sayu dan sedih bilah khutbah raya dibacakan. Hanya Allah yang tahu kekuatan yang ada pada diri aku bila tengok ada tiga orang pelajar yang tak balik sebab tinggal jauh di Mukah..
Indahnya raya...dengan ayah dan mak..soto ayah masak memang sedappppp

 Selesai sembahyang hari raya aku bersama jemaah lain ke  tapak rumah terbuka..apa lagi  terus ambil pinggan ..terus makan ketupat dan rendang...sedih hati aku bila aku buka ketupat dan cicah rendang sebab ,memang aku rindu pada ketupat  dan rendang yang mak masak.....tapi air mata aku hanya bergenang kerana semua tu tak mungkin akan aku kutip kembali..hanyalah memori..Aku makan  dan layanje perut aku ni..dan memang macam aku katakan sedapnya satay yang aku makan sebab rasa kedah..he..he..he.
kali terakhir ayah sembahyang raya...rindunya kat ayah..

Lepas tu ramailah kawan-kawan serta pelajar KML yang tak balik datang berhari raya...memanglah adat raya di perantauan masing masing layan perut je lah.. tapi yang sedihnya bagi kami yang bujang ni tak ada siapa..aku kira beruntung jugalah sebab boleh juga dengar suara keluarga dan juga Muhammed di pagi raya..tapi sekarang aku faham bagaimana perasaan mereka yang tidak ada sesiapa dalam keluarga untuk berhari raya...macam manalah Muhammed ..semoga Allah beri kekuatan buat dia.Kesian Aisyah..bertungkus lumus menyiapkan rumah agar aku dapat berhari raya dengan dia..terima kasih aisyah..terlepas juga Aisyah menyediakan  rumah macam masa aku kat rumah...rumah aku?..jangan tanyalah..rumah tertutup sebab belum ada apa nak dihias ..tapi aku beli juga set pinggan nak raya.. untuk makan dua orang je lah...rumah terbuka?...tak delah jawabnya..InsyaAllah  25 September ni aku balik Alor Setar@Kepala Batas  boleh plan buat rumah terbuka..tapi aku plan ngan Aisyah nak buat rumah terbuka juga kat KML tapi tunggu hujung Syawal...kami nak masak...InsyaAllah.
Ini rumah Aisyah di pagi raya....
Siap menghidang kuih raya lagi...thanks Aisyah

Sepanjang hari aku hanya berhari raya dengan Aisyah dan kawan-kawan baru dan  dan lepas dah letih makan apa lagi pergi tengok astro jelah...memang rindu sangat kat rumah..tu lah dulu kalau nak pergi raya rumah saudara rasa liat sangat sekarang bila duk jauh ..baru aku rasa betapa berharganya berhari raya dengan insan-insan yang kita sayang... Kesian kat adik beradik aku sebab semua tak dapat berhari raya bersama tapi insyaAllah kami berkumpul untuk berhari raya pada 1 Oktober nanti..hari raya kan sebulan!!! he..he..he

Kalau yang ada kelapangan tu nanti datanglah raya kat Teratak Aish, No 1,Taman Desa Bukit Tinggi Kepala Batas untuk berhari raya...kita jumpa di hari raya yang ke 22 Syawal nanti..Semua kena berkumpul di rumah  aku.. lagipun aku memang rindu sangat kat mereka ..walaupun baru je sebulan aku tinggalkan Kedah....

Macam mana nak tinggal kat London nih...alamatnya  tiap tahun raya balik malaysialah...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Pengalaman berhari raya di perantauan...sehari sebelum raya (9 September 2010)


Inilah adalah pertama kali aku berhari raya di perantauan..kira-kira berhari raya kat luar dari negeri Kedah.. selalunya dari aku kecil sampailah aku tua ..... tak pernah berhari raya tanpa mak dan ayah dan keluarga ku. Walaupun ayah dan mak dah tiada aku tetap dapat berhari raya dengan mereka bila aku  pagi-pagi raya lagi dah pergi ke pusara mereka. Tapi tahun ini aku benar-benar berhari raya seorang diri.....di perantauan.

Memang aku bukanlah kuat seperti orang lain dan aku aku akui memang air mata adalah peneman setia aku...walaupun dihadapan orang aku dapat senyum dan nampak steady tapi bila kau keseorangan di rumah aku akan menangis habis-habisan sambil baca Al Quran.. Alhamdulillah  seawal pagi raya insan-insan yang aku sayangi menghubungi aku dan mengucapkan selamat hari raya. ....tapi aku tetap merindui mereka.

Sehari sebelum raya: 9 September:
teknik membalut ketupat...

Semua anak-anak perantauan yang tak balik ke kampung  berkumpul di bawah kediaman Ketua Jabatan dan sama-sama  menyiang persediaan raya. hari ini kalau nak diikutkan hari bekerja ...sebaik sahaja 'tumb print' terus kami berkumpul dan aku ditugaskan membuka daun ketupat...percaya dengan tidak rasanya sebab ..kalau semasa kat  rumah akulah manusia yg terakhir sekali yg akan bertugas buka daun ketupat ini...meulanya tiga ikat sahaja...kira relakslah ...sekali habis saja daun terakhir datang 10 ikat lagi...ambik ko...nasib baik ada student tolong bukakan. Masa membalut aku ajarkan semua student tak kiralah janji semua  beras siap di balut...dan hasilnya dapatlah sekawah ketupat...tapi aku memang tabik lah kat budak KML sabah sarawak ini skali ajar je berhempas pulas mereka siapkan  termasuklah Pek..lecturer KML sampai naik gian menganyam ketupat.

Inilah rupa ketupat palas jantan..sbb mak selalu kata kalau buat ketupat betina masuk air...!
Habis bab membuka daun ketupat....lepas tu menyediakan ayam dan daging untuk buat satay..aku sebenarnya tak pernah buat kerja semua ini masa kat rumah selalunya mak dan kakak atau Yati saja yang buat..aku lebih  kepada mengemas rumah dan cuci rumah...tapi berjaya juga akhirnya walaupun aku  tak pandai buat tapi sebanrnya bakat terpendam dalam diri aku memang dah ada..macam kat Rosli 'ko...memang pandai masak....' ini terbukti bila aku buat ketupat semuanya ketupat jantan dan satay pun memang macam satay orang kedah...semua puji masa makan...boleh lah tunjuk skill...
Ini bukan gambar satay yg kami buat.....super impose je..tapi budak KML memang rajin susuk satay...berbeza satay Kedah ngan satay Labuan..
 Memanglah bukan mudah nak masak terutama dalam kuantiti yang besar...nak adunkan rasanya..tapi nampak gayanya bakat masak secara kawah ni memang turun temurunlah sebab anak tukang masak takkan tak pandai masak...selama ni aku memerhati saja dan sekaran memang kena mula buat semua sendiri... Nasi himpit nasib baik yang ready made je...
ketupat nasi dalam plastik je...mudah...
kalau nak anyam macam ni...menangislah jawabnya..sebab asal raya je tiap tahun kena belajar semula menganyam...daun kepala ni.. kejab jadi satay, bawang, jantung dan macam-macam lagi.
Masakan lain aku tak terlibat sebab yang menjadi chef semua geng lelaki jadi mereka masak kawahlah..kami buat rendang...gulai daging,,,kuah kacang..bihun sup..nasi tomato..dan macam-macam juadah lagilah.. Malam ni kami berbuka puasa ramai-ramai..

Satu kejutannya masa buat kerja adalah dalam 50 orang je yang datang buat kerja tapi time berbuka  kena serbu hampir 150 orang datang..rupanya yang lain tu datang nak makan je rupanya...tulah budak-budak tak cukup akal lagi...tapi apaun memang enjoy.



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tuesday, September 7, 2010

Menghitung hari....raya di perantauan...

Kejab je dah 28 Ramdhan hari ini. Hati aku tersentuh bila mengenangkan aku akan beraya di perantauan....sedih..pilu.. hanya Allah yang tahu. Tapi aku semeangnya sudah tidak dapat bersalaman dengan ayah dan mak lagi..AL Fatihah.

Dengan ingatan tulus dan ikhlas aku ucapkan dari perantauan ini  Selamat hari raya Aidilfitri buat semua adik beradik aku , kaum keluarga, sahabat taulan , rakan sekerja dan seluruh anak didik ku.
Pesanan ku buat semua jangan lupa ber Qhiamullail pada waktu malam raya sebab itu adalah malam mustajab untuk berdoa. Jangan lupa doakan daku dalam doamu.
Buat semua insan yang amat aku sayangi ...selamat hari raya..terutama buat Muhammed Safiyullah Abdullah, Normishah, Abu Bakar, Noor Hayati. Padil, Shahnon, Rohani, Shahril, Aziah, Shahrizal, Shahir, Shahirah, Aishah, Izzati,Aiman,Shuhada,Iliyana,,Aliff ,Balqis dan new born babby ..sorry bonda lupa nama...


p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in