kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, November 10, 2010

CHAPTER 9: hobi dan kegemaranku

"Mak..mak..itik ni nak gigit orang!!!..tolong..tolong..tolong..."bertempiaran aku lari keliling rumah sebab dikejar bapak itik nila peliharaan Mak..
"Ha..kacau dia lagi kan dah kena serudu ...dengan itik tu!..
"Kin nak tengok dia makan ja..bukan nak kacau dia..tak nak kawanlah dengan itik ni...sukagigit orang...itik jahat...nanti aku suruh ayah sembelih buat gulai...'
"Pap..pap...pap...papp...papp" dikejarnya aku satu kampung sampailah aku lari naik atas pokok jambu keling..
"pap..pap..pa'...mungkin dia kata nanti hang turun aku gigit dan ligan lagi.....masa kecil aku suka sangat kacau itik nila ni sebab badan dia besar sangat adalah dekat besar ayam piru.

Aku suka sangat dengan binatang peliharaan sebab waktu aku kecil di rumah Mak Lang aku dulu memang dia suka sangat bela binatang ada angsa, itik,ayam, kambing dan kucing...eei..banyak..
Mak Lang seorang yang sangat rajin sebab dikeliling rumah semuanya ditanam dengan pokok-pokok ulam dan buah-buahan dan dia juga pelihara binatang-binatang ..aku suka sangat sebab semua binatang peliharaan Mak Lang ni unik..kcing saja ada 40 ekor pelbagai warna dan pelbagai nama...kambing pun ada nama. Unik kucing semuanya tak membuang dalam rumah...sebab dah diajar supaya pergi ke tandas...itu yang mak tak tahan sebab terpaksa kngsi bilik air dengan kucing....
Mak Lang aku walaupun susah dia sangat tinggi usaha untuk hidup ..Pak Lang hanya penarik beca berapalah sangat pendapatan..Jadi Mak Lang bertukang rumah pun pandai..ada modal sahaja dia akan besarkan rumah.
"Dalam tin milo ni Mak Lang simpan duit..bila penuh nanti boleh beli papan dengan kayu.." itulah tempat simpanan Mak Lang aku dalam tin milo sahaja.Mak Lang pakai gelang emas sampai sekerat lengan sebab kata dia nilah simpanan dia.Mak Lang selalu pergi rumah kami mungkin sebab dia sunyi bila kami pindah ...asal ada masa petang-petang Mak Lang akan datang ke rumah dan kalau ada kelapangan aku akan pergi ke rumah Mak Lang tak lah jauh lebih kurang 1km je tapi bila berjalan bukannya terasa jauh sebab sepanjang perjalanan ada saja tempat aku singgah main.
"Ah ..Tam..makan kenyang-kenyang tau dan nanti kalau besar boleh lah dapat banyak anak"
"Bek..bek..bek.." terlompat-lompat tengok aku balik dari sekolah ..macam biasalah kambing memang suka melompat. Memang ceria selalu.
Ah adalah anak kambing betina yang berwarna perang ,manakala Tam pula adalah anak kambing hitam yang lahir dari satu ibu. Ibu Tam dan Ah mati masa melahirkan mereka dan Mak Lang hadiahkan Tam dan Ah kepada aku sebab hadiah kepada aku sebab dapat periksa nombor 1 masa Darjah 1 dan masa ibu mereka mangandungkan mereka aku selalu bagi ibu dia makan dan selalu aku main dengan ibu dia masa aku kecil dulu jadi macam keturunanlah. Jadi setiap kali aku pergi rumah Mak lang memang aku akanbagi ibu dia maka. Ibu mereka nama Che Puteh specialnya Che Puteh i adalah dia suka minum air kopi dan setiap kali aku pergi rumah Mak Lang petang-petang dia akan minta air kopi hinggakan kedua-dua kaki dia angkat letak kat jendela rumah. Unik sebenarnya kambing ini. Emak selalu cerita tentang kisah Rasulullah masa kecil memang gembala kambing jadi aku ni macam nak ikut sunnahlah .

Istimewanya aku bela kambing ni dari mereka umur sehari dan bagi makan susu tepung dalam botol kicap dengan puting susu baby. Seronok sangat sebab macam aku pula mak kambing tu. Ah dan Tam membesar dengan baik dan memang sangat jinak dan manja.Mereka setiap minggu aku mandikan dan siap bersihkan sebab aku memang suka peluk kambing ni sebab setiap hari mereka macam tahu bila aku balik sekolah. Terlompat-lompatlah dan aku akan buka ikatan dan bawa pegi kat hujung kampung main dan makan rumput dan pokok-pokok renek.Kambing aku tak berbau busuk sebab tulah aku memang sayang sangat kat kambing aku ini. Masa bela kambing ni aku selalu berangan-angan kambing bila kambing aku besar aku akan ada banyak kambing lagi dan sebab kata Mak Lang kambing senang membiak dalam tempoh tiga tahun aku dah boleh dapat anak-anak kambing lagi.Kononnya nanti bila kambing aku membiak bolehlah aku buat kandang besar kat hujung kampung dan boleh jual dan dapat duit untuk besarkan rumah aku.. Angan-angan...sambil main dengan kambing dan juga panjat pokok. Ah dengan Tam kalau aku panjat pokok mereka pun akan ikut nak panjat pokok dan mereka akan terlompatlompat sama. Kelakar bila aku ingatkan sebab merekalah rakan permainan aku.

"Cik..cik...cepat tangkap kambing hang tu..habis dia makan pokok bunga aku" marah Tok Su Chan pada satu hari.
"Kin cepat pi ambil Tam dengan Ah balik sat lagi kena sebat pula"...bagaikan kilat aku lari pergi ke kampung Tok Su Chan untuk membawa Tam dan Ah balik. Sebaik sahaja mereka nampak aku mereka menerpa aku bagaikan mengadu.
"Tulah lain kali janganlah pergi makan pokok kat kampung Tok Su Chan tu kan dah kena tibai".
"Bek...bek...bekkkkk"...seolah-olah faham apa yang aku katakan. Menangis aku memeluk kambing aku seba berbalor di badan kena sebat ..kesian kat Tam dengan Ah.
"Lain kali tambat...kalau setakat nak bela kambing saja pandai maidok makkan pokok bunga aku dan berak kat tangga aku..dapat aku sembelih nanti" amaran Tok Su Chan pada aku.
Aku memang dah tambat Tam dan Ah tapi nak buat macam mana dah memang tabiat kambing kalau terlepas memang akan cari pokok bunga dalampasu tambahan pula atas tangga batu. Memang Tam dengan Ah lincah sangat sebab mereka cukup suka main atas tangga batu.terlompat-lompat kalau aku bawa pergi padang sekolah dan boleh naik tangga kat kantin lama yang dah ditinggalkan.
Kesian kat mak selalu kena marah dengan Tok Su Chan.

Satu hari semasa aku balik dari sekolah aku terus balik jumpa Tam dan Ah ..tiba tiba tinggal Tam saja yang tertambat di bawah rumah aku dan Ah tak ada. Sah mesti dah terlepas dan aku terus lari pergi kat kampung Tok Su Chan dan aku tengok keadaan Ah yang sangat lemah.
"Ah...kenapa mulut hang berbuih hang makan apa"...tanya aku.
"Bek...beeeek...beeeeek" sambil mata dia memandang aku dan bergenang air mata Ah dan aku pun turut menangis sebab aku tahu mesti ada yang tak kena. Aku dukung Ah balik ke rumah. Sambil berjalan aku dengar ada suara yang membebel kat belakang.
"Degil ...aku dah kata jangan duk lepas kambing tu..ha..padan dengan muka"...suara berdengus.
"Kin kenapa Ah tu.." tanya mak.
"Tak tau lah tapi tadi Tok Su kata padan muka...." jawab aku. Mulut Ah terus berbuih-buih dan aku bagi Ah makan susu dan air tapi terus berbuih juga..
Kebetulan petang tua ayah balik awal dan Mak Lang singgah kat rumah dengan Pak Lang.
"Ni kena racun nih...memang dah tak boleh selamat dah ..mulut pun dah biru.."
Aku terus memeluk Ah dan mengusap kepala dan badan dia. Tam pula gelisah dan asyik mengembek seolah-olah risaukan Ah.
Tak sampai tiga jam petang tu aku meraung....
"Mak...Ah dah mati...Ah dah mati..." raung aku.
"Ah..kenapa Ah pergi makan racun kat rumah Tok Su..kenapa Ah tak dengar kata Kin..Tok Su jahat..tok su jahat"...sejaktua aku bencikanTok SU Chan sebab dia membunuh kambing aku.
"Ah....Kin sayang pada Ah''...petang itu dah jadi macam drama hindustan habis semua menangis termasuklah mak dan Mak Lang.Mungkin sedih tengok keadaan akuyang macam orang sasauyang menangis.
"Dah pi ambik cangkul..mai ayah korek lubang kita tanam Ah..Dah tok sah dok teriak lagi..dahlah tu"...kata ayah.
Petang itu Ah dikuburkan dan itulah kubur pertama sahabat baik aku.Tiap hari aku balik aku akanpergi tengok kubur Ah dan menangis.
"Tam..tinggal hang saja sekor la ni..kesiankat hang..hang jangan lari tau."kata akupada Tam yang seolah-olah faham apa yang aku kata.
Tapi sejak hari tu Tam dahtak selincah dulu lagi dan setiapkali aku bawa dia makan dia tak makan banyak dan seolah-olah bersedih dengan kematian Ah.

"Tak boleh jadi ni..baiklah hantar Tam balik kat rumah Mak Lang.biar dia duduk kat kampung sana dan sana banyak kambing lain lagi.."katamak aku.
"Nanti susah ..kesian kat dia tak dak kawan dah."kata ayah
"Tak pa lah ayah nanti hari Jumaat Kin pihantar Tam kat Mak Lang balik..."kata aku sambil menangis . Aku kasihan tengok Tam yang semakin susut badan dia. Sebeelum ini Tam sangat berkilat dan berminyak macam Ah juga sebab mereka selalu dimandikan..sebab tu bila orang kata kambing busuk tak mandi aku marah sebab kambing aku mandi dan sangat bersih.

"Tam..nanti hang duduk kat rumah Mak Lang hang jangan lari jauh-jauh kesian kat Mak Lang.tau" sepanjang jalan aku bersembang dengan Tam masa hantar diabalik ke Simpang Kuala.
"Bek..bek..bekkkkk.bekkkkkkk" raung Tam bila aku tinggalkan dia kat rumah Mak Lang. Sebaik sahaja aku serahkantali Tam aku lari balik ke rumah sambil menagis terisak-isak.Aku sayang sangat pada mereka.
Seminggu selepas tu aku balik sekolah aku diterpa oleh seekor kambing hitam dan aku kenal sangat . "Tam....Tam..Tam..mak Tam balik." terkejut mak bila dengar aku menjerit masa balik sekolah hari tu...punyalah aku seronok.
"Nih mesti terlepas tali nih" kata mak aku. Bayangkan Tam boleh jejak jalan balik ke rumah walaupun dah seminggu aku hantar ke rumah Mak Lang.
"Esok pi lah hantar balik..kalau macam ni nanti mati pula kena racun.. kesian kat da."
"Baiklah mak..esok Kin hantar Tam balik. Petang tu aku tak pergi mengaji Al Quran dan buat sepera sebab aku main dengan Tam dan adik-adik aku pun turut bermain dengan aku.Petang tu Abang Tam dan kak Chik dan kawan-kawan aku juga datang bermain dengan Tam.
Esoknya aku dan kawan-kawan aku sama-samapergi hantar Tam balik ke rumah Mak Lang.Sedih tapi ini semua kerana terpaksa. Sejak dari hari itu kami tak akan bermain dengan kampung To Su Chan lagi sebab bagi kami TokSu Chan tu jahat..itulah kanak-kanak. Mak kata orang tua tudah nyanyuk jadi jangan duk marah-marah, biarlah orang tua tak baikkita cakap macam tu. Dan memang kami waktu raya pun kami takakan pergi berhari raya kat rumah dia sebab takut...takpa ada ramai lagi orang yang tak marah kalau kami beermain di halaman mereka.

Selepas sebulan lebih aku dapat berita Tam aku mati terbelit dengan tali kat pokok masa Mak Lang tambat dia di pokok keriang tempat dia meragut rumput sebab kata Mak Lang mungkin dia cuba nak lepaskan diri dari ikatan nak lari balik ke rumah. Aku pergi rumah Mak Lang untuk ziarah kubur Tam saja. Macam ziarah orang mati pula..Itulah aku dengan kisah sahabat peliharan aku masa kanak.kanak.


Petang tu aku balik dari rumah Mak Lang bawa kotak. Sampai je kat rumah mak hairan apa pula yang aku bawa dalam kotak tu..Biasalah kalau balik dari rumah Mak Lang aku mesti bawa balik keladi, pucuk putat, mengkudu dan telur angsa..ssebab mak lang memang suka bela binatang ternakan.
"Apa pula yang dibaw balik dalam kotak tu?"...tanya mak.
"Mak lang kata ni ganti pada Ah dan Tam..nama depa pun Ah nhan Tam juga"..jawab aku.
"Eeeiii...nomelnya anak tucing ni...Yat nak min boyeh"..sampuk adik aku Yat yang memang telo (pelat) sapai darjah satu.
"Boleh..ni nama dia Ah dan ni nama Tam..Mak Lang kata Ah jantan dan Tam betina..tapi tak palah kan kita boleh bagi minum susu dalam botol Ah dan Tam juga"..jawab aku.
"Tam ..Ah ni bilik air tau!" sambil aku mematahkan lidi sepanjang ekor Tam dan Ah dan mencucuk ke tanah."Kalau nak berak jangan berak merata-rata tau berak kat sini saja dan lepas berak kena kambus sendiri...faham dak?" tanya aku.
"Miau..miau..miau" faham agaknya sebab itu adalah petua Mak Lang aku kucing tak berak dalam rumah dan memang 40 ekor kucing tak ada seekorpun yang berak dalam rumah. Aku ikut petua Mak Lang aku dan memang Alhamdulillah kucing aku hanya berak di luar rumah kawasan yang aku tandakan saja. Aku bela kucing tak adalah pula angan-angan nak ternak macam kambing sebab kucing tak boleh jual.Tapi kucing memang sangat manja terutama dengan Yat yang memang suka main dengan kucing. Ah dan Tam cepat membesar dan sepanjang aku tinggal kat Jalan Pegawai boleh dikatakan setiap tahun kucing aku ni beranak dan anak dia semuanya comel-comel dan ada yang aku hadiahkan pada kawan-kawan dan ada setengahnya mati dimakan oleh bapa kucing lain yang jahat tyerutama anak kucing jantan yang comel.
"Anak kucing yang kena makan tu sebab dia nanti bila besar akan jadi ketua sebab tu kucing bapak akan bunuh siap-siap" cerita mak kepada kami. Rasanya macam manusia dewasa jugalahkan kalau nampak orang yang berpotensi tinas siap-sia supaya tak melawan. Ye ke?
Sehingga aku tingkatan dua ,Ah dan Tam pun ikut kami pindah termasuklah masa tu aku bawa bersama generasi kucing tu yang ketiga iait Pong dan Teh kira cicit Tam ngan Ah lah. Mungkin warna mereka dah banyak berubah sebab biasalah kucing bohsia selalukena ngorat dengan kucing jantan lain yang mai mengorat. Yang specialnya kucing aku ni jenis kucing kampung tapi bulu kembang dan ekor kembang sebab baka baik dari Mak Lang aku. Istimewanya kucing-kucing aku nni ssemua manja dan pandai mengurut dan tidur terlentang macam manusia. Mungkin tiru macam aku tidur kut.Teh paling manja dengan ayah dan dia akantunggu ayah balik kerja dan bila ayah cakap "Teh urut ayah"..dia akan datang kat ayah macam faham je dan picit-picit ayah..lepas tu Teh akan hisap tetek ayah sebab dari kecik dia memang suka hisap tetek ayah sebab ayah selalu tak pakai baju bila balik dan tidur. Teh ingat tek ibu dia kut sebab ibu dia mati masa lahirkan dia.." tragiskan kisah kucing aku yang special ni. Teh hidup agak lama sehinggalah aku tingkatan lima dan diamati kena langgar kereta..masa dia melintas jalan tunggu ayah balik kerja masa di rumah aku kat Taman Wira. Tam dan Ah pun hidup sampai aku tingkatan tiga tak silap aku sebab masa ni aku dah sibuk kurang tumpuan pada kucing peliharaan aku lagi. Aku dah tak sayangkan binatang macam aku sayangkan kambing aku sebab aku trauma dengan kematianbenda yang aku sayang. Tapi setiap hari aku main juga dan sayang mereka juga tapi taklah keterlaluan sangat. Setiap minggu kalau pergi pasar aku akan beli ikan-ikan segar untuk kucing -kucing aku ni. Tapi bilangan yangaku bela dalam satu-satu masa tak lebih dari lima ekor sahaja sebab ada sajayang datang minta. Kucing aku special sebab tak pandai jalan rumah orang kecuali aku seekor kucing misteri nanti aku ceritakan kemudian sebab ceritanya masa aku dah jadi cikgu dah masa tu.
 Waktu aku di sekolah rendah juga aku suka bela ikan laga atau ikan Karin yang mana aku tangkap dalam parit dengan kawan-kawan lelaki aku termasuklah Abang Tam, Mat, Jat dan Ad. Selalu nya aku akan join mereka menggagau ikan. Tekniknya cari temopat yang berbuih banyak dan bawa penyauk. Berbotol-botol ikan yang aku bela yang istimewanya ikan-ikan ini hanya boleh duduk seekor dalam satu botol dan kemudiannya kami akan simpan ditempat gelap kadangg-kadang dalam tanah sebab semakin gelap tempat dia semakin cantiklah warna ikan Karin ni. Selalunya seminggu sekali kamiakan keluarkan ikan ini untuk ditayangkan dan ada kalanya akan kami lagakan. Memang best bila aku ingatkan kembali sebab memang tom boy habis. Ikan-ikan ni bila dah terlalu banyak selalunya kami jualkan kat kedai akuarium dapatlah seekor 50sen. Kira mahallah zaman tu tapi kalau Cina jual balik boleh mencecah RM3-Rm 5 seekor bergantung kepada warna dia.Kadang-kadang aku jualkan atau bagi pada kawan-kawan kat sekolah aku.

Satu lagi kegemaran aku adalah tangkap ikan..bukan pakai pancing tapi pakai serkap buluh terutamanya musim menuai padi sebab waktu ni kan paling banyak. Ikan darat semua ada dan yang paling banyak ikan puyu, sepat dan haruan. Aku tangkap ni bukan nak meniaga cuma nak mencari keseronokkan dalam masa satu jam sahaja aku boleh naik basikal dengan kawan-kawan aku pergi cari bendang masa tu dekat kawasan Taman Sultan Badlishah sebab taman tak banyak lagi. masa tu bendang lagi dan semua tu tempat aku tangkap ikan. Aku cakap kat mak nak pergi berenang kat swiming pool paling besar kat dunia. Pernah sekali aku kena marah dengan ayah sebab masa tu baru lepas peperiksaan Penilaian Darjah Lima jadi aku ni memang bebas habis-habisan. Aku balik lewat sejam samapi kat rumah pukul 7 malam apa lagi ayah dah siap tunggu dengan getah paip nak tibai kaki sebab janji balik mesti sebelum jam enam petang. Tapi tak kena tibai sebab ayah denda aku besiang ikan yang aku tangkap tu sampai habis dan tak boleh naik tidur kat atas sebab selagi tak siap tak boleh makan dan tak boleh masuk dalam rumah...Siapapun tak dibenarkan menolong aku walaupunkak Not danmaknak tolong ayah larang sebab ini denda kat aku kerana langgar disiplin. Walaupun aku jarang kena marah tapi sekali kena marah aku memang makan tak habislah.Itulah kali terakhir aku pergi menggagau kat bendang sampai lewat dan akhirnya aku siap siang ikan dah dekat jam sepuluh malam punyalah lapar giler tapi tak berani ngan ayah sebab ayah jarang marah kalau marash takut juga aku. Kebetulanpula memang banyak ikan aku bawa balik hari tu satu tong cat yang 5 litter tu bayangkanlah penuh tong. Itu yang seronok sangat sampai terleka masa dah berlalu.

Aku pernah cuba membela burung ini waktu aku darjah enam tapi aku taksuka sebab tak sampai hat tengok burung tu dalam sangkar .Aku pernah bela burung terkukur, burung pipit,burung merbah dan burung murai batu.Semua n pemberian Abang E@Cikgu Mail Kak Tun sebab dia ingat aku suka bela burung sebab aku selalu juga melastik burung ni.Tetapi aku akhirnya bebaskan semua burung-burung tu sebab aku rasa mereka pun ingin hidup bebas seperti aku. Mak selalu kata walaupun kita letakkan burung tu dalam sangkar emas sekalipun burung tu tetap nak hidup bebas dan terbang sana sini. Jadi aku sempat bela burung selama beberapa bulan sahaja, lepas itu semuanya aku bebaskan.

Ha...satu spesis biatang yang aku paling tak suka adalah angsa. Sebab aku selalu bergaduh dengan angsa-angsa kat rumah Mak Lang aku. Pernah satu ketika angsa-angsa tu berpakat untuk mengejar aku.Asal nampak muka aku je mereka akan kejar macam musuh je. Lepas tu satu hari tu aku memang dah tak sabar dengan angsa-angsa ni jadi aku beranikan diri bertembung dengan mereka. Bila angsa tu rapat je dengan aku aku terus pegang leher dia.
"Ha..ka nak cubit aku lagi...cepat bagi tahu dekat semua geng kau jangan nak cubt aku lagi kalau tak aku tak lepas leher kau ni"...sambl mencekik leher angsa jantang yang jadi ketua geng serbu aku ni.
"Ang...ang...ang.."meronta angsa tu minta dilepaskan.
"Tak...aku takkan lepaskan kalau hang tak bagitau geng hang jangan ligan dan cubit aku..cepat bagitau"..macam cakap dengan manusia saja lagaknya.
"Ang...ang..ang...ang...ang"..angsa tu semakin diam dan dah tak meronta.
"Ooooi ...nmati lah angsa Mak Lang tu ..lepas lah tak gigit lagi lepas ni ...serik dah tu". tempik MakLang aku.
Sejak dari hari tu kalau aku pergi rumah Mak Lang aku semua itik angsa ni akan duduk jauh-jauh saja sambil berbunyi..ang...ang..ang...tapi dah tak berani nak dekat dengan aku. Sebab itu aku tak suka bela itik angsa.

Ayam danitik serati pun aku tak suka sebab mak ayam garang selau aku kena kejar dengan ibu ayam sebab aku ambil telur ayam. Selalunya aku tolong bagi makan saja tak adalah nak bermain dengan ayam dan mak tak bagi main anak ayam sebab takut mati anak ayam tu. Dan muhibbahnya binatang peliharaan aku kucing aku tak pernah nak kejar anak ayam dan seronoknya tu kadang-kadang anak itik ikut ibu ayam sebab dia ingat mak dia..Selalunya aku akan beli anak ayam yang berwarna warni di pasar dan bila anak ayam tu dah hilang warna aku akan beli anak ayam lain pula ..biasalah aku kan banyak duit jadi apa aku nak beli aku belilah dan bila besar ayam-ayam tu akan disembelih buat rendang terutama masa hari raya.Itik pula selalu akan jadi itik golek.Tapi masa itik nila aku disembelih aku memang tak makan itu tu sebab walaupun dia suka ligan aku tapi aku sayangkan dia.Itulah aku tak suka bela ayam sebab aku akan makan ayam-ayam tu jadi prinsip aku mana boleh makan benda yang kita sayang...sebab tu aku tak makan kambing hinggalah aku dah belajar kat Maktab sebab asyik teringatkan Ah dan Tam. Aku akan makan lauk lain walaupun orang cakap kambing sedap.Sekarang ni tak lah aku kisah sebab kambing memang sedap pun terutama bila buat panggang.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in