kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, April 8, 2011

8 April 1951...tarikh lahir Arwah Mak Hjh Siti Esah Muhammad AL FATIHAH

Perkuburan menjadi persinggahan sementara menanti hari kebangkitan...
8 April 1951...tarikh hari lahir mak ...yang merupakan anak nazar..sebab  selepas tok mengandung beberapa kali semuanya meninggal dan anak tok wan yang ketiga seorang perempuan juga meninggal.....jadi Tok  Wan Muhammad bernazar kalau mak lahir letak nama Siti Esah (nama Aishah Isteri Rasulullah SAW) dan akan tindik telinga subang intan...zaman tu memang mahal  subang intan.
Mengikut cerita ayah...tok wan Rahim terus pinang emak dan Tok Wan beli subang intan dan itulah mak dan ayah ditunangkan masa tu ayah baru umur  empat tahun (25.11.1947). Nak tau mas kahwin ayah dan makRM320.00 diaktegorikan mahal sangatlah ketika tu sbb sekarangpun mas kahwinRM80.00 je kat kedah...Mak dan ayah berkahwin pada 4 hb Januari 1968 bersamaan 4 Syawal 1387....berdasarkan surat nikah mak dan ayah yang ada dalam simpanan aku.
Mak seorang yang pendiam tak banyak bercakap dan jarang berleter dan bagi mak berleter tu boleh menyebabkan orang sakit hati dan kita sendiri kalau tak suka kena leter kenapa kita nak berleter....sebab itu hidup mak dan ayah ceria dan bahagia tak ada istilah perang dingin atau sememangnya akulah anak yang tinggal dengan mak dan ayah paling lama iaitu 19 tahun baru aku  masuk asrama..tu pun asyik 'homesick'..sebab aku  sangat susah berenggang dengan mak dan ayah.
Bahagia tiada perkataan yang dapat kugambarkan betapa hebatnya memiliki mak dan ayah...betapa emak bahagia memiliki ayah sebagai suami..kata mak mana ada rumahtangga yang sempurna tapi kitalah yang bertanggungjawab menyempurnakan kehidupan rumahtangga kita...kita adalah pelengkap kepada suami dan suami adalah pelengkap kita...jadi hidup mesti ada hormat menghormati...
Mak meninggal dunia pada 25.11.2006 pada hari lahir ayah...begitulah  cinta yang abadi yang mana  hinggakan meninggalpun Allah tetapkan tarikhnya sama pada hari lahir insan yang paling emak kasih...Mak selalu kata hidup dia hanya ada ayah dan ayah juga selalu kata  hanya mak yang ada dalam hidup dia..sememangnya Laila dan Majnun tidak setanding dengan cinta Shahrom dan Siti Esah....memang cinta yang agung..
Pusara mak yang berada dihujung kaki ayah ibarat orang sembahyang berjemaah..
Mak dan ayah pasangan yang sangat romatik dan mak selalu berpesan kalau kahwin kena ada perjanjian sebab kita bukan kahwin sehari tetapi seumur hidup sehingga akhirat. Perjanjiannya walaupun ayah marah atau mak marah salah seorang kena diam dan mendengar jangan membantah ketika marah dan bila dah sejuk baru minta penjelasan semula....kalau marah jangan depan orang atau anak-anak...kemesraan boleh ditunjukkan depan anak-anak tapi kemarahan tidak boleh sama sekali...jangan memperlekehkan pasangan ..jangan berkongsi cerita rumahtangga dengan orang luar terutama perkara-perkara sulit hubungan suami isteri...bilik tidur adalah hak suami isteri  orang luar tidak dibenarkan masuk dan anak-anakpun tidak boleh masuk tanpa izin ayah dan mak...dan selalu sembahyang berjemaah.
Semoga menjadi taman-taman syurga Allah...
Mak seorang yang tak banyak bercakap dan sepanjang hidup mak susah nak dengar mak mengumpat atau bercakap tentang orang lain..kalau dia bercerita hanyalah berkaitan dengan diri dan juga kenangan hidupnya bersama ayh..kalau mak tersinggung dengan jiran-jiranpun mak susah nak mengumpat paling pun mak selalu cakap " biar pilah kat depa..depa dah memang diasuh macam tu ..bukan sama dengan kita.."itulah Mak orang yang sangat menjaga percakapannya.
Hjh Siti Esah Muhammad 8 .4.1951 hingga 25.11.2006
Mak selalu bercerita tentang kisah Tok Wan danTok serta cerita dia masa kanak-kanak dan remaja serta kisah cinta dengan suaminya yag tercinta..iaitu ayah...bagaimana cabaran hidup dan juga perjuangan untuk hidup. Mungkin kerana itu kasih sayang mak dan ayah abadi selamanya.
Hj Shahrom B Rahim 25.11.1947 hingga 24.09.1992
Kini hanya pusara ayah menemani mak dan semoga ianya menjadi taman-taman syurga Allah yang mewangi dan harum .Semoga Allah melapangkan pusara kedua ibubapaku. Semoga Allah merahmati ayah dan emak dan menghimpunkan kami di akhirat kelak bersama Rasulullah SAW dan sememangnya kasih sayang mak dan ayah tiada penghujungnya..AL FATIHAH.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

3 comments:

Papa Hero said...

sedih baca entri ni...bagus utk dijadikan peringatan kepada insan lain bahawa hidup kita ini sentiasa menuju kematian...PH nak share kat dlm FB kakimotong yer...

umi_e said...

Al-fatihah...

Shikin said...

Silakan..Shikin berkongsi kasih bersama mereka yang sudi..Semoga mereka yang masih punya mak dan ayah hargailah ruang yang masih diberikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in