kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Saturday, April 16, 2011

Chapter 21:: Kemuncak Kegemilangan dalam Hidupku..

Olahragawati dan Olahragawan  IPSI   1992..(Raffi)
Bersama ahli sepasukan....memang  sangat membanggakan...
Chapter 21 ini adalah chapter  yang sebenarnya sangat indah dalam hidupku..Allah SWTmengurniakan  aku  anugerah-anugerah yang aku kejar dalam hidupku..aku sememangnya pecinta  sukan  dan sukan adalah  hidup aku. Allah  memakhbulkan impian aku untuk  menjejakkan kaki ke Malaysia Timur.  Walaupun  aku melepaskan tiket  ke Sabah pd tahun 1990 kerana  memenuhi impian ayah untuk menjadi guru. Alhamdulillah  Allah mengurniakan aku dengan kegemilangan   dunia  sukan  ini.

Alhamdulillah aku berjaya menjadi Olahragawati IPSI 1992  dan  sekali gus memenuhi  impian ayahku  untuk melihat aku  pergi jauh dalam sukan. Bayangkan setiap hari ayah akan telefon untuk bagi semangat untuk  berlatih walaupun jauh. Dan ayah  membeli pelbagai  kelengkapan untuk aku walaupun dia tahu  semua ada sponser. Inilah  punca  yang menghilangkan  rindu 'home sick'  aku dan akhirnya aku  dapat  menerima kenyataan kenapa aku ditakdirkan  menjadi  guru.
Pestarama ZON F..melayakkan akumenyertai Pestarama 1992  ke Sarawak selapas memecahkan dua rekod cakera dan lembing dan tempat kedua lontar peluru
 Selepas   menjadi Olahragawati IPSI  aku juga berjaya melayakkan diri aku ke Pestarama di Kuching,Sarawak. Aku juga berjaya menjadi Olahragawati  Kejohanan  Olahraga Amatur Perak JUN 1992 selepas memecahkan dua  rekod dalam acara kegemaran aku...sebab aku bukanlah  pelari  pecut dan event padang  sajalah yang melayakkan aku..Tapi ketika ini sangat menguja diriku sebab aku sangat tegap sebab  dapat  menyamai berat ideal aku...Bayangkanlah  sehari lari 10km maunya tak turun berat badan..tapi sekarang..aku dah  tak mampu  nak jogging  lagi sebab takut  impact  kat lutut. 
Olahragawati  Kejohanan Olahraga Amatur Perak
Abang Wan (Shaiful Riduan Mahali) classmate,pragtikumate, dan org yg byk bagi semangat pada aku..abang Wan  tak dapat pergi ke Pestarama.
Walaupun seksi ketika ini aku lebih banyak pakai pakaian yang longgar  dan jubah serta tudung labuh..jadi seksi pun taklah ketara sangat. Tapi ketika ini aku  bukanlah  perempuan yg nak memikat lelaki  sebab dalam hati aku cuma ada cinta pertamaku sahaja..Walaupun ramai lelaki yg meminang  jawapannya hanyalah 'Tolak'. Aku hanya  ada  kehidupanku  yang ceria dengan dunia  sukanku sahaja..
Wajah  yang menjadi igauan lelaki..tak comei pun orang minat gak..
Julai 1992..tarikh  tak ingat  tapi  ada catat dalam  nota...tapi buku nota tertinggal kat  rumah.Inilah  impian aku dalam dunia sukan...sampai ke peringkat yang  tertinggi...yg boleh aku  capai.Alhamdulillah Allah  memakhbulkan impian  aku dan  terima kasih  mak dan   ayah  yang tak pernah  lepas  memberikan sokongan padu pada diri  aku..nantilah aku  akan  tulis  semula  surat-surat  yg   ayah  kirim untuk  kenangan seluruh keluarga dan anakcucu aku nanti.. Ayah  dan mak adalah penyokong  yang paling kuat  dalam hidup aku dan juga  motivator utama aku.
Kenaangan bersama rakan-rakan  aku  dan juga  kelas sebelah yang  jadi peserta.
Kenangan yang  sangat indah untuk dikenang  dalam hidupku.
Kontigen pasukan  olahraga dan kebudayaan IPSI  Pestarama 1992
Kenangan bersama insan yang  sangat  aku suka di IPSI...Nawawi Kelasah...insan yang menyanyikan  lagu Allycat  kat aku dan selalu ikuti perkembangan  aku..hehehe.
Bermulalah detik  perjalanan ke Kuching  ,Sarawak..Lapangan Terbang Subang.
Beautiful  Iron Lady..impian  menjadi kenyataan...
Inilah kali pertama aku dapat  menjejakkan kaki aku menaiki kapal terbang menyeberangi Laut China Selatan..dan inilah kalipertama  aku naik kapalterbang...macam tak percaya..tapi  sekarang  aku naik kapalterbang boleh kata tiap bulan..dan  semuanya mungkin  berkat doa ibubapa aku yang  tak pernah putus  walaupun  mereka tiada  di dunia ini lagi.
Diapit  oleh dua orang  Iron Man  IPSI..Kamaruddin n Shahrolrazi
Pengalaman  naik  kapal terbang..haahhaha memang  lucu  dalamkapalterbang ini rupanya ada  yang  fobia@ takut naik kapal terbang..siap waktu naik ni ada yang  tak berani nak sembang sebab takut  kapal terbang terhempas...yang lawaknya dalam kapalterbang  tu adalah Pak Cik  tua  yang  naik kapal terus baca doa punyalah kuat dan siap  doa dalam bahasa Melayu...siap sebut janganlah kapal terbang ini terhempas...wahhhhhh apa lagi  ada  juga geng aku yang naik biru muka pucat lesi naik kapal  terbang sebab mabuk kapalterbang..Alhamdulillah aku  happy jelah sepanjang perjalanan sebab impian aku tercapai..menang  kalah  tak penting  yang penting dapat pergi Pestarama.

Dalam kapal terbang  kebetulan aku duduk sebelah Rafi...gossip paling  liar...aku girlfriend dia..
Setibanya di Lapangan Terbang Kuching...wah bukan main posing lagi macam delegasi perwakilan ke lkuar negara...photoshoot..sampai kat  atas tangga kapal terbang.....
Delegasi IPSI ke Pestarama Olahraga Kuching 1992
 Sebaik tiba kami di bawa ke Maktab Perguruan Rejang untuk menginap dan  menunggu hari kejohanan...seronok  sebab dua minggu kami berkampung di sini...sangat  seronok.
Di atas Stadium Terbuka Kuching ,Sarawak
Indahnya dapat mewakili IPSI ke Pestarama..sebaik sahaja sampai di Kuching,setiap hari  aku akan jadi pelanggan setia PUBLIC PHONE sebab setiap petang aku akan telefon emak, ayah, Awie dan Abang Wan...hehehe  wajib tu..kira aku bawa duit  siling kat sebalang jugalah sebab zaman ni mana ada kad  topup..hand phone ..tokey  balak je pakai..adalah sebesar pelas air. Jadi public phone memang wajib  setiap kali balik dari stadium...dan latihan.
Happynye aku..tiada  perkataan yang   dapat  aku gambarkan  melainkan...tagkap gambar banyak-banyak  ayah ngan mak pesan.
Sesungguhnya setiap sesuatu anugerah itu ada ujian diseballiknya dan itulah yang terjadi dalam hidupku...aku  bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan buat diriku..Alhamdulillah..hanya dunia sukan inilah yang  mengubat  hati aku yang kecewa  kerana cinta pertama ku telah dimiliki oleh insan lain..cinta pertama yang  sangat  susah  untuk aku padam...nantilah  aku cerita..bila ada kekuatan dan aku akan upload video sekali..hahahaha..kan kenangan saja  buat  pe nak simpan dalam  hati lagi.
Iron Ladies n iron Man IPSI  masa raptai  Kejohanan Pestarama
Semasa perasmian..aku tak ikut  untuk perbarisan  sebab event  aku selepas perasmian...
 Semasa  latihan dan sebelum kejohanan ssesuatu  di luar jangkaan aku berlaku..aku kemalangan dan  bahu kiri aku terkoyak  dan terpaksa dijahit 6 jarum...gara-gara terkena daun tingkap asrama yang terbuka sebaik sahaja  aku lalu..itulah  dugaan dalam kegembiraan..sebaik sahaja aku masuk event  walaupun dengan tangan yang  cedera aku tetap  lalui dengan sebaik mungkin..walaupun  aku tak  dapat menyamai rekod-rekod yang aku cipta  tapi aku  tetap dengan semangat kesukanan  dan hanya layak di tempat ketiga  dan dengan catatan yang sangat  rendah.Walaupun  rekod Pestarama Zon  F lebih tinggi dari  rekod  Pestarama...aku redha  dengan takdir yang menimpa dan itulah kisah sedih yang  mengejutkan semua kontijen aku terutama jurulatih aku yang sangat menaruh harapan..Menangis?????????????jangan ceritalah...rasanya Sungai Rajang  melimpah kerana airmata aku.
Teman  setia aku semasa Pestarama...sapa lagi  kalau tak Raffi..
Sepanjang di Kuching kami di  bawa melawat serata  Kuching..ada sajalah aktiviti yang diatur untuk kami.. seronok sampai habis semua duit poket yang  mak dan ayah bekalkan...pasu sarawak..satu kontena besar .duit yang dibekalkan untuk Pestarama kat RM1000.00 juga...hahaha..kaya sebab praktikum dan  duit  ganjaran pecah rekod..sapa bagi...hehehe..lecturer  akulah yang bagi...hehehe anak emas  IPSI.
Sebahagian dari  pasukan kami..ada yang  Pestarama Kebudayaan
Memang  seronok sangat masa  bersiar-siar  di Kuching sebab aku ada peneman setia yang jadi pengiring aku...alahai nak buat  macam mana aku memang  baik dengan lelaki sebab aku memang takde  kawan baik perempuan yang  rapat ngan aku melainkan kak Zarina yang  memang  classmate aku..Jadi masa di sana aku  banyak berjalan dlm group lelaki...lagipun  aku bukan 'perak'  dengan lelaki..akukan  budak SMDSO yang bersekolah di sekolah  lelaki....jadi lelaki bagi aku sama je...dan apa orang  nak cakap...malas nak aku layan..
Tetap bertudung labuh walaupun pergi melawat sebab  aku takut dengan godaan nafsu  remaja ketika ini
Sebelum pergi Pestarama...aku awal-awal lagi  dah imform dua 'kekasih' aku ni..yang aku akan ke Kuching..Nizam  di Sarikei dan Hanafi  pula di Sibu....mereka berdua ni  memang rapat dengan aku di IPSI dan merupakan insan yang  sangat baik dan sayang dengan aku macam  abang dan adik..tapi itu kata akulah..tapi akhirnya perasaan sayang tu dah jadi lain..rupanya cinta  tiga  segi...tiga penjuru..tiga negeri Kedah,Kelantan dan Perak. Tapi hakikatnya aku amat senang  dengan mereka berdua dan memang  aku sangat  sayang pada mereka...dan ada juga  kawan  aku di IPSI  dulu selalu tegur pergaulan aku  yang  sangat  rapat dengan abang-abang senior...sampai dapat  gelaran 'Alligator'  sebab ramai  sangat  abang  senior yang  asyik  bawa aku keluar makan..Macam macam  fitnah yang  aku dapat..tapi  apa yang pasti  aku sayang mereka  sebagai  abang aku sahaja  dan sememangnya aku tak  ada hati dan perasaan  cinta pada sesiapa..sebab  aku tak punya  cinta  dalam hati..Cinta  aku  telah padam pada mana-mana lelaki.
Hanafi dan Nizam..insan yang banyak berkongsi cerita suka dan duka  dalam hati  aku..terimakasih kerana pernah menyayangi aku...aku menghargai setiap kasih dan sayang yang kalian berikan..
Sememangnya inilah kenangan  terindah  dalam hidup Dunia Sukan ku...aku sangat hargai  segala ruang  dan peluang  yang aku dapat  dalam hidupku..aku redha bahawa aku  hanya  dapat membawa pulang pingat  gangsa  sahaja untuk IPSI dan apa yang  banyak aku bawa balik ole-ole dari Sarawak...tetapi itulah kesalan  yang paling menikam hati aku sebab  aku  beli banyak cenderahati  tapi aku  tak beli apapun  untuk ayah aku.....aku belikan tabung ukiran untuk ayah tapi dia berkecil hati sebab aku tak    belikan bekas aburokok daripada pasu..
"Sampai hati anak  ayah  tak belikan  ayah tempat  rokok...semua  beli untuk emak dan adik-adik saja....tak pa lah ayah tak  mau apa..ayah nak anak  ayah  happy  dan  capai  impian sudahlah..nanti bagi kat ayah baju jersey Pestarama  tu boleh ayah pakai..."itulah kata-kata ayah yang   masih terpahat dalam hatiku....
Gambar mak,adik mat, Shahril  dan Amin....ini saja gambar yang  tinggal sebab gambar lain  dah di'curi'  dari album  aku sebab  ini adalah koleksi gambar terkakhir......
Aku  dan keluarga sempat bergambar sebaik  aku pulang dari Pestarama....almaklumlah..filem  banyak lagi..lima  roll  filem  jugalah... Segalanya adalah  sangat  indah melainkan  aku  mengecilkan hati ayah sebab  tak beli apa yang  ayah  hendak...sebab :
"Ayah...chek sayang kat  ayah..chek tak mau ayah hisap rokok dan kalau boleh ayah berhentilah hisap rokok sebab  tu chek beli tabung  sebab chek  tau  ayah suka simpan duit" kata  aku untuk pujuk ayah..
"Tak palah ..anak ayah  sayang  kat  mak lebih..semua beli kat mak..kain batik panjang, pasu,  cadar tenun  Sarawak, dan  semua  kat mak saja"...rajuk ayah sambil membelek-belek  barang2 cenderahati  yang aku bawa balik...
Inilah  ayah dengan Amin..tengok tu memang tak leh pakai baju kalau duk dlm rumah.
16 Ogos aku  balik  ke Slim River  untuk sambung  praktikum yang mana aku  dah tinggalkan  praktikum selama  2 minggu untuk Pestarama dan terus cuti separuh  penggal kedua  selama seminggu  di rumah...Malam  ayah hantar aku  balik naik bas..macam biasalah..
" Anak ayah ni takmalulah...dah besarpun duk cium dan peluk ayah depan orang ramai"...sebaik saja aku bersalam dengan mak dan ayah.
"Anak ayah kena belajar sungguh-sungguh dan capai  impian dan  cita-cita..sambung  belajar  sampai tahap yang tertinggi..ayah tau anak ayah boleh dan anak  ayah  pandai.."...pesan  ayah sambil mencium aku di dahi.
"Ayah kena berhenti hisap  rokok tau...janji"kata aku.
"Bulan  depan ayah berhenti terus"...kata ayah..
"Janji?"...balas aku dengan tersenyum sebab  ayah dah janji nak berhenti hisap rokok.
"Ayah tak sihat...kalau apa-apa jadi pada ayah....Kin janji jaga mak dan adik- adik dan mesti  janji  sambung  belajar sampai tahap tertinggiyang Kin boleh..ayah tau anak ayah pandai" kata-kata  ayah  yang sentiasa terpahat dalam hatiku.
"31 Ogos ni..Kin  balik cuti tak?"tanya mak
"Tak mak..chek nak ikut Kak Hasna pi Port Dickson..bolehlah ya..sebab cuti 3 hari saja"..balas aku.
"Tak pa  pi lah..lagipun Kin bukan pernah pergi  bercuti dengan kawan-kawan"tambah mak.
"Nah ambik  duit ni buat  belanja..pandai-pandai berjimat nanti simpan sampai habis  praktikum.Ayah ngan  mak pi ambik nak  balik nanti..kirim  salam kat  Mak Long  dan Tok Wan kat Slim  River sama"...pesan mak...dan  ayah  hanya tersenyum sambil  mengangkat beg aku..
"Ingat pesan ayah"
"Janji"sambil aku angkat  tangan melambai dan  seolah-olah berikrar.....
Itulah janji aku dengan ayah  dan janji  ayah  dengan aku untuk berhenti hisap rokok selama-lamanya.
24 September 1992..
Ayah mengotakan janji untuk  berhenti hisap rokok selama-lamanya:
24  September 1992  bersamaan  27 Rabiulawal 1413  ayah kembali selamanya ke pangkuan rahmah Allah.
AL-FATIHAH  buat  ayah yang dikebumikan ditanah  perkuburan Akar  Peluru tanah wakaf tok nenek kami yang mana Tok,Tok Wan,dan sebahagian  besar  keluarga  ayah dikebumikan disini termasuklah mak..AL FITIHAH buat  semua.
Pada  hari ayah dikebumikan aku telah kebumikan segala  cita-cita dan impianku dalam dunia sukan.. hati aku telah terpadam untuk bersukan dan akumenjadi  fobia setiap kali menjejakkan  kaki ke stadium dan padang..Aku  tahu  aku  tidak  ada hati lagi untuk menangis mengenang  kesedihan dalam hidup  aku..Aku hanya ingat janji pada ayah dan janji yang  hanya aku menerimanya   dari mulut ayah sendiri dan itulah pelukan dan ciuman terakhir dari  ayah yang sangat aku sayang.
Pada hari ayah meninggal cadar tenun Sarawak menutupi katil ayah..dan batik lepas Sarawak menutupi jenazah ayah.Apa yang  menyedihkan aku dan meruntun jiwa aku mak  langsung tak dapat menatap wajah ayah saat akhir ayah diusung keluar kerana  terlalu kehilangan ayah...Yang  menjadikan aku  kuat  ketika itu hanyalah janji aku pada ayah.
Ayah pada 25 November 1947 dan meninggal dunia pada 24 September 1992 selepas lapan hari hari lahir ke lima tahun  adik bongsuku Amin..Dan mak berusia 41 tahun dan Kak Not masih di UITM,Yati di Pusat Persediaan ke UK di Shah Alam,adik Mat tunggu result SPM dan  Shahril baru darjah lima...Shahril seorang yang sangat  aktif sukan dan Shahril juga trauma seperti aku sebab ayah meninggal pada hari yang sama menghantar Shahril lawan bola sepak peringkat daerah  di Stadium.

Chapter hidupku yang menguburkan segala impian dan dunia sukan ku...dunia sukanku terkubur bersama ayah selama-lamanya.....apa yang ada  padaku hanya JANJI pada ayah.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in