kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, November 28, 2010

Pasangan paling ideal....Ayah dan Mak

Hj Shahrom Bin Rahim dan Hjh Siti Esah Bt Muhammad....1967 masa ni mak ngan ayah baru kahwin..gambar kahwin mak ada tapi tak tahu siapa yg simpan jadi ini je yang masih ada dlm simpanan . 
Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Pengetahuan yang tidak terbatas dan rahmat yang luas merupakan milik-Nya. Allah sangatlah indah dan Allah juga memiliki kasih sayang yang tidak terbatas. Dia menciptakan manusia dan memberinya bentuk yang sempurna yang merupakan perwujudan keindahan yang tak terbatas yang dimiliki-Nya.
 
Allah menganugerahkan jiwa kepada setiap hamba-Nya. Hal ini berarti Allah dapat memberikan kepada para hamba-Nya berbagai hal yang tidak terbatas atas kehendak dan kemurahan-Nya.

Inilah pasangan yang Allah SWT takdirkan menjadi ibu dan ayahku di dunia ini. Mak dan ayah adalah pasangan yang sememangnya sangat unik..Dunia mak adalah ayah dan dunia ayah adalah mak...anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT.. Mak dan ayah ditunangkan semenjak emak lahir ke dunia dan ayahmasa tu baru umur 4 tahun. Aku hidup dengan kisah cinta mak dan ayah yang sangat luhur...Jika berkesempatan akan aku kongsikankisah cinta mak dan ayah buat ..tatapan semua terutama keluargaku...
Ayah tahun 1991 masa ni ayah pergi ronda satu Malaysia dgn mak dan singgah kat Terengganu, Pahang,Selangor ,Perak dan Pulau Pinang
Ayah selalu berkata...dia hanya ada mak sahaja dalam dunia ini dan anak-anak adalahh harta yang Allah SWT amanahkan pada dia. Ayah hanya nak melihat anak-anak terjamin masa hadapan sebab itu kata ayah ilmu adalah sangat penting..kalau nak dunia dengan ilmu dan kalau nak akhirat pun kena ada ilmu..jadi ilmu adalah segala-galanya...Ayah pastikan kami semua anak-anak dapat didikan ilmu dunia dan akhirat sepenuhnya. Dalam pelajaran ayah tak ada tolak ansur dan apa yang ayah pentingkan ilmu anak-anak...Ayah sanggup bekerja tanpa kenal waktu semata-mata nak penuhi keperluan pelajaran anak-anak...tak pernah ayah kata 'Tiada' kalau anak-anak meminta untuk pelajaran...walaupun kadang-kadang dalam dompet dia hanya ada RM10 sahaja tetap dia akan usahakan untuk anak-anak...ayah selalu kata jangan fikir pasal duit...tugas kami hanya belajar..duit ayah boleh cari.
Pesan ayah:
1.Cari ilmu sebab dengan ilmu manusia akan dipandang mulia,ayah tak ada harta untuk anak-anak tapi kalau hendak harta belajar bersungguh-sungguh dan itulah harta pusaka yang ayah boleh tinggalkan.
2.Ilmu ibarat  harta karun dalam gua yang mana perlukan skill @kemahiran untuk mendapatkannya
3.Ilmu tidak boleh diwarisi tapi perlu belajar..contohnya ayah boleh kuasai Bahasa Inggeris, Manderin, Hakka, Hokkien dan Tamil dengan lancar dalam komunikasi seharian.
4.Malu bertanya sesat jalan..jadi dalam mencari ilmu kena berguru dan mencari bukan menunggu datang menggolek.
5.Harta adalah untuk dikongsikan jadi kalau ada ilmu lebih banyak harta kita yang kita kongsikan dengan orang lain.
6.Warna tidak wujud dalam persahabatan apa yang penting hati...sebab tu ayah ramai sahabat berbilang kaum.
7. Jangan menghina orang yang melarat kerana kita tidak tahu apakesudahan hidup kita di akhir nanti..
8. Selalu melihat ke bawah..
9.Ringankan tangan membantu orang yang lebih susah dari kita.. ziarah org tua dan saudara yg susah.
10.Pendapatan kita bukan milik kita seorang tapi ada hak orang lain terutama saudara kita  yang susah...

Pernah tak tengok ayah anda tidur dan  seluar dalam ayah anda???? Shikin pernah tertawa sebab satu ketika masa tingkatan empat ikut program BTN tiba-tiba fasi kata pernah tengok tak seluar dlm ayah anda..ingatkan apalah  fasi ni..tak de benda lainka nak suruh tengok..Seluar dalam yang suruh tengok...jadi balik rumah terus tunggu ayah balik kerja bebetulan dia balik petang tu terus tidur kat kerusi rotan....dan masa tengok ayah tidur air mata ni tiba-tiba saja mengalir...sebak rasa di hati tengok sesak nafas ayah semasa keletihan...Tugasan pertama dah selesai..tugasan kedua tengok  seluar dalam ayah..nak tau apa terjadi..Shikin punyalah menangis sebab baru sedar apa maksud fasi tu...
" ayah sanggup korbankan segalanya hinggakan diri sendiri tak pernah diutamakan ..segala-galanya dilakukan untuk kepentingan anak-anak bukan untuk diri sendiri...anak adalah harta ayah..jadi sejak hari tu memang  Shikin sangat mengagumi ayah dan memang tidak ada pengganti,..bila tengok org lain terutama kawan-kawan yg tak baik dengan ayah mereka Shikin rasa Shikinlah manusia yg paling bertuah kerana Shikin ada ayah yang sangat penyayang dan tiada perkataan untuk digambarkan...melainkan Alhamdulillah kerana dia adalah ayah Shikin"
Mak masa ni ceria sangat....selalu ke mana-manapun dengan ayah..gambar ni di Masjid Shah Alam..melawat kakak di UITM
Mak adalah kekasih sejati ayah...sebab apa yang ayah usahakan untuk anak-anak mak tetap menyokong. Falsafah pendidikan mak dalam mendidik anak-anak sangat unik sebab walaupun dia bukan ahli psikologi tapi kaedah psikologi yang digunakan dalam mendidik anak-anak sangat  menggagumkan..

1. Anak-anak adalah unik jadi tidak boleh bandingkan anak-anak antara satu sama lain. Setiap org adalah berbeza sebab Allah ciptakan manusia berbeza, jadi semestinya cara belajar berbeza.
2. Setiap insan ada keistimewaan yang tersendiri iadi kita perlu gunakan kelebihan yang Allah beri dalam menyesuaikan diri dengan pelajaran.
3. Perbandingan kelemahan hanya boleh bandingkan diri sekarang dengan yg dulu tapi bukan dengan org lain. Jadi kalau lemah dalam pelajaran maknanya kena tengok dalam diri sendiri bukan bandingkandgn adik beradik lain atau org luar.
4. Hina besi kerana karat..hina manusia kerana melarat..jadi dari kecil ilmu sgt ditekankan kerana manusia akan mulia dengan ilmu.
5. Manusia akan pandang hina pada manusia yang tidak berilmu jadi carilah ilmu.
6. Anak perempuan kena belajar tinggi dan capai cita-cita sebelum mengejar cinta sebab perempuan yang tiada pelajaran hidup akan mudah dianiaya..kalau dapat suami baik ok lah tpai kalau tak.....nauzubillah..Anak lelaki boleh guna tulang empat kerat utk cari rezeki tapi kalau ada pelajaran maka lebih dipandang mulia.
7. Kalau nak jaga suami kena didik anak perempuan dengan baik dan rapat dengan ayah....sebab tu kami semua memang rapat ngan ayah dan lebih control ayah dari mak..
8. Anak lelaki adalah harta ibu..jadi kalau nak kenal lelaki yang baik adalah lelaki yang baik akhlaknya dengan ibunya dan saudara perempuannya...
9. Suami ibarat raja dlm hidup , anak yang manja, sahabat sejati , pendidik dan juga pembimbing...sebab tulah shikin memang kagum dengan cinta mak dan ayah ni...

Inilah pesan mak dan ayah yang sentiada Shikin ingati dan banyak lagi...nantilah kalau ada kelapangan akan Shikin kongsi lagi..
Cinta sejati antara mak dan ayah sememangnya sentiasa menjadi panduan dalam hidup ini dalam menganal lelaki disekeliling hidupku.

Di dalam sebuah ayat al-Quran, Allah menjelaskan bahwa cinta sejati hanya akan didapatkan melalui kehadiran-Nya.
 
"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan Menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)." (Surah Maryam, 96)

Semoga Allah SWT menemukan Shikin dengan mak dan ayah di akhirat kelak.Impian Shikin biarlah hubby Shikin macam ayah Shikin yang penyayang, hormat pada isteri, menyintai,setia ,kasih pada anak-anak dan menjaga hati orang tua.Romantik macam ayah ngan mak. Amin
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

2 comments:

Unknown said...

like your blog... penuh dgn nilai kasih & sayang sebuah keluarga... moga menjadi jalan panduan kepada kita semua.. teruskan usaha anda lagi... like it.. hehe

Shikin said...

iNSYAaLLAH..semua ini adalah perkongsian dengan semua dan ianya adalah nostalgia indah untuk dikenang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in