Vivian..sentiasa dihati Bonda |
Semoga menjadi anak yang baik buat ayah dan bonda |
Tiga permata hati..Aisyah,Izzati danAna..smg menjadi anak yg solehah |
Afiqah Shahirah,Atikah Shuhada,Shahir Firdaus dan Shariz Aiman ..rindu dihati..smgjadi anak yg membahagiak edua ibubapamu |
Nur Shamimi Balqis..doa Mak semoga cucnya macam arab jadi inilah Puteri Balqis |
Ini hero Aliff Haikal..siap kawal adik-adik..dah ada dua adik sekarang Shamimi Balqis dan Shahidah Safiyya |
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium"..Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya;"Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu semua anak2 Bonda ....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment