kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, October 17, 2010

Kasih Dan Sayang ...Chapter Hidupku 1

Rasulullah saw bersabda:

"Iman yang sempurna adalah mencintai semata-mata karena Allah, membenci semata-mata karena Allah, menjadi kekasih Allah sebagai kekasihNya, dan membenci sesuatu yang dibenci-Nya."

Allah swt berfirman:
"Katakanlah, jika bapak-bapak dan anak-anakmu, saudara-saudara dan istri-istrimu, kerabat-kerabat dan hartamu, perniagaan yang kau takutkan kerugiannya, dan rumah-rumahmu lebih kau cintai daripada Allah, Rasul dan berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan Allah, dan Allah sekali-kali tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (QS. 9:24)

Dulu pernah aku bercerita dengan anak-anak didik aku yang satu ketika nanti aku akan tulis tentang hidupku...dan segala kisah kasih dan sayang dalam hidupku. Aku selalu bagitahu mereka cikgu kahwin lambat jadi Chapter cikgu panjang berbanding dengan orang lain.. Chapter Hidup sendirian yang mana penuh dengan kasih dan sayang yang boleh dikategorikan sebagai kisah hidupku..
Aku selalu berkata aku tidak pernah bercinta kerana bagiaku cukuplah cinta hanya pada AllahSWT, Rasulullah SAW dan diri sendiri. Buat ibubapaku adalah kasih yang tiada penghujungnya..Mulai hari ini aku akan berkongsi kisah kasih dan sayangku dengan insan-insan disekelilingku dan kisah hidupku yang masih boleh aku ingati...aku diklasifikasikan manusia yang hidup dalam kenangan indah yang tidak pernah padam dari hatiku...

Berdasarkan surat beranakku...anak yang dilahirkan dari kasih dan sayang yang luhur kedua mak dan ayahku Hj Shahrom bin Rahim dan Hjh Siti Esah bt Muhammad pada 10 Februari 1971 bersamaan 13 Zulkaedah 1389.
ketika berusia 7 bulan....semua cakap mcm boy..mmgmasa ngandung mak nak sangat anak lelaki jadi muka aku pun mcm lelakilah..
Alhamdulillah aku dilahirkan sebagai seorang bayi perempuan yang penuh dengan kasih sayang dan dikelilingi dengan insan-insan yang sangat sayang pada diriku...Aku dilahirkan dengan sempurna tanpa cacat dan cela walau sedikitpun. Lahir dengan berat 6.8paun rasanya kecil ajelah lebih kurang 3.6kg secara normal..di 648 Simpang Kuala Alor Setar ,Kedah di rumah mak lang Salbiah bt Abrahim iaitu kakak ayahku.Anak kedua selapas kakak ku Normishah@Kak Not.Selepas usiaku genap 2 tahun 6 hari aku dapat adik perempuan pula jadi aku dikategorikan orang yang bertuah lah sebab mak aku sempat menyusukan aku sampai usia aku 1 tahun 5 bulan dan selepas itu aku diberi minum susu DUMEX jadilah aku bayi susu sehingga aku sewaktu kecil kata mak aku sering masuk pertandingan bayi sihat sebab sihat dan comel Insan yang selalu bawa aku masuk pertandingan adalah ibu saudaraku..Alhamdulillah banyak kalilah menang.. dan semasa usia aku 6 bulan aku pernah tersepit pada pintu dan bertukar menjadi kebiruan dan 'selop'atau kejutan yang terlalu sangat dan akibat dari terkejut ayah yang pada ketika itu baru balik dari kerja telah mengambil aku dan dibuang ke dalam kolam dan akibat terkejut dari kesejukan tu aku terus sedar....nasib ayah terfikir nak buang dalam air kalau tak mungkin aku dah tiada lagi sbb kejutan jantung yang kuat. Mericle kan?

Setelah usiaku 2 thn setengah, ayah membawa kami berpindah ke rumah Tok Tom di Vivipar,Simpang Kuala dan kami tinggal disini sehingga usiaku 4 tahun. mengikut cerita mak aku memang dari kecil sangat lincah dan sering menjadi 'model' kepada Abang Kri(shukri) seorang arkitek yang merupakan anak Tok dan dalam masa yang sama aku diasuh atau dijaga oleh kak Ani seorang maknyah yang sangat baik dengan mak dan mak selalu cakap mereka sangat baik dan sangat sayang pada aku dan selalu tangkap gambar aku dengan pelbagai aksi tapi sayangnya aku tak pernah tengok gambar-gambartu sebab tak tahu di mana Abang Kri dan Kak Ani tinggal.Mak selalu cerita mereka sangat baik dan seolah macam adik beradik. Termasuklah Makcik Salmah,Pak Cik Ismail, dan Mak Cik Nani...Inilah orang2 yang sangat sayang padaku..

Sewaktu kecil juga aku terkenal dengan sikap suka menggigit tak kira siapa , silap sikit aku akan menggigit orang termasuklah semua kawan sejak mula tumbuh gigi sampailah sekarang...kadang-kadang aku gigit orang ..he..he..Pernah satu kejadian tu Mak Lang aku sampai bergaduh dengan jiran sebab aku gigit anak jiran sampai berdarah nasib baik tak putus jari anak orang tu...nama Sham rasanya..ha kalau jumpa ngan Sham tu mesti mereka selalu kata inilah orang yang pernah aku gigit.Jadi memang aku nianak kesanyangan Mak Lang aku jadi apa aku buat memang aku menang..itulah kehidupan aku sehingga aku berusia empat tahun aku dibesarkan di sekitar Simpang Kuala dan kehidupan yang penuh kemanjaan. Disebabkan aku ada adik perempuan 2 tahun lebih muda dari aku Noorhayati@Yat dan seorang adik lelaki Shahnon @adik Mat yang 3 tahun lebih muda dari aku jadi aku dikategorikan anak yang tak sempat bermanjalah tapi sebaliknya dari kecil aku akan sentiasa menang dan aku sering dimenangkan oleh orang disekelilingku sebab siapa sahaja yang melihat aku ketika kecil memang teruja sebab comel, lincah dan cerdik...bukan perasanlah tapi hakikat..

Namun aku tak berapa ingat semua cerita masa ini sebab aku hanya boleh mengingat setelah usia aku empat tahun dan aku boleh ingat pelbagai kisah hidupku semasa usiaku empat tahun...
Semasa aku mula berpindah dari Vivipar,Simpang Kuala ke Lorong Akar Peluru,Jalan Pegawai. InsyaAllah aku akan ceritakan kisah-kisah dalam chapter seterusnya.

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan... :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in