Aku buat sesuatu yang aku suka dan aku mendapat bayaran bagi setiap yang aku suka . Ini bermakna aku bukanlah membuat sesuatu untuk mendapat duit semata-mata tapi aku membuat sesuatu yang menyeronokkan diri aku dan dalam masa yang sama aku belajar tentang kehidupan.
Sewaktu aku berusia enam tahun aku suruh mak buat sargon keranakawaan-kawanaku suka makan sargon yang mak masak dan aku jualkan satu 10 sen dan sehari aku dapat habiskan hampir 30 bungkus maknanya aku dapat komisen 30sen bagi setiap seringgit jadi sehari aku dapat duit komisen 90 sen tapi aku tak ambil komisen tiap hari aku hanya ambil seminggu sekali maknanya aku akan dapat RM4.50 seminggu dan sebulan aku dapat duit simpanan untuk buat beli benda yang aku suka dengan RM20.00 sebulan..Inilah yang menyebabkan ku menjadi seorang anak yang sangat berdikari dan aku tidak pernah tak dapat apa yang aku hendak dalam hidup aku sebab setiap yang aku hendak aku akan dapatkan.Sejak dari kecil aku memang bijak untuk mencari duit sendiri.

Seronoknya bila kita buat sesuatu dengan seronok aku memang rasa bahagia dan sangat berdikari semasa aku kecil. Bila aku naik darjah tiga aku ambil upah klim 'spera' atau karipap kecil.Setiap kali lepas mengaji Al Quran kat rumah Tok Wa aku akan terus pergi rumah Mak Chak ambil upah dan aku memang seronok buat sepera ni sebab boleh main dan dalam masa yang sama dapat duit. Waktu buat sepera ni selalunya Abang Tam akan tolong sama dan kami berlumba-lumba buat dan bagi cepat siap Setiap petang inilah kerja aku buat dan sampai pukul 5 petng iaitu kira-kira 2 jam dapatlah upah RM2.00 sehari kadang-kadang seminggu aku boleh dapat RM10.00 .Kerja ni aku buat kerana seronok selepas tu aku akan main sampai pukul 6 petang dengan Abang Tam dan yang lain ...permainan kami juga kreatif,inovatif dan luar batasan pemikiran kana-kanak seusia kami. Ianya menjadi kenangan yang abadi dalam hidup kami selama-lamanya kerana tidak ada yang boleh membeli kenangan yang wujud dalam hidup kami.



Tiap-tiap hari jumaat aku akan pergi Pasar Besar untuk beli makanan yang aku suka dan apa sahaja yang aku nak makan. Aku beli ikan dan ayam danetiap apa yang aku gemar dengan duit yang mak bagi.Setiap minggu aku akan beli eksesori macam subang kepit, anting-anting, rantai, kipas dan macam-macam permainan yang aku suka. Mak tak pernah nak larang sebab apa yang aku beli adalah guna duit aku sendiri.Aku bukan beli untuk aku shaja kekadang aku akan beli untuk kawan baik aku juga kat sekolah dan tak ketinggalan apa sahaja yang aku beli aku akanbeli untuk adik-adik aku. Kuah rojak dan buah adalah perkara yang wajib aku beli tiap minggu sebbab aku memang suka makan rojak dan buah-buahan sertaulam-ulaman. mak memang harap kat aku dan aku dah mula pergi pasar sendiripada usia aku 10tahun dengan ditemani kawan-kawan sekolah dan kadang-kadang dengan teman-teman sepermainan aku.
Masa darjah enam aku ikut Abang Cup . abang sulong Abang Tam berniaga warung Mee Rebus Pak Usop kat depan kubur, AbangTam dah belajar kat MRSM jadi waktu cuti sahaja dia akan bersama aku. Waktu ni aku dah tak suka sangat maindan akulebih serius dalam mendapatkan duit sebab aku sentiasa ada target benda yang hendak aku dapatkan. Memandangkan aku tidak ada masalah dalam pelajaran sebab aku memang budak bijak sebab setiap penggal aku akan dapat nombor 1,2 atau 3 sahaja. Mengaji Al Quran pun aku dah khatam al Quran masa darjah 3 lagi dan akukena khatam 3 kali sampai tingkatan satu dan akhirnya aku ditauliahkan untuk mengajar al Quran masa Tingkatan satu berbanding adik aku dan kakak darja 5 dah dapat tauliah mengajar al Quran.Aku tak pernah dapat nombor lain selain nombor 123 sebab walaupun aku sibuk bekerja tapi aku sebenarnyamenggunakan masa semaksimum yang mungkin.Aku sentiasa menerima cabaran dari orang sekeliling aku sebab contoh dan tauladan disekeliling aku sangat ramai yang berjaya dan setiap tahun ada saja abang atau kakak jiran-jiran aku yang masuk mengaji. Walaupun aku bekerja di warung sebenarnya aku bawa buku untuk baca dan aku mengurusskan bahagian order dan basuh pinggan dan masak mee kalau aku nak bawa balik sahaja. Setiap hari selepass waktu sekolah aku akan balik rumah mandi dan pergi mengaji Al Quran hingga jam 3 petang kemudian aku akan sambung buat sepera sampai pukul 5 petang . Selepas itu balik aku akan sembahyang Asar dan siap diri pergi tolong Abang Cup untuk pergi berniaga dan kadang kadang tolong aturkan barang-barang berniaga atas kereta sorong dngan Kak Nah dan kak Tam..aku adalah yang termuda yang tolong Abang Cup sebab waktu ni kak Cik dah tak berapa rapat dengan aku sebab dia dah sekolah menengah dan dia memang jarang join aku lagi. Aku akan mula bekerja di warung dari pukul 6 petang sehingga 9 malam sebab rumah aku tak lah jauh sangat dari simpang Lorong Akar Peluru tapi itu syarat ayah dan mak aku kena balik sebelum pukul 9 malam. Aku bekerja kat sini sampai aku tingkatan 1 kira lama jugalh. Aku dapat upah RM8.00 semalam dan dengan sebungkus mee dan ais kacang untuk aku bawa balik setiap hari sewaktu balik. Seronok bila waktu balik dari warung aku akan berlari dengan kelajuan 100 meter per minit untuk sampai ke rumah sebab aku walaupun siang duduk main ataskubur malam aku takutkan kubur juga dan lagi satu meman dia orang suka mengusikkata ada hantu tengah jalan.Merapaklah aku lari untuk samapi cepat ke rumah. Kadang-kadang mak akan tunggu aku kat hujung kampung taku ada orang kacau tapi Alhamdulillah tak adalah orang yang ganggu sepanjang aku bekerja.
"Yeh..yeh..kak Kin balik bawa mee....eeei sedapnya"

Waktu sampai di rumah adik-adik aku masa tu semua duk tunggu aku bawa balik mee yang aku buat sendiri jadi memang aku dah pandai masak waktu aku umur 12 tahun lagi sebab Abang Cup selalu kata kalau nak bawa balik masak sendiri jangan harap orang tolong buat.. Lama-lama pandailah. Tiap hari aku akan bawa menu yang berbeza walaupun sebungkus tapi boleh makan dengan semua adik-adik aku.Ada kebenaranya sebab setiap kali aku masak Abang Cup akan rasa dan dia memang pujilah aku memang semakin pandai. Selepas tu aku akan keluarkan duit dan aku lunggukkan atas meja.
"Mak simpanlah dan kalau mak nak guna nak beli apa mak belilah.Kin tak nak duit tu..Terima kasi kerana bagi Kin kerja..Kin seronok kerja dan mak tak halang pun kira dah ok lah."
"Tak pa mak simpan nanti kalau Kin nak guna bagi taulah"
Seronoknya bila aku tengoboleh beli gelang dan rantai emas. Bagi emak itu adalah pelaburan untuk kami belajar kelak. Semasa ini mak tak pandai menabung di bank. Sampai aku naik sekolah menengah baru aku belajar simpan duit di bank tapi sebenarnya emas-emas yang emak beli semua tu adalah kerana kebijaksanaan mak menabung dan menyimpan duit kami dan duit belanja yang ayah bagi. Gaji ayah masa aku sekolah rendah hanya RM 350 sebulan dan bila aku belajar di sekolah menenagh gaji ayah hanya RM 600 dan semua itulah yang mengajar kami untuk belajar mengenal erti hidup.

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment