kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, October 17, 2010

MAK.....Aku merinduimu...


Mak aku seorang yang sangat lemah lembut..hidup dia adalah ayahku...kerana bagiku ayah adalah segala-galanya kepada mak.. Mak lahir je ke dunia mereka telah dijodohkan...kata orang dipinang. Datuk aku dah booking awal-awal...masa tu ayah baru umur 5 tahun...pelik tapi itulah kebenarannya...dah dijodohkan sejak azali... Ayah anak nazar dn mak pun anak nazar jadi.... datuk kata pada tok wan kalau tok wan dapat anak perempuan jaadi menantu dia...tok wan orang alim kampung kira-kira macam tok siak masjidlah...dan datuk pula penghulu mukim ada anak tunggal lelaki seorang saja...jadi ayah n mak memang dah dijodohkan sejak kecil... Aku selalu cakap kyt mak n ayah... nasib baik mak comel...kalau tak tentu ayah cari lain...n mak pun subhanllah cantik....tak nyesallah kiranya bila ayah dijodohkan dengan mak...

Mak kahwin umur 16 tahun jadi dari kecil tengok ayah je lah...itulah dunia dia...dijaga macam intan permata oleh tok dan tok wan.. ye lah orang dulu bukan macam org sekarang boleh dating rata2..aku kagum dengan kisah ayah dan mak...mak anak orang susah tapi penuh dengan ilmu agama..mak hafal quran...walaupun belajar setakat darjah dua...ayah...Penang Free School.. Keturunan penghululah katakan...tapi ayah selalu cakap maklah permata hidup dia... Subhanallah..aku kagum dengan mak dan ayah..aku bersyukur aku adalah anak mereka...

Mak..pendiam...cakap kalau penting tapi aku dulu takut juga dengan mak sebab dia tegas dan cakap sekali saja...kalau dua kali mesti dah kena..he..he... kena rotanlah...tapi aku lah yang tak penbah kena rotan dengan mak ngan ayah sebab belum sempat kena rotan aku dah cabut... nanti sejuk baru aku bodek.... memang aku kaki bodek @ ampu ...tapi dengan ayah lah paling banyak...aku takkan bantah cakap mereka selagi ia tak memudaratkan aku. Mak didik aku secara demokratik...ada tolak ansur...jadi sselalunya akulah yang banyak tolaknya yang ansur tu mak ngan ayah ..asyik mengalah...aku memang anak yang spoiled.... sebab dari kecil sampai umur 19 tahun baru aku nak duduk jauh dari mak ngan ayah. Aku sentiasa cari alasan supaya tak tinggalkan mak ngan ayah...Tapi aku bersyukur kerana aku tidak berjauhan dari merakka menyebabkan aku penuh dengan kasih sayang mereka...banyak ilmu yang aku belajar dari guru pertamaku ..mak dan ayah...mereka banyak mengajar aku selok belok dunia ni..walaupun mereka bukan guru tapi bagiku merekalah guru terulung yang sangat berjaya...

Dulu aku selalu fikir hidup aku dah sempurna dengan adanya mak disisi aku hinggakanbagi aku dapat tengok muka mak dan dengar suara dia pun dah cukup....tapi aku anak manja mak dan ayah.....aku sebenarnya yang mengiktiraf diri sebagai anak manja sebab aku suka sangat manja...dengan mak dan ayah.. Nantilah aku cerita betapa manjanya aku ni..Mak sangat mengikut rentak anak-anak...tapi semasa kami kecil mak mendidik kami dengan kasih sayang. Mak tak pernah membandingkan anak-anaknya. bagi dia setiap anak berbeza.. dan mak layan kami menggunakanpendekatan berbeza.. dulu aku selalu cakapmak tak adil..tapi sekarang bila aku sendiri mendalami ilmu opsikologirupanya apa yang mak buat itu adalah ideal...sukar dilakukan oleh ahli psikologi sekalipun..... walaupun dia belajar hanya darjah dua tapi dia didik kami mengalahkan ahli psikologi kanak-kanak... hidup mak hanya untuk ayah dan anak-anak...

InsyaAllah aku akan kongsikan bagaimana mak mendidik kami...pengorbanan mak membesarkan dan mengasuh kami adik beradik....Semoga ianya dapat digunakan oleh orang lain dlam mendidik anak-anak..

Aku merindui usapan manja mak setiap kali aku nak tidur...mesti kena gosok belakang...baru boleh tidur...kadang2mak kena menyanyi kat aku sebab aku ni 'puteri raja' jadi kena dodoi baru boleh lena... ha..ha..akulah anakmanja...dulu nak tidur ayah kena cerita tapi bila ayah tak ada maklah yag ambik alih tugas mendodoikan aku....bayangkan sehingga akhir hayat mak dia tak pernah jemu mendodoikan anak manjanya...itulah hakikat yang orang tidak tahu kenapa aku tak pernah tinggal jauh dari mak n ayah...akuhidup dlam kasihsayang yang melimpah ruah....kalau tengok cara aku mungkin org ingat aku org yang serius...n..skema...tapi hakikatnya aku anak manja...setiap kali aku peluk mak aku nak mak janji akan jumpa aku diakhirat nanti...inipun aku buat setelah aku dengar darirakan sekerja aku yang cakap dia setiap kali peluk mak dia akan ikrar nak jumpa diakhirat jadi aku pun ikutlah.."Mak kin sayang mak..mak janji na kita jumpa disana nanti," ...."ishk... buat apa cakap macam tu...rajin mengaji , bagi sedekah dan buat amal...ingat kat Allah dan Rasul...InsyaAllah kita jumpa kat sana nanti...."

Kadang-kadang aku rasa orang disekelilingku lebih beruntung kerana memiliki ibu yang sentiasa dapat bersama mereka..aku ....kadang-kadang cemburu dengan apa yang mereka miliki..tapi apalah dayaku sekadar dapat melihat kegembiraan orang disekelilingku yang bertuah kerana masih miliki ibu walaupun kekadang aku lihat mereka seolah-olah tidak menghargai ruang yang mereka miliki....

Mak juga dah pergi meninggalkan aku ...kembali kepangkuan Illahi..menyahut panggilan kembali setelah lapan bulan kami memnunaikan haji....itulah aku yang cukup penuhdengan kasihsayang... mereka..Mak kembali kerahmatullah pada usianya 55 tahun pada hari ulangtahun ayah ke 60 tahun jika ada dan juga ulangtahun kakak sulungku ke 35 thn pada 25 Nov 2006. Sehingga hari ini aku masih tak dapat melupakan saat ibu pergi meninggalkan kami pada pagi jumaat...akulah yang paling terkilan...sebab mak sempat panggil nama aku...dan selepas dua kali menyebut Allah..Allah...mak pergi but selama-lamanya...... Ya Allah...tiada yang kuharapkan melainkan kesejahteraan dua ibubapaku ini. Semoga Allah SWT menemukan kami diakhirat kelak...Mak kin rindu pada mak....kin rindu nak dengar alunan suara mak mengaji AlQuran... lagu mak...kin rindu belaian mak...kin rindu mak....

AL FATIHAH

buat HJH SITI ESAH BT MUHAMMAD

8 APRIL 1951 hingga 25 NOVEMBER 2006

PERGI YANG TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in