kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, January 19, 2017

SKKSM



Artikel 2 STANDARD KOMPETENSI KEPENGETUAAN SEKOLAH MALAYSIA (SKKSM)



Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM)


Kamaruzaman Moidunny, PhD
Jabatan Perancangan dan Standard Latihan
Institut Aminuddin Baki
Genting Highlands


Pengenalan
Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua semakin mencabar dari sehari ke sehari kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan, di dalam dan di luar negara (Abdullah Sani 2004; Ayob 2005; Cheng 2002; Goodlad 2004; Hussein 1997; Omardin 1997). Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah semakin kompleks. Oleh itu, guru besar atau pengetua bukan hanya perlu kepada pengetahuan profesional sahaja tetapi perlu juga memahami kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah. Dalam hal yang sama, Goodlad (2004), pula menyatakan bahawa persediaan profesional yang lebih mendalam dan terperinci perlu dilaksanakan dalam usaha menjadikan sekolah lebih berkesan.
 Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Rhodes dan Brundrett (2006) yang mendapati terdapat kekurangan guru besar dan pengetua di Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, ada kaitan dengan cabaran dan dugaan besar yang dihadapi oleh pentadbir-pentadbir sekolah. Bagi mereka, sebab bagi kekurangan pemimpin sekolah ini adalah kompleks dan penyelesaiannya seringkali selalu dielakkan.  Di samping itu pula kecemerlangan murid dan sekolah seringkali disandarkan kepada pengurusan dan kepimpinan yang dimiliki oleh guru besar dan pengetua. Tegasnya, peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua adalah sangat besar dan mencabar.
Sergiovanni (1984) telah mengklasifikasikan peranan-peranan guru besar dan pengetua kepada lima bidang utama iaitu dalam bentuk petugas, pendidikan, organisasi, pentadbiran dan pasukan. Peranan-peranan ini bertambah dan berubah mengikut masa, menjadikannya bertambah kompleks dan rencam. Perkara ini memberikan implikasi yang serius terhadap kebolehan dan kemampuan guru besar dan pengetua untuk menghadapinya. Jika mereka tidak bersedia terhadap cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, kecemerlangan murid dan sekolah sukar untuk dibangunkan. Jelas sekali mereka perlukan bantuan dan sokongan dalam menghadapi cabaran-cabaran dan harapan tinggi yang diletakkan di bahu mereka. Oleh itu, pengwujudan satu program latihan yang sesuai bagi pemimpin-pemimpin pendidikan adalah satu keperluan. Program latihan ini seharusnya didasari oleh satu standard kompetensi dalam menentukan latihan yang dibekalkan adalah relevan dengan kehendak kerja mereka. Standard ini boleh dinamakan sebagai standard kompetensi kepengetuaan.
Standard Kompetensi Kepengetuaan

Di Amerika Syarikat, Council of Chief State School Officers (CCSSO) telah mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah pada tahun 1996 yang mengandungi perkara asas berkaitan pengetahuan, kecenderungan bertindak dan pencapaian, yang akan membantu mewujudkan sekolah yang produktif dan mengukuhkan hasil pendidikan (CCSSO 1996). Standard ini dibina daripada kajian dan perbincangan personel daripada 24 buah negeri yang disesuaikan dengan kurikulum kursus pemimpin pendidikan yang dikeluarkan oleh National Council of the Accreditation of Teacher Education (NCATE). Terdapat enam standard yang dikemukakan oleh CCSSO yang menyatakan bahawa:
1.                   Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid dengan membantu pembangunan, kejelasan, pelaksanaan dan sebagai orang bertanggungjawab terhadap visi pembelajaran agar dikongsi bersama dan disokong oleh komuniti sekolah.
2.                   Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid dengan mempelopori, mengasuh dan mempertahankan budaya sekolah dan program instruksional yang mempengaruhi pembelajaran murid dan pertumbuhan profesional.
3.                   Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid dengan memastikan pengurusan organisasi, operasi dan sumber-sumber bagi keselamatan, kecekapan dan keberkesanan persekitaran pembelajaran.
4.                   Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid dengan membuat kolaborasi dengan fakulti (universiti) dan ahli-ahli komuniti, bertindak balas terhadap minat dan keperluan komuniti yang pelbagai dan menggerakkan sumber-sumber komuniti.
5.                   Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid yang berfungsi dengan integriti, adil dan beretika.
6.                   Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid dengan pemahaman, bertindak balas dan mempengaruhi politik, sosial, ekonomi, perundangan dan budaya.

Di England pula, DfES telah mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah yang terdiri daripada enam bidang utama. Bidang-bidang ini adalah membentuk masa depan, memimpin pengajaran dan pembelajaran, membangunkan kendiri dan bekerja dengan orang lain, mengurus organisasi, menjamin akauntabiliti dan memperkasakan komuniti (DfES 2004b). Bagi setiap bidang, keperluan pengetahuan, kualiti profesional dan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan asas telah dikenal pasti.  Di Wales pula, standard kompetensi kepengetuaannya adalah sama seperti yang terdapat di England (The National Assembly of Wales 2004). Dan jika dilihat secara lebih dekat, standard kompetensi bagi Wales, Scotland dan Ireland Utara diiktiraf bagi kemasukan ke jawatan guru besar atau pengetua di England. Hal ini dapat menjelaskan kepada kita bahawa telah wujud penyeragaman secara tidak formal dan pengiktirafan daripada segi standard kompetensi kepengetuaan bagi negeri-negeri England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.
Dalam konteks Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) telah menggubal Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mengandungi pernyataan dan instrumen pemastian standard untuk pemimpin-pemimpin sekolah (JNS 2004). Standard ini mengandungi empat dimensi yang dikenali sebagai hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid. Hala tuju kepemimpinan mempunyai elemen visi, misi dan kepemimpinan. Dimensi pengurusan organisasi pula mengandungi struktur organisasi, perancangan, iklim, pengurusan dan pembangunan sumber serta pengurusan maklumat. Manakala dimensi pengurusan program pendidikan pula mempunyai elemen pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan sahsiah dan penilaian pencapaian murid. Dimensi kemenjadian murid pula mengandungi elemen akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Peranan Khusus Guru Besar dan Pengetua dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan
Ubben dan Hughes (1987) menyatakan bahawa guru besar atau pengetua melaksanakan lima peranan khusus iaitu pembangunan staf, perkhidmatan terhadap murid, pembangunan  program sekolah, pemerolehan sumber dan pengurusan bangunan serta perhubungan sekolah dengan komuniti luar.  Sementara bagi Hussein (1989), kompetensi yang selalu dikaitkan dengan guru besar atau pengetua adalah misi sekolah, kurikulum dan pengajaran, pentadbiran sekolah serta hubungan dan komunikasi manusia. Kompetensi ini dilihat sebagai ramuan penting untuk sekolah yang berkesan dan berjaya. Bagi beliau juga, pentadbiran sekolah dilihat sebagai perkara yang paling kurang penting berkaitan formulasi dan proses pelaksanaan serta pematuhan undang-undang dan peraturan.
Bagi Louis dan Miles (1990) pula, guru besar atau pengetua perlu menjadi pengurus, mereka bentuk dan melaksanakan pelan, memfokuskan kepada pencapaian tugas, berurusan dengan struktur dan sistem, ketua yang berpegang pada visi, menggalakkan perkongsian dan rasa kekitaan, melibatkan diri dengan perancangan evolusi, sentiasa peka dengan perbezaan budaya serta perubahan yang mungkin untuk jangka masa panjang. Sementara bagi Gaban (1982) menyatakan bahawa kompetensi guru besar atau pengetua
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani
berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

BUDAYA TUTUP PINTU


Sudah tujuh bulan aku bertugas di sini. Namun aku masih lagi mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yg bermain dimindaku.

Aku bersyukur kerana di tempat kerja yang baru ini setiap pegawai diberikan bilik khas dan bersyukur kerana semua mendapat ruang peribadi sendiri.

Mungkin disebabkan aku pegawai baru belum lagi memahami budaya di sini. Setiap pegawai yang aku perhatikan masuk bilik terus TUTUP PINTU dan apa yg lebih pelik kasut pun ada yang bawa masuk ke dalam bilik. Kalau aku lalu di lorong koridor bilik perlu ketuk pintu baru tahu ada orang atau tidak.

Persoalannya kekadang aircond , kipas dan lampu terpasang tapi pegawai tak ada pun dalam bilik. Ada yang hanya datang switch on semua dan biarkan bilik tanpa penghuni. Mungkin sebab aku pegawai baru aku belum mengerti apa itu dasar tutup pintu yang pejabat kerajaan laksanakan.

Pernah aku bertanya kepada orang lama @OTAI ....Jawapannya PRIVACY ...nak bagi ruang privasi untuk setiap pegawai. Kekadang terfikir juga apa yg privasi sangat di pejabat. Ruang untuk bekerja dan membuat kerja.

Kalau di pejabat swasta pejabat lebih bersifat TERBUKA yang mana pegawai lain boleh melihat apa yang dilakukan oleh kita. Mungkin kerana itu mereka lebih produktif dan berdaya saing.

Sehingga hari ini aku masih tertanya tanya apa yang mereka sibukkan .
1.Berapa banyak buku atau artikel yang mereka tulis?
2.Berapa banyak modul baharu yang disediakan.
3.Berapa banyak inovasi yang mereka lakukan?
4.Berapa kajian yang mereka laksanakan?
5.Berapa banyak penyelidikan yang dilaksanakan?

Sebenarnya banyak fitnah yang boleh timbulkan apabila pintu sentiasa tertutup rapat.
1. Scandal
2. Tidur
3. Lepak

Adakah aku seorang yang terlalu berfikir??????
Hahahhaha....inilah aku yang sentiasa berfikir.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Lawatan Penandaarasan EKSA

Lawatan masuk Penandaarasan EKSA ke IAB CAWANGAN UTARA MALAYSIA

Alhamdulillah hari ni dah masuk tujuh bulan aku di IAB CAWANGAN UTARA sebagai Pensyarah Kanan . Dapatlah berkenalan dengan  kawan kawan baru  rupanya ada yg kenal dan pernah mengikuti perkembangan aku di Media Sukses.

Dah lama aku tak menulis dan menyumbag artikel untuk Majalah dan juga surat khabar. Lepas ni nak kena menulis semula.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, January 17, 2017

KESIAN ADEK

Ujian Allah SWT buat hambanya yang dikasihi.. Allahuakbar
Kisah hari ini....aku balik dari appointment doktor pakar dan sampai di rumah terus tengok anak bulusku yg baru berusia 6 minggu  yang dalam sangkar bersama ibunya HONEY. Buka sangkar aku tengok lehernya dah berlubang bekas gonggongan ibu dia yang meroyan usung anak walaupun dalam sangkar.
Selepas solat asar terus bawa ke vetarinar dan bila sampai di sana doktor rawat dan bagi ubat ubatan.  RM40 bayar vet.

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui bagaimana keadaan kewangan aku ketika ini. Tapi aku yakin Allah SWT berikan yang terbaik untukku. In sha Allah ada rezeki yg akan datang. Mungkin kalau orang  melihat aku dari rumah kediaman dan status jawatanku semua akan katakan aku lahir dan dalam kepuk emas.  Alhamdulillah dengan rezeki Allah SWT.
Semoga Allah limpahkan rezeki dan rahmat buat diriku dan sentiasa mencukupkan keperluanmu.
Hanya Allah dan air mata menjadi peneman hidupku.
Terima kasih ya Allah
Alhamdulillah

Sunday, January 15, 2017

MANRESA, ADRIATIK DAN ANTRIANO

Manresa 
My new family's of figs.


Antriano

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, January 13, 2017

TERLENA

*TERLENA*😔🤕

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena

Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..

Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib *hidup* menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?

Lalu tiba-tiba menjelmalah *usia* di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil *menunggu Sakaratul Maut* tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

Astaghfirullah, *ternyata tidak seberapa* sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika *Sakaratul Maut*?

Tambahkan usiaku ya Allah, aku *memerlukan waktu* untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita *menyia-nyiakan* waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

*Perlu berapa tahun* lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun *tidak akan pernah cukup* bagi orang-orang yang terlena.

Ustaz Ahmad Nasir👳🏻

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, January 6, 2017

JAGALAH PERCAKAPAN

Kalau benar2 nak jadi muslim yang baik dan disenangi, Yang Pertama kita perlu jaga akhlak iaitu dengan kita menjaga ucapan@ percakapan serta batasan pergaulan. Kedua, kita jaga adab @ perilaku apabila kita bergaul@ bercampur dgn orang lain. Seterusnya kita usaha untuk jaga SILATURAHIM. Jangan kita bangkitkan issu2 yang mencetuskan permusuhan serta kebencian terhadap orang lain. Kadang2 kita cuba nak terangkan satu kebenaran namun kita sering gagal menyampaikan ilmu disebabkan niat kita tak betul. Kalau kita tak dapat tarik orang lain kepada kebaikan tidak semestinya sebab dia tak mahu ikut tetapi kita kadang2 cara/sikap kita tak mampu untuk menyentuh hati mereka.

Semoga bermanfaat...

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, January 5, 2017

KISAH KETAM

Melayu: Hello Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL OF THE STORY:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana dia boleh berjaya. Cina yg dah berjaya itu pula, akan ajar dan tolong Cina lain agar dia pun berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini.

Sebab itu Melayu susah nak maju.
Jadi janganlah kita menjadi seperti ketam itu.
Sama-sama lah kita membantu antara satu sama lain..

#KalauRasaKisahKetamNiBermanfaat
#ShareLahSebanyakMungkin
#AgarOrangMelayuSedarDanBangkit
#BuangSifatNegatif
#AmalkanPemikiranPositif

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, January 2, 2017

Merenung diri

*Ingat kematian mematikan nafsu untuk buat dosa dan maksiat*

Macam mana nak ingat kematian?

✅Kerap ziarah kubur. Tiap kali ziarah kubur arwah ibubapa, tiap kali tu jugalah kubur bertambah. Menandakan akan ada orang mati setiap hari, setiap masa.

✅Tambah ilmu mengenai alam akhirat. Baca buku-buku menghadapi mati, suasana di alam barzakh. Dengar ceramah-ceramah mengenai alam akhirat, seksa kubur dan sebagainya.

✅Buat persiapan menghadapi kematian. Tempah batu nisan untuk diri sendiri siap-siap, beli kain kafan dan cium kain tu hari-hari, pakaian terakhir kita.

✅Sentiasa fikir kematian boleh datang dengan tiba-tiba. Tiap kali rasa nak buat dosa, bayangkan macam mana kalau tiba-tiba meninggal waktu tu jugak? Tak gerun ke mati dalam keadaan tengah buat maksiat?

✅Muhasabah diri sendiri. Selama aku hidup ni, cukup ke amalan yang aku buat untuk selamatkan aku dari azab kubur?

Semoga bermanfaat..

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, January 1, 2017

STORIES FROM MY FRIENDS


 Tuan Shaharan Tuan Mat

Noorhayati Shahrom

Nantikan perkongsian mereka dalam buku Aku Adalah Aku Jadilah Diri Sendiri.
 Hashimi Ismail

 Kepten Dato' Hj Mohd Fauzi Aziz
 Normishah Shahrom
Tuan Shaharan Tuan Mat
 Khoiri Khamis
 Metron Zaiton Daud
 Hj Abdul Ghoni Ahmad
 Noor Azlina Osman
 Normazwin Yahya
 Tengku Abdullah Tengku Mohamad
En Khalid Art's

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

*Tazkirah Pagi*
Assalamualaikum wbt..

*Dekatkan Diri Dgn Allah*

Tamak dunia kerugian, tamak akhirat keberuntungan. Justeru, teruskan usaha memburu pahala besar dengan membaca quran, amalan2 sebelom tidur, tahjud & witir.
Ingatlah "life is short , death is anytime"    
IstiqomahLah, semoga teriring dalam setiap langkah....
 Pintu paling dekat untuk insan menghampiri diri kepada Allah ialah merendah diri sehina-hinanya di hadapan kebesaran Allah. Merasai diri amat fakir dan tiada apa-apa yang dimiliki melainkan segalanya milik Allah jua.
Apabila hal itu tertanam dan menghiasi jiwa, maka segala keajaiban rohani akan dibuka oleh Allah.
 Lantas, jiwa akan melihat pelbagai perkara yang tidak dilihat oleh mata.

Semoga kita usaha untuk perbaiki diri menjadi hamba Allah yang berTaqwa.

Dato sby...


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in