kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (222) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (152) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) kerjayaku (74) cabar minda (70) 1 entri 2 stories (65) D'Perantauan (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (47) berita (47) keluargaku (47) kerjayaku...kemahiran (45) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) dari seorang sahabatku (35) Penulisan (34) BUKU (32) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) Aku Anak Pomen (22) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (19) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) ANEKDOT (7) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) IABU (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) shikin sayang (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) ADIKKU (2) Aidilfitri (2) Ayah (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aku Boss (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label berkebun. Show all posts
Showing posts with label berkebun. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

Tin Teratak Aish

 Sudah berbulan tak ambil kisah pokok syurgaku ini.
Bilalah nak mengetut,membaja , merumput ,meracun  dan membelai anak- anak hijo ni. Rindu sangat  dengan  pokok pokok ku ini.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Monday, January 22, 2018

Clitoria ternatea aka Bunga Telang


Nama Botani : Clitoria ternatea
Famili : Leguminosae (Papilionaceae)

Pengenalan

Kacang telang atau butterfly pea merupakan tumbuhan jenis kekacang. Ia adalah pokok jenis memanjat atau menjalar di atas tanah. Pokok ini dikenali dengan nama pokok bunga nasi kerabu di kalangan penduduk Kelantan kerana bunganya digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu. Pokok kacang boleh tumbuh sehingga 9 meter panjang. Ia membiak dengan cara keratan batang atau biji benih. Bunganya berwarna ungu kebiruan dan ia mengeluarkan bunga sepanjang tahun.

Kegunaan

Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut. Is juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain. Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau. Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan. Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.

Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. Daun telang biru yang diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata merah.

Kandungan dalam bahagian pokok telang biru :
Daun - alkaloid dan triterpinoid
Kulit batang dan biji - alkaloid jenis toksik.
Minyak biji - asid aralidik, linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik, sitesterol
Seluruh bahagian pokok - antosianin, sparajitin, arabinos, asid amino, asid linolenik, asid stearik, beta-sitosterol, flavonol, kaempferol, klitorin, lakton, lisin, oligosakarida, protein, ramnos, ternatin, silos.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, May 5, 2016

TEKNIK MENGETUT POKOK TIN

  KELARKAN KULIT  PADA RANTING...KALU BOLEH BIAR SEDIKIT SAHAJA..YANG NI TERLAJAK POTONG LEBIH DARI 1 INCI...1 CM SEBENARNYA DAH CUKUP
SAPUKAN BELACAN ATAU PENGGALAK AKAR BAHAGIAN ATAS YG DIKELAR..... YG NI SILAP SAPU HEHEHE NASIB BAIK MENJADI
 
BALUTKAN DENGAN TANAH PEATMOS ATAU HOLLAND YANG DICAMPUR B1 ...TAKDAK REDBULL PUN BOLEH PAKAI DAN IKATKAN..NAK MUDAK CABEL TIE SAJA...KALAU NAK JIMAT IKAT JA DGN TALI RAFIA

 BALUT DENGAN ALUMUNIUM FOIL SELEPAS DI BALUT DENGAN PLASTIK KALIS AIR
 INILAH HASIL 


 SELEPAS DUA MINGGU HASILNYA
BOLEH POTONG 






BOLEHLAH SEMAI DALAM BEKAS POLIBEG ATAU NAK DI BUNJUT SEMULA UNTUK TUMBESARAN AKAR,

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, April 12, 2016

MAYANGSARI DAN SEBUAH SAJAK


“Mencumbumu…
sebuah irama bagi sajak-sajakku”


Sebait sajak yang kutulis ditubuhmu

Lalu aku melihatmu bagai tak tersentuh pagi
bersembunyi di bibir subuh
Dan tenggelam dalam sisa kabut
Larut berpadu darah
Mendayung bintang ke timur
Menjerit bagai tangisan bayi setengah hari
Bukan hanya badai tanpa sayap
Lengking kecapi dan denting piano
Terpenjara di ujung jemarimu
Mayangsari
O, kembang purnama di peluk syair para sufi
Mengering bersama ranting dan tanah merah
Ingin sekali kukirimkan sajak-sajakku
kau datang padaku
Dan memberi seribu setanggi  di atas ranjang
Sebagai sambutan cinta abadi
Tajug-tajug  tua berdiri tegak di jemariku yang lancang
Barangkali, bisa kusimpan nafsuku

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, April 10, 2016

TIN TERATAK AISH @ MUEZZAH

 ALHAMDULILLAH......dengan nikmat kesihatan dan kebahagiaan yang Allah SWT kurniakan buatku bersama Muezzah dan pokok-pokok tin di halaman rumahku.
Laman hijau yang menenangkan yang menjadi teman setiap hari...kalau sehari tak menjenguk ke laman Tin ku ini terasa rindu yang teramat....nikmat rindu yang Allah SWT kurniakan bukan saja pada insan tapi juga pada makhluk lain.
Setiap hari hati akan risau dengan pokok-pokok yang kutanam di rumah dan setiap hari juga Muezzah menanti kepulanganku .  Memandang Muezah pandai buang air dan tak buat hal jadi dia bebas di salam rumah dan tak dikurung dalam sangkar macam kucing orang lain.
Hari Jumaat wajib mandikan pokok-pokok dan sembang dengan pokok bagi semangat dan motivasi utk berbuah.....hahahaha inilah kaunselor dgn pokok pun sempat bagi motivasi.

 HBT  = IBT =IPOH BLUE GIANT
 Nikmatnya bila dapat memetik buah tin  apatah lagi bila nak buka puasa....memang sedap tiada bandingan dengan buah-buah lain.
 Kemeriahan Brunswick merawat hati yang terluka..
 Kemeriahan mata-mata ketam yang keluar....keseluruhan adalah 200 biji plus2....masak tak serentak...
 Insha Allah berbuka dengan buah tin sehingga bulan Ramadhan nanti




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, April 1, 2016

Projek Tin@Teratak Aish

 Alhamdulillah setiap hari minggu inilah kerjaku....membelai anak2 hijau sekeling rumah.
 Pokok TGf jumbo yang ku semai dari keratan batang sepanjang dua inci...hidup dengan suburnya
 Masui Duphine A yang sangat manis dan lemak
 Tidak pernah putus mengeluarkan buah...berceretek
 JUMBO yang mengikut jejak
 TGF Jumbo yang meriah berbuah...In sha Allah bulan puasa nanti boleh kutip makan setiap hari untuk berbuka puasa
 Black Genoa yang mula produktif
 Flanders antara buah yang besar dan sedap
 Inilah barisan pokok yang sedah produktif sekarang
 INCA GOLD buah yang sesedap namanya...sudah mengeluarkan buah batch kedua
 BRUNSWICK yang tak berhenti berbuah
 Daun-daun pengapit kepada mata ketam dipetik untuk dijadikan teh yang sangat berkhasiat
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda : ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
IN SHA ALLAH AKAN HASILKAN SABUN TIN...lama tak bereksperimen buat sabun..rundu




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in