kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, November 27, 2019

Baba , Ayah Mak Mor










Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk babaku Hj Mohammad Yousaf Noor Hassan.

Orang lain semua panggil Dajie tp aku panggil Baba. Panggilan untuk insan karomah dalam hidupku. Aku rindu setiap kali dapat bercakap dengan Baba walaupun dia tak boleh cakap banyak cukup bagiku dapat lihat dia. pertemuan kami terlalu singkat. Aku bukan tidak dapat menerima kenyataan hidup ini tapi aku rasa terlalu suntuk masa untuk aku menumpang kasih Baba.  Baba boleh bertutur dlm bahasa Arab tp malangnya  aku tak fasih berbahasa Arab apatah lagi Poshtun, tapi syukur Baba faham bahasa Inggeris. setiap kali  cakap dengan Baba aku akan cakap aku rindu dia dan doakan untuk dia. Baba doakan Noor. Aku bersyukur kerana Allah SWT berikan Baba dalam hidup aku dan juga Mor. Aku rindu senyuman Ayah dan Mak.  Bila tengok Baba dan Mor aku nampak Ayah dan Mak.
Ya Allah yang Maha Mengetahui betapa rindu hati ini.  Aku ingin berbakti pada mereka tp jarak masa dan kewangan menjadi limitasinya. hanya pada Allah SWT aku serahkan. Ada rezeki dan umur yang panjang kami akan bertemu lagi.

Aku sedar dan redha ajal,maut, rezeki, jodoh dan pertemuan itu hak Allah SWT. Aku bersyukur ditakdirkan menjadi anak Ayah dan Mak serta menjadi anak buat Baba dan Mor. Allah Maha Esa mengatur setiap perjalanan hambanya. Makhbulkan setiap doa dan impian hambaNya. Terlalu banyak ranjau kehidupan ini yang aku lalui. senyum di wajah ini senyuman yang penuh suka duka.

Terima kasih Allah
Terima kasih kekasih sejatiku Muhammad SAW
Terima kasih mak dan ayah lahirkan aku ke dunia
Terima kasih mor dan baba lahirkan habibku ke dunia
Terima kasih Habib melayan kerenah Noor

Lailahaillallah
Muhammadul Rasulullah
Allahummasolli ala Muhammad wa ala ali Muhammad


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Monday, November 25, 2019

25 November







25 Nov 1947 Hari Lahir Arwah Ayah Hj Shahrom Bin Rahim
25 Nov 1969 kakak Normishah Shahrom lahir.
25 Nov 2006 Mak Hajah Siti Esah Mohamad kembali ke pangkuan Allah SWT buat selamanya.
25 Nov 2006 Muhammad Wakeel Selamat Bin Muhammad Rahim lahir ke dunia
25 Nov 2019 genap usia Kakak Sulongku Normishah Shahrom yang ke 50 tahun. Selamat hari lahir kak. Semoga panjang umur dalam keberkatan Allah SWT. Diberikan kesihatan yang baik, dan bahagia selalu disamping keluarga yang tercinta.Semoga AllahSWT makhbulkan impian kak menunaikan haji bersama keluarga. Aameenyarabbalalameen
Chek sayang kak.
I love you.
Happy Birthday to you Kak Not
Selamat Hari Lahir anak ibu Muhammad Wakeel Selamat yang ke 13 tahun.
Al Fatihah buat ayah dan mak. Semoga Allah SWT himpunkan kita disyurgaNya kelak. Aameenyarabbalalameen
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, November 19, 2019

Begum Noor Muhammad Rahim Khan





















:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, November 14, 2019

HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI IABCU 2019

 HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI IABCU 2019

ALHAMDULILLAH ...MASYA ALLAH

1. ANUGERAH PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)
2. AUDITOR DALAMAN IABCU
3. ANUGERAH PERNGIKTIRAFAN INOVASI: PENULISAN BUKU KREATIF AKU ANAK POMEN
4. ANUGERAH PENGIKTIRAFAN INOVASI: PENERBITAN KOMPILASI AMALAN TERBAIK SIRI 1/2019
5. ANUGERAH PENGIKTIRAFAN INOVASI:PENERBITAN KOMPILASI AMALAN TERBAIK SIRI 2/2019
6. ANUGERAH PENGIKTIRAFAN INOVASI: PENERBITAN E PROSIDING IL 2018
7. ANUGERAH PASUKAN KIK IABCU 2019: PROJEK APLIKASI ANDROID CR NAS
8. ANUGERAH LATIHAN CEMERLANG
9. ANUGERAH PENGIKTIRAFAN KUALITI CERTIFIED COACH
10. ANUGERAH SCHOLARLY ACTIVITIES 2019
Alhamdulillah














:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, November 12, 2019

Cemburu Seorang Perempuan.....

Betapa kuat dan hebat hati seorang perempuan dalam  soal cemburu tetap tak akan ada yang dapat memahami.

Memang mudah melafazkan kata redha tapi secara praktikalnya tidak akan ada insan dapat memahami erti kata redha yang sebenarnya.

Shikin sememangnya seorang yang sangat lemah. Sedari kecil memang seorang anak yang terlalu rapat dengan ayah dan selalu buat hal. Semuanya kerana hendak menangi ayah berbanding adik beradik lain.  Selalu sakit dari kecil dan tidak boleh berpisah jauh dengan ayah dan emak.  Selalu menang dalam persaingan merebut hati ayah. Hinggakan semasa kecil sukar untuk berjauhan dengan ayah. Sanggup gagalkan diri dalam ujian semata-mata tak mahu masuk sekolah asrama. Sanggup  cederakan diri sebab nak selalu dekat dan manja dengan mak dan ayah. Seorang yang sangat cemburu bila adik beradik lain  mendapat  tumpuan lebih. Selalu protes dengan keputusan yang  dibuat. Memberontak, melawan dan sewaktu dengannya. Tapi Allah SWT takdirkan diri ini akur dengan permintaan ayah dan tidak sanggup menghancurkan impian ayah.  Impian ayah adalah impian yang akan diteruskan.

Masa kecil kalau ada perempuan yang menghampiri atau mendekati ayah dengan niat terpesong Shikinlah anak yang akan memberontak dan sanggup bergaduh dengan orang hanya untuk pertahankan  ayah hanya milik emak. Ayah hanya milik kami adik beradik. Kalau ada orang usik kata ayah nak kahwin lain Shikinlah yang akan protes dan mengamuk. Sanggup mogok makan dan sanggup ikut ayah sampai tempat kerja sebab control ayah.
Itulah Shikin seorang anak perempuan yang sangat control ayah. Jadi mak tak perlu risau orang lain rampas ayah dari mak sebab Shikin lebih dasyat cemburu dan control ayah.

Tetapi kini Shikinlah yang dianggap perampas kebahagiaan orang lain. Sememangnya sesuatu yang selalu yang Shikin sendiri tak boleh terima. Sejak awal Allah SWT uji shikin dengan meletakkan rasa setia pada insan yang bernama Abang sehingga 16 tahun dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.

Allah SWT uji diri ni dengan menghantar empat kali pinangan dari isteri meminang Shikin untuk suami mereka. Empat kali wanita meminang Shikin tapi semuanya ditolak kerana terlalu berat untuk berpoligami. Dulu hanya sanggup berpoligami hanya Abang dan sanggup lalui caci dan nista dari orang kerana kasih sayang padanya. Apa yang tidak dikeji dan apa yang tak dihina hingga ke  tujuh keturunan disindir kerana menyayangi insan bernama Abang. Pernah tanya pada Allah SWT kenapa takdirkan hati ni untuk menyintai Abang. Satu kerja yang sia sia bagai menanti bulan jatuh ke riba.

Selepas hati pasrah dan  lupakan Abang Allah SWT datangkan ujian berbentuk kasih sayang dalam hidup ini hingga hilang segala aset dan harta hanya kerana menyintai insan yang salah dalam hidup ini. Hilang kasih dan gantinya hanyalah bebanan menanggung komitmen kewangan yang tinggi dan air mata sahaja penggantinya.

Alhamdulillah atas ujian yang Allah SWT berikan dan hati ini masih kuat mempertahankan diri ini. Bertali arus peminangan ditolak hanya kerana Allah SWT sahaja yang tahu betapa diri ini takut dan hilang keyakinan pada insan bernama lelaki. 44 peminangan hanyalah jadi koleksi.

Percaturan Allah SWT untuk diri ini beretakkan madu. Manis madu untuk diminum tetapi bermadu bukanlah mudah dan tidak ada seorang perempuan yang mahu dirinya dimadu. Walaupun boleh menerima kehadiran perempuan lain dalam hidupnya tapi bukan mudah untuk memadam rasa cemburu. Cemburu itu api yang ditiupkan syaitan dalam hati agar sentiasa tidak puas hati dan tak redha.  Shikin tahu walaupun kahwin atas persetujuan isteri pertama dan dia berulang kali mengatakan redha tapi bukan mudah untuk membuang cemburu.

Shikin sendiri yang kuat cemburu dalam hidup ini. Sehingga kini bagaikan dalam mimpi dan masih mencari ruang untuk menerima hakikat hidup berkongsi kasih sayang. Walaupun senyum di wajah tetapi
 hakikat dihati tuhan sahaka yang Maha Mengetahui. Cemburu seorang perempuan bukanlah mudah. Hatta terhadap anak sendiripun boleh ada rasa cemburu inikan pula hidup bermadu.

Kadang kadang pelbagai perasaan bersalah menghantui diri ini. Rasa bersalah menjadi orang ketiga dalam kebahagiaan rumah tangga orang lain. Rasa bersalah mengambil masa orang lain. Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini. Mungkin sebab itu Allah SWT berikan ilmu kaunseling untuk diri ini. Kaunseling sangat membantu untuk menjaga diri ini dari tergelincir dengan mainan emosi. Alhamdulillah Allah SWT berikan Shikin kemampuan menulis dalam hidup ini.

Pernah Shikin pertikaikan kenapa emas yang indah di depan mata perak juga yang menjadi buruan. Ini kerana Shikin rasakan diri ini hanya ibarat perak  dan emas tu adalah madu Shikin. Penerimaan diri dia terhafap Shikin buatkan Shikin rasa bersalah dan menyesal membuat keputusan berkahwin. Permainan psikologi yang lebih hebat. Walaupun Shikin berkongsi suami yang dia cinta dia boleh redha dan layan Shikin degan baik. Bagaikan permaisuri. Hebat. Layanan yang diberikan oleh dia membuatka Shikin lebih rasa bersalah.

Menyesal. Hanya Allah SWT yang tahu. Hati ini terlalu lemah. Shikin seorang yang sangat tak kuat. Shikin hanya ada Allah SWT dalam setiap keputusan yang Shikin buat. Adik beradik tidak pernah masuk campur dalam urusan Shikin sedari dulu. Berbanding dia ada ibu, bapa, anak lelaki lima orang dan  keluarga yang sangat rapt dalam kehidupan mereka.  Cemburu dengan segala yang dia miliki. Perempuan yang cantik rupa paras, ada pegangan agama yang kuat, ada zuriat keturunan yang ramai, keluarga yang sangat kuat sokongan. Ketika dia diberitahu  suaminya ada perempuan lain dalam hidup seluruh keluarga berikan moral support yang tinggi kepadanya.  Berbanding Shikin tiada apa apa ...usia dah tua, rupa paras jauh panggang dari api, zuriat???? itu hak Allah SWT. Keluarga tak pernah menghalang apa keputusan dibuat. pandai buat pandailah tanggung sendiri. Mak dan ayah dah bagi didikan yang sempurna jadi gunakanlah setiap ilmu yang diberi. Hanya pesan mak dan ayah jadi sokongan.

Hanya Allah SWT  mengetahui hati ini. Allah SWT takdirkan hidup ini jalannya bermadu. AllahSWT yang menulisnya. Kalam Allah SWT itu pasti. Semoga Allah  takdirkan yang terbaik dan kepada Allah SWT Shikin serahkan hati ini. semoga Allah menjaga setiap langkah dan keputusan Shikin hanya kerana Allah SWT.

Jagalah hati ini agar tidak cemburu. jauhkan dari hasad dan dengki. Hati ini hanya milik Allah. Pemilik hati ini yang menjaganya. Sesungguhnya Shikin sangat lemah sebagai seorang yang bergelar perempuan. Bahagiakanlah kami didunia dan di akhirat. Allah SWT jagalah hati ni.

Buat Habib semoga dapat berlaku adil dalam kehidupan ini. Maafkan andai ada khilaf diri ini kerana sesungguhnya aku tidak sempurna.  Maaf andainya air mata ini mengalir kerana cemburu itu bukan milikku tapi  takdir Allah Swt untukku. Semoga masa mendatang adalah dalam keredhaan Allah SWT buat kita sekeluarga.
Suamiku jalan syurgaku.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Sunday, November 10, 2019

Bangles....Ring Ring Ringa....





BANGLE.... memang masa kecil dulu suka sangat pakai gelang ring ring ringa ni. Semuanya ketentuan Allah SWT bila takdir itu sangat indah bila ditemukan dengan pemilik hati ini. Bayangkan pergi rumah siapa saja di sana akan hadiahkan bangles. Bukan untuk Noor saja malah untuk kakak dan adik adik ipar. Paling best dapat sepersalinan bajulah hehehe.

Bayangkanlah masa timbang sampai 5kg bangles saja.  Amanat akan disampaikan buat mereka kak Normishah, Noorhayati Shahrom, Rohani, Noraziah n Rohayusniza. Di Malaysia tak sama seperti di sana bila sampai saja di sana semua keluarga terutamanya adik dan ipar akan tunggu kita dan sambut kita. Masya Allah hebat sungguh keakraban Postun ni. Mungkin di sana semua tinggal berdekatan. Kalau 4 hingga 6 jam perjalanan  dianggap dekat sahaja. Semua akan balik untuk berjumpa dan bertanya khabar.

Bila nak balik ke Malaysia  memang tak sempat nak berkunjung ke semua rumah keluarga apatah lagi sahabat handai. Keadaan tidak mengizinkan kerana baba sakit dan tak bolehlah kita nak tinggalkan selalu. Sebab tujuan utama balik adalah nak bersama Baba dan Mor...itu tujuan utama. Kalau setakat nak melancung bila bila boleh pergi. Tapi kesempatan untuk mendapat Baba dan Mor serta keluarga adalah  yang utama.

Alhamdulillah  dapat berjumpa dengan semua saudara. Tapi yang tak jumpapun sebab mereka berada di luar negara. Boleh dikatakan setiap rumah keluarga Habib  semua ada seorang hingga lima orang yang berada di luar negara. Terutamanya di Malaysia, Dubai dan Saudi Arabia.  Memang tak kekok sebab kebanyakan boleh berbahasa Inggeris  dan Bahasa Melayu. Dan ramai dah dapat kerakyatan Malaysia.

Tiga hari sebelum balik Habib bawa singgah rumah rumah keluarga terdekat yang siap telefon suruh datang rumah. Jangan ingat semua kaya tau. Ada  juga keluarga kami yang sangat susah. Kebanyakan mereka tak ada keluarga yang keluar negara dan anak masih kecil. Tapi masyaallah hebat mereka ni sanggup meraikan kita sehingga  menitiskan air mata ini tatkala menerima pemberian mereka. Sebab mereka tetap nak bagi. Seorang adik ipar ni memang susah   sangat tapi siap dia pergi suruh anak beli juga bangles nak bagi. Tapi kami bagi macam macam alasan tak mau sebab satu set gelang ni boleh buat belanja makan dia seisi keluarga seminggu. Siap dia belikan baju sepersalinan. Adik beradik lain pakat nak share dengan dia. Tp dia tetap berkeras nak bagi hadiah. Memang serba salah last terima juga.  Siap suruh makan malam di rumah dia. Sajian  sampai penuh katil menjamu kami. Siap buatkan minyak sapi homemade sebagai bekal bawa balik Malaysia. Itulah keistimewaan  keraian keluarga di sana. Takut bila kita menolak mereka berkecil hati  tapi hati mereka sangat besar.

Ada juga rumah yang singgah hanya sebentar dalam 20minit sahaja. Tapi siap minta kita makan juga dan siap bawa susu segar. Ada yang bawa  keju dan mandian lain. Paling  special di sana semua akan keluarkan makanan dari dapur utama dan juga dari kamar persendirian.  Keluarga besar sebab tu kalau pergi berziarah peluk cium saja pun dekat 10 minit. Alhamdulillah  pegangan Islam yang menjaga aurat mahram sangat hebat
 Semasa menziarah Kakak Ipar temankan  dan  Habib akan duduk di bilik tetamu lelaki yang terasing. Hanya wanita dan anak lelaki bawah umur saja yang boleh tengok wajah kita.

Masya Allah hebat. Rasakan bagai permaisuri. Sampai saja dijamu manisan dan susu. Lepas tu dijamu dengan makanan istimewa. Bila kita minta diri nak balik dipakaikan cenderamata dan dikirimkan juga utk saudara wanita kita.  Bila bertemu dengan lelaki yang bukan mahram mereka bercakap dengan kita dengan  memandang ke sisi dan tak tengok muka kita. Mata jangan cakaplah tak langsung. Tapi kalau yang mahram seperti datuk, bapa saudara, dan anak saudara  mereka akan kucup kepala kita. Kalau ipar lelaki n sepupu lelaki yang bukan mahram mereka akan bercakap dengan kita tapi masih menjaga pandangan mata tunduk dan hormat.

Semasa balik mereka kata mereka akan rindu kita. Memang betul dah balik dua minggu tiap hari akan menerima salam mereka. Bertanya khabar dan setiap kali akan berdoa untuk kita. Sebenarnya bukan mereka yang rindu kita tetapi hakikatnya mereka membuatkan kita sentiasa merindui mereka. Memang tak akan ada layanan teristimewa seperti di sana.

Syukur dapat merasa nikmat yang Allah SWT  berikan. Menikmati nikmat Islam dan merasa apa itu nilai kasih sayang. Alhamdulillah  keluargaku anak Shahrom dan Siti Esah walaupun dah lama Ayah dan Mak  meninggal dunia kami adik beradik saling melengkapi antara satu sama lain. Didikan Mak  dan Ayah terapkan asas keluarga kami. Syukur dengan nikmatnya.

Lain padang lain belalang. Syukur dengan nikmatNya.

#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#SELAMATCURTAINKEDAH
#AkuPoshtun

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Saturday, November 9, 2019

Buat Kekasih Junjunganku Muhammad Rasulullah SAW


بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُّمَ صَلِّي عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمِ

Terbitlah purnama kepada kita
Dengan terbitnya tenggelam seluruh bulan lainnya
Rupawan seindah wajahmu tak pernah kami menyaksikannya
Wajah ceria penuh sukacita

Engkau mentari, engkaulah purnama
Engkau cahaya di atas segala cahaya
Engkau pembangkit semangat dan daya
Engkau lentera hati kita

Wahai kekasihku wahai Muhammad junjunganku
Wahai bintang dari Timur dan Barat
Wahai engkau sang pendukung wahai yang terpuji
Wahai imam dua kiblat

Siapa yang sempat melihat wajahmu betapa untungnya
Wahai engkau yang berbudi mulia pada orangtua
Mata airmu yang sejuk dan suci
adalah tempatku mereguk minum di hari kebangkitan nanti

Kami tak pernah melihat unta-unta
dari mana pun asalnya berjalan gembira
kecuali saat mereka menujumu semata
Awan-awan melindungimu
Dan tuan rumah mulia melimpahkan segala
Hadiah kehormatan bagimu saja

Pepohonan mendatangimu menitikkan airmata
merundukkan diri antara dua tanganmu
Dan kijang-kijang yang melesat itu wahai kekasihku
Mereka pun datang untuk perlindunganmu

Bila semua kafilah telah siap sedia
saat keberangkatan telah diumumkan bagi semua
‘Kudekati mereka dengan basah airmata
sembari berkata, “Tunggu sejenak, wahai tuan,
dan kirimkan untukku beberapa surat ini saja..”
Wahai rasa rindu yang tak tertanggungkan

Di tengah tujuan nampak rumah-rumah hunian
Waktunya malam hari dan saat awal subuh sekali
Di puncak gembira semua makhluk di alam raya ini
Untukmu wahai pemuda berdahi rupawan berseri
Cinta mereka bagimu sungguh tak ada yang memadai
Penuh tunggu penuh rindu
dalam kehadiran aura jiwamu
Umat manusia yang ada di mana-mana laksana terpana

Engkaulah penutup seluruh nabi
Dan pada Dia Tuhanmu bersyukur engkau tiada henti
Hamba-hambamu ini wahai Tuhan amat mengharapkan
seluruh rahmatmu berlimpah baginya tanpa henti

Fikiran kami tentang dirimu junjunganku Muhammad
senantiasa luhur dan suci
Wahai pembawa berita gembira wahai pemberi peringatan
bagi umat manusia
Bantu aku ya Allah dan lindungi aku
Wahai yang mampu melindungi seksa api neraka
Wahai yang mampu menolong dan tempat kami berlindung
di saat-saat malapetaka harus ditanggung

Sukacitalah sang hamba yang telah merasakan erti
bahagianya merdeka
dari segala pedih dan cemas atasmu Muhammad kekasih hati
yang cahayanya begitu terang layaknya purnama
bagimu seluruh kebaikan sempurna

Dibanding dirimu tak ada lagi yang lebih suci
Wahai datuk baginda Husain
Bagimu seluruh rahmat Allah semata
terus menerus melimpah sepanjang masa

Wahai engkau yang darjatnya tinggi diangkat
Maafkan segala dosa yang kami buat
dan maafkan segala kesalahan kami
Engkau Pemurah, Pemaaf bagi segala salah
dan segala laku tercela

Engkau yang memaafkan semua dosa
Engkau yang meluruskan jalan kami yang menyimpang
yang mengetahui semua rahsia
Bahkan yang paling dalam dari semua rahsia
Engkau yang menjawab semua doaku

Tuhanku, kasihi semua hambamu ini
melalui jalan kebajikan dan kebaikan
Semoga rahmatMu tercurah bagi Ahmad
rahmat melebihi seluruh baris
yang pernah ditulis

Aku berdoa bagi Muhammad yang selalu dalam bimbingan~Nya
Pemilik wajah cahaya wajah yang berkilau laksana sang surya
Malam hari kelahirannya bagi Islam adalah saat sukacita
saat semua berbangga

Hari itu anak perempuan Wahab
Memperoleh berkah kebesaran tak wanita lain pun
pernah mendapatkan
Dia pun mendatangi kaumnya lebih anggun
bahkan dari Maryam wanita yang perawan selamanya

Masa kelahirannya adalah masa kederhakaan pada puncaknya
dan kelahirannya adalah puncak bencana bagi para penderhaka

Namun dalam suasana kebahagiaan penuh sukacita
Yang berjalan tanpa henti-hentinya
Khabar baik itu datang juga
Telah lahir seorang Muhammad
Peribadi yang selalu berada dalam bimbingan~Nya
dan masa bahagia
Serta yang di atasnya semua bahagia
datanglah pada akhirnya.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, November 5, 2019

Habib Kau Pemberian Terindah Dari Allah SWT Buatku...Noor



5 November 2019...
Teristimewa Habibku tercinta

Dipertemukan denganmu adalah hal yang harus paling Noor syukuri

Pertama kali berjumpa denganmu

Mungkin itu merupakan hari paling teruji dalam hidupku

Noor sangat berterima kasih kepada Allah SWT

Telah mempertemukan Noor dengan insan penuh tanggung jawab sepertimu

Mungkin Noor orang yang harus paling bersyukur didunia ini

Telah dipilih oleh seorang insan yang berjiwa besar sepertimu untuk menjadi permaisuri hatinya

Walaupun diriku ini memiliki banyak kekurangan

Tetapi Habib tetap mencintai dengan sepenuh hati

Habib tetap sabar dalam menghadapi

Walaupun terkadang Noor masih kurang dalam memiliki segalanya impianmu

Untukmu yang kini bertambah usia

Tetaplah menjadi jiwa yang besar

Tetaplah menjadi Habib yang penyayang

Semoga kerendahan hatimu selalu terjaga

Noor selalu berharap agar Habib memiliki hari-hari yang semakin bahagia

Noor selalu berdoa

Semoga Allah SWT selalu melimpahi tubuhmu dengan kesihatan yang barakah

Semoga Habib diberkahi usia yang panjang

Begitu juga dengan diriku

Semoga Noor akan tetap selalu kuat dalam mendampingimu

Semua lelah yang telah Habib korbankan

Selalu menjadi pengingatku dalam bertahan

Terimakasih kerana sudah terlahir didunia ini

Terimakasih kerana telah memilihku

Untuk menjadi sahabat terbaikmu

Sampai hujung nyawa nanti

Dirimu adalah pemberian terindah dari Tuhan untukku sebagai seorang wanita

Tiada hal yang lebih ku syukuri

Selain menjadi teman hidupmu

Begitu banyak waktu yang telah dilalui bersama dengan penuh cinta dan kasih

Noor yang mungkin tak sempurna ini

Noor yang mungkin tak menyedari telah mengukir kesalahan dan kekecewaan buat Habib

Terimakasih kerana telah menjadi pendamping hidup yang terbaik

Tiada henti Noor mengucap syukur

Untuk segala hela nafas yang kita miliki

Untuk segala detik waktu yang dilampaui

Habib tetap menjadi pelindung terbaik buat kita sekeluarga

Saat Noor merasa dunia tidak aman
Habib yang menjadi tempatku bernaung

Menjalani hari-hari selalu bersama

Tetaplah menjadi pendamping yang setia

Tetaplah menjadi pelindung yang selalu tegar

Dalam setiap langkah yang kutempuh

Namamu yang selalu kusebut

Doa demi doa kupanjatkan

Berjuta harapan kuucapkan

Semoga waktumu yang berharga

Selalu dilimpahi anugerah kebahagiaan

Semoga segalanya impian akan jatuh kearahmu

Buatmu pendamping hidup di dunia dan akhiratku

Tiada yang lebih ku syukuri selain Habib beri kepercayaan dan kesempatan

Untuk hidup bersamamu didalam keluarga yang penuh kasih ini

Noor bukanlah yang pertama buatmu tapi biarlah menjadi insan terakhir dalam hatimu

Habib... kaulah suamiku jalan syurgaku

Selamat Hari Lahir buatmu Habibku
Muhammad Rahim Bin Mohammad Yousaf

Noor Ashikin W/O Muhammad Rahim Khan


 #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in