kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, November 10, 2013

Chapter Hidupku 35: Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman 1 .....Impian Menjadi Nyata


 
IPDA....IPGM Kampus Darul Aman, Jitra , Kedah.
Seindah dan segah namanya.....tanggal 1 Jun 2006  aku melaporkan diri sebagai warga kerjanya iaitu Pegawai Kaunseling Gred 41 T dengan sistem ganjaran gaji terbuka. Impianku sejak berusia 16 tahun tercapai untuk berada di IPDA. Sesungguhnya apa yang kita impikan pasti akan menjadi kenyataan...."Mohonlah padaKU  pasti akan Aku makhbulkan".  

 Mungkin bagi orang lain pilihan yang aku buat untuk memasuki IPDA sebagai   Pegawai Kaunseling adalah satu yang tidak bijak sedangkan dalam masa yang sama aku telah menerima tawaran sebagai Pensyarah  di IPG Sultan Abdul Halim , Sungai Petani pada tahun yang sama. Inilah pilihan yang aku fikirkanyang terbaik untukku .  Aku bersyukur kerana impian aku telah menjadi kenyataan. Aku semasa berusia 16 tahun sering ke IPDA yang ketika itu Kampus UUM meamang terpikat dengan  suasana indah IPDA dan iainya tertanam padu dalam hatiku untuk  suatu hari belajar atau bekerja di sini sebagai WARGA IPDA.
       Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran di UUM dan tamat dengan Master Sains Peengurusan Pendidikan tahun 2003 dan seterusnya menjadi warga IPDA pada 1 Jun 2006.....Itulah takdir hidupku yang telah Allah catatkan suatu hari pasti belajar di UUM dan menjadi warga kerja IPDA. Berbekalkan kelulusanku sebagai Kaunselor Profesional akhirnya kau menjawat jawatan terbuka ini.....
      Segala kegembiraan aku selepas pulang menunaikan Fardhu Haji Feb 2006 terjawab. Orang kata kalau kita balik Haji rezeki akan melimpah ruah kerana berkat dari pengorbanan kita berbelanja di jalan Allah. Memang benar dengan apa yang Allah janjikan. Rezeki aku melimpah ruah dan akhirnya aku beroleh rezeki yang tanpa diduga...tahun ini juga aku menerima pelbagai tawaran jawatan ...tetapi aku memilih menjadi WARGA IPDA kerana inilah impian yang telah 20 tahun aku impikan.
 Semasa di IPDA aku bersyukur kerana mendapat  Pengarah TN HJ SHAHIDAN dan Timbalan Pengarah HJ ISMAIL AHMAD  yang sangat baik dan juga memahami kerjayaku sebagai Pegawai Kaunseling. Sepanjang perjalanan kerjayaku diterima dengan sangat baik oleh pihak pengurusan, rakan-rakan sekerja dan juga warga IPDA yang lain. Walaupun banyak juga kata kata sinis yang aku terima bila mana status SINGLE aku ddipertikaikan kerana aku terpaksa mengendalikan klien yang rata-rata berlatarbelakangkan BERKAHWIN. Tapi dengan kata semangat dan bimbingan serta kepercayaan yang diberikan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPDA (2006-2008)
Semasa aku melaporkan diri sebagai Pegawai Kaunseling..Alhamdulillah mendapat kerjasama yang sangat baik dari Pengurusan. Mendapat bilik khas yang sangat indah dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Syukur pada Allah SWT aku juga mendapat rakan rakan sekerja yang sangat memahami tugasku ....walaupun terdapat juga suara-suara sumbang yang tidak puas hati dengan kehadiranku....pepatah Melayu berkkata walaupun rumah dah siap pahat tetap berbunyi...jadi abaikanlah semua aura-aura negetif yang kuterima.
 Walaupun aku ni Pegawai kaunseling Pentadbir (2006-2008)  aku tidak terasing dengan kawan kawan di Jabatan kaunseling , lagipun mereka adalahorang yang sebidang dengan aku jadi tak dellah terasing sangat cuma mereka mengajar dan aku pula menjalankaan kerjaya sebagai Kaunselor Profesional sepenuhnya.. Tak ada lagi buat program bagai macam semasa di sekolah.
 Kalau  ada aktiviti semuanya berkait rapat dengan kerja profesional sahaja dan sesekali membantu kerja kerja di Jabatan Kaunseling. Rosli Wahab @WAHABUN  ni sahabat baik sejak melanjutkan pelajaran di UPM Terengganu. Sahabat yang banyak membantu dan menasihatkan ku.
Mereka juga tak pernah meninggalkan aku seandainya ada program program perkembangan untuk Kaunseling. Aku juga turut melibatkan diri. En Shukri, Rosli Wahab, Rosli Ahmad, Kak Laila, Kak Musalmah, Kak Zubaidah dan Aisyah  antara kengkawan  yang sealiran di Jabatan Kaunseling.

 Aishah ni masa aku nak keluar dia baru masuk.
 En Shukri Ismail  ketua Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling...yang banyaka memberikan kerjasama walaupun kekadang ada juga rasa tergigit hahahaha

 Rosli Ahmad...sahabat baik masa jadi Kaunselor di Daerah Kota Setar,,,dia juga adalah insan yang sangat banyak membantu dalam setiap kemahiran baru dalam kaunseling. Seorang yang sangat inovatif dan produktif.
 Kak Laila Kasma. Kak Musalmah dan Kak Zuraida antara orang yang selalu  menjadi rujukan semasa aku di IPDA. Sahabata baik Intan Shafina dan Rozita Osman  juga selalu jadi teman lepak dan makan di Kafetaria. 

Lagi satu kegembiraan kami kat IPDA ni POTLUCK dan kalau tak buat utk IPDA kat Jabatan Kaunseling boleh dikaatakan tiap bulan mesti ada. Ni lah yang mengeratkan kami. Hj Amir adalah org yang sangat rapat walaupun dari Jabatan Pendidikan Khas. Ramai sebenarnya sahabat sahabat di IPDA  yg sangat baik dan memahami. Lumrahlah alam ini ada yang sukakan kita dan ada pula yang tidak menyukai kita. Pesan Aishah Tajuddin , kak Norhayati Zakaria, Arwah Shoaibi, Utzh Natrah, Kak Natrah, dan  Kak Che Mas selalu terngiang di kepala tak kala mengimbau kembali kenangan di IPDA....segalanya sangat indah dan keindahan yang kita nikmati ini sebenarnya dicemburui oleh makhluk makhluk yang terpahat kesumat di hati.
Dugaan pertama yang kuterima adalah setelah enam bulan melapur diri ibuku yang tercinta meninggalkan aku buatt selamanya pada 25  November 2006 hari Jumaat. Alhamdulillah Tn Hj Ismail datang semasa  hari terakhir mak dibawa pergi dan sokongan moral yg diberikan oleh para sahabatku juga sangat berharga. 

 Dugaan keduaku adalah selepas itu pada tahun 2008 Tn Hj Shahidan berpencen dan diukuti dengan Tn Hj Ismail juga...dan disinilah bermulanya dugaan yang sangat besar dalam hidupku dalam kerjayaku. Semasa  pengurusan  mereka aku adalah insan yang sangat bertuah sehinggakan markah prestasi 92% dan 94% tetapi rupanya selepas ketiadaan mereka aku diduga dengan hebat sekali apabila masuk pengarah baru.
 Ketika sahabat-sahabatku di seluruh IPGM menerima kenaikan pangkat dari Pegawai Kaunseling DG41 ke Ketua Unit Kaunseling DG 44, Timbalan pengarah yang hanya baru datang bertugas enam bulan pada tahun 2008 telah membuat PENAMATAN KONTRAK untuk jawatan ku....Tanpa aku ketahui tiba tiba aku menerima  panggilan dari pihak BPSK Bahagian Psikologi Dan Kaunseling Putrajaya memberitahu bahawa IPDA menamatkan kontrak aku. Sehinggalah membawa kepada rentetan peristiwa  SUB turun ke padang untuk memantau kerja buat..tapi Alhamdulillah Allah memberikan aku kekuatan untuk mengharungi dugaan ini.
 Ranjau Sepanjang bermula  takkala mereka ingin menamatkan perkhidmatanku tetapi dalam masa yang sama BPSK menaikkan pangkatku ke Ketua Unit Kaunseling  DG 44 T pada 1 Ogos 2008 sehingga 31 Julai 2010......
 NANTIKAN SAMBUNGAN  CHAPTER HIDUPKU PADA EDISI KE 37........
DEWAN KULIAH IPGM DARULAMAN........

 KAFETARIA...TEMPAT SELALU LEPAK DENGAN INTAN DAN ROZITA......WAKTU MAKAN SAHAJA
 INDAHNYA IPDA.........
 









:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, October 30, 2013

Teratak Aish .......kembali ceria


 Untuk cuba menguasai hati...
ku kembali semula disini..
sukarnya untuk aku melangkah pergi..
dari teratak cinta sayang ini..
kau titiskan kasih sayangmu buat ku sekali lagi..
sehingga ku xmampu berlari lagi...
biarlah keikhlasan ini kekal dihati..

 
 biarlah keikhlasan ini kekal abadi
ku tetap ada disini meraih kasih sayangmu
jangan pernah mahu melangkah pergi
kerana kasih sayangku tak pernah kurang untukmu
ku tak mahu dirimu berlari lagi
berteduhlah sayang diteratak cinta sayang
kerana kasihku menemanimu disini selalu
walaupun jarak waktu tidak menemukan kita

 
 Walaupun jarak waktu tidak menemukan kita..
namun hatiku tetap merindui dirimu yang bagaikan permata..
dalam teratak ku utuskan sajak cinta...
agar dirimu sentiasa mengerti kerinduanku disebalik kata..
keistimewaanmu tidak dapat ku gambarkan dengan kata..

 
 keistimewaanmu tidak dapat ku gambarkan dengan kata
ku ingin menjadi udara yang kau sedut
agar dirimu sentiasa merasai kehadiranku
seperti rinduku yang menemanimu slalu
ku ingin menjadi sang bayu yang menyapa tubuhmu
agar dirimu merasai kedinginan serta kenyamannya
seperti rinduku yang sentiasa hadir d hatimu
ku ingin menjadi matahari yang memberikan cahaya
agar dirimu sentiasa disinari cahaya indah di alam ini
 
 agar dirimu sentiasa disinari cahaya indah di alam ini
ku hadiahkan dirimu dengan pesona cintaku
seraut peribadimu penuh dengan keindahan
sehingga diriku tenang dan damai bila bersamamu
tika dirimu utuskan sajak cinta
hatiku terpaut dengan deria cinta yang menjalar
sungguh!diriku juga sepertimu
kerinduan ini tidak terkata
usahlah dirimu lafazkan dengan kata-kata
cukupla ia dengan cintamu
ianya lebih bermakna untukku

 
 Ianya lebih bermakna untukku...
ketika ku berpeluang luangkan masa bersamamu..
lenalah sayang dalam dakapanku..
dengan doa ku melindungi dirimu..
pejamkan matamu dalam pangkuanku..
akan ku berikan ketenangan sebagai selimutmu..
malam indah ku hadiahkan untukmu...

 
 malam indahku hadiahkan untukmu
getaran hatiku yang tidak pernah terusik waktu
resah rindu debaran rinduku
agar dirimu terbuai sama dengan khayal rasaku
biarkanlah malam terus berlalu
menggantikan pagi disiang waktu
kerana aku tetap utuh dengan rasaku
yang tidak hilang ditelan waktu
sayangku
tataplah mataku
belailah mataku
dengan pandanganmu
dan kau kan lihat rasaku
bersama damai yang kita lalui
rasa cintaku hanya untukmu

 
 Rasa cintaku hanya untukmu...
akan ku lafazkan selalu dihatimu..
jangan ragui kasihku..
kerana ia amat suci sayangku..
kemahuanku adalah untuk melindungimu selalu..
ku menarik angin yang lalu..
ku sampaikan sampai rindu untukmu..
biar bergetar hatimu dengan cintaku..

 

biar bergetar hatimu dengan cintaku....
baru lah dirimu ingat cintaku selalu
jangan lepaskan genggaman api cinta semarakmu
akan ku simpan hingga jadi debu

kasih ku nan satu
bergelora jiwa ku meronta-ronta kerna mu
memanggil-memanggil namamu tanpa jemu
hadirlah sayangku raja di hatiku
tak pernah ku jemu memandang wajahmu
yang hadir di setiap penjuru
menemani sepi ku tak kira waktu
kerana ku tahu bayu itu menyapa jiwaku
di situlah bersemi nya cinta kita nan satu....
 
 Disitulah berseminya cinta kita nan satu....
saat dirimu dan diriku mulakan bicara hati yang bukan palsu..
dengarlah sayang tentang bicara hatiku..
tanpa cintamu aku rapuh...
sungguh kencang debaran jantungku..
saatku menatap matamu yang indah itu..
ku ingin bersamamu tanpa mengira waktu..
percaya pada cinta suciku..
yang hanya berputik untukmu yang satu..

 
 yang hanya berputik untukmu yang satu
sayang ingatkah janjiku untuk setia padamu
ingatkah janjimu setia padaku
aku yakin kau masih memegang teguh janji kita
jagalah semuanya sayang
kerana hampa jiwaku jika tanpa kehadiran cintamu
sayang percayalah kita mampu lewati segala hal yang berat
percayalah aku akan selalu hadir dalam setiap masalah yang menghampirimu
dan berjanjilah kuatkan aku jika nanti aku hampir terjatuh

 
 Jangan pernah tinggalkan diriku...
itu bisikanmu selalu padaku..
aku disini bagaikan terpaku..
dengan luahan cintamu itu..
sampai bila dirimu ingin tunggu
untuk jawapanku...
tolonglah sayangku....
jangan menyoal hatiku..
biarkanlah masa berlalu...

 
 
biarkanlah masa berlalu
biarkan senja melabuh tirainya
biarkan mentari berarak di ufuk
biarkanlah purnama terus bercahaya
aku kan tetap di sini
aku kan terus menanti
tanpa sedikit pun rasa jemu
mahupun lelahku

sayangku
apa saja jawapan
apa saja pengakhiran
daku terima seadanya
melupakan kamu
mustahil rasanya
kerana kamu terlalu istimewa....



Abadinya cinta suci....Tertak Aish


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in