kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (222) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (152) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) kerjayaku (74) cabar minda (70) 1 entri 2 stories (65) D'Perantauan (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (47) berita (47) keluargaku (47) kerjayaku...kemahiran (45) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) dari seorang sahabatku (35) Penulisan (34) BUKU (32) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) Aku Anak Pomen (22) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (19) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) ANEKDOT (7) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) IABU (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) shikin sayang (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) ADIKKU (2) Aidilfitri (2) Ayah (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aku Boss (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

Saturday, May 27, 2017

RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN TIBA

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membawa berita gembira kepada para sahabat dengan sabdanya:

قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ كَتَبَ اللّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامُهُ فِيْهِ تُفْتَحُ اَبْوَابَ الجِنَانِ وَتُغْلَقُ اَبْوَابُ الجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ  فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرُهَا فَقَدْ حُرِمَ

Artinya : ”Sungguh telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan keatas kalian puasa padanya. Juga dibuka selebar-lebarnya  selebar-lebarnya  selebar-lebarnya  selebar-lebarnya  selebar-lebarnya pintu-pintu surga, dan dikunci serapat-rapatnya pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak meraih kebaikan pada malam itu, seolah-olah dia terhalang daripada kebaikan”.

(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasa’i, dan Al-Baihaqi)

Asy-Syaikh Abdur-Razzaq Al-Badr hafizahullah ketika menerangkan sabda baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam "Sungguh telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan" beliau berkata:

"Difahami daripada kata-kata baginda ini, seruan untuk menggerakkan hati, merasakan tingginya nilai bulan ini dan keagungannya, maka buatlah persediaan yang rapi, sambutlah ia dengan sebaiknya, dan muliakanlah ia seperti tetamu yang penting. Kerana biasanya, seruan berita untuk menyambut atau menghadapi sesuatu bermakna perintah supaya membuat persediaan menghadapinya".

(Wa Jaa'a Syahru Ramadhan oleh Asy-Syaikh Abdur-Razzaq Al-Badr)

Selamat beribadah di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan semua amal ibadah kita diterima oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Rindu kenangan malam mula puasa. Arwah ayah akan panggil semua anak anak dan juga mak. Duduk angkat tangan sama sama baca niat dan doa puasa selepas Isyak dan terawikh. Ianya diteruskan oleh arwah mak yang senantiasa  menanti kedatangan Ramadhan. Selalunya petang akan ziarah kubur ayah. Bila mak tiada aku tetap ziarah Pak Chaq n Mak Chaq petang Ramadhan. Tapi kini mereka juga sudah tiada.   Sekarang aku tetap ziarah mereka petang Ramadhan di Jalan Pegawai.

Alhamdulillah aku ada kenangan yang indah dengan mak dan ayah.
AL FATIHAH buat semua.

Kenangan yang tak akan berulang kembali
Jom tidor esok nak sahur ....
Semoga puasa tahun ni penuh keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
#rindumakdanayah  #teratakaish
#sadna
#hubbyakhiratku

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani
berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, April 8, 2015

AL FATIHAH...8 APRIL 1951

HARI NI HARI LAHIR MAK...

AL FATIHAHKALAU MAK MASIH ADA ...64 TAHUN

Mak tidak lahsempurna tetapi dialah yang paling sempurna untuk kita. Walau betapa kita cuba seumur hidup untuk membayar kembali kasih sayang dan pengorbanan mak kita melahirkan serta membesarkan kita, nescaya kita tidak akan mampu membayarnya semula. Buat sehabis bagus menjaga mak kita jika masih ada dan jika tiada, sehabis mungkin menghadiahkan pahala buat mereka.
Kerana siapah kita untuk berdendam dengan mak yang bertarung nyawa melahirkan kita.
Di sudut hati mak mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya.
Jangan lupa dari mana kita datang dan ke mana pengakhiran kita.
Sayangi dan berkhidmatlah kepada mak kita selagi dia ada. Syurga benar-benar ditelapak kaki mak.
Sesungguhnya Kin rindu dengan mak........
 Syurga Di Telapak Kaki Ibu 

 
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

 
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

 

Kin rindu mak...





:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, August 28, 2011

Rindunya pada mereka





Assalamualaikum sahabat2 sekelian,
KATA AL- GHAZALI,
Yang jauh itu 'Waktu' yang dekat itu 'MATI' yang besar itu 'NAFSU' yang berat itu 'AMANAH' yang mudah itu 'BERBUAT DOSA' yang panjang itu 'AMAL SOLEH' dan yang indah itu 'SALING MEMAAFKAN.

Sempena kedatangan SYAWAL yang mulia, saya Noor Ashikin Hj Shahrom memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada tersilap bahasa, tersalah kata, terlebih perbuatan dsbnya.Selamat berhari raya dan selamat dalam perjalanan. Kutiplah sisa rahmat Ramadhan yang masih ada dan doakan kebahagiaan dan ketenangan buat Shikin dan juga setiap insan disekeliling kita. Shikin maafkan setiap insan yg menyakiti hati dan jiwa Shikin semoga Allah menambahkan iman buat diri Shikin dan setiap insan disekeliling Shikin.Semoga bahagia selalu. Ameen.
SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
SALAM SAYANG ...SHIKIN
p/s  Shikin  ada  di Kepala Batas hingga 4hb September .InsyaAllah  5hb ada  di Labuan.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 Kepada  semua  keluarga, sahabat  dan folllowers  blog Shikin Sayang  selamat menyambut  Hari Raya Aidilfitri.
 Mohon  ampun dan  maaf  seandainya  ada  kesalahan dan ketelanjuran. Terima  kasih  di atas  doa dan  perkongsian  selama  ini  bersama  Shikin Sayang.
 Selamat  Hari  Raya  dari  Shikin dan Hubby  buat  semua.Alhamdulillah  Shikin  akan  menyambut  Hari Raya  di Malaysia seorang  diri  sebab hubby  akan  mula  masuk  kerja  mulai minggu hadapan 1 September  jadi  tak  dapat  pulang  ke  Malaysia.  InsyaAllah  kalau  rezeki  kami  akan  berkumpul  secepat  mungkin.  Segalanya  adalah  ketetapan Allah. Terima  kasih  berana  mendoakan kami  sebagai  suami dan  isteri  di dunia  dan  akhirat.  Kita  manusia  hanya  mampu  merancang  tetapi  perancangan ALlah  mengatasi  segala-galanya. Alhamdulillah.
Ampun dan  maafsenadainya  ada pihak  yang tersinggung  ataui  terkecil  hati  dengan Shikin. Apa  yang pasti  Shikin  belajar  dalam  kebidupan  ini  agar  hidup  tidak  terlalu  mengambil  kisah  apa  kat  orang  dan  mengikut  kata  hati. Biarlah  apa  orang  nak  menghukum  kita  kerana kita  sendiri  berhak  untuk  hidup  dengan  cara kita....Inilah kehidupan  Shikin  bersama  insan-insan  yang  Shikin sayang...InsyaAllah raya  tahun ni  raya  dengan keluarga  di  rumah  SHikin di Teratak Aish....Hubby  raya  seorang  diri  nun  jauh  diperantauan  dan kami  hanya  berpeluang  berSkype  dan YM sajalah...Alhamdulillah...inilah  reality kehidupan  kami  sebagai  pasangan  bahagia di  dunia  ini. Alhamdulillah  kerana dalam  hidup  kami  ..kami  ada  cinta...kasih....sayang  dan rindu.


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, August 19, 2011

KETAT...PADAT...SENDAT...PENAT...............................LEGAAAAAAAAAAA

ADUH  LEGA  RASANYA  SEBAB   MULAI  ESOK  AKAN  BERCUTI  DAN  BALIK  KAMPUNG...
RINDUNYA....
TERATAK  AISH...
ALHAMDULILLAH......
SELAMAT  BERHARI  RAYA  KEPADA  SEMUA  YANG  SELALU MENGIKUTI PERJALANAN  BLOG  SHIKIN  SAYANG.  SELAMAT  BERCUTI  KEPADA  SEMUA YANG  AKAN  MEYAMBUT  HARI  RAYA AIDIL  FITRI.

SELAMAT  PULANG KE KAMPUNG  HALAMAN  MASING-MASING  DAN  BERSAMA KELUARGA  YANG  TERSAYANG.  SHIKIN  MACAM  BIASALAH  AKAN  PULANG  MENGUNJUNGI  PUSARA  KEDUA IBU BAPA.  INSYAALLAH  KALAU  ADA REZEKI  MUNGKIN  HUBBY  AKAN BALIK  BERHARI  RAYA  KALAU  TAK...MMMHMMMM  MACAM  BIASALAH  BERHARIRAYA  TANPA  HUBBY  JUGA...

SHIKIN  HANYA  BERDOA  AGAR  SUATU  HARI  KAMI  TETAP  DAPAT  BERHARI RAY  BERSAMA  KELUARGA  SHIKIN DI SINI  DAN  MUNGKIN INILAH  UJIAN  BUAT  KAMI ..KEPADA  ALLAH  SHIKIN  SERAHKAN SEGALA  URUSAN  KERANA HANYA  ALLAH  YANG  MAHA  MENGETAHUI  SETIAP  PERJALAN  HIDUP  HAMBANYA  INI.
SHIKIN MEMOHON  AMPUN DAN MAAF  BAGI  TEMAN-TEMAN RAPAT  YANG SERING  MENGUNJUNGI SHIKIN SAYANG.BLOGSPOT.COM   DAN  MAAFKAN  SHIKIN SEANDAINYA  BANYAK KATA-KATA  SHIKIN YANG  MENYENTUH PERASAAN .
SELAMAT  HARI RAYA  MAAF ZAHIR DAN BATIN.


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in