:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Sayangi diri sendiri dan belajarlah menyayangi orang lain disekeliling kita kerana itulah jambatan kepada CINTA dan SAYANG ALLAH SWT... Katakanlah: Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku (Muhammad SAW),niscaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosamu.Dan Allah Pengampun lagi Penyayang.(Ali Imran:31)
KHAS BUATMU
kalau dah rajin menulis:
cinta....kasih..sayang...
(222)
suara hatiku
(203)
Alhamdulillah
(152)
cinta....kasih..sayang...hubbyku
(152)
nikmat Allah
(144)
ilmu
(109)
CHAPTER HIDUPKU.....
(96)
belajar
(90)
Puisi/Sajak/Gurindam
(75)
memori oh memori
(75)
kerjayaku
(74)
cabar minda
(70)
1 entri 2 stories
(65)
D'Perantauan
(65)
nasihat
(62)
Aku Adalah Aku
(47)
berita
(47)
keluargaku
(47)
kerjayaku...kemahiran
(45)
Chef Shikin...cooking skill
(43)
cabar diri...
(41)
Pergilah bercuti
(38)
dari seorang sahabatku
(35)
Penulisan
(34)
BUKU
(32)
Mari Melancong
(31)
Usahawan
(30)
dugaan..ujian hidup
(29)
Motivasi diri
(28)
Siapa kau...dihatiku?
(28)
resepi aku
(27)
My Dreams Come True
(25)
Travel logku
(25)
ESQ165
(23)
Aku Anak Pomen
(22)
pengalaman
(22)
PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN
(19)
lucu...
(17)
sunnah
(17)
teratak aish
(17)
Harilahirku....Shikin Sayang
(14)
Tazkirah
(14)
tin@teratak aish
(14)
art theraphy
(12)
Doaku
(11)
HOMEMADE SOAP
(11)
Jadilah Diri Sendiri
(11)
Premium Beautiful
(11)
USAHAWATI UTARA.
(11)
Best From Northern Series
(10)
ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP
(10)
berkebun
(9)
hobi
(9)
PENTING
(8)
Pengumuman
(8)
Terapi
(8)
cinta....kasihsayang...
(8)
ANEKDOT
(7)
Aku Banggali
(7)
CONTEST D'moontest
(7)
IABU
(7)
Projek Senyum
(7)
Telekung JC Siah Eksklusif
(7)
imotivasi.com
(7)
kemahiran belajar.
(7)
lucu
(7)
santapan telinga
(7)
DOA TERAKHIR 39
(6)
Datuk Maznah Hamid
(6)
EID MUBARAK
(6)
GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG
(6)
Joke of the day
(6)
PETUA TO' NENEK
(6)
SELAMAT CURTAIN KEDAH
(6)
Yuniarko Sukendro
(6)
program
(6)
Aku Poshtun
(5)
I AM AGEL
(5)
IAB
(5)
Istikharahku
(5)
LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE
(5)
Siapa pakai Premium Beautiful ??
(5)
UCAPAN
(5)
dari blog MITI's
(5)
Falsafah...fail sampah
(4)
Fig Colector
(4)
Giveaway Blogger's
(4)
Hari Rayaku.
(4)
IKLAN
(4)
LEGASI
(4)
Musibah
(4)
SELAMAT HARI GURU
(4)
kreativiti
(4)
perniagaan
(4)
shikin sayang
(4)
Bookreview
(3)
FISABILILLAH
(3)
HANDMADE.
(3)
KENDURI KAHWIN
(3)
KURSUS CPD IABCU
(3)
LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S
(3)
MIKE DAVID
(3)
MUEZAH
(3)
MUHAMMAD NOOR AL HARAM
(3)
Majlis Perkahwinan
(3)
Mutiara kata....
(3)
TNPOD8581
(3)
Testimoni
(3)
anak dagang di perantauan
(3)
isbn
(3)
kemahiran
(3)
ADIKKU
(2)
Aidilfitri
(2)
Ayah
(2)
BAHAYA....
(2)
Birthday Vacation
(2)
CAT WORLD
(2)
COVID19
(2)
FAKTA VS AOTA
(2)
HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI
(2)
Habib
(2)
I luv ISLAM
(2)
INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN
(2)
Inovasi
(2)
JIHAD EMONOMI
(2)
Karya Kreatif
(2)
Kepimpinan
(2)
LABAIKK MINI MART
(2)
PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM
(2)
REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10
(2)
SSFG
(2)
SUNNAH'S FASHION GLAM
(2)
Tinteratakaish
(2)
Video ku
(2)
al
(2)
my video
(2)
pohon syurga
(2)
Aku Boss
(1)
Ben Ashaari ...otai blogger
(1)
Business
(1)
Chapter hidupku
(1)
Chinese New Year
(1)
DAO
(1)
DIY PROJEK
(1)
Dr Azizan Osman
(1)
FOLLOWER BERTUAH
(1)
HADIS
(1)
HARI GURU
(1)
I
(1)
I'M MILIONAIRE
(1)
IRFAN KHAIRI
(1)
Info Niaga
(1)
KAKAK
(1)
Kartun
(1)
Kedah Negeriku
(1)
LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE
(1)
LOKASI
(1)
Langsir
(1)
MAS
(1)
MINI MART
(1)
Mak Dan Ayah
(1)
Maulidurasul
(1)
NLP
(1)
PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi
(1)
PROJEK
(1)
Pekeliling oh pekeliling
(1)
REZEKI MELIMPAH
(1)
SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH
(1)
Selamat Hari lahir
(1)
T
(1)
UB
(1)
menulis
(1)
Showing posts with label cinta....kasihsayang.... Show all posts

Tuesday, October 8, 2019
Jommmmm balik kampung
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Thursday, September 26, 2019
27 tahun masa berlalu .....Al Fatihah buat Ayah
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Monday, December 18, 2017
Kisah Kejayaan Datuk Maznah Hamid ( The Iron Lady )
#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#bookreview
#BestFromNorthernSeries
#shikinsayang
Kisah Kejayaan Datuk Maznah Hamid ( The Iron Lady )
Betullah kata pepatah, ‘tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia’, hari demi hari ada sahaja kejayaan besar diraih oleh wanita yang mendapat jolokan sebagai Iron Lady Malaysia ini.
“Saya asalnya orang kampung, orang susah, apa yang saya ada hari ini adalah berkat kekuatan diri, usaha gigih dan rezeki daripada ALLAH S.W.T," katanya memulakan bicara.
Datuk Dr Maznah Hamid, nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan, seperti yang semua tahu beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan yang dikenali
Securiforce.
Pada awalnya wanita cekal 57 tahun ini nampak sukar didekati dek kerana tugasnya yang digeruni oleh kaum lelaki, namun sangkaan itu meleset setelah sejam berbual dengannya, ternyata beliau seorang yang merendah diri.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ini kini boleh berbangga kerana syarikatnya itu telah mempunyai 68 cawangan dan berjaya menyaingi 500 buah syarikat keselamatan lain di dunia.
Katanya, kalau seseorang itu ingin berjaya, bukan dengan bermodal besar tetapi yang paling utama adalah keberanian dan keyakinan diri, jika tidak impian hanya tinggal impian.
“Pada awal pembabitan saya dalam dunia perniagaan keselamatan ini, saya hanya bermodalkan RM5,000 dan lima orang pengawal. Itu adalah duit simpanan saya ketika menjadi guru bahasa dan penterjemah kepada duta asing ,” katanya.
Securiforce kini bukan hanya sebuah syarikat keselamatan biasa tetapi, syarikat itu telah berkembang seiring teknologi semasa dengan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa berkonsepkan, ‘Total Security Solution’.
Securiforce Logistik merupakan ejen penghantaran darat, laut dan udara yang mana memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.
Apa yang menariknya mengenai cerita kejayaan Maznah adalah kesemua anak syarikat yang ditubuhkan dan berkembang maju tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana bank.
“Kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan,” katanya.
Prinsip itu yang telah membawa kejayaan besar dalam bidang kerja dan perniagaannya, membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Mengimbau kenangan 30 tahun lalu, beliau memberitahu pada awal penghijrahannya di Kuala Lumpur beliau melalui pelbagai keperitan hidup sehinggakan pernah mendiami rumah setinggan yang tiada bekalan air dan elektrik.
Ceburi bidang hartanah
Tidak mudah berpuas hati dengan apa yang beliau ada, Maznah menceburi bidang hartanah melalui syarikat Danau Lumayan Sdn Bhd.
Bermula tahun 1997 Danau Lumayan menerokai kawasan sekitar Bandar Tun Razak dengan membina 3,000 unit kediaman kondominium dan lot kedai.
Katanya, anak muridnya antara pendorong utama untuk beliau menceburi bidang hartanah, selama lima tahun beliau belajar mengenai perusahaan hartanah.
“Pembangunan di kawasan ini mengekalkan keindahan alam semula jadi di kawasan Taman Tasik Permaisuri. Penduduk kawasan ini masih dapat menikmati kehidupan moden di kawasan yang masih hijau dan berhampiran pusat bandar, Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut beliau, modal utama dalam mana-mana perniagaan sebenar adalah diri sendiri, dan sedikit ‘nasib baik’.
“Kita boleh menjual apa sahaja kepada sesiapa sahaja, walau dengan berapa harga sekalipun, sekiranya kita boleh ‘menjual diri kita’. Diri kita mestilah terjual sebelum produk atau servis,” katanya.
Doa termakbul
Asalnya beliau hanya gadis biasa kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, dan dibesarkan oleh datuk dan nenek yang terlalu konservatif dan kuat agama.
“Pesan nenek, kalu tidak lulus periksa (ketika itu LCE) , kahwin, kalau lulus MCE atau universiti, jadi pensyarah agama.
“Hasil didikan agama yang dibekalkan datuk dan nenek saya itu juga membuatkan saya ingat siapa diri saya walau di mana saya berada,” katanya.
Menurut Maznah, beliau tidak begitu meyakini kelulusan tertinggi yang diperoleh di universiti boleh dijadikan modal utama atau jaminan untuk menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia.
“Saya sering berangan dan berdoa ingin jadi orang senang kerana dahulu saya hidup susah. Ketika duduk di setinggan, saya sering mengimpikan rumah-rumah besar di lereng bukit berhadapan kediaman saya.
“Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya dengan meletakkan saya di kalangan mereka. Benarlah kata orang, kalau nak jadi alim berkawanlah dengan orang alim, kalau nak berjaya maka sentiasalah bersama orang berjaya. Bila berada dalam golongan tersebut kita mendapat motivasi, aura untuk menjadi seperti mereka,” katanya.
Guru keusahawanan
Walaupun sudah berada di puncak, Maznah tidak pernah lupa akan asal-usulnya, apatah lagi lokek dengan ilmu serta pengalaman yang beliau ada.
Oleh kerana itu, beliau menubuhkan Maznah Motivational Centre bagi membantu para usahawan baru serta mereka yang pernah gagal dalam kehidupan mendapat motivasi diri.
“Saya ingin memberi inspirasi kepada semua, tidak kira kita anak petani, nelayan, penoreh getah atau anak felda. Apa yang penting akhirnya apa yang boleh kita jadikan diri kita.
“Apa yang saya ada hari ini, saya perlu kongsi kepada masyarakat di luar. Saya gembira untuk membantu mereka yang bercita-cita mengubah nasib. Ini juga tanggungjawab saya kepada masyarakat khususnya kepada anak bangsa saya sendiri bagi
memberi peluang masa depan yang lebih cerah,” katanya.
Selain itu, dengan berbekalkan pengalaman 30 tahun dalam bidang perniagaan, Maznah telah membuka Klinik Keusahawanan di seluruh negara bagi membantu mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Pemilik Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State Univerity of New York ini telah menerbitkan beberapa buah buku motivasi.
Antara buku dapat sambutan hangat bertajuk Motivasi Memburu Kejayaan dan buku mini siri Rahsia 3K- Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan.
Wanita gigih ini pernah menjadi duta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), mempromosikan ‘Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan’, di mana beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan cabaran melalui seminar kepada semua graduan.
Beliau juga memberi gambaran sebenarnya dunia keusahawanan dan juga latihan amali sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Semangat keusahawanan harus ditanam dalam diri semua insan yang ingin hidup ‘senang’.
Berkongsi ilmu di Facebook
Walaupun berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perniagaan dan kini menjadi pakar motivasi, Maznah tetap memilih buku sebagai teman senggang.
Ilmu yang diperoleh dikongsi dalam seminar yang dihadiri. Beliau juga memilih laman sosial Facebook sebagai medan berkongsi ilmu.
“Bagi saya kandungan kata-kata semangat dan kisah kejayaan yang saya paparkan dalam Facebook umpama multivitamin setiap hari untuk minda dan jiwa. Saya akan menjawab apa saja masalah berkaitan perniagaan atau kehidupan.
“Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa, kita perlu sanggup berfikir, bertindak, bekerja dan bersusah-payah secara luar biasa juga, bukan sebagai insan biasa,” katanya.
Ibu kepada lima anak ini beritahu, bahawa setiap wanita perlu berfikiran luas dan terbuka, banyak membaca dan belajar apa jua walaupun hanya sebagai suri rumah tangga, kerana mereka juga pemimpin dalam rumah tangga.
Menurut beliau, bukan senang untuk menjadi seorang wanita dalam dunia yang serba moden.
“Jika kita mahu dihormati dan disenangi, wanita perlu bijak letak diri mereka di kedudukan betul,” katanya.
Walaupun sibuk dalam pelbagai bidang, Maznah yang juga Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Kedah tidak pernah lupa mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bimbingan. Beliau juga aktif dalam program kemasyarakatan bagi
membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
“Sebagai seorang usahawan yang telah berkecimpung di bidang ekonomi dan keusahawanan lebih dari 30 tahun. Sudah pasti saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini dengan seluruh masyarakat dengan lebih berkesan agar bangsa kita tidak miskin dan dijajah di bumi sendiri," katanya ketika ditanya mengenai visi dan misi sebagai menutup perbualan santai kami.
Sumber : Sinar Harian
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang ShikinBetullah kata pepatah, ‘tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia’, hari demi hari ada sahaja kejayaan besar diraih oleh wanita yang mendapat jolokan sebagai Iron Lady Malaysia ini.

Wednesday, February 10, 2016
Alhamdulillah Sambutan Hari Lahir 10 Februari 2016
Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat
Selawat dan salam buat Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kenduri SOTO AYAM kegemaran arwah ayah
Bengkang Kak Chik Fadzilah wajib ada....sedap...nak order boleh tempah
KAK CHIK 0195411668
Projek hari lahirku.....
Garden party
Jemaah Masjid Bukit Tinggi
Jiran-jiranku
Kak Chik , Abng Teh dan Kak Tun terima kasih kerana sudi datang
Jiran-jiranku
Mesyuarat Agung Taman Desa Bukit Tinggi
Lepas makan Meeting Jiranita pula
Terimakah Fizah n Faisal
Terima kasih Aby Bahiyah dan Sha n Fayad
DOA HARI LAHIR
Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana kehidupan yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.
Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, bapa dan muaalim yang soleh..
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Monday, December 1, 2014
NUR ANIS SOFIA BINTI SHAHRIL BIN SHAHROM
![]() |
Nur Anis Sofia Bt Shahril & Nor Aziah Othman |
Alhamdulilah 18.10.2014 jam 11.59 pg keluarga Hj Shahrom Bin Rahim dan Hjh Siti Esah Mohammad bertambah seorang lagi. Lahir tak cukup bulan hanya pada usia kandungan * bulan dengan berat 2.6 kg.
Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan cerdik. Bukan tak nak tunjuk gamabr awal. Tapi biarlah lepas pantang dahulu supaya anakanda sihat sikit.
Dari Abu Musa radliallahu ‘anhu, beliau mengatakan,
وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ، وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ، وَدَفَعَهُ إِلَيَّ
“Ketika anakku lahir, aku membawanya ke hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau memberi nama bayiku, Ibrahim dan men-tahnik dengan kurma lalu mendoakannya dengan keberkahan. Kemudian beliau kembalikan kepadaku. (HR. Bukhari 5467 dan Muslim 2145).
![]() |
Ayahanda Shahril Shahrom yang cukur rambut sendiri |
ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا، ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ دَعَا لَهُ، وَبَرَّكَ عَلَيْهِ
“..Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minta kurma, lalu beliau mengunyahnya dan meletakkannya di mulut si bayi. Makanan pertama yang masuk ke perut si bayi adalah ludah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau mendoakannya dan dan memohon keberkahan untuknya.” (HR. Bukhari 3909).
Teks Doa Memohon Keberkahan
Tidak ada teks doa khusus yang isinya permohonan berkah untuk anak.
Dalam Fatawa Syabakah Islam dinyatakan,
فليس هناك دليل – فيما نعلم – يدل على مشروعية قراءة شيء من القرآن، أو الأدعية عندما يولد الطفل، سواء من قبل الأم، أو من قبل الأب، أو من قبل غيرهما
Tidak terdapat dalil – sepengetahuan kami – yang menunjukkan dianjurkannya membaca ayat Al-Quran atau doa tertentu ketika seorang anak dilahirkan. Baik dao dari ibunya, bapaknya, atau doa dari orang lain. [Fatawa Syabakah Islam, di bawah bimbingan Dr. Abdullah Al-Faqih, no. 13605].
Kerana itu, kita boleh berdoa dengan bahasa apapun yang kita fahami. Misalnya dengan membaca, Baarkallahu fiik (semoga Allah memberkahi kamu) atau semacamnya.
Kedua, memohon perlindungan dari godaan syaitan
Salah satu diantara contoh hal ini adalah apa yang dipraktikkan oleh isteri Imran, yang merupakan ibunya Maryam. Allah menceritakan kejadian ketika isteri Imran melahirkan Maryam,
فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai Dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (QS. Ali Imran: 36).
Satu hal yang istimewa, kerana doa ibunda Maryam ini, ketika Maryam lahir, dia tidak diganggu syaitan, demikian pula ketika Nabi Isa dilahirkan. Allah mengabulkan doa ibunya Maryam. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ بَنِي آدَمَ مَوْلُودٌ إِلَّا يَمَسُّهُ الشَّيْطَانُ حِينَ يُولَدُ، فَيَسْتَهِلُّ صَارِخًا مِنْ مَسِّ الشَّيْطَانِ، غَيْرَ مَرْيَمَ وَابْنِهَا
Setiap bayi dari anak keturunan adam akan ditusuk dengan tangan setan ketika dia dilahirkan, sehingga dia berteriak menangis, karena disentuh setan. Selain Maryam dan putranya. (HR. Bukhari 3431). Kemudian Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, membaca surat Ali Imran ayat 36 di atas.
Kita bisa meniru doa wanita sholihah, isteri Imran ini. Hanya saja, perlu disesuaikan dengan jenis jantina bayi yang dilahirkan. Karena perbedaan kata ganti dalam bahasa arab antara lelaki dan perempuan.
a. Jika bayi yang dilahirkan perempuan, Anda bisa baca,
اَللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
b. Jika bayi yang lahir laki-laki, kita bisa membaca,
اَللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهُ بِكَ وَذُرِّيَّتَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Ertinya dua teks doa ini sama,
“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu untuknya dan untuk keturunannya dari syaitan yang terkutuk.”
Kita juga bisa memohon perlindungan untuk anak dari gangguan setan, dengan doa seperti yang pernah dipraktekkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika mendoakan cucunya: Hasan dan Husain.
Ibnu Abbas menceritakan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan doa perlindungan untuk kedua cucunya,
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Aku memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari semua godaan setan dan binatang pengganggu serta dari pAndangan mata buruk. (HR. Abu Daud 3371, dan dishahihkan al-Albani).
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Subscribe to:
Posts (Atom)