kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, October 30, 2013

Teratak Aish .......kembali ceria


 Untuk cuba menguasai hati...
ku kembali semula disini..
sukarnya untuk aku melangkah pergi..
dari teratak cinta sayang ini..
kau titiskan kasih sayangmu buat ku sekali lagi..
sehingga ku xmampu berlari lagi...
biarlah keikhlasan ini kekal dihati..

 
 biarlah keikhlasan ini kekal abadi
ku tetap ada disini meraih kasih sayangmu
jangan pernah mahu melangkah pergi
kerana kasih sayangku tak pernah kurang untukmu
ku tak mahu dirimu berlari lagi
berteduhlah sayang diteratak cinta sayang
kerana kasihku menemanimu disini selalu
walaupun jarak waktu tidak menemukan kita

 
 Walaupun jarak waktu tidak menemukan kita..
namun hatiku tetap merindui dirimu yang bagaikan permata..
dalam teratak ku utuskan sajak cinta...
agar dirimu sentiasa mengerti kerinduanku disebalik kata..
keistimewaanmu tidak dapat ku gambarkan dengan kata..

 
 keistimewaanmu tidak dapat ku gambarkan dengan kata
ku ingin menjadi udara yang kau sedut
agar dirimu sentiasa merasai kehadiranku
seperti rinduku yang menemanimu slalu
ku ingin menjadi sang bayu yang menyapa tubuhmu
agar dirimu merasai kedinginan serta kenyamannya
seperti rinduku yang sentiasa hadir d hatimu
ku ingin menjadi matahari yang memberikan cahaya
agar dirimu sentiasa disinari cahaya indah di alam ini
 
 agar dirimu sentiasa disinari cahaya indah di alam ini
ku hadiahkan dirimu dengan pesona cintaku
seraut peribadimu penuh dengan keindahan
sehingga diriku tenang dan damai bila bersamamu
tika dirimu utuskan sajak cinta
hatiku terpaut dengan deria cinta yang menjalar
sungguh!diriku juga sepertimu
kerinduan ini tidak terkata
usahlah dirimu lafazkan dengan kata-kata
cukupla ia dengan cintamu
ianya lebih bermakna untukku

 
 Ianya lebih bermakna untukku...
ketika ku berpeluang luangkan masa bersamamu..
lenalah sayang dalam dakapanku..
dengan doa ku melindungi dirimu..
pejamkan matamu dalam pangkuanku..
akan ku berikan ketenangan sebagai selimutmu..
malam indah ku hadiahkan untukmu...

 
 malam indahku hadiahkan untukmu
getaran hatiku yang tidak pernah terusik waktu
resah rindu debaran rinduku
agar dirimu terbuai sama dengan khayal rasaku
biarkanlah malam terus berlalu
menggantikan pagi disiang waktu
kerana aku tetap utuh dengan rasaku
yang tidak hilang ditelan waktu
sayangku
tataplah mataku
belailah mataku
dengan pandanganmu
dan kau kan lihat rasaku
bersama damai yang kita lalui
rasa cintaku hanya untukmu

 
 Rasa cintaku hanya untukmu...
akan ku lafazkan selalu dihatimu..
jangan ragui kasihku..
kerana ia amat suci sayangku..
kemahuanku adalah untuk melindungimu selalu..
ku menarik angin yang lalu..
ku sampaikan sampai rindu untukmu..
biar bergetar hatimu dengan cintaku..

 

biar bergetar hatimu dengan cintaku....
baru lah dirimu ingat cintaku selalu
jangan lepaskan genggaman api cinta semarakmu
akan ku simpan hingga jadi debu

kasih ku nan satu
bergelora jiwa ku meronta-ronta kerna mu
memanggil-memanggil namamu tanpa jemu
hadirlah sayangku raja di hatiku
tak pernah ku jemu memandang wajahmu
yang hadir di setiap penjuru
menemani sepi ku tak kira waktu
kerana ku tahu bayu itu menyapa jiwaku
di situlah bersemi nya cinta kita nan satu....
 
 Disitulah berseminya cinta kita nan satu....
saat dirimu dan diriku mulakan bicara hati yang bukan palsu..
dengarlah sayang tentang bicara hatiku..
tanpa cintamu aku rapuh...
sungguh kencang debaran jantungku..
saatku menatap matamu yang indah itu..
ku ingin bersamamu tanpa mengira waktu..
percaya pada cinta suciku..
yang hanya berputik untukmu yang satu..

 
 yang hanya berputik untukmu yang satu
sayang ingatkah janjiku untuk setia padamu
ingatkah janjimu setia padaku
aku yakin kau masih memegang teguh janji kita
jagalah semuanya sayang
kerana hampa jiwaku jika tanpa kehadiran cintamu
sayang percayalah kita mampu lewati segala hal yang berat
percayalah aku akan selalu hadir dalam setiap masalah yang menghampirimu
dan berjanjilah kuatkan aku jika nanti aku hampir terjatuh

 
 Jangan pernah tinggalkan diriku...
itu bisikanmu selalu padaku..
aku disini bagaikan terpaku..
dengan luahan cintamu itu..
sampai bila dirimu ingin tunggu
untuk jawapanku...
tolonglah sayangku....
jangan menyoal hatiku..
biarkanlah masa berlalu...

 
 
biarkanlah masa berlalu
biarkan senja melabuh tirainya
biarkan mentari berarak di ufuk
biarkanlah purnama terus bercahaya
aku kan tetap di sini
aku kan terus menanti
tanpa sedikit pun rasa jemu
mahupun lelahku

sayangku
apa saja jawapan
apa saja pengakhiran
daku terima seadanya
melupakan kamu
mustahil rasanya
kerana kamu terlalu istimewa....



Abadinya cinta suci....Tertak Aish


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, October 29, 2013

Warded Hospital Sultanah Bahiyah .....Terima kasih doktor, misi, chef, cleaner n pak guard HBSB



Doa ketika Sakit 10
Doa Nabi Ayyub ‘alaihis salam di puncak sakitnya

رَبِّ إِنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

RABBI INNII MASSANIYAD-DURRU WA ANTA ARHAMUR RAAHIMIIN

Ya Allah, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.

Keterangan :
Nabi Ayyub ‘alaihis salam menyampaikan permohonannya kepada Allah dengan dengan bertawassul. Bentuk tawassulnya adalah beliau menyebutkan derita yang beliau alami, dan beliau mengadukan kepada Sang Pencipta, Dzat Yang Maha Pengasih Penyayang. Selanjutnya Nabi Nabi Ayyub ‘alaihis salam bertawassul dengan memuji Allah, dengan menyebutkan sifat kasih sayangnya.
Demikianlah adab yang diajarkan seorang nabi. Beliau tidak mengeluhkan musibah yang menimpanya kepada orang lain. Beliau rahasiakan musibah itu dari orang lain sebisa mungkin. Tapi beliau langsung mengadukan kepada Dzat Yang Maha Rahman. Karena manusia tidak kuasa sedikitpun..., manusia tidak mampu menyembuhkan..., manusia tidak mampu menyelamatkan orang lain dari musibah..., mintalah kepada Allah, bukan minta kepada mausia.

Allah berfirman dalam Al-Quran:
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“(ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS. Al-Anbiya: 83)
 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
 

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)



أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"  
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
 Photo: Dinner time...jom makan...balik nanti nak beli try mcm spitallah senang nak makan atas katil hahahahhaha

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
 

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas.  (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)

SYUKUR ALHAMDULILLAH DENGAN NIKMAT KESIHATAN YANG ALLAH KURNIAKAN BUAT DIRI KITA...
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
WALAUPUN SAAT WARDEN INI KULALUI SEORANG DIRI...SYUKUR KEPADAA ALLAH KERANA MENGURNIAKAN KEKUATAN UNTUK KUTEMPUHI KEHIDUPAN INI. HANYA ALLAH WALIKU....
ALLAH SWT MENYAYANGIKU....ALHAMDULILLAH DENGAN KASIH SAYANG ALLAH BUATKU.....






ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, October 15, 2013

MULIANYA KERJA AMAL YANG MEREKA LAKUKAN..........Majlis Qurban VIOSC Rumah Bakti Kulim

 
 Alhamdulillah hari raya Qurban yang lalu aku berhari raya dengan keluarga kakak sulongku Normishah di Kulim .
 
 Dua ekor lembu dikorbankan.....inilah kerja kebajikan yang diteruskan oleh kakakku dan suaminya....mengikut jejak ayahku yg sangat mulia hati mereka.
 
 Kerja melapah dan mengasingkan daging...
 
 Ha kalau bab ni aku memang surender....setakat jadi fotgrafer ok lah hehehehe
 
 Ramai sukarellawan yang datang membantu ...kerja untuk akhirat.

Daging yang siap ditimbang dan di pek untuk diedarkan.

BARD ...compony yang menyumbang sebbahagian prasarana RUMAH BAKTI


Sukarelawan yang bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam

 
 Kaum lelaki kebanyakan nyar mereka golongan profesional dan sanggup membantu untuk kerja sukarela ini
 
 Menghidang dan membantu menyediakan makanan untuk dimakan oleh golongan OKU...mulianya kerja mereka kerana menghidangkan sehingga ke dalam pinggan .
 
 Setia membantu ...sbb OKU tak mampu untuk bertindak sendiri dan memerlukan pertolongan
 
 
 Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kurniakan




 Hati sayu bila melihat mereka yang gembira bila menjamu selera
 
 kagum aku dengan kakak dan abang iparku yang berjaya mendidik hati dan anak-anak mereka menjadi insan yg sangat mulia hati mereka...
 
 Bertungkus lumus  memberikan bakti
 
 Wajah ceria semua tetamu dan juga penghuni rumah bakti menjamu selera....
 
 
 
 Hahahahaha yang ni...anak-anak sukarelawan Rumah Bakti..siapa lagi kaalau bukan anak kakakku Aishah n Izzati....
 
 dah rupa anak keling masing masing hahahahaha sbb dari pagi membantu untuk menyiapkan tempat dan arahan.
 
 Abang iparku...mengedarkan daging untuk bekalan OKU pulang
 
 Kakakku Normishah.....yang sentiasa berbakti untuk kebajikan...aku bangga dengan kakakku yang mengikut jejak ayahku yang sangat mulia hati mereka...Mungkin aku tidak mampu untuk terjun dlm bidang ini...akulihat mereka tidak mengeluh walaupun bukan ada ganjaran dan pangkat yang mmereka terima dari usaha kebvajikan ini.
 
Aduhai....terkelepek dah rasanya ....aku hanya mampu untuk tolong seberapa yang mampu tapi aku tidak mampu untuk bertungkus lumus sebagaimana kakak dan bang iparku  dalah bidang kebajikan ini. Semoga Allah limpahkan rezeki buat mereka .Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, panjang umur , murah rezeki,bahagia dan berkat dunia dan akhirat untuk seluruh keluarga kakakku dan abang iparku, ahli keluargaku, para sukarelawan dan juga seluruh  golongan OKU . Semoga  mereka akan terus diberikan kekuatan untuk terus berbakti...AAMEEN

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, October 14, 2013

CHAPTER HIDUPKU 35: HARI LAHIR YANG PALING BERSEJARAH DALAM HIDUPKU.


 Photo: Wukuf adalah puncaknya haji. Secara fisik, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)

Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka. Kehadiran kita di Arafah memberi arti dan nuansa akhirat dengan Mahsyarnya, sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu.

Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.

Wukuf artinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu dzuhur dan ashar.

Disini masing-masing jamaah dipersilahkan untuk mengkondisikan dirinya berkonsentrasi kepada Allah, melakukan perenungan atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya, merenungi hari akhirat.

Bentangkan dosa-dosamu di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah engkau lakukan, ingatlah betapa waktumu selama ini habis terbuang sia-sia karena lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan duniamu. Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji. Itulah Arafah, wukuf kita adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan kita dihadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua.

Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahwa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.

Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”

Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “

Pada hari itu, Allah senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :

Sabda Rasullullah saw : “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).

Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah saw : “Yang paling besar dosanya diantara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun” (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq)

Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan-Nya kita di depan para malaikatnya.

“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”
(Imam al-Ghozali)
 Aku dilahirkan pada 13 Zulkaedah 1389 bersamaan 10 Februari 1971.....ini adalah saat hari lahirku yang terindah kerana aku menyambut hari lahirku di du buah kota suci iaitu Mekah dan Madinah.

Subhanallah tiada perkataan yang dapat digambarkan kerana Allah memberikan akau hadiah yang paling indah yang pernah kuimpikan. Semasa berangkat ke Mekah pada akhir Syawal dan sepanjang  berada di Mekah aku beruntung kerana  menyambut 13 Zulkaedah di hadapan Kaabah. Subhanallah tiada perkataan yang dapat aku gambarkan . Tiada kek besar  , tiada jamuan tapi indahnya memeluk mak sambil mengucapkan terima kasih pada mak kerana lahirkan aku ke dunia dan syukur kepada Allah dengan anugerah yang terindah kerana aku lahir dari pasangan yang sangat bahagia dan baik. Semuanya adalah percaturan yang terindah dari Allah.
 
Semasa di mekah sempat juga sambut hari lahir dengan Syed Mahadi Syed Hassan...sahabatku dunia dan akhirat. Makan nasi Arab sambil ronda-ronda tengok kedai. Syukur Allah berikan aku nikmat yang sangat indah yang tidak dapat digambarkan oleh sesiapa pun.

http://alqiyamah.files.wordpress.com/2010/08/masjidil-haram-mekah-saudi-arabia.jpg

 Setiap kali pandang gambar ini memang tidak dapat ku fikirkan dengan akal dan mindaku bagaimana berulang kali kami anak beranak tawaf di tingkat satu kerana mak tak boleh tawaaf bersama jemaah lain di bawah di dataran tawaf. Itulah hadiah dari Allah iaitu kekuatan dan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan buat kami tiga beranak semasa menunaikan haji. Tawaf sunat dan juga menunaikan Umrah.Semasa hajiaku tak banyak buat Umrah sebab kasihankanadik dan mak sebab mak sakit bila naik kerusi roda dan adik pula  melecek paha sebab ihram lelaki tak boleh pakai seluar panjang. Tapi semasa di Mekah ujian Allah tak kala aku sedih saangat bilatengok orang lain pergi menunaikan Umrah acapkali dan sampaikan satu hari aku menangis sebab keinginan ku utk pergi mengerjakan umrah tak tercapai sbb adik tak nak temankan ke Tanaim. Memang menangis macam budak budak...."Mak doakannanti Kin datang lagi buat haji dengan suami Kin" InsyaAllah..itulah doa mak buat ku.
 http://farm7.staticflickr.com/6156/6163288470_17ea309802_z.jpg

Hadiah yang kedua aku terima adalah meraikan harilahirku pada 10 Februari 2006 di Madinah Al Munawwarah..subhanallah tiada ucapan yang terindah dapat ku bayangkan dan gambarkan. Selepas menunaikan Fardhu Haji  sempena hari lahirku dan seterusnya sehinggakan pada hari akhir aku meninggalkan bumi Madinah hujan lebat dan banjir kilat melanda Madinah. Hadiah yang sangat indah buat hamba Allah yang hina ini. 
http://www.salamstock.com/community/wp-content/uploads/2012/06/masjid-nabawi-umbrellas-foyer.jpg
Indahnya hari lahirku....inilah hari lahir yang terindah dalam hidupku dan selepas kembali dari Fardhu Haji...aku tidak lagi punya hati untuk meraikan hari kelahiranku dengan meriah tap aku bersyukur kerana keluargaku wapaun ayan dan emak sudah tiada buat selamanya masih mengingati hari-hari bersejarah dalam hidup kami....

Akulah anak emak dan ayah yang paling bertuah kerana dapat bersama menunaikan haji dengan emak dan sentiasa bersama dengan ayah di hatiku kerana  setiap kali mengerjakan umrah pasti akan aku tunaikan umrah sunat buat ayah, mak dan individu lain . Aku bersyukur kerana aku diberikan rahmat yang tak terhingga oleh Allah.

Ya Allah tambahkanlah nikmat ini buatku dan berikanlah jua nikmat ini buat hubbyku, seluruh ahli keluargaku, guru-guruku, anak didikku, sahabatku, jiranku dan muslimin muslimat.  bertuahnya aku anak ayah  dan mak ...beruntungnya aku kerana  lahir dari kedua ibu bapaku yang  telah dijodohkan sejak mereka belum lahir....Berkatnya perkahwinan mak dan ayah yang mengikut sunnah perkahwinan Rasulullah SAW  di mana  mereka dinikahkan pada 4 Syawal manakala perkahwinan Rasulullah SAW dan Saidatina Aishah pada 3 Syawal...
Anniversary mak dan ayah
4 Syawal  1387
4 Januari 1968


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Chapter Hidupku 34: Menunaikan Fardhu Haji 20/12/2005 hingga 10/2/2006

Kenangan terindah dalam hidupku adalah menunaikan fardhu haji bersama orang yang tersayang iaitu  emak Hjh Siti Esah bt Muhammad dan adik bongsu Hj Shahrizal Bin Hj Shahrom
  Fardhu Haji 20/12/2005 hingga  10/2/2006 
Shikin akan menyelit memori-memori disebalik setiap ibadah...kenangan terindah bersama emak, adik,dan Syed Mahadi
Sambil mengimbau memori sama-sama kita refress balik rukun, syarat wajib, sunnat dalam menunaikan fardhu Haji. Semoga Shikin dapat menunaikanhaji lagi bersama hubby serta buat seluruh keluarga, guru,anak murid,sahabat ,jiran dan umat Islam berpeluang mengecapi indahnya ibadat haji ini. Aamin

Rukun haji ada enam iaitu :-
1) Niat
2) Wukuf di Arafah
3) Tawaf di Baitullah
4) Saie antara Safa dan Marwah
5) Bercukur atau bergunting
6) Tertib
Wajahceria mak semasa menunaikan ibadah Haji......kami tiba awal di Mekah pada 21 Disember 2005...pada awal ni mak tak berapa sihat lagi tapi selepas seminggu mak sangat sihat dan boleh menunaikan semua ibadah dengan sempurna. Sebelum pergi mak dah dimasukkan 13 pain darah dan doktor tak benarkan pemergian mak tapi kamisemua bersetuju untuk teruskan niat sebab mak sendiri yang minta untuk pergi...kami bertawakkal sepenuhnya dengan perbelanjaan , perjalanan dan keseluruhan urusan Haji...apayang pasti sudah 3 tahun kami tiga beranak mengikuti kursus haji.

Rukun Umrah ada lima iaitu :-
1) Niat
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib

Pakaian Ihram mak dan aku semua nya sama sebab apa saja yang aku beli untukku akan aku belikan untuk emak. Mak tak kisah sebab bagi mak yang penting mmak akan tunaikan Fardhu Haji kerana inilah impian terakhir emak dan ayah...tapi ayah pergi dulu pada tahun 1993 sebab  dengan duit ayah kami adik beradik memutuskan untuk buat Haji utk ayah. Tapi beetapa nikmatnya  bila aku sendiri dapat tunaikan umrah sunat setiap kali pergi Umrah untuk ayah dan emak.

IHRAM

 
Ihram bererti memakai pakaian ihram di miqat tertentu serta niat.
NIAT IHRAM HAJI
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
 
NIAT IHRAM UMRAH
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM
  1. Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
  2. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
  3. Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
  4. Memakai minyak pada rambut dan janggut.
  5. Mencabut bulu atau rambut dari badan
  6. Memotong kuku.
  7. Membunuh binatang buruan.
  8. Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
  9. Jimak (bersetubuh)
  10. Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah.

Gambar ni semasa wukufdi Arafah...Alhamdulillah mak sihat dan mak tak berhenti henti berdoa dan berzikir. Mak sememangnya seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi masalah kesihatan mak. Alhamdulillah sepanjang beberapa kali di Mekah akudappat melihat wajah ayah yang sangat aku rindui.
Wukuf maksudnya berhenti seketika di Arafah di antara waktu gelincir matahari hari ke-9 hingga terbit fajar hari yang ke-10 Zulhijjah.
Tidak sah sekiranya ia dilakukan selepas waktu ini kerana terlepas bermalam di Muzdalifah.

Adalah menjadi sunat sekiranya dapat dihimpunkan waktu zohor pada 9 Zulhijjah dengan asar pada waktu wukuf dengan jamak takdim.
Gambar ni gamabar minggu pertama kami tiba di Mekah dan mak kelihatan sangat uzur. Tapi cekal dan bersemangat. Gambar ni semasa kami pergi ke Tanaim untuk ambil niat Umrah. Kami menunaikan Haji Tamatuk jadi agak mudah dan tidak banyak pantang larang. Cuma kena bayar DAM sahaja.
Wukuf adalah puncaknya haji. Secara fisik, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3) Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka. Kehadiran kita di Arafah memberi arti dan nuansa akhirat dengan Mahsyarnya, sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu.
Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.
Wukuf artinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu dzuhur dan ashar.
Disini masing-masing jamaah dipersilahkan untuk mengkondisikan dirinya berkonsentrasi kepada Allah, melakukan perenungan atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya, merenungi hari akhirat.
Bentangkan dosa-dosamu di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah engkau lakukan, ingatlah betapa waktumu selama ini habis terbuang sia-sia karena lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan duniamu. Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji. Itulah Arafah, wukuf kita adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan kita dihadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua.
Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahwa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.
Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”
Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
. . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ?
Pada hari itu, Allah senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :
Sabda Rasullullah saw : “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).
Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah saw : “Yang paling besar dosanya diantara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun” (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq)
Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan-Nya kita di depan para malaikatnya.
Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”
(Imam al-Ghozali)
TAWAF DI BAITILLAH

 
Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya.
 
JENIS-JENIS TAWAF
1.      Tawaf Ifadhoh.(rukun)
2.      Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah.
3.      Tawaf Wida’ : Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.
4.      Tawaf Sunat
5.      Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.
 
Alhamdulillah semasa di sana  ramai mak cik mak cik yang dah tua menyertai aku dan adik. Dan memang agak mencabar bila bawa orang tua-tua sebab mereka tak ada mahram lelaki jadi pergerakan agak terbatas. Syukurlah Allah mengizinkan perjalan Haji aku bersama dengan Mahramku sendiri iaaitu adik Shahrizal
SYARAT-SYARAT TAWAF
  1. Suci daripada hadas besar pada badan, pakaian, tempat tawaf.
  2. Menutup aurat.
  3. Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu.
  4. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  5. Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.
  6. Cukup 7 kali dengan yakin
  7. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail Syazarwan.
 
SUNAT-SUNAT TAWAF
  1. Berjalan kaki
  2. Berittiba’ (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan sae’i (lelaki)
  3. Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.
  4. Membaca zikir dan doa.
  5. Berturutan 7 kali pusingan.
  6. Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
  7. Sembahyang sunat Tawaf.

Adik memang orang sangat bertanggung jawab dan amanah dengan tugas yang diberikan. Semasa kami nak menunaikan haji memang kami adik beradik sepakat untuk bawa adik untuk menguruskan mak dan mahram kami. Alhamdulillah bukan setakat mak saja yang dibantu oleeh adik tapi ramailagi jemaah lain yang dibantu.Ramai jemaah yang minta tolong adik untuk tawaf dan saei.


SAE'I

 
Sae’i bererti berjalan berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.
 

SYARAT-SYARAT SAE'I

  1. Dilakukan selepas Tawaf rukun / Tawaf Qudum.
  2. Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
  3. Sampai ke hujung setiap tempat Sae’i.
  4. Berniat Sae’i semata-mata kerana Allah Taala.
  5. Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.
 

SUNAT-SUNAT SAE'I

  1. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau.
  2. Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah.
  3. Keluar ke tempat Sae’i melalui Bab Al-Safa.
  4. Berdoa.
  5. Berwudhuk.
  6. Berjalan kaki.
  7. Berturut-turut.
Alahai lupalah pula nama adik ni....memang ni lah sabahat baik kat Mekah sbb kami banyak berjalan bersama-sama sepanjang ibadah sbab makcik  Mah juga kena naik kerusi roda.

BERCUKUR

 
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.

Hahahaha bergambar tepi unta je...nak naik tak berani sebab takut..tapi jangan tak tau  garang nih....jangan ada yang berani nak hampir.  Syed Mahadi pun sereyau dengan dia.
WAJIB HAJI

 
Wajib Haji ada enam perkara iaitu :-
  1. Ihram di Miqat
  2. Bermalam di Muzdalifah
  3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
  4. Bermalam di Mina
  5. Melontar ketiga-tiga jamrah
  6. Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram
Pak Cik Talib dan seorang lagi tak ingat nama...rakan sebilik adik di Mekah dan Madinah

WAJIB UMRAH

 
Wajib Umrah ada dua perkara iaitu :-
    1. Melakukan niat umrah di miqat .
    2. Menjauhi segala larangan semasa ihram

 


MIQAT

 
Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.
 
Miqat terbahagi kepada 2 :
a)      Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.
b)      Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan disekeliling Mekah untuk ihram haji.
 

MIQAT MAKANI

1)      Yalamlam – bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah.
2)      Zulhulifah – bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah.
3)      Juhfah – Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4)      Qarnul Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.
5)      Mekah (dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri.
 

BERMALAM DI MUZDALIFAH

 
Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.



MELONTAR DI JAMRAH AQABAH

 
Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.
Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah.


 
BERMALAM DI MINA

 
Ertinya berada lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

 

MELONTAR DI KETIGA-TIGA JAMRAH

 
Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Masing-masing dengan tujuh biji batu.
Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
SYARAT-SYARAT MELONTAR
1. Melontar dengan menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut
2. Melontar dengan kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang
3. Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain
4. Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya
5. Memastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin
6. Melakukan lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula - D ikuti dengan lontaran pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada Jamrah Al-Aqabah.
7. Tidak boleh membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah jika tidak menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian jugalah syaratnya bagi lontaran pada 13 Zulhijjah.

Rindu tengok wajah mak...Alhamdulillah walaupun dah tujuh tahun berlalu dapat lagi menatap wajah mak...walaupun hanya dalam gambar. Setiap hari tengok mak dan ayah.

PERKARA-PERKARA SUNAT HAJI

 
Antara perkara-perkara yang sunat dilakukannya sepanjang mengerjakan Haji ialah :-
  1. Mandi sunat ketika memulakan niat ihram
  2. Mandi ketika hendak masuk ke kota Mekah
  3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah
  4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memulakan ihram
  5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
  6. Berdoa ketika bercukur
  7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal
  8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibrahim
  9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijjah
  10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari pada 9 Zulhijjah

Jabbar Rahmah...kami menziarahi seminggu sebelum Wukuf dan time wukuf jangan mimpilah nak naik Jabbar Rahmah ni. Allah SWT sahaja yang bisa menemukan aku dan hubbyku...aku hanya berdoa sebagaimana yangdisyariatkan.
PERKARA YANG MEMBATALKAN HAJI

 
Antara perkara-perkara yang membatalkan haji :-
  1. Tertinggal salah satu daripada rukun haji.
  2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul awal

Unta di padang Arafah yang dihias indah....tak naik sebab nak jaga kebersihan sebab lepas balik terus buat Umrah.

TAHALUL

 
Tahalul bermaksud keluar dari ihram haji atau umrah.
Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu :
a)      Tahalul Awal
b)      Tahalul Thani
TAHALLUL AWAL
Tahalul awal dilakukan setelah selesai jemaah haji melakukan 2 dari tiga perkara :
  1. Melontar Jumrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.
  2. Bercukur
  3. Tawaf
Seseorang yang telah selesai melakukan tahalul awal boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram kecuali berwali nikah, bercumbu-cumbuan dan bersetubuh.

TAHALLUL THANI

Tahalul Thani ialah selepas jemaah haji melaksanakan kesemua 3 perkara yang telah disebut di atas.
Seseorang yang telah selesai bertahalul thani, boleh melakukan semua perkara yang diharamkan semasa ihram.



NAFAR

 
Nafar ialah meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina semula.
Nafar terbahagi kepada 2 iaitu :
c)      Nafar awal
d)      Nafar Thani
 

NAFAR AWAL

Nafar awal ialah meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah tanpa bermalam pada 13 Zulhijjah dan juga tidak melontar jumrah pada 13 Zulhijjah.
 

SYARAT-SYARAT MELAKUKAN NAFAR AWAL

  1. Keluar dari Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah.
  2. Selesai melontar ketiga-tiga jumrah.
  3. Telah bermalam selama dua malam di Mina, iaitu pada malam 11 dan 12 Zulhijjah.
  4. Berazam tidak akan datang lagi ke Mina pada musim itu.
  5. Keluar dari Mina dengan niat melakukan Nafar awal.
 

HIKMAH NAFAR

  1. Memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang ada urusan lain.
  2. Memberi peluang kepada jemaah haji dengan memendekkan waktu beribadat.

NAFAR THANI

Segala perbuatan dilakukan seperti biasa iaitu melontar pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
Gambar semasa Ziarah Jabbar Noor....adik beruntung kerana dapat menunaikan haji ketika usianya 18 tahun dan mungkin bagi orang lain ramai merasakan adik tak cukup syarat nak buat haji kerana belum berkemampuan tapi syukur Alhamdulillah dengan rezekiyang Allah kurniakan buat diriku dan keluarga kerana memudahkan perjalanan kami tiga beranak menunaikan Haji. Prinsipku  pekakkan telinga dan fokus pada apayang kita lakukan dan impikan..Jangan pedulikan kata-kata orang kerana hanya pada Allah kita bertawakkal.

HAJI TAMATTUK

 
Haji tamattuk ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama.
Niat haji tamattuk adalah sama dengan niat haji ifrad akan tetapi didahului dengan niat umrah.
 
CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK
 
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN HAJI TAMATTUK
  1. Memberi kemudahan kepada jemaah haji untuk berehat.
  2. Memberi kemudahan kepada jemaah haji yang kesuntukan masa untuk mengerjakan haji.
  3. Waktu ihram yang pendek.
 
KEKURANGAN HAJI TAMATTUK
  1. Kurang fadhilatnya berbanding dengan haji ifrad
  2. Melakukan haji dengan cara tamattuk ini dikenakan dam (denda).
 
PERBEZAAN ANTARA HARI IFRAD DAN HAJI TAMATTUK
Haji Ifrad
Haji Tamattuk
Mengerjakan haji dalam bulan haji kemudian baru mengerjakan umrah Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji.
Tidak dikenakan dam Dikenakan dam
Lebih afdal Kurang fadhilat
Gambar kenangan kami bertiga tak banyak di Mekah ...sebabsemasa haji tak banyak sangat ambil gambar sebab memang fokus untuk menunaikan ibadah. Mungkin benar bila kitta dah fokus memang kita tak akan ingat apa-apa yang kita tinggalkan. Hanya sesekali adik beradik call semasa kami di sana bertanya khabar. Semasa di Mekah dan Madinah  tumpuan hanyalah berebut untuk menunaikan ibadah. Hanya Allah yang mahha Mengetahui setiap perhitungan hidup ini. Alhamdulillah tertunai harapan mak menunaikan haji...semasa di sana mak banyak berdoa pada anak-anak dan paling banyak mak berdoa untuk mak Chak Zauyah sekeluarga kerana bagi mak mereka bukan sekadar jiran tetapi saudara dunia dan akhirat. 


SEMOGA SELURUH KETURUNANKU AKAN MENJADI TETAMU ALLAH DAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI PADA USIA MUDA. AAMEEN


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in