kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (222) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (152) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) kerjayaku (74) cabar minda (70) 1 entri 2 stories (65) D'Perantauan (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (47) berita (47) keluargaku (47) kerjayaku...kemahiran (45) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) dari seorang sahabatku (35) Penulisan (34) BUKU (32) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) Aku Anak Pomen (22) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (19) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) ANEKDOT (7) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) IABU (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) shikin sayang (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) ADIKKU (2) Aidilfitri (2) Ayah (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aku Boss (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label Aku Banggali. Show all posts
Showing posts with label Aku Banggali. Show all posts

Saturday, October 26, 2019

Alhamdulillah....Allah Maha Penyayang

Bagasi 40 kg jenuh punggah ....Air Asia memang lah tak boleh kompromi langsung sbb  checking sendiri. Lebih 1 kg pun mesin tak.mau gerak....last punggah semula beg dan bawa sbgai hand luggage.

Maaf lah kepada yg kirim barang barang bagai sbb tak sempat shoping langsung dan tak boleh beli sebab tak berbaloi. Fringe magnet RM20 sebiji pun tak boleh beli, sbb mahallah😜😜.

Semua bawa balik hadiah keluarga sahaja. Hadiah kahwin , bukan utk diri saja tp ada juga utk ahli keluarga. Masa pergi ke Pakistan ALHAMDULILLAH teringat nak beli hadiah buat keluarga di sana. Rupanya bila kita berikan walaupun taklah mahal tp mereka sangat menghargai. Berpuluh persalinan baju yg siap jahit dan separuh hubby kena bawa balik sebab belum siap jahit.

Hati ni sedih sangat dengan keraian dari mereka hadiah tetap bagi walaupun kita rasa tak mau terima sbb yg bagi tu bukanlah kaya.

Allah SWT sahaja yg Maha Mengetahui betapa hati ini menangis menerima pemberian mereka. Miskin harta tp kaya akhlaknya. Sedangkan kita nak memberi yang sedikitpun rasa terkira kira. Allahuakbar.

Mak saudara miskin sangat tp dia siap masakkan manisan utk bawa bekal. Ada yang bawa keluar hiasan dibadan bagi dekat kita sebab nak juga bagi kenang kenangan. Patutlah mereka kata mereka akan rindui kita tp hakikatnya kitalah yg lebih merindui mereka.

Semua keluarga datang nak peluk cium kita dan doa yg berpanjangan. Bapa bapa saudara pun datang mendoakan kita.  Alhamdulillah Allah SWT kurniakan keluarga yg sangat kaya akhlaknya.

Madu jangan tanyalah ya. Layan kita macam permaisuri. Dari awal sampai hinggalah balik duk minta maaf sebab tak bagi layanan istimewa katanya. Air mandi dia sediakan, baju dia sediakan, makan minum dia sediakan dan siap kilatkan kasut setiap kali nak keluar . Pakaikan bukra dan cadar utk keluar rumah. Sampai hari balik dia minta maaf sbb tak boleh berikan yg terbaik utk aku. Tapi aku selamba ja jawab dia dah berikan aku yang terbaik buat aku iaitu suamiku😍😍😍😍 Dan aku tak mau apa apapun dari dia cukuplah doa agar kami bahagia hingga ke akhirat kelak.

Sambil nak tunggu kapal terbang balik aku sharelah kat sini. Sementara bateri ada...sbb charger dah terlepas masuk bagasi....

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, October 11, 2019

Sambutan di airport Islamabad Pakistan






:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, July 2, 2019

BERILAH YANG TERBAIK

Kisah yang kekadang mencuit hati dan ada kalanya melucukan.
Hari ni seperti biasa aku akan datang ke kedai untuk memantau perjalanan kedai. Kebetulan hari ini tukang jahit bawa turun hasil jahitan sampingan yang terdiri dari sarung kusyen yang dibuat untuk jualan di kedai sebagai produk sampingan. 

Masya Allah cantik cantik  dab berkualiti.  Biasalah aku ni kalau  dah cantik mulalah terbayang dan ada pasang angan angan nak berikan sebagai hadiah kepada sesiapa yang terlintas dalam kepala. Sambil sambil nak letakkan harga aku kelaskan ikut kualiti kain. Aku terus cakap kat Habib nak ambil untuk hadiahkan kepada seseorang yang istimewa.  Macam biasalah Habib memang akan secara rasional jawabnya. Ok bayar ja lah dan ada sale untuk kedai. Aku rasa sedih sangat sebab aku rasa Habib sangat berkira untuk aku berikan secara hadiah sahaja kepada orang. Jadi dia cadangkan aku ambil sahaja yang biasa-biasa. Aku macam biasalah rasa sedih sebab tak dapat yang apa yang aku hendak.


 Aku terus berkemas dan rushing ke kereta sebab tengok jam dah dekat pukul 8 malam sbab Kak Chik tunggu nak serahkan kunci rumah. Dalam keterburuan nak balik nampak seolah aku merajuk dan marah. hakikatnya taklah marah sebab ada rasionalnya. Lagipun belum masuk stok lagi. Tak pa lah biarlah dengan situasi itu. 

Sampai di rumah aku terus solat Maghrib dan  bayarkan upah Kak Chik ironkan baju dan selesai semua keluarkan barang-barang untuk memasak. sebab kebetulan ada tetamu datang di rumah. Tak adalah aku merajuk atau marah cuma rasa kecil hati saja. 


Sekali Habib panggil dan bagi tahu 
" Noor jangan kecil hati dan Habib minta maaf sebab kecilkan hati Noor"
Nak nangis? Nak sedih?  Kerasnya hatiku......
Habib menyambung lagi....
"Kita nak bagi kepada orang kita berikanlah yang terbaik dan Habib salah sebab halang Noor buat yang terbaik. Noor jangan marah Habib sebab kekadang Habib lupa"

"Jika nak beri, beri orang barang yang kita paling suka"


Selesai.....

Renungan bacalah 
Tafsir Al-Imran ayat 92:


Ayat ini menyeru kepada kita dan meminta untuk kita respond  - bilamana Allah menyeru sesuatu, hamba diminta memberi respon kepada seruan tersebut sebagai tanda kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Dalam ayat ini, Allah berfirman:
"Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan al-birra’..."

 Al-birr mempunyai banyak makna iaitu:
1.     Syurga -> Kamu tidak akan sampai kepada syurga
2.     Taat -> Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan orang yang taat
3.     Taqwa -> Kamu tidak akan dikategorikan sebagai orang yang bertaqwa
4.     Kebajikan/kebaikan -> Kamu tidak akan sampai kepada peringkat orang yang berbuat kebajikan.

Walaupuan ahli tafsir memberikan 4 makna  dalam keempat-empat maknanya tidak bertentangan sebaliknya saling melengkapi iaitu tujuannya ialah syurga. Yakni tidak akan mencapai syurga kecuali melalui ketaatan, ketaqwaan, dan kebajikan.

"...sehingga kamu sedekahkan harta yang kamu suka.."
Maknanya untuk mencapai tahap taat, taqwa, maka kamu perlu menginfakkan apa yang kamu suka.

"Sesungguhnya apa yang mereka infakkan itu diketahui oleh Allah SWT Yang Maha Mengetahui."
Maknanya infak itu akan dihitung, dihisab dan dibalas Allah Taala. Ada beza balasan dan amal. Balasan akan diberi sesuai dengan amal yang dilakukan. Balasan yang berkualiti akan diberi kepada amalan yang berkualiti. Amalan yang kurang berkualiti, balasannya pun kurang berkualiti. Jadi, bilamana kita beramal kepada Allah dan nak tahu sebesar mana ganjarannya, tengok sebesar mana pengorbanan kita kepada Allah SWT. Allah akan beri pada kita dengan kadar kita beramal kepada Allah Taala. Ada orang yang memberi infak baik dalam bentuk jihad atau sebagainya atau perkhidmatan atau apa saja yang kita ingin berikan pada orang lain.

Kalau kita ada 2 barang, yang satu cantik dan satu lagi kurang cantik, yang mana yang kita akan beri pada orang? Tentulah yang kurang cantik. Mengapa? Kerana sifat semulajadi manusia ialah suka kepada keduniaan atau kepada barang yang dimiliki.

Oleh itu, baginda Rasulullah menghormati hak orang daripada diambil tanpa redhanya atau dengan cara paksa. Amir zakat diberi pesan oleh Rasulullah, "Jangan mengambil zakat daripada harta yang mempunyai kedudukan di hati pemiliknya." Contohnya, jika seseorang sangat sayangkan seekor daripada kambing miliknya, dan amir zakat pun datang dan meminta kambing yang tersebut. Ini tidak boleh dilakukan. Pemilik berhak memilih haiwan yang ingin dizakatkan. Amir hanya bertugas menerima, kecuali jika haiwan yg diberi tidak memenuhi kriteria, barulah dipulangkan dan diminta haiwan yang lain. Demikian juga dengan unta, lembu dan seumpamanya. Nabi SAW menghormati sifat suka manusia kepada harta dan tidak menyuruh mengambilnya daripada mereka secara paksa kecuali diberi sendiri oleh tuan punya barang. Jika berlaku demikian, ianya mempunyai nilai tinggi.

Dahulu, ada sekumpulan yang digelar ashabul As-Sufa, yang tidak punya kaum kerabat dan tinggal di belakang rumah Nabi dan tidur di masjid Nabi. Mereka susah untuk bekerja dan banyak bergantung kepada pemberian orang. Apabila tibu musim menuai kurma, kaum Ansar meletakkan kurma yang kurang elok di pintu masjid agar dapat dimakan oleh sesiapa saja termasuk Ashabul As-sufa. Tetapi, oleh kerana kurma yang diletakkan itu kurma yang kurang elok, Allah SWT yang mengetahui isi hati manusia dan ingin agar manusia tidak berkira ketika berbuat amal kebaikan, dan mengutamakan kualiti amal dan bukan sekadar beramal. Orang bijak akan lihat kualiti amalnya, bukan kuantitinya. Oleh kerana perbuatan mereka, Allah menurunan ayat agar manusia tidak berkira ketika beramal kepada Allah. Adapun orang yang kurang perhatian kepada kualiti amalnya, Allah berfirman dalam ayat 267, surah Al-Baqarah:


 Ada beza barang elok yang tak boleh dipakai lagi dengan barang elok yang tak dipakai. Ada orang beri sebab dia tak pakai, tapi ada orang beri barang yang dia dah tak boleh pakai. Kalau kamu sendiri tak nak ambil barang itu, jangan beri barang itu pada orang lain.

Bila para sahabat mendengar ayat ini (Al-Imran 92), sahabat bernama Sy. Tolhah - sifat sahabat Nabi ialah cepat memberi respon pada ayat Allah  mereka memahaminya sebagai tawaran dan peluang daripada Allah SWT.  Kalau ada Raja buat pengumuman yang dia akan beri 10 ribu jika orang datang berkumpul pada pukul 4, maka pukul 12 lagi orang akan sudah berkumpul. Itu baru tawaran Raja di dunia. Tetapi ini ialah seruan Yang Maha Besar, Yang Kekayaan-Nya tiada penghujungnya.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam ayat 24, surah Al-Anfaal:

Perkataan:
 bermaksud cepatlah dalam menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya

Oleh itu, digambarkan bahawa para sahabat, jika sedang mengangkat cangkul sekalipun akan segera melepaskannya ke belakang, tanpa diletak kembali apabila terdengar suara azan untuk segera menyahut seruan tersebut.

Seorang sahabat bernama Habar, digelar sebagai orang yang dimandikan malaikat. Kenapa digelar begitu? Kerana sikapnya yang segera menyahut seruan Nabi SAW, tidak menunda-nunda lagi. Dia baru berkahwin, dan setelah malam pertamanya, esoknya ada seruan jihad, lalu dia terus pergi berjihad dan syahid. Apabila dikumpulkan mayat orang syahid, didapati mayatnya basah seperti mandi. Lalu Rasulullah SAW suruh bertanya kepada ahli keluarganya. Dan diberitahu yang dia pergi jihad dalam keadaan janabah kerana ingin bersegera dalam menyambut seruan Nabi SAW.

Kembali kepada cerita sahabat tadi - Sy. Tolhah mempunyai sebuah kebun yang ada perigi di dalamnya, dan kebun itu bertempat di arah kiblat masjid Nabawi. Mendengar seruan itu (ayat 92 Al-Imran), dia pun pergi berjumpa nabi SAW dan berkata, "Saya adalah orang yang paling kaya antara kaum Ansar. Dan dalam harta saya, saya paling sayang Bairuha (merujuk kebun tersebut). Saya infakkan dan serahkan kepada kamu untuk menentukan siapa yang patut menerimanya." Lalu Nabi SAW pun menyerahkan kepada keluarganya semula. Nabi SAW mengembalikan bukan kepada pemiliknya tetapi kepada keluarga pemiliknya. Kenapa? Agar ahli keluarga tidak merasa cemburu dengan infak tersebut. Bukankah ini banyak berlaku hari ini. Jadi tujuannya juga untuk menjaga dan mengeratkan hubungan keluarga Sy. Tolhah.

Sy. Zaid ibnu Harithah juga mendengar seruan itu dan  datang kepada Rasulullah dan memberi pada kuda yang paling disayangi. Nabi SAW mengambilnya dan  menyerahkan pada anaknya iaitu Usama ibnu Zaid. Ini bermakna Nabi SAW juga menyerahkan semula kepada ahli keluarga pemilik asal harta. Sy. Zaid merasa tidak senang hati kerana harta itu diberi kepada anaknya. Maka, dia pergi kepada Rasulullah dan menyatakan kerisauannya. Sabda Nabi SAW, Apa yang kamu niatkan sudah diterima oleh Allah SWT. Pada siapa aku serahkan harta itu tiada kena-mengena dengan niat kamu.Demikian Rasulullah bijak dalam mengembalikan harta yang diinfakkan pada jalan Allah SWT.

Sy. Abu Dzar mempunyai unta-unta, dan ada satu yang jantan. Untan jantan ini penting untuk membiakkan unta-unta betina yang lain. Datang seorang tetamu kepadanya tetapi dia ada hal lalu dia berkata, Saya ada hal sedikit, kamu pergi kepada unta saya dan ambil yang kamu suka untuk disembelih. Tetamu itu pun pergi dan mengambil unta yang kurus dan pergi kepada Abu Dzar. Abu Dzar bertanya, Mengapa kamu ambil unta yang kurus, tiada yang lainkah yang sesuai? Jawab tetamu itu, Ya, mata saya ada ternampak seekor unta yang hebat dan gagah (merujuk kepada unta yang jantan itu) tapi saya segan nak ambil kerana kamu perlu kepada unta itu. Jawab Abu Dza, Saya lebih perlu kepada unta itu untuk bekal saya nanti di kubur. Ambil. Lalu dia mengambil unta jantanyya yang satu itu dan menyembelihnya.

Para sahabat ringan untuk mengorbankan sesuatu di jalan Allah. Begitulah akhlak para sahabat dan ramai lagi sahabat yang berbuat begitu.

Tujuan ini semua untuk melatih kita menginfak apa yang kita suka pada jalan Allah dan melatih membuang sifat bakhil dan kedekut untuk menginfak pada jalan Allah. Allah akan memberi balasan terhadap apa yang diinfakkan manusia.

Rasulullah SAW mempunyai 2 siwak - satu lurus dan satu lagi bengkok. Ketika ingin menghadiahkan pada sahabatnya - Nabi SAW memberikan yang lurus. Masalahnya bukan kepada siwak yang diberi kerana harganya pun tidak tinggi, tetapi nawaitu ketika memberi yang akan dihisab oleh Allah.

Ketika seorang peminta sedekah diberi sebiji kurma oleh Sy. Aisyah, berkata, Ya Ummul Mukminin, satu biji kurma sajakah? Sy. Aisyah mengatakan, Kamu tidak tahukah dalam kurma itu ada berapa ribu zarah? Allah telah beriman bahawa sesiapa yang berbuat baik sebesar zarah pun, dia akan mendapat ganjarannya. Beliau yang belajar terus dengan guru terbaik yakni Rasulullah SAW faham bahawa yang dinilai Allah bukan besar kecilnya pemberian tetapi niat ketika memberinya.

Jadi, pengajaran yang kita boleh ambil daripada ayat ini adalah:
  • Melatih diri agar ringan tangan untuk memberi
  • Dalam memberi, beri barang yang terbaik dan barang yang kita suka, yang kita perlu. Ini untuk menghakis sifat kedekut yang tidak boleh ada pada orang yang beriman pada Allah SWT.
  • Dalam hadis Nabi SAW bersabda, Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat kepada syurga dan jauh dari api neraka. Orang yang bakhil pula jauh dari syurga, dekat dengan neraka dan jauh daripada Allah SWT. Oleh itu, hakislah sifat kedekut pada diri kita dan kecintaan yang lebih kepada harta.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Saturday, May 18, 2019

18/5/18 - 18/5/19 Genap setahun perkahwinan kami.























Genap setahun perkahwinan kami.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, May 16, 2019

Kerana Orang Luar


Salam. Saya minta maaf. Saya maksudkan saya tak suka org luar buat keputusan dalam rumah kita selain dari Habib dan saya.
1. KENAPA BUAT KEPUTUSAN PINDAHKAN KIPAS YG SAYA BAWA BALIK DARI KEDAI KE ATAS. SAYA BAWA BALIK SBB SAYA NAK GUNA.
2. NAK BAWA CADAR LUAR UTK GUNA SEDANGKAN SAYA BAGI KEBENARAN GUNA BILIK SAYA. ITU BILIK TIDUR SAYA DENGAN SUAMI SAYA. TP SAYA HORMAT TETAMU JD SAYA BENARKAN GUNA.
SAYA TAK BENARKAN ORG LUAR UTK UBAH IKUT SUKA HATI.

3. SAYA SAKIT HATI BILA MAKANAN SUAMI SAYA ORG LUAR YG SEDIAKAN. BUAT KEPUTUSAN APA YG NAK SUAMI SAYA MAKAN.

Saya minta maaf kalau saya salah. Tapi saya minta ruang utk Habib faham.

Saya
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Sunday, January 6, 2019

AKU BANGGALI


Di celah kehidupan:
Baru ni pi ikut hubby pi appointment utk measurement kat rumah customer. Masa duk baca msg dia rasa lain macam saja. Biasalah kita selak selak profile tengok dalam wall selfie jerlah gambarnya. Biasalah kita pun kaki selfie juga. Masa mesej bahasa-bahasa tu memang lain macam saja ayat dia. Sekali sampai depan rumah hubby turun bagi salam n mcm biasa duk dalam kereta dululah. Tengok pakai punyalah seksi. Sekali hubby patah balik mai ke kereta panggil suruh turun teman dia dan muka mak cik ni punyalah terkezut beruk.... nak ajak masuk dgn tak masuk sama banyak saja.
Mak Chik : You isteri dia ka?
Aku:-Ya, saya isteri dia..
Hubby: Saya bawa isteri teman sbb mudah kerja.
Muka Mak Chik ni punyalah gelabah dan masa duk ukur tu dia dah hilang fokus. Biasalah kita ni kan kaunselor boleh baca wajah n bahasa badan. Hubby mcm biasa terus ja ukur dan tunjuk sample. Tapi mata mak cik ni dah macam mata ular tedung.
Aku pula masa tu duk tahan hidung saja nak muntah. Rumah dua tingkat tapi nauzubillah bau macam dalam tong sampah. Tilam duk terdampaq kat ruang tamu dan langsir jangan duk katalah belejam macam rumah kongsi yang lelaki duk dan macam tong sampah tempat himpun sampah. Punyalah duk tahan hidung . Hubby pula cepat cepat deal. Mak Chik ni tak habis duk tenung hubby Aku dan last dia kata tak pa esok saya call lain bagitau. Comform atau tak comfirm saya akan call bagitau. ...Aku pun cepat cepat pack barang dan naik kereta.
Hubby: U rasa?
Aku: Dia bukan nak langsir tapi nak U!😡
Hubby: Betul Memang pelik mak chik tu.....tu lah nak U ikut sebab selalu jumpa orang macam tu!
Hahaha lepas ni I tulis buku tajuk...Kisah Aku Banggali πŸŽ¬πŸŽ¬πŸŽ¬πŸŽ¬πŸŽ¬
#AkuAnakPomen
#SelamatCurtainKedah
Sampai hari ni dia tak call πŸ˜œπŸ˜œπŸ˜œπŸ˜œπŸ˜œ

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Saturday, January 5, 2019

Hikayat Banggali Mahawangsa

 

wans epon taiymm, adanya seorang benggali yang sangat gigih bekerja. dikayuhnya basikal ke sini sana. demi menjual karpet sebarang dua.


di suatu pinggir, hidupnya sebuah keluarga. yang baginya benggali itu tiada makna. cuma diguna untuk mengugut anaknya berhenti bermain di kala maghrib menjelma.


datang nya si benggali tadi mengucap salam. lantas seisi rumah mengunci suara. kunun nya di rumah tiada siapa.


namun malang tiada berbau. si benggali datang lagi tanpa diduga. maka tiadalah sempat untuk si anak kecil menyembunyikan diri seperti biasa.



dipenuhi nya saja tuntutan si benggali.


si benggali rasa gembira di hati. karpet terjual sebentar lagi.


menunggu satu jam pun tada masala tada masala~


lalu datang si anak kecil membawa berita.


berita bohong dari ibunya.


menangis darah pun tiada lah berguna.

begitulah akhirnya hikayat benggali mahawangsa.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in