kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, May 29, 2017

LUAHAN HATI KU ..Semoga Aku kuat.


Hari ni hari ketiga Ramadhan.
Semalam pukul 11 mlm dah cuba tidur tiba tiba jam 1 pagi hingga 3 pagi kaki kejang dan tak boleh berjalan langsung. Ambil minyak panas dan sapu. Hanya air mata yang menemani ku.

Minta doa kepada Allah SWT nak bangun untuk ber qhiamullail  jam 4 pagi setiap hari. Tapi ujian Allah untukku akhirnya langsung tertidur dengan air mata dan langsung tak dengar alarm jam 4 pagi berbunyi.

Hanya terdengar alarm subuh berbunyi dan terjaga. Memandangkan sudah jam 5.30 pg ingatkan dah habis waktu dan langsung tak bangun untuk minum. Dan hanya berdoa pada Allah SWT agar mengurniakan aku kesihatan yang baik dan kuat untuk aku jalani hidup ini seorang diri di dunia Allah SWT yang sementara ini.  Alih-alih lepas aku berdoa dengar azan. Adoooiiiii macam nak nangis sebab kalau ikutkan sempat lagi minum air untuk dapatkan pahala sahur. ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Itulah bila hidup seorang diri tak ada siapa yang nak ingatkan aku waktu sahur. Sudah 10 tahun bersahur seorang diri dan hanya Allah SWT yang tahu bagaimana perasaan ku ini.

Bila datang kerja lain hal pula yang berlaku. Terpaksa meminta peralatan orang lain untuk menyiapkan tugasan dan kerja serta melengkap borang. Ada kata kata sinis sampai ditelingaku "kenapa tak beli sendiri dan guna peralatan sendiri?" "Jangan nak harapkan duit kerajaan saja ,belilah dengan duit yg kerajaan beri!"

Allahuakbar hinanya diri ni kurasa,sebelum ni aku tak pernah komplen dan mengadu kekurangan yg aku terima sbab bagiku cukuplah dengan apa yang aku ada, apa dalahnya menggunakan harta kerajaan yg dimiliki oleh orang lain sbb peralatan mereka pun bukan duit sendiri .  Memang lah kalau ikutkan hati aku nak saja menjawab tp biarlah mereka krn mereka tidak merasa masalah yang aku hadapi. Ujian Allah SWT itu kerana Allah SWT sayangkan aku dan kasihkan aku.

Semoga Allah kurniakan aku kekayaan yang melimpah ruah agar aku tak perlu mengadu pada manusia. Aku boleh sediakan semua untuk aku beribadah kepada Allah krn kerja itu juga ibadah. Aku kecewa kerana tidak boleh melaksanakan tugas dengan terbaik dan banyak masa dihabiskan dengan menumpang peralatan dan bilik orang lain.

Aku bekerja dengan Allah SWT tetapi kenapa aku perlu sedih dengan sikap dn kata sinis manusia lain.

Hari ini aku kumpul kekuatan berjumpa dengan Pengarah dan maklumkan kepada beliau masalah aku dan beliau maklumkan dia ingat semua dah selesai sbb KJ atau Timbalan Pengarah tak ada sungutan atau bincangkan dengan beliau. Timbul juga persoalan mengatakan aku yg memandai mandai pindah masuk ke dalam bilik ini. Allahuakbar  sedihnya sedangkan aku hanya akur perintah orang atasan. Tidak pernah aku komplen atau memandai mandai meminta untuk duduk di bilik di tingkat atas ini. Rupanya selama ini aku difitnah dan di nista .

Syukurlah aku bertemu dengan pengarah sendiri dan memklumkan kepada beliau permasalahan aku. Ujian aku pertama di IABU aku diberikan markah prestasi yang sangat buruk oleh Ketua Jabatanku dan yang kedua aku dilempar di dalam bilik sauna selama setahun. Mungkin indah di mata orang lain tapi hakikatnya aku sedih sangat bila difitnah. Bukan sedih kena fitnah tapi sedih krn mereka menganiayai anak yatim piatu๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Semoga Allah SWT lemparkan perasaan kasih dan sayang dalam hati mereka yang membenciku . Aku tak mahu mereka ditimpa ujian dari Allah SWT kerana balasan menganiayai aku yang yatim piatu di dunia ini. Hanya Allah SWT waliku. Janganlah kalian menanggung dosa menganiayai yatim piatu. Sesungguhnya waliku hanyalah Allah SWT.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

LUKMAN AL HAKIM


Satu-satunya manusia yang bukan nabi,
bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengendung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.

2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.

4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.

5. Ingatlah Allah selalu.

6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu

7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
#crnash@iabu #teratakaish

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, May 28, 2017

Ujian dan Dugaan

Innalillahiwainnailahiragiun
Ujian sungguh dengan spek mata ni...hari ni patah telinga pula. Pi kat kedai semua tak boleh buat, last tukar bingkai baru lagi. PUMA lah pula yg adapun..jenis lain tak boleh masuk kanta๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ 
Semoga Allah SWT gantikan dgn yg lebih baik. Kena pi buat Lasit jugalah kalau mcm ni. DR MUHAYA sat nak himpun duit๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€





:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, May 27, 2017

MAID SENTAP

 Astaghfirullahalazim....letih gila. Aku salute dekat surirumah sepenuh masa. Memang bab mengemas, mengemop, dan mengilat rumah ni aku memang tak sanggup.

Ujian kerana menegur kerja buat maid mingguan yg duk mai rumah sebab buat kerja sambil lewa akhirnya dia terus sentap tak mau datang. Takkanlah buat kerja tak betul tak boleh tegur. Tak palah bukan rezeki dia lagi nak kerja dengan aku.

Dia kata dia malu, jd apa lagi yg boleh aku kata. Memang lah dah lama dia kerja dgn aku dan bukan mudah nak dapat pembantu yg amanah. Lebih dari 15 tahun dah kerja dengan aku.
Hari ni selesai mengemas kebetulan kucing bbuat perangai kencing atas segala tempat sampai satu rumah bau air kencing kucing. Nak salahkan depa pun tak boleh juga sebab ada tikus masuk jadi memang dia tanda meratalah nak kontrol tikus.

Dah satle mengemop  dan mengemas ruang tamu. Dapur tunggu lepas buka puasa. Memang dah terlebih letih.

Kasihan tetamu besar datang rumah tak lemas. Ya Allah berikanlah aku rezeki melimpah ruah agar dapat ku infakkan ke jalan yg Engkau redhai.
*CARA SAMBUT RAMADAN*

Dari ustazah Norhafizah di IKIM.

● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini*

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab  *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*

● Sambutlah Ramadhan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*

*Ramadhan Kareem utk sahabat semua*

*Maaf Zahir Batin*

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

CUCU TOK WAN JUAL BUAH NYOQ

Berbudi pada tanah banyk balasannya dari Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mengilhankan buat hambanya yang hina ini untuk ikhtiar hidup. Sejak kecil aku tak pernah hidup susah seperti adik beradik yang lain. Walaupun orang lain susah aku selalu mengambil iktibar sebagai cabaran untuk menjadi lebih berjaya dari orang lain.
 Mungkin orang melihat aku tinggal dirumah yang mewah tersergam indah,tetapi tiada siapa yg mengetahui percaturan hidupku. Syukur pada Allah yang sentiasa memberikan aku kekuatan menjalani kehidupan ini.
Walaupun hanya dengan tiga pohon nyior Alhamdulillah bolehlah sebulan RM 50 hingga RM100  sebulan hasil jualan buah nyok. Lepaslah habuan bil, makanan bulusku dan juga baja untuk ank ijoku setiap bulan. Syukur ya Allah dengan rezeki yg diberikan kepadaku. Aku redha dengan perjalanan hidupku ini. Aku bersyukur ada Allah SWT .


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN TIBA

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membawa berita gembira kepada para sahabat dengan sabdanya:

ู‚َุฏْ ุฌَุงุกَูƒُู…ْ ุดَู‡ْุฑُ ุฑَู…َุถَุงู†َ ุดَู‡ْุฑٌ ู…ُุจَุงุฑَูƒٌ ูƒَุชَุจَ ุงู„ู„ّู‡ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ุตِูŠَุงู…ُู‡ُ ูِูŠْู‡ِ ุชُูْุชَุญُ ุงَุจْูˆَุงุจَ ุงู„ุฌِู†َุงู†ِ ูˆَุชُุบْู„َู‚ُ ุงَุจْูˆَุงุจُ ุงู„ุฌَุญِูŠْู…ِ ูˆَุชُุบَู„ُّ ูِูŠْู‡ِ ุงู„ุดَّูŠَุงุทِูŠْู†ُ  ูِูŠْู‡ِ ู„َูŠْู„َุฉٌ ุฎَูŠْุฑٌ ู…ِู†ْ ุงَู„ْูِ ุดَู‡ْุฑٍ ู…َู†ْ ุญُุฑِู…َ ุฎَูŠْุฑُู‡َุง ูَู‚َุฏْ ุญُุฑِู…َ

Artinya : ”Sungguh telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan keatas kalian puasa padanya. Juga dibuka selebar-lebarnya  selebar-lebarnya  selebar-lebarnya  selebar-lebarnya  selebar-lebarnya pintu-pintu surga, dan dikunci serapat-rapatnya pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak meraih kebaikan pada malam itu, seolah-olah dia terhalang daripada kebaikan”.

(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasa’i, dan Al-Baihaqi)

Asy-Syaikh Abdur-Razzaq Al-Badr hafizahullah ketika menerangkan sabda baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam "Sungguh telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan" beliau berkata:

"Difahami daripada kata-kata baginda ini, seruan untuk menggerakkan hati, merasakan tingginya nilai bulan ini dan keagungannya, maka buatlah persediaan yang rapi, sambutlah ia dengan sebaiknya, dan muliakanlah ia seperti tetamu yang penting. Kerana biasanya, seruan berita untuk menyambut atau menghadapi sesuatu bermakna perintah supaya membuat persediaan menghadapinya".

(Wa Jaa'a Syahru Ramadhan oleh Asy-Syaikh Abdur-Razzaq Al-Badr)

Selamat beribadah di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan semua amal ibadah kita diterima oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Rindu kenangan malam mula puasa. Arwah ayah akan panggil semua anak anak dan juga mak. Duduk angkat tangan sama sama baca niat dan doa puasa selepas Isyak dan terawikh. Ianya diteruskan oleh arwah mak yang senantiasa  menanti kedatangan Ramadhan. Selalunya petang akan ziarah kubur ayah. Bila mak tiada aku tetap ziarah Pak Chaq n Mak Chaq petang Ramadhan. Tapi kini mereka juga sudah tiada.   Sekarang aku tetap ziarah mereka petang Ramadhan di Jalan Pegawai.

Alhamdulillah aku ada kenangan yang indah dengan mak dan ayah.
AL FATIHAH buat semua.

Kenangan yang tak akan berulang kembali
Jom tidor esok nak sahur ....
Semoga puasa tahun ni penuh keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
#rindumakdanayah  #teratakaish
#sadna
#hubbyakhiratku

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani
berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, May 22, 2017

MANTAPKAN HATI


*Tazkirah pagi*
Assalamualaikum wbt...


Jika kita mampu mengawal hati didalam solat, Insya-Allah kita akan mampu mengawal hati di luar solat.

Hati yang berhubung dengan Allah tidak akan mudah terguris dengan kata-kata dan karenah manusia.

Jika hati masih liar dan sukar dikawal, itu petanda solat belom khusyuk, zikir belom mantap.

Jika hati masih mudah terluka dengan kata-kata dan karenah manusia, itu petunjuk hubungannya masih lemah dengan Allah.

Semoga bermanfaat..


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Madah Pujangga..dariku untumu







:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, May 21, 2017

PERKHIDMATAN CEMERLANG



Ciri Ciri Pekerja Cemerlang, Kualiti Pekerha Cemerlang, Akhlak Pekerja Cemerlang, Jati Diri Pekerja Cemerlang, Keperibadian Pekerja Cemerlang, Identiti Diri Pekerja Cemerlang, Artikel Motivasi
9 CIRI PEKERJA CEMERLANG
(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri, kualiti-kualiti, akhlak atau jati diri (keperibadian atau identiti diri) pekerja cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad A. B. C. D. E. F. G. H. I.
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak yang mulia. 

Ciri-ciri pekerja cemerlang tersebut adalah seperti berikut:


Amanah
Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri dan tidak rasuah. Ianya sedar bahawa setiap perbuatannya diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
Pekerja yang cemerlang bijak menggunakan masa serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ianya sentiasa menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya di samping sentiasa memperbaiki dirinya sama ada dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran atau prestasi kerjanya.

Cergas 
Pekerja yang cemerlang mempunyai amalan cemerlang dalam menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosinya. Dalam menjaga kesihatan fizikal bukan sahaja ianya menjaga kualiti pemakanannya tetapi juga sentiasa melakukan latihan jasmani serta mendapat rehat atau tidur yang mencukupi.  Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sentiasa sihat, cergas dan produktif. 

Dedikasi 
Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga selesai selaras dengan apa  yang diharapkan oleh majikan / organisasi. 

Elok 
Pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tutur kata, perlakuan atau tindakan-tindakannya. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ia sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah, tidak diberkati Tuhan. Keelokan peribadinya bukan sahaja disanjung ramai termasuklah majikan, rakan-rakan sekerja, ahli-ahli keluarganya serta masyarakat sekeliling. 

Faham 
Pekerja cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan memahami sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih 
Pekerja yang cemerlang komited melakukan setiap kerja atau tugasannya. Ia sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh ketekunan dan kegigihan. Walau betapa sukar pun tugasan yang diberikan kepadanya, ia tetap akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak serta mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui atau yang bekerja dengannya. 

Hasrat 
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi orang yang cemerlang dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itulah yang sentiasa memberikan kepadanya suntikan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan kerjaya serta peribadinya.

Iman 
Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Tuhan. Ia sentiasa berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Selaras dengan itu, ianya juga amat mentaati majikan, undang-undang negara dan organisasi.

Penemuan terbesar generasi saya ialah bahawa makhluk manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan mengubah sikap dan pemikiran mereka. – William Jame

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, May 17, 2017

CHAPTER HIDUPKU 46 :1st ANNIVERSARY as SENIOR LECTURER

 16.5.2017 Genap setahun dilantik sebagai Pensyarah Kanan
16.6.2016 Tarikh Memo
22.6.2017 Melapor diri


Rutin kehidupan sebagai Pensyarah Kanan. Sejauh mana aku serasi dengan jawatan ini?

Sesuatu yang sangat subjektif untuk dihuraikan.
FUNGSI BIDANG TUGAS UTAMA sebagai Pensyarah Kanan.

Fungsi :
  • Latihan
  • Pentaksiran
  • Konsultasi
  • Penyelidikan
  • Penerbitan
  • Pasukan Pemikir
Matlamat :
  • Stakeholder dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teras yang ditawarkan
  • Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
  • Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi
  • Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai (value for money)

Suka duka kehidupan sebagai seorang pensyarah kanan. Penuh dengan. Ranjau dan duri yang diredah dlm perjalanan hidup ini.

SEMOGA AKU KUAT DAN TERUS ISTUQAMAH BERJUANG UTK JALAN ALLAH YG MULIA INI. AAMEEN YA RABBAL ALAMEEN
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, May 16, 2017

SELAMAT HARI GURU

Alhamdulillah dah 25 tahun bergelar Guru, 21 thn sebagai Kaunselor dan setahun genap bergelar Pensyarah Kanan.
Pejam celik dah jadi guru.
 ....SELAMAT HARI GURU
*Selamat Hari Guru*
 Gambar ni antara barisan cikgu2 saya di Sek Men Keb Dato Syed Omar, Alor Setar.  Salamat Hari Guru cikgu semua.....cikgu  lain yg juga  mengajar Shikin di SMKTSR, SKSKL serta sahabat sahabat yang mengajar bersama di
SK AMINUDDIN BAKI
SK SUNGAI TENGI
SK KUAH
SK SBRG NYONYA
SMK SULTAN SULAIMAN
SMK ST ANNE CONVENT
SMK SULTANAH ASMA
SMK JABI
IPG KAMPUS DARULAMAN
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
SMK ALOR MERAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI


Didoakan semoga :-
● *Dipanjangkan umur*
● *Dimurahkan &  dilimpahi rezeki*
● *Ditetapkan keimanannya.
● *Dikurniakan pemikiran yg baik*
● *Kesihatan yang baik*
● *Berjaya di dunia & akhirat*
● *Sentiasa mendapat rahmat dari-Nya*

Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aamiin



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati lSayang Shikin

KURSUS CPD PENGURUSA HEM

Hari ni pertama kali menjadi PENGURUS
Pelbagai prosedur baru dipelajari.
BK05
BK17
BK 09
BK 10

SOP yang  berbeza yang perlu banyak dipelajari lagi.

PENGURUS BERSAMA:
 Tn Hj Zahari Ahamad
Tenaga pengajar bersama: 
Tn Hj Hamzah Bin Said
Jadual 3hari kursus







:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, May 14, 2017

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA


“ Aku menangis kerana berjalan tanpa kasut , tetapi aku berhenti menangis ketika mana aku melihat seorang lelaki tanpa kedua belah kakinya , oleh itu sentiasalah menyebut alhamdulillah”
Terima kasih bonda kerana mendidikku menjadi orang bersyukur dengan apa yang kita ada. Untuk belahan jiwaku, semoga Allah merahmatimu di alam sana. 
SELAMAT HARI IBU, bondaku Hjh Siti Esah Muhamad.
Al Fatihah buat mak yg sentiasa ku rindui.
 Di Panggil... Emak ๐Ÿ’• Ibu ๐Ÿ’•Umie ๐Ÿ’• Bonda ๐Ÿ’• Mama ๐Ÿ’•Mummy ๐Ÿ’•

Yg sejati Ibu Kandung,
Yg famous Ibu Tiri,
Yg Ringan Ibu Angkat,
Yg Miang Ibu Keladi,
Yg Tembam Ibu Roti,
Yg Popular Ibu Tunggal,
Yg Penting Ibu Jari
Macam2 Ibu Ada.....

Yg Penting Anda Tetap Ibu Yg Dicintai, Disayangi Dan Dikasihi.....

❤ SELAMAT HARI IBU ❤
Walau Apa pun...
Setiap hari...ada lah...
HARI IBU kerana...
Kerjanya Tak Pernah Habis Untuk Kebahagiaan & Keharmonian Keluarga yg tercinta........ ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

" SELAMAT HARI IBU BUAT adik beradik
Normishah  Shahro
Noorhayati Shahrom
Rohani Abd Rani
Nooraziah Othman
Ayu

Semoga sehat selalu dan bahagia bersama hingga ke jannah....๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜š
 Selamat  hari ibu buat semua yg sudi membaca




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in