kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, January 6, 2019

AKU BANGGALI


Di celah kehidupan:
Baru ni pi ikut hubby pi appointment utk measurement kat rumah customer. Masa duk baca msg dia rasa lain macam saja. Biasalah kita selak selak profile tengok dalam wall selfie jerlah gambarnya. Biasalah kita pun kaki selfie juga. Masa mesej bahasa-bahasa tu memang lain macam saja ayat dia. Sekali sampai depan rumah hubby turun bagi salam n mcm biasa duk dalam kereta dululah. Tengok pakai punyalah seksi. Sekali hubby patah balik mai ke kereta panggil suruh turun teman dia dan muka mak cik ni punyalah terkezut beruk.... nak ajak masuk dgn tak masuk sama banyak saja.
Mak Chik : You isteri dia ka?
Aku:-Ya, saya isteri dia..
Hubby: Saya bawa isteri teman sbb mudah kerja.
Muka Mak Chik ni punyalah gelabah dan masa duk ukur tu dia dah hilang fokus. Biasalah kita ni kan kaunselor boleh baca wajah n bahasa badan. Hubby mcm biasa terus ja ukur dan tunjuk sample. Tapi mata mak cik ni dah macam mata ular tedung.
Aku pula masa tu duk tahan hidung saja nak muntah. Rumah dua tingkat tapi nauzubillah bau macam dalam tong sampah. Tilam duk terdampaq kat ruang tamu dan langsir jangan duk katalah belejam macam rumah kongsi yang lelaki duk dan macam tong sampah tempat himpun sampah. Punyalah duk tahan hidung . Hubby pula cepat cepat deal. Mak Chik ni tak habis duk tenung hubby Aku dan last dia kata tak pa esok saya call lain bagitau. Comform atau tak comfirm saya akan call bagitau. ...Aku pun cepat cepat pack barang dan naik kereta.
Hubby: U rasa?
Aku: Dia bukan nak langsir tapi nak U!😵
Hubby: Betul Memang pelik mak chik tu.....tu lah nak U ikut sebab selalu jumpa orang macam tu!
Hahaha lepas ni I tulis buku tajuk...Kisah Aku Banggali 🎬🎬🎬🎬🎬
#AkuAnakPomen
#SelamatCurtainKedah
Sampai hari ni dia tak call 😜😜😜😜😜

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Saturday, January 5, 2019

Hikayat Banggali Mahawangsa

 

wans epon taiymm, adanya seorang benggali yang sangat gigih bekerja. dikayuhnya basikal ke sini sana. demi menjual karpet sebarang dua.


di suatu pinggir, hidupnya sebuah keluarga. yang baginya benggali itu tiada makna. cuma diguna untuk mengugut anaknya berhenti bermain di kala maghrib menjelma.


datang nya si benggali tadi mengucap salam. lantas seisi rumah mengunci suara. kunun nya di rumah tiada siapa.


namun malang tiada berbau. si benggali datang lagi tanpa diduga. maka tiadalah sempat untuk si anak kecil menyembunyikan diri seperti biasa.



dipenuhi nya saja tuntutan si benggali.


si benggali rasa gembira di hati. karpet terjual sebentar lagi.


menunggu satu jam pun tada masala tada masala~


lalu datang si anak kecil membawa berita.


berita bohong dari ibunya.


menangis darah pun tiada lah berguna.

begitulah akhirnya hikayat benggali mahawangsa.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, January 3, 2019

Chapter Hidupku 47 Redha dengan ketentuan Allah....penamat siri Chapter Hidupku Bujang

Screen Shot 2015-04-09 at 11.58.33 AM
Memangla jodoh itu ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang kami perhatikan, selalunya ada sebab kenapa wanita-wanita ini tak nak kahwin. Katanya sanggup jadi anak dara tua. Erm…
Ini adalah jawapan kajian yang depa buat....... 

1. Dapat koleksi teman lelaki yang tak senonoh!

unmarried women gif new

guys gif
Pengalaman banyak mengajar. Mula-mula dapat boyfriend kaki kikis, kedua dapat kaki perempuan, ketiga pula dapat yang pemalas amat-amat. Kesimpulannya memang sanggup single sampai mati.
unmarrirrdddd gif

2. Frust menonggeng & tertiarap dengan cinta lalu

UNMARRIED GIF 3
Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Susah senang janji hidup bersama. Siap guna #tilljannah. Tau-tau si dia minta putus atas alasan mak dah cari calon menantu ustazah anak kampung sebelah. Wey! Memang deep sakitnya ni.
sad gif

3. Hutang keliling pinggang

goggi gif
Macamana lah nak kahwin sedangkan hutang rumah  pun dah dekat RM999K. Belum masuk hutang bank, hutang adik beradik agi. Nasib baik GST tu bayar cash!

poor4. Kos perkahwinan yang tak masuk akal

marry 2 gif
Sebenarnya kalau ikut Islam, pernikahan tu mudah sahaja. Namun, dek kerana adat Melayu, sekurang-kurangnya kena ada RM10k dalam tangan ( nampak tak perkataaan itu diboldkan?) Karang malu pulak buat majlis kecil-kecilan.
fair

5. Asyik dengar kes cerai sana-sini

divorce gif
Fuh. Ini paling ngeri. Mana taknya, boleh dikatakan dah jadi macam trend pulak cerai-berai ni, terutamanya golongan selebriti.
Eh, takyah cakap selebritilah, kami yakin anda mesti mempunyai kawan-kawan yang dah pun jadi ibu tunggal, janda berhias atau duda muda sekarang kan?
UNMARRIED GIF

6. Lebih suka bercinta dengan kerja

UNMARRIED WOMEN
Macamana nak kahwin kalau diri tu dah diikat mati oleh company korang kan? Baru je nak kenal hati budi lelaki, bos korang pulak suruh datang office. Adoiyai!
die gif

7. Fobia bila dengar pengalaman kawan-kawan bersalin

UNMARRIED GIF 2
Caesaran, vacum dan macam-macam lagilah term yang digunakan untuk proses bersalin. Lagi-lagi yang jenis jaga penampilan nak lawa macam Che Ta je.
Bila cakap bab bersalin, mungkin mereka buatkan golongan ni rasa ‘oh, nevermind’.

8. Nak jaga ibu-bapa dan keluarga

family gif
Ini berlaku pada salah ramai sahabat Shikin. Bukan dia tak cantik, bukan dia tak ada orang nak, tapi katanya komitmen terhadap keluarga melebihi kepentingannya sendiri. Walau tahun 2018 mak dah 12 tahun meninggalkan Shikin dan ayah pula dah 24 tahun pergi tapi hati ini sentiasa rindu pada mak dan ayah. 

Shikin redha
Tapi walaupun semua alasan di atas masuk dalam akal ni saat itu Shikin redha dengan ketentuan Allah SWT. Biarlah shikin bujang atau anak dara tua asalkan hati ini bahagia.  Tapi ketentuan Allah SWt menemukan Shikin dengan jodoh Shikin tanpa Shikin duga langsung. 

Akhir tahun 2017 18 Disember Shikin minta nombor telefon orang buat langsir dari rakan sekerja yang selalu bercerita tentang langsir yang dibuat oleh keluarganya yang menggunakan perkhdmatan dari warga Pakistan yang datang berniaga di Malaysia. Masa tu Shikin dapat nombor tapi simpan saja nombor yang kawan bagi. Sibuk melayan perasaan kecewa dan masalah kewangan yang tidak ada penghujung penyelesaiannya.  Allah menguji Shikin dengan hubungan yang tiada berpenghujung. Dugaan demi dugaan Shikin lalui.  Rasa sakit hati masih lagi tidak terawat.

Januari 2018
Kesibukan menyiapkan penerbitan buku Aku Adalah Aku menyebabkan niat nak buat langsir baru terbantut. Save ja nombor phone yang diberikan.  
 

"Tahniah Shikin, akhirnya Shikin kahwin juga.... Aishah selalu doakan Shikin. Seronok baca kad jemputan Shikin...mak pun dah siap nak pi esok kat stadium...Aziz ngan anak-anak akan ikut kuga nak tengok Bonda kahwin"....
"Aishah habaq kat Aziz muka suami Shikin handsome nak mcm dia juga cuma cerah seditlah pada Aziz"....
Hahahhahaha aku gelak dan duk kata sat ada salah faham ni.
Aishah terus duk cakap juga...
"La awat tak da persediaan apa lagi ni, Aishah mai nak tolong hari ni ..."
Aishah.... Aishah .....
Cerita lucu hari ni. Mimi Rita @ Aisyah Tajjuddin mai rumah nak buat persiapan kenduri kahwin aku yg akan berlangsung esok 27/1/2018 .
Kesian dia siap sediakan hadiah istimewa buat aku dan dah rancang dengan mak dan suami dia untuk hadir esok di Stadium Darulaman.


Wedding of the year....itu yg buat di Stadium Darulaman. Mana ada orang buat kenduri di Stadium Darulaman. Mengalahkan pemain bola sepak Kedahlah pula.
Gara gara application FB artis mana akan jadi suamimu? Akhirnya jadi satu cerita lucu dalam pengakhir  Chapter Hidupku yang ke 46.


 Februari 2018

Bila tiba bulan February memang hati ini sangat sedih sebab mengenangkan umur yang semakin meningkat dan itu bermakna dah semakin tualah kan.  Selamat Hari Lahir buat adikku Noorhayati Shahrom pada 16 Februari .....
Hadiah.. dah tak boleh bagi kepada Ma lagi sebab dah 12 thn Mak meninggal dunia. Last hadiahkanMak semasa sambutan hari lahir terakhir bersama Mak di Mekah dan Madinah . Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar itulah hari lahir terakhir bersama Mak. Rindu sangat .  Hanya air mata menemani setiap kali February menjelang.
Selepas Mak meninggal dunia 2006 memang tak sambut hari lahir lagi. Tapi tahun 2011 dapat sambut birthday bersama Yati di Labuan.  Syukur sangat sebab mereka dapat datang semasa Shiin berada di perantauan.
 Tahun 2012 sambut birthday di Shenzhen dengan Kak Safiah dan itu merupakan sambutan terakhir bersama seorang insan yang sangat aku sayang. Tapi bila tragedi melanda apalah nilai sahabat. Ujian persahabatan.
Tahun ni kalau ikut Yati pergi Belgium dan plan nak ke Balkan bolehlah sambut hari lahir di sana kan. Tapi bajet dah ke KAW jd mungkin Tahun depanlah sambut harilahir di sana. Tahun ni in sha Allah....ada plan ...nak honeymoon.. tapi pi sorang sorang ja lah kan dulu.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SEMUA TERUTAMANYA ADINDAKU NOORHAYATI BINTI SHAHROM
dan 
Semua yg sudi membaca. 


Nanti sambung lagi.......









:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in