kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (222) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (152) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) kerjayaku (74) cabar minda (70) 1 entri 2 stories (65) D'Perantauan (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (47) berita (47) keluargaku (47) kerjayaku...kemahiran (45) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) dari seorang sahabatku (35) Penulisan (34) BUKU (32) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) Aku Anak Pomen (22) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (19) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) ANEKDOT (7) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) IABU (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) shikin sayang (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) ADIKKU (2) Aidilfitri (2) Ayah (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aku Boss (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, June 12, 2019

Tak Sengaja

TAK SENGAJA.....
Kadang kadang kita lakukan sesuatu itu secara tak sengaja tanpa niat untuk melukakan hati sesiapa tetapi kita terlupa......
Pinggan yang retak tak akan sama dengan pinggan yg sempurna.
Piring yang sumbing tidak akan orang guna lagi.
Gelas yang pecah tak boleh dicantum semula.
Cawan yang bersepai akan melukakan kaki kita.
Itulah akibat tidak sengaja.

Walaupun kita lakukan tanpa sengaja impaknya sangat mendalam.
Hati yang terluka pasti mengambil masa untuk pulihnya.
Jiwa yang berduka sukar diajak bersuka.
Senyum yang terukir tidak lagi seindah suria.
Mata berkaca bergenang si air mata.

Kata yang terluncur tak mungkin dipintal kembali.
Perahu yang terlajak boleh ditarik kembali.
Bicara yang terlajak hanya maaf yang mampu dilafazkan bertali.
Tapi ianya tidak mudah sembuh kembali.

Tidak sengaja.
Besar bahananya.
Lidah itu berbisa dari pedang sang panglima.
Pena itu lebih tajam dari keris Sang Buana.
Tidak sengaja. .

#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AkuAnakPomen

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, June 11, 2019

Yakinlah dengan janji Allah


Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki..
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?.

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang Shikin  jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh termasuk Shikin sendiri bertemu pada usia 47 tahun... . namun mereka pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik
tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.

Aameenyarabbalalameen

Monday, May 20, 2019

Merantaulah........



Merantaulah...

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.

Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.

─ Imam Syafie
(Diwan as Syafiie)
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, January 9, 2018

Pesan Ayah


Pesan Ayah:

1. Cari ilmu sebab dengan ilmu manusia akan dipandang mulia, Ayah tak ada harta untuk anak-anak tapi kalau hendak harta belajar bersungguh-sungguh dan itulah harta pusaka yang ayah boleh tinggalkan.

2. Ilmu ibarat harta karun dalam gua yang mana perlukan skill @kemahiran untuk mendapatkannya

3. Ilmu tidak boleh diwarisi tapi perlu belajar...contohnya ayah boleh kuasai Bahasa Inggeris, Manderin, Hakka, Hokkien dan Tamil dengan lancar dalam komunikasi seharian.

4. Malu bertanya sesat jalan…jadi dalam mencari ilmu kena berguru dan mencari bukan menunggu datang menggolek.

5. Harta adalah untuk dikongsikan jadi kalau ada ilmu lebih banyak harta kita yang kita kongsikan dengan orang lain.

6. Warna tidak wujud dalam persahabatan apa yang penting hati...sebab tu ayah ramai sahabat berbilang kaum.

7. Jangan menghina orang yang melarat kerana kita tidak tahu apa kesudahan hidup kita di akhir nanti..

8. Selalu melihat ke bawah..

9. Ringankan tangan membantu orang yang lebih susah dari kita.. ziarah org tua dan saudara yg susah.

10.Pendapatan kita bukan milik kita seorang tapi ada hak orang lain terutama saudara kita yang susah..

#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#kerjayaku
#shikinsayang
#iabu
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, May 29, 2017

LUKMAN AL HAKIM


Satu-satunya manusia yang bukan nabi,
bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengendung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.

2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.

4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.

5. Ingatlah Allah selalu.

6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu

7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
#crnash@iabu #teratakaish

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, May 27, 2017

CUCU TOK WAN JUAL BUAH NYOQ

Berbudi pada tanah banyk balasannya dari Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mengilhankan buat hambanya yang hina ini untuk ikhtiar hidup. Sejak kecil aku tak pernah hidup susah seperti adik beradik yang lain. Walaupun orang lain susah aku selalu mengambil iktibar sebagai cabaran untuk menjadi lebih berjaya dari orang lain.
 Mungkin orang melihat aku tinggal dirumah yang mewah tersergam indah,tetapi tiada siapa yg mengetahui percaturan hidupku. Syukur pada Allah yang sentiasa memberikan aku kekuatan menjalani kehidupan ini.
Walaupun hanya dengan tiga pohon nyior Alhamdulillah bolehlah sebulan RM 50 hingga RM100  sebulan hasil jualan buah nyok. Lepaslah habuan bil, makanan bulusku dan juga baja untuk ank ijoku setiap bulan. Syukur ya Allah dengan rezeki yg diberikan kepadaku. Aku redha dengan perjalanan hidupku ini. Aku bersyukur ada Allah SWT .


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, May 22, 2017

MANTAPKAN HATI


*Tazkirah pagi*
Assalamualaikum wbt...


Jika kita mampu mengawal hati didalam solat, Insya-Allah kita akan mampu mengawal hati di luar solat.

Hati yang berhubung dengan Allah tidak akan mudah terguris dengan kata-kata dan karenah manusia.

Jika hati masih liar dan sukar dikawal, itu petanda solat belom khusyuk, zikir belom mantap.

Jika hati masih mudah terluka dengan kata-kata dan karenah manusia, itu petunjuk hubungannya masih lemah dengan Allah.

Semoga bermanfaat..


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Madah Pujangga..dariku untumu







:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, April 29, 2017

Mencari Redha Allah SWT


Ikhlas merupakan modal yang paling penting dalam melakukan amalan ibadah yang dikerjakannya. Kerana penilaian ibadah seorang hamba di sisi Allah SWT itu bergantung kepada keikhlasannya. Hati yang ikhlas akan melahirkan amalan yang ikhlas.
Untuk mencapai keikhlasan dalam melakukan amalan, di antaranya:

✅Hadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan yang dilakukan meskipun pada perkara yang kecil-kecil.
✅Tanamkan perasaan benci dalam hati untuk mengharapkan pujian manusia. Kerana amalan yang kita lakukan di dunia adalah bekal kehidupan nanti di akhirat.
✅Perbanyakkan muhasabah diri adakah amalan yang dilakukannya betul-betul ikhlas kerana Allah SWT atau kerana manusia.
✅Dengan mengingati bahawa diterimanya amalan di sisi Allah SWT di sebabkan dua faktor utama, pertama ibadah dengan baik dan kedua ikhlas semata-mata kerana Allah.
✅Jangan tertipu dengan pujian manusia dan ucapkan alhamdulillah serta beristighfar jika mendapat sanjungan daripada manusia.
✅ Letakkan dalam diri kita bahawa setiap amalan yang dilakukan semata-mata mengharapkan redha Allah SWT bukannya mengharapkan balasan dari manusia atau pujian dari mereka.
✅Tanamkan sifat sabar dalam melakukan suatu amalan dan perbuatan sebagai buah dari keikhlasan dalam hati kita.
✅Menjauhkan diri dari sifat berbangga dengan diri sendiri serta mengelakkan dari sifat suka meninggikan diri sendiri.
✅Perbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dijauhkan diri kita dari pada sifat riya' dan takabbur dalam melakukan sesuatu amalan dan perbuatan.

Semoga bermanfaat

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, May 13, 2015

LIFE WITHOUT LIMIT



 Nick Vujicic
Imagine getting through your busy day without hands or feet. Picture your life without the ability to walk, care for your basic needs, or even embrace those you love. Meet Nicholas Vujicic (pronounced VOO-yee-cheech). Without any medical explanation or warning, Nick was born in 1982 in Melbourne, Australia, without arms and legs. Three sonograms failed to reveal complications. And yet, the Vujicic family was destined to cope with both the challenge and blessing of raising a son who refused to allow his physical condition to limit his lifestyle.
The early days were difficult. Throughout his childhood, Nick not only dealt with the typical challenges of school and adolescence, but he also struggled with depression and loneliness. Nick constantly wondered why he was different than all the other kids. He questioned the purpose of life, or if he even had a purpose.
According to Nick, the victory over his struggles, as well as his strength and passion for life today, can be credited to his faith in God. His family, friends and the many people he has encountered along the journey have inspired him to carry on, as well.
Since his first speaking engagement at age 19, Nick has traveled around the world, sharing his story with millions, sometimes in stadiums filled to capacity, speaking to a range of diverse groups such as students, teachers, young people, business professionals and church congregations of all sizes. Today this dynamic young evangelist has accomplished more than most people achieve in a lifetime. He’s an author, musician, actor, and his hobbies include fishing, painting and swimming. In 2007, Nick made the long journey from Australia to southern California where he is the president of the international non-profit ministry, Life Without Limbs, which was established in 2005.
Nick says, “If God can use a man without arms and legs to be His hands and feet, then He will certainly use any willing heart!” Nick’s latest foray into radio will expand his platform for inviting men and women all around the world to embrace the liberating hope 






:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, May 1, 2015

FOCUS ON YOUR FUTURE

https://www.facebook.com/faznasha/videos/993251824018459/?pnref=story


SELAMAT HARI BURUH....

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, November 19, 2014

My new friend... CHEK MOT MUEZZA

 Assalamualaikum  ............ni ada temam baru nak perkenalkan...namanya Chek Mot Muezza sebab masa dia datang 10 Muharram hari tu muka dia comot sangat ingatkan buta dan kaki capik..kesian dekat dia mungkin ada orang buang depan rumah sebab tengok selalu letak makanan kucing depan rumah walaupun tak bela kucing.

 Alhamdulillah sekarang dah masuk dua minggu Chek Mot Muezza di Teratak Aish...mata tak buta rupanya dan kaki pun dah sembuh
 Hobi Chek Mot gigit kaki orang dan memang dia akan tunggu nak hidu bau tapak kaki kita dan sanggup kena penyet sebab dia nak gomol dan jilat kaki...silap haribulan digigitnya. Di bawah ni Shikin konsikan kisah Rasulullah dan kucing kesayangan Baginda ...Muezza
Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ï·º menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ï·º suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ï·º hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ï·º pun memotong bahagian lenganjubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ï·º menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
.
.
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ï·º pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ï·º pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan airwudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ï·º menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ï·º berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ï·º ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ï·º bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.”Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ï·º berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.
.
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ï·º Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ï·º terhadap haiwan.
Rasulullah ï·º ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ï·º juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.”(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

ÙˆَالسَّلاَÙ…ْ


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, January 6, 2014

Wanita Dalam Keindahan Sebuah Kesetiaan


Kesetiaan adalah sebuah karya seni dari batin manusia yang dapat sangat membahagiakan manusia yang lain. Harganya tidak tertera dalam hitungan rupiah. Dan kesetiaan itulah yang teramat sangat langka untuk kita jumpai sekarang ini. Kesetiaan tidak hanya berlaku hanya kepada hubungan suami dan istri, namun pada semua hubungan hati manusia lengkap dengan kepentingan mereka.
 
Tanyalah pada setiap batin manusia, betapa mereka pasti akan membutuhkan seseorang yang dapat dengan tulus memberikan kesetiaan kepada diri mereka. Tapi mengapa disisi lain, ketika manusia ditempatkan pada posisi dimana dia harus memenuhi kepercayaan orang lain, atau dengan kata lain demi membahagiakan diri orang lain, seringkali manusia terjebak pada godaan main api tentang bagaimana menyalahi kesetiaan tersebut.
 
 Begitulah, bagaimanapun ceritanya, setan tak akan pernah henti membuat manusia berdosa. Maka dari itu, dari pada kita sendiri sibuk menuntut orang lain untuk selalu memegang amanah serta kepercayaan yang kita berikan kepadanya, maka mengapa kita tidak lebih baik mewujudkan diri kita sendiri sebagai hadiah terindah yang membahagiakan mereka. Sebuah pelatihan yang baik yang akan memberikan kenyataan praktek yang indah dalam kesetiaan, adalah apabila diri kita sendiri secara sadar mengerti tentang indahnya sebuah kesetiaan.
 
 Karena kesetiaan hanya dimiliki oleh pribadi yang mulia, karena kesetiaan itu mencerminkan pribadinya yang begitu luas menerima segala kelebihan dan kekurangan orang lain. Jiwanya yang luas menuntunnya tersenyum dan tetap berpikir positif tentang segala apa yang telah Allah gariskan kepadanya. Karena kesetiaan hanya dimiliki oleh pribadi dengan jiwa yang kuat. Lihatlah betapa anggun tentang caranya bertahan menghadapi segala apa yang disuguhkan kepadanya.

 Dan sudah lumrah bila manusia dilengkapi rasa bosan, namun sebuah pelajaran tentang kesetiaan, telah mengajarkan manusia yang dilengkapi atau melengkapi batinnya dengan hal tersebut, untuk berubah menjadi ajaib dimana dengan caranya yang elegan, akan di ubahnya rasa bosan menjadi hal yang menyenangkan. Karena kesetiaan hanya dimiliki oleh jiwa yang indah. Betapa sangat sulit ketika seseorang ditetapkan pada keadaan dimana dia harus tetap pada sebuah kesetiaan yang terkelilingi oleh keadaan yang serba berkhianat. Memang pahit pada awalnya karena dengan hal ini, dia `terpaksa` untuk pelatihan mengindahkan jiwa dan kalbunya sendiri, demi tetap pada kesetiaan. Menjadi setia adalah memberi kedamaian kepada siapapun yang kita setia kepadanya. Menjadi setia adalah tetap menyenangkan kepada siapapun yang kita setia kepadanya. Menjadi setia adalah sebuah karunia tak terhingga bagi siapapun yang dikehendaki Allah untuk memilikinya. Maka milikilah hak paten dari sebuah kesetiaan, yaitu dengan menjadi setia hamba Allah yang tetap lurus, atau berusaha agar selalu tetap lurus dalam keadaan apapun. Adakah yang lebih indah dari sebuah perangai dan tingkah laku seorang hamba yang hatinya tunduk patuh serta mengabdi kepada Robbnya?. Jatuh bangun adalah sesuatu yang pasti dalam sebuah mentraining diri menjadi setia, tapi yang pasti pula, bahwa sebuah perjuangan pastilah ada akhirnya, dan semoga akhir dari pribadi yang sungguh setia adalah beroleh dengan Surga. Insyaallah. (Syahidah/Voa-Islam.com) - See more at: http://www.voa-islam.com/read/muslimah/2011/11/03/16572/wanita-dalam-keindahan-kesetiaan/#sthash.q5Tuk9Ac.dpuf

Thursday, September 19, 2013

MISKIN TERHORMAT......PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa).


Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya) dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi. Kerjanya seorang penarik beca sahaja. Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca.

Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa bersyukur. Dalam masa yang sama, tak lupa perhati di atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam tak ada orang lain lebih hebat dari kita.

Saya berbual dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit sahaja. Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau. Satu yang saya belajar dari beliau ialah bagaimana beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki ini sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu difahami sedikit sebanyak.

Menariknya, anak sulong Hateem sedang dalam pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan. Katanya, bilik sewanya tidak bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang bumbung yang menjadi tempat menyidai pakaian. Lagi terpukul, beliau mahu anaknya di universiti itu keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun dengan swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada kanak-kanak gelandangan di sekitar Chadni Chowk. Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya pengajian? Jika di Malaysia, pasti ada kontrak pembiayaan yang mewajibkan graduan bekerja dengan penaja mereka.

Jawapan beliau membuat saya terpukul...beliau biayai pengajian anaknya sendiri. Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-anaknya mampu untuk jadi graduan yang tidak terikat. Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di Universiti kini menjadi idola dan memberi inspirasi kepada rakan setinggan yang lain termasuk adik-adiknya. Selain itu, anaknya juga masih mengekalkan pointer tertinggi untuk setiap semester. Alasannya, malu jika tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya untuk setiap rupees yang dibelanjakan.

Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah. Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya, pendidikan adalah jalan keluar kemiskinan. Beliau sendiri tidak berpeluang mendapat pendidikan dan beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu.

BINGGO!!

PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa). Perkara sama yang saya dan sahabat di RUmah Pengasih Warga Prihatin buat, pendidikan diutamakan. Memang mewah anak-anak dengan ilmu walaupun makan dan tempat tinggal hanya sekadarnya sahaja. 12 orang anak-anak kami di Universiti juga dah ikrar nak balik semula ke Prihatin untuk tabur jasa pada adik-adiknya pula dan membangunkan komuniti kecil itu.

Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 10-20 rupees untuk setiap perjalanan. Dalam masa yang sama, beliau juga ringan tulang untuk bekerja sebagai pemunggah barang sementara menunggu pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task. Di samping itu, beliau ikat kontrak pergi dan balik hantar budak sekolah oleh keluarga berpendapatan sederhana di sekitarnya. Bukan setakat ikat kontrak, beliau juga ikat perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang dibawa dari rumah.

Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual (itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum sekali). Bijak juga orang ini mencari ruang rezeki dan tidak membazirkan masa.

Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah "Hidup untuk cari penyelesaian bukan mencari alasan". Baik...saya dapat pelajaran yang saya kutip dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak semestinya datang dari mereka berstatus doktor atau professor. Ia boleh datang dari sekecil kanak-kanak gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka mulut berbual dengan mereka?

Di sudut hati saya memikirkan, alangkah bertuahnya kita di Malaysia. Walaupun tidaklah maju sangat (walaupun PM selalu cakap negara di landasan yang betul untuk jadi negara maju), dan sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga ada yang ala-ala "Inspektor Shahab" punya korup. Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang yang lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian dan bukan alasan. Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita rasa teraniaya tapi bila tengok negara yang lagi teruk...mesti akan buat kita rasa bersyukur.

Kita ni, PTPTN pun kalau boleh taknak bayar semula, bila kerja nanti pula lari-lari bayar cukai. Bila tak puas hati sahaja dengan pemerintah, dialah orang pertama yang memperjuangkan nasib pembayar cukai (dia sendiri pun tak bayar). Jika hari ini kita masih mampu bayar Astro Byond punya bil sampai RM150, bayar UNIFI sampai 150, sewa rumah kondo sampai beriban, bayar loan kereta sampai RM1000 dan boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi Sunway Lagoon, rasanya anda hilang layak nak mengeluh dan menuding jari pada orang lain. Fikirkan penyelesaian bukan siapa nak disalahkan.

Kalau cerita ini tidak membuatkan anda yang mengeluh kesah dengan hidup anda langsung tidak rasa malu, saya rasa anda tak ada kemaluan (kalau ada pun, mungkin tak boleh pakai).

Sekian.


SAIFUL NANG
Coret Tertangguh dari India


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, March 28, 2012

Why Women Cry Author: Unknown


Why Women Cry
Author: Unknown
Why Women Cry

A little boy asked his mother, "Why are you crying?" "Because I'm a woman," she told him.
"I don't understand," he said. His Mom just hugged him and said, "And you never will."
Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"
"All women cry for no reason," was all his dad could say.
The little boy grew up and became a man, still wondering why women cry.

Finally he put in a call to God. When God got on the phone, he asked, "God, why do women cry so easily?"
God said, "When I made the woman she had to be special.
I made her shoulders strong enough to carry the weight of the world,
yet gentle enough to give comfort.
I gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that many times comes from her children.
I gave her a hardness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.
I gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child has hurt her very badly.
I gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart.
I gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.

And finally, I gave her a tear to shed. This is hers exclusively to use whenever it is needed."

"You see my son," said God, "the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, November 9, 2011

Ikutlah pilihan hatimu,,,,,,,,,,,


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
 


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
n

Tuesday, November 8, 2011

KekuatanSedekah

Kekuatan Sedekah   
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :              
Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”
Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”
Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”
Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin”   (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ”.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus  dan ikhlas   tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya” .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


Ganjaran bersedekah

 
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Z     Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah .  {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Z     Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .  {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Z     RasulAllah SAW bersabda,   Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah ”. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya .


Tolak Bala dengan Sedekah

 
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
Z     Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah .
Z     Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah .
Z     ”U batilah penyakitmu dengan sedekah .
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at , misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.


Sedekah yg pahalanya terus mengalir

 
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : ”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal  : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat  atau anak shalih yang mendo’akannya  (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir  walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :
 
SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR  
AL SADAQAT AL JARIYAH –
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !  
1.       Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2.       Ajarkan seseorang sebuah do'a . Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.
3.       Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.
4.       Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan..
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.
5.       Tempatkan pendingin air di tempat awam .
Place a water cooler in a public place.
6.       Edarkan bacaan yang membangun  dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.
7.       Libatkan diri dalam pembangunan masjid .
Participate in the building of a mosque.
8.       Edarkan CD Quran atau Do'a .
Share a dua or Quran CD.
9.       Bantulah pendidikan seorang anak .
Help in educating a child.
10.   Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.

 
Jadilah dai “ sejuta artikel ” dengan meneruskan artikel  ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan   dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk .
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda:  " Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ”.
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.

Wassalamu'alaikum  warahmatullaahi wabarakatuh.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in