kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (222) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (152) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) kerjayaku (74) cabar minda (70) 1 entri 2 stories (65) D'Perantauan (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (47) berita (47) keluargaku (47) kerjayaku...kemahiran (45) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) dari seorang sahabatku (35) Penulisan (34) BUKU (32) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) Aku Anak Pomen (22) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (19) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) ANEKDOT (7) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) IABU (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) shikin sayang (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) ADIKKU (2) Aidilfitri (2) Ayah (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aku Boss (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label memori oh memori. Show all posts
Showing posts with label memori oh memori. Show all posts

Friday, January 19, 2018

RICH ROSE RITA

Pengawal keselatan bru kat Teratak Aish. Dah lama nak bela angsa baru tahun 2018 tercapai impian. Walaupun tak dapat yg putih yang kelabupun ok jer.

Shikin beli dari anak murid SMK Jabi dulu..Mohd Khairol di Kampung Tualang. Jadilah bela tiga ekor.

Ok kita bagi nama RICH ,ROSE dan RITA.  Ala ala mat salleh lah sikit kan.  Bela angsa mengimbau kenangan zaman kanak -kanak dan zaman praktikum di Sim River dulu😍😍😍😍. Angsa memang takut dengan Shikin sebab kalau mereka kejar sil oranglah sebab Shikin pegang leher ja😝😝😝😝😝😝
Ok lah kita tengok perkembangan mrk nanti.  Bezanya bela angsa tak boleh buat teman tiduq n luah perasaan saja.
 Nanti kita makan itik angsa pula😍😍😍😍. Buat induk tu yg beli bagi poligami siap siap. Seekor jantan dan dua betina.

Welcome to Teratak Aish ....Rich Rose dan Rita.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, January 9, 2018

Pesan Ayah


Pesan Ayah:

1. Cari ilmu sebab dengan ilmu manusia akan dipandang mulia, Ayah tak ada harta untuk anak-anak tapi kalau hendak harta belajar bersungguh-sungguh dan itulah harta pusaka yang ayah boleh tinggalkan.

2. Ilmu ibarat harta karun dalam gua yang mana perlukan skill @kemahiran untuk mendapatkannya

3. Ilmu tidak boleh diwarisi tapi perlu belajar...contohnya ayah boleh kuasai Bahasa Inggeris, Manderin, Hakka, Hokkien dan Tamil dengan lancar dalam komunikasi seharian.

4. Malu bertanya sesat jalan…jadi dalam mencari ilmu kena berguru dan mencari bukan menunggu datang menggolek.

5. Harta adalah untuk dikongsikan jadi kalau ada ilmu lebih banyak harta kita yang kita kongsikan dengan orang lain.

6. Warna tidak wujud dalam persahabatan apa yang penting hati...sebab tu ayah ramai sahabat berbilang kaum.

7. Jangan menghina orang yang melarat kerana kita tidak tahu apa kesudahan hidup kita di akhir nanti..

8. Selalu melihat ke bawah..

9. Ringankan tangan membantu orang yang lebih susah dari kita.. ziarah org tua dan saudara yg susah.

10.Pendapatan kita bukan milik kita seorang tapi ada hak orang lain terutama saudara kita yang susah..

#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#kerjayaku
#shikinsayang
#iabu
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, October 5, 2017

KENANGAN BERSAMA ALMARHUMAH DATUK WIRA MAZNAH BT ABDUL.HAMID



Belum sempat air mata ini kering dengan pemergian Tok Tengku, sepupu Faiz-ul-Hassan dan hari ini kembalinya seorang yang bermakna dalam hidupku. yang pasti kurindui

Perkenalan lebih dari 20 tahun....
hari inivperginya seorang Ibu, Kakak, Sahabat, Mentor, Idola , dan seorang yang aku kagumi dalam hidupku.

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Maznah Hamid telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.


Innalillahi wa'inna ilaihi raji'un.

Sebagai tanda ingatan, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah Datuk Wira Maznah diberi pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan para solehah.

Allahyarhamah Telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 4hb Oct 2017 pada jam 6pm di IJN.

Jenazah Allahyarhamah akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam. Sesiapa yang ingin menziarah , boleh ke alamat seperti berikut:


Alamat:
Villa Maznah
Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor.

* solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan , Taman Tun Abdul Razak ( Taman TAR , AMPANG ) . Selepas solat Asar Pada hari Khamis besamaan 5hb Oktober 2017.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah , ( karak 2 ) , Taman Selasih , Kuala Lumpur. Selepas solat asar

Besar harapan kami sekeluarga supaya kita sama-sama sedekahkan Alfatihah dan mendoa kan kepada Allahyarhamah dan minta diampunkan dosa2 Aalahyarhamah. Jika ibunda kami ada berhutang dengan sesiapa, minta mohon berjumpa dgn ahli keluarga kami dengan segera mungkin.

Demikian yang dapat kami sampaikan, atas perhatiannya, kami dahului dengan terima kasih.

Wallahualam. Alfatihah.



















:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, June 15, 2016

Berkenalan dengan tempat baru......IAB UTARA

:)IAB Utara.....Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara....sebenarnya bukanlah sesuatu ya g asing buat diriku... 2006 hingga 2010 setiap hari aku perlu limpas@lalu didepan pagar utama IAB UTARA sebelum masuk ke pagar IPGM KAMPUS DARULAMAN. Hakikatnya kami berkongsi satu halaman , pagar, oadang yang sama.  Subhanallah hebatnya percaturan Allah SWT ......betapa Allah SWT Maha Mengetahui   setiap perancangan.....

Nanti lepas ni kita muat naik gambar IAB ya....sekarang pakai phone payah nak update blog


♡ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, April 8, 2016

Hari Lahir Arwah Mak

Seandainya Mak masih ada hari ini genaplah usia mak 65 Tahun. Rindunya Ya Allah.

Ψ¨ِΨ³ۡΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِ Ω±Ω„Ω„َّΩ‡ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ۡΩ€Ω…َΩ€ٰΩ†ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…ِ

Ψ§َΩ„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ΅َΩ„ِّ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ― وَΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ’Ω„ِ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ


Tiada pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu oleh mak dan ayah  yang telah pulang ke rahmatullah selain daripada doa yang berterusan dari anak-anak. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.
 Doa untuk arwah mak Hjh Siti Esah Bt Mohamad.   

Doa Arwah Ibu


Image result for doa buat arwah ibu
Doa seorang anak soleh kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia adalah amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Semoga kami adik beradik sentiasa mendoakan mak dan ayah.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)


ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, September 24, 2014

24 September 2014

  Al Fatihah buat ayahandaku Hj Shahrom bin Rahim dan bondaku Hjh Siti Esah Bt Muhammad ....hari ni genap 22 tahun ayah meninggalkan kami. 24 Sept 1992 ayah pergi buat selamanya mengadap Allah SWT pada usia 46 tahun. Semoga Allah SWT ampunkan ayah dan sentiasa merahmati ayah. Ayah seorang yg sangat penyayang walaupun tegas dalam hidupnya tp penuh dengan humor dan nasihat buat semua. Seorang yg sangat berhati mulia dan memuliakan org tua dan guru dan sangat penyayang pada anak yatim ďan orang susah. Hidup ayah dan mak penuh dengan kasih sayang dan bersangkabaik pada orang lain. Semoga Allah SWT tempatkan ayah dan mak di syurgaNya dgn penuh rahmat dan menjadikan tempat persinggahan sementara mereka taman syurgaNya.
Semoga semua keluargaku dan sahabatku yg mengenali ayah dan mak sentiasa mendoakan yg terbaik utk mak dan ayah. 
AL FATIHAH.

September 1992
SunMonTueWedThuFriSat
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930
24 September 1992... jam 2 petang ayah meninggal dunia buat selaman ya...meninggalkan mak dan kami enam adik beradik. Itulah ujian pertama dalam hidup kami bermula. 

Ayah Dan Ibu 

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


SEMOGA ALLAH SWT HIMPUNKAN KAMI SEKELUARGA DI SYURGA ALLAH KELAK.
AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, September 9, 2014

Kerinduan yang tiada penghujungnya...


DOA SEBAIK SAHAJA MELIHAT KAABAH
 

Ω„Ψ§َ Ψ₯ِΩ„َΩ‡َ Ψ₯ِΩ„Ψ§َّ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ،Ω„Ψ§َ Ψ₯ِΩ„َΩ‡َ Ψ₯ِΩ„Ψ§َّ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ،Ω„Ψ§َ Ψ₯ِΩ„َΩ‡َ Ψ₯ِΩ„Ψ§َّ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ،
Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ§َΩƒΨ¨َΨ± ،Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ§َΩƒΨ¨َΨ± ،Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ§َΩƒΨ¨َΨ± ،
Ω„Ψ§َ Ψ₯ِΩ„َΩ‡َ Ψ₯ِΩ„Ψ§َّ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ وَΨ­ْΨ―َΩ‡ُ Ω„Ψ§َ Ψ΄َΨ±ِيْΩƒَ Ω„َΩ‡ُ ، Ω„َΩ‡ُ Ψ§Ω„ْΩ…ُΩ„ْΩƒُ وَΩ„َΩ‡ُ  Ψ§Ω„ْΨ­َΩ…ْΨ―ُ وَΩ‡ُوَ ΨΉَΩ„َΩ‰ ΩƒΩ„ِّ Ψ΄َΩ‰ْΨ‘ٍ Ω‚َΨ―ِيْΨ±ٍ . Ψ£َΨΉُوْΨ°ُ Ψ¨ِΨ±َΨ¨ِّ Ψ§Ω„ْΨ¨َيْΨͺِ Ω…ِΩ†َ Ψ§Ω„ْكفْΨ±ِ وَΨ§Ω„ْفَΩ‚ْΨ±ِ وَΩ…ِΩ†ْ ΨΉَΨ°َΨ§Ψ¨ِ Ψ§Ω„ْΩ‚َΨ¨ْΨ±ِ وَΨΆِيْΩ‚ِ Ψ§Ω„Ψ΅َّΨ―ْΨ±ِ . وَΨ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ³َيِّΨ―ِΩ†َΨ§ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ وَΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ’Ω„ِΩ‡ِ وَΨ΅َΨ­ْΨ¨ِΩ‡ِ وَΨ³َΩ„َّΩ… .

 Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ²ِΨ―ْ Ψ¨َيْΨͺَΩƒَ ΨͺَΨ΄ْΨ±ِيْفًΨ§ وَΨͺَΩƒΨ±ِيْΩ…ًΨ§ وَΨͺَΨΉْΨΈِيْΩ…ًΨ§ وَΩ…َΩ‡َΨ§Ψ¨َΨ©ً وَΨ±ِفْΨΉَΨ©ً وَΨ¨ِΨ±ًΨ§ وَΨ²ِΨ―ْ يَΨ§Ψ±َΨ¨ِّ Ω…ِΩ…َّΩ† Ψ΄َΨ±َّفَΩ‡ُ وَΩƒΨ±َّΩ…َΩ‡ُ وَΨΉَΨΈَّΩ…َΩ‡ُ Ω…ِΩ…َّΩ†ْ Ψ­َΨ¬َّΩ‡ُ وَΨ§ΨΉْΨͺَΩ…َΨ±َΩ‡ُ ΨͺَΨ΄ْΨ±ِيْفًΨ§ وَΨͺَΩƒΨ±ِيْΩ…ًΨ§ وَΨͺَΨΉْΨΈِيْΩ…ًΨ§ وَΩ…َΩ‡َΨ§Ψ¨َΨ©ً وَΨ±ِفْΨΉَΨ©ً وَΨ¨ِΨ±ًّΨ§.

Maksudnya ;
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah,
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung .
Tidak ada Tuhan yang disembah  dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, ku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Saidina Muhammads.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.
AAMEEN YA RABAL A'LAMEEN

Labaikallahhummalabaik...labaikalah syari kalakalbaik...rindunya hanya Allah yang Maha Mengetahui..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
sudah  dua tahun aku tidak pergi ke sana..Ya Allah rindunya...
doa2.jpg
semua gambar ini diambil dari tabletku sendiri pada akhir kunjunganku tahun 2012.
Semoga Allah menjemputku lagi...... 
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakannya.html#ixzz3CnO9hc7L
 besarnya nikmat yg KAU kurniakan buat hambaMU yang hina ini
 Subhanallah
 Alhamdulillah
 Allahuakbar
 MasyaAllah
 Tabarakallah
 Barakallah
 Ya Allah kurniakanlah nikmat ini buat semua ahli keluargaku,insan2 yang menyayangiku dan sahabatku
sampaikanlah kami dibumi Mu ini lagi 
 Limpahkanlah rezeki yang melimpahruah buat kami hambaMu yang hina ini
 Kurniakanlah rezeki yang halal dan berkat buat kami



“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar dapat melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, agar dapat meninggalkan semua perbuatan yang mungkar/buruk, agar aku mencintai orang-orang miskin, dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

Dan jika ENGKAU hendak menimpakan fitnah/malapetaka bagi suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena fitnah itu.

Dan aku memohon kepadaMU rasa cinta kepadaMU.. dan cinta kepada orang-orang yang mencintaiMU..

Dan aku juga memohon cinta kepada amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku untuk mencintaiMU…”

(Hadis Riwayat Ahmad –hasan sahih, di akhir hadis ini, Rasul SAW bersabda, “Sesungguhnya doa tersebut merupakan hal yang benar, maka pelajarilah[hafallah] dan perdalamlah.”)
YA ALLAH AKU INGIN KEMBALI KE MEKAH DAN MADINAH  LAGI DAN LAGI....MAKHBULKANLAH HAJIAT DAN PERMINTAANKU
MAKHBULKANLAH IMPIAN TERAKHIR HIDUPKU

AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN
(TOLONGLAH AAMENEN KAN DOA SHIKIN.)
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas
luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in