kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, March 15, 2011

Rawatan mencantikkan gigi

Rawatan mencantikkan gigi

Tentu semua orang suka benda yang cantik. Cantik ni biasanya sangat subjektif, ada yang cantik di mata kita tapi tidak di mata orang lain. Jadi terpulang pada individu untuk menilai di mana cantik itu. Ada orang berpendapat, jika muka tak berapa cantik tapi asalkan gigi cantik jadi manislah seseorang itu. Ada pula yang berpendapat jika muka cantik tapi gigi tak cantik, maka jadi tak manislah orang itu.
Semua orang tentu mahu memiliki gigi yang putih bersih serta tersusun.Tak semua orang bernasib baik dan dikurniakan gigi sedemikian rupa. Tapi itu tidak bermakna anda tak boleh memilikinya. Sekarang di zaman moden ni terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk membolehkan anda memiliki gigi yang cantik bak artis-artis dan pelakon-pelakon di dalam TV. Bagaimana caranya? Teruskan membaca…

Gigi yang putih
Rawatan pemutihan gigi
- rawatan ini bertujuan untuk memutihkan gigi yang tidak putih disebabkan faktor luaran ( merokok, makanan dan minuman ) serta faktor dalaman ( semulajadi kuning, kesan sampingan ubat antibiotik tetracycline yang diambil oleh ibu semasa mengandungkan anda, fluorosis yang teruk, gigi yang mati )
- terdapat pelbagai bahan pemutihan di pasaran tetapi yang dibuat oleh doktor gigi di klinik dan yang dibeli di klinik gigi adalah yang paling selamat dan berkesan.
-Harga berbeza-beza mengikut jenama bahan pemutihan itu, biasanya dalam 1800 jika dibuat di klinik gigi dan dalam 800 ke atas jika dibuat sendiri di rumah. Ada yang lebih murah dan lebih mahal dari itu.
-Masa rawatan di klinik gigi biasanya dalam 30 minit dan anda akan mendapat hasilnya kecuali kalau kekuningan yang teruk, kadang2 ia mengambil masa agak lama sikit dari itu.
-Ketahanan kesan pemutihan biasanya dalam 1-3 tahun, biasanya rawatan itu kena di ulang untuk mengekalkan keadaan gigi yang putih. Selepas buat rawatan pemutihan ini, biasanya kena pantang dari makan atau minum benda-benda yang boleh menurunkan warna seperti teh, kopi, milo, kari dan sebagainya. Selepas rawatan, anda juga perlu menggunakan ubat gigi pemutih khas supaya tahan lama.
- Kesan sampingan biasanya ialah gigi boleh menjadi sensitif selepas rawatan tapi biasanya akan berkurangan. Ada juga bahan pemutih terkini yang membuatkan gigi tidak sensitif, jangan lupa tanya kepada doktor gigi anda mengenai kesan sampingan ini.
Gigi yang putih dah teratur
1. Veneer
-Veneer ni lebih kurang crown juga dibuat dari porselin tapi ianya hanya meliputi permukaan gigi di bahagian hadapan dan bukan keseluruhan gigi. Bahagian permukaan hadapan gigi akan dikikis dengan bur kemudian acuan diambil dan dihantar ke lab untuk membuat veneer ini. Selepas siap, veneer akan disimenkan ke permukaan gigi. Selain dapat merubah warna, ia juga boleh merubah bentuk gigi kepada bentuk yang diingini.Ia juga sesuai untuk membetulkan gigi yang jarang-jarang.
-Kosnya sangat tinggi berbanding pemutihan gigi iaitu dalam 1000 untuk sebatang gigi.
- Biasanya ia dibuat untuk gigi yang tidak rosak atau rosak yang sangat minima dan warna yang tidak terlalu gelap
-Veneer juga boleh dibuat dengan bahan tampalan komposit di mana harganya lebih murah tetapi bahan ini senang bertukar warna berbanding porselin dan kurang tahan lama.
2. Crown
- Ia boleh digunakan untuk menukar warna dan juga bentuk gigi.
- Biasanya ia digunakan untuk gigi yang rosak teruk dan juga untuk gigi yang kedudukannya lari dari gigi lain ( gigi terkebelakang, gigi berlapis yang tak teruk sangat dan lain2)
-Ada 2 jenis, satu yang murah sikit ia ada lapisan besi di dalamnya dan yang mahal sikit semuanya porselin. Kalau semuanya proselin lagi cantik sebab tak nampak bayang2 hitam besi kat bahagian leher gigi ( yang dekat dengan gusi) jadi kalau senyum tu nampak macam gigi betul .
3. Tampalan komposit
- Jenis tampalan ini mempunyai warna yang sama dengan gigi menjadikan gigi nampak cantik dan tidak nampak kesan tampalan
- Tak sesuai untuk lubang yang sangat besar. Jika lubang sangat besar, lebih sesuai buat crown.
- Keburukannya, warnanya boleh berubah dan perlu diganti jika berubah. Ia juga boleh menjadikan gigi sensitif dan mudah tertanggal jika tidak ditampal dengan betul.
Gigi yang teratur
Rawatan orthodontik
- Rawatan ini menolong menyusun gigi yang tidak teratur
-Terdapat pelbagai jenis braket yang digunakan untuk rawatan ini dari yang dibuat dari besi, yang dibuat dari seramik ( berwarna seperti gigi) dan juga yang menggunakan plastik lutsinar (invisalign).
- Semua jenis bergantung pada budget dan kesesuaian kes seseorang itu.
-Kos agak mahal dan masa yang diambil lama. Kadangkala memerlukan pencabutan gigi untuk menambah ruang utk gigi lain bergerak ke kedudukan yang sesuai.
Mengantikan gigi yang hilang
1. Bridge
- Ia boleh dibuat untuk menggantikan gigi yang telah dicabut atau semulajadi tiada
- Nampak natural
- Tahan lama jika dijaga dengan betul
- Kekurangannya, ia boleh tanggal jika gigi yang menjadi pegangan bridge itu rosak. Tapi jika dijaga dengan baik, gigi takkan rosak.
- Gigi bersebelahan perlu kuat ( tak bergoyang )untuk membolehkan kita membuat bridge. Jika tidak bridge tak tahan lama.
2. Implan
- Lebih baik berbanding bridge kerana tidak perlu mengecilkan gigi bersebelahan dan ianya seperti memiliki gigi asli.
- Ia juga boleh menolong mereka yang mahu membuat bridge tetapi tiada gigi sokongan terutamanya di bahagian belakang
- Harganya sangat mahal dalam 5000-6000 sebatang tak termasuk crown.
-Tempoh rawatan agak lama untuk memastikan skru bercantum dengan tulang, biasanya dalam 9 bulan kemudian barulah crown akan dilekatkan kepada skru.
- tak semua orang sesuai utk rawatan ini, ia bergantung pada keadaan tulang seseorang dan kesihatan serta habit seseorang. Perokok biasanya digalakkan berhenti merokok jika nakkan implan berjaya. Diabetis yang tidak terkawal juga menyebabkan proses pelekatan implan kepada tulang kurang berjaya. Kebersihan mulut juga penting utk menjayakan rawatan ini kerana jika tidak menjaga kebersihan mulut dengan betul, plak akan menyebabkan tulang di sekitar implan itu menurun dan seterusnya menyebabkan implan tidak bercantum dengan tulang.
Jadi, pilihan terletak di tangan anda. Anda boleh bertanya mengenai rawatan mencantikkan gigi ini supaya anda nampak lebih berkeyakinan, lebih bersemangat dan juga tidak segan untuk senyum…

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in