kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Saturday, July 20, 2019

Labaikk Halal Mart...Impian jadi kenyataan

Susun atur Mini Mart yang menjadio inspirasi...kita simpan dulu. In sya Allah Labaikk Halal Mart akan menjadi kenyataan. Premis dah dapat dan lokasi pun agak menarik. Doakan perjuangan kami dalam ekonomi.









Aameen Ya Rabbal Alameen

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Ilustrasi di setiap Chapter Buku Aku Anak Pomen




























:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, July 16, 2019

KEKEJANGAN OTOT.....Ujian Allah...Chapter Hidupku

Kekejangan otot adalah keadaan di mana berlakunya pengecutan otot yang tidak terkawal secara tiba-tiba tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk relaks. Lazimnya, apabila berlaku kekejangan otot, otot akan terasa ketat dan mengalami kesakitan. 

Kekejangan otot juga boleh berlaku pada tapak kaki, tangan, lengan, abdomen dan di bahagian tulang rusuk.

Walaupun penyebab sebenar kekejangan otot belum diketahui (idiopatik), sebahagian penyelidik percaya aktiviti regangan yang tidak mencukupi dan keletihan otot boleh mendorong kepada ketidaknormalan dalam mekanisma yang mengawal pengecutan otot. 

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kekejangan otot termasuklah melakukan senaman atau bekerja dalam suasana panas melampau, dehidrasi, dan kekurangan garam dan mineral (elektrolit).

1= Aktiviti regangan tidak mencukupi dan keletihan otot:
Otot adalah suatu ikatan fiber yang mempunyai kelebihan untuk mengecut dan mengembang bagi menghasilkan pergerakan. Aktiviti regangan berfungsi untuk memanjangkan fiber pada otot sekaligus menjadikan otot lebih efesien dalam menjalankan mekanisma pengecutan dan pengembangan ketika senaman dilakukan. Apabila jarang melakukan senaman, otot akan mudah mengalami keletihan. 

Keletihan pada otot akan mengubah aktiviti refleks saraf. Otot akan bekerja dengan lebih keras, menyebabkan kurang oksigen dapat disalurkan pada otot. Hal ini mengakibatkan otot mengalami kekejangan apabila bahan-bahan buangan berkumpul pada otot. Apabila serangan kejang otot bermula, saraf tunjang akan merangsang otot untuk mengecut secara berterusan.

2= Haba, dehidrasi dan kekurangan mineral:

Kekejangan otot juga kerap terjadi ketika kita melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas. Cuaca panas menyebabkan badan kita berpeluh. Peluh secara amnya mengandungi garam dan mineral seperti kalium, magnesium dan juga kalsium. 

Pengeluaran peluh yang berlebihan mendorong kepada kekurangan nutrien dan mineral dalam badan sekaligus menyebabkan berlakunya kekejangan.

 

RAWATAN UNTUK KEKEJANGAN OTOT KETIKA DI RUMAH 

Masalah kekejangan otot kebiasaannya tidak memerlukan pesakit untuk berjumpa dengan doktor.
Antara perkara yang boleh dilakukan apabila menangani masalah kekejangan otot adalah:
.
1⃣ Berhenti melakukan apa sahaja kerja atau aktiviti yang menyebabkan berlakunya kejang otot
2⃣ Lakukan regangan dan urutan dengan berhati-hati terhadap otot yang terlibat. Posisi regangan hendaklah dikekalkan sehingga otot pulih sepenuhnya daripada kekejangan.
3⃣ Berikan rawatan haba sekiranya otot terasa ketat, atau letakkan ais pada otot yang sakit.
.
Pencegahan:
Untuk mengelakkan kekejangan berulang, berusahalah untuk meningkatkan kecergasan diri. Latih diri untuk sentiasa melakukan regangan sebelum dan selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal lebih-lebih lagi bagi otot yang sering mengalami kekejangan.
.
Aktiviti memanaskan badan:
Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan regangan. Antara contoh terbaik aktiviti memanaskan badan adalah berlari setempat atau berjalan selama beberapa minit.
.

Senaman regangan dapat membantu mengurangkan masalah kekejangan otot yang anda alami. Berikut adalah cara untuk melakukan senaman regangan bagi otto kaki.

.
✅ Regangan otot betis:
1) Berdiri menghadap dinding, dorongkan satu kaki kehadapan berbanding sebelahnya.
2) Luruskan kaki yang dibelakang dengan memastikan tumit kaki betul-betul mencecah permukaan lantai.
3) Bengkokkan kaki hadapan. Gunakan tangan dan lekapkan pada dinding untuk menahan diri.
4) Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat dan ulang sebanyak 3 kali.
.

Regangan Otot Betis

✅ Regangan otot peha (hamstring):
1) Duduk dengan melunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan.
2) Pastikan tapak kaki dalam keaadan neutral atau tegak
3) Perlahan-lahan luncurkan tangan ke arah kaki
4) Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat dan ulang sebanyak 3 kali.
.

Regangan Otot Hamstring

✅ Regangan otot peha (quadriceps):
Berdiri dan sokong diri dengan memegang kerusi atau dinding
Bengkokkan satu lutut ke belakang sehingga tumit bertemu dengan punggung
Gunakan tangan untuk menarik kaki atas lebih rapat ke arah punggung
Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat.
.

Regangan Otot Quadriceps

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, July 11, 2019

KNITWOOL

Hari ini terima kiriman  knitwool dari Mak Jah.... Tapi ianya mengundang provokasi dan amarah sahaja.

Ke kadang aku rasa terkilan sebab merasakan lebih baik menjadi pekerja dan pelanggan kerana dilayan istewa dr menjadi seorang isteri yg terlalu banyak kena bertolak ansur.

Mood sentap



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, July 2, 2019

BERILAH YANG TERBAIK

Kisah yang kekadang mencuit hati dan ada kalanya melucukan.
Hari ni seperti biasa aku akan datang ke kedai untuk memantau perjalanan kedai. Kebetulan hari ini tukang jahit bawa turun hasil jahitan sampingan yang terdiri dari sarung kusyen yang dibuat untuk jualan di kedai sebagai produk sampingan. 

Masya Allah cantik cantik  dab berkualiti.  Biasalah aku ni kalau  dah cantik mulalah terbayang dan ada pasang angan angan nak berikan sebagai hadiah kepada sesiapa yang terlintas dalam kepala. Sambil sambil nak letakkan harga aku kelaskan ikut kualiti kain. Aku terus cakap kat Habib nak ambil untuk hadiahkan kepada seseorang yang istimewa.  Macam biasalah Habib memang akan secara rasional jawabnya. Ok bayar ja lah dan ada sale untuk kedai. Aku rasa sedih sangat sebab aku rasa Habib sangat berkira untuk aku berikan secara hadiah sahaja kepada orang. Jadi dia cadangkan aku ambil sahaja yang biasa-biasa. Aku macam biasalah rasa sedih sebab tak dapat yang apa yang aku hendak.


 Aku terus berkemas dan rushing ke kereta sebab tengok jam dah dekat pukul 8 malam sbab Kak Chik tunggu nak serahkan kunci rumah. Dalam keterburuan nak balik nampak seolah aku merajuk dan marah. hakikatnya taklah marah sebab ada rasionalnya. Lagipun belum masuk stok lagi. Tak pa lah biarlah dengan situasi itu. 

Sampai di rumah aku terus solat Maghrib dan  bayarkan upah Kak Chik ironkan baju dan selesai semua keluarkan barang-barang untuk memasak. sebab kebetulan ada tetamu datang di rumah. Tak adalah aku merajuk atau marah cuma rasa kecil hati saja. 


Sekali Habib panggil dan bagi tahu 
" Noor jangan kecil hati dan Habib minta maaf sebab kecilkan hati Noor"
Nak nangis? Nak sedih?  Kerasnya hatiku......
Habib menyambung lagi....
"Kita nak bagi kepada orang kita berikanlah yang terbaik dan Habib salah sebab halang Noor buat yang terbaik. Noor jangan marah Habib sebab kekadang Habib lupa"

"Jika nak beri, beri orang barang yang kita paling suka"


Selesai.....

Renungan bacalah 
Tafsir Al-Imran ayat 92:


Ayat ini menyeru kepada kita dan meminta untuk kita respond  - bilamana Allah menyeru sesuatu, hamba diminta memberi respon kepada seruan tersebut sebagai tanda kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Dalam ayat ini, Allah berfirman:
"Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan al-birra’..."

 Al-birr mempunyai banyak makna iaitu:
1.     Syurga -> Kamu tidak akan sampai kepada syurga
2.     Taat -> Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan orang yang taat
3.     Taqwa -> Kamu tidak akan dikategorikan sebagai orang yang bertaqwa
4.     Kebajikan/kebaikan -> Kamu tidak akan sampai kepada peringkat orang yang berbuat kebajikan.

Walaupuan ahli tafsir memberikan 4 makna  dalam keempat-empat maknanya tidak bertentangan sebaliknya saling melengkapi iaitu tujuannya ialah syurga. Yakni tidak akan mencapai syurga kecuali melalui ketaatan, ketaqwaan, dan kebajikan.

"...sehingga kamu sedekahkan harta yang kamu suka.."
Maknanya untuk mencapai tahap taat, taqwa, maka kamu perlu menginfakkan apa yang kamu suka.

"Sesungguhnya apa yang mereka infakkan itu diketahui oleh Allah SWT Yang Maha Mengetahui."
Maknanya infak itu akan dihitung, dihisab dan dibalas Allah Taala. Ada beza balasan dan amal. Balasan akan diberi sesuai dengan amal yang dilakukan. Balasan yang berkualiti akan diberi kepada amalan yang berkualiti. Amalan yang kurang berkualiti, balasannya pun kurang berkualiti. Jadi, bilamana kita beramal kepada Allah dan nak tahu sebesar mana ganjarannya, tengok sebesar mana pengorbanan kita kepada Allah SWT. Allah akan beri pada kita dengan kadar kita beramal kepada Allah Taala. Ada orang yang memberi infak baik dalam bentuk jihad atau sebagainya atau perkhidmatan atau apa saja yang kita ingin berikan pada orang lain.

Kalau kita ada 2 barang, yang satu cantik dan satu lagi kurang cantik, yang mana yang kita akan beri pada orang? Tentulah yang kurang cantik. Mengapa? Kerana sifat semulajadi manusia ialah suka kepada keduniaan atau kepada barang yang dimiliki.

Oleh itu, baginda Rasulullah menghormati hak orang daripada diambil tanpa redhanya atau dengan cara paksa. Amir zakat diberi pesan oleh Rasulullah, "Jangan mengambil zakat daripada harta yang mempunyai kedudukan di hati pemiliknya." Contohnya, jika seseorang sangat sayangkan seekor daripada kambing miliknya, dan amir zakat pun datang dan meminta kambing yang tersebut. Ini tidak boleh dilakukan. Pemilik berhak memilih haiwan yang ingin dizakatkan. Amir hanya bertugas menerima, kecuali jika haiwan yg diberi tidak memenuhi kriteria, barulah dipulangkan dan diminta haiwan yang lain. Demikian juga dengan unta, lembu dan seumpamanya. Nabi SAW menghormati sifat suka manusia kepada harta dan tidak menyuruh mengambilnya daripada mereka secara paksa kecuali diberi sendiri oleh tuan punya barang. Jika berlaku demikian, ianya mempunyai nilai tinggi.

Dahulu, ada sekumpulan yang digelar ashabul As-Sufa, yang tidak punya kaum kerabat dan tinggal di belakang rumah Nabi dan tidur di masjid Nabi. Mereka susah untuk bekerja dan banyak bergantung kepada pemberian orang. Apabila tibu musim menuai kurma, kaum Ansar meletakkan kurma yang kurang elok di pintu masjid agar dapat dimakan oleh sesiapa saja termasuk Ashabul As-sufa. Tetapi, oleh kerana kurma yang diletakkan itu kurma yang kurang elok, Allah SWT yang mengetahui isi hati manusia dan ingin agar manusia tidak berkira ketika berbuat amal kebaikan, dan mengutamakan kualiti amal dan bukan sekadar beramal. Orang bijak akan lihat kualiti amalnya, bukan kuantitinya. Oleh kerana perbuatan mereka, Allah menurunan ayat agar manusia tidak berkira ketika beramal kepada Allah. Adapun orang yang kurang perhatian kepada kualiti amalnya, Allah berfirman dalam ayat 267, surah Al-Baqarah:


 Ada beza barang elok yang tak boleh dipakai lagi dengan barang elok yang tak dipakai. Ada orang beri sebab dia tak pakai, tapi ada orang beri barang yang dia dah tak boleh pakai. Kalau kamu sendiri tak nak ambil barang itu, jangan beri barang itu pada orang lain.

Bila para sahabat mendengar ayat ini (Al-Imran 92), sahabat bernama Sy. Tolhah - sifat sahabat Nabi ialah cepat memberi respon pada ayat Allah  mereka memahaminya sebagai tawaran dan peluang daripada Allah SWT.  Kalau ada Raja buat pengumuman yang dia akan beri 10 ribu jika orang datang berkumpul pada pukul 4, maka pukul 12 lagi orang akan sudah berkumpul. Itu baru tawaran Raja di dunia. Tetapi ini ialah seruan Yang Maha Besar, Yang Kekayaan-Nya tiada penghujungnya.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam ayat 24, surah Al-Anfaal:

Perkataan:
 bermaksud cepatlah dalam menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya

Oleh itu, digambarkan bahawa para sahabat, jika sedang mengangkat cangkul sekalipun akan segera melepaskannya ke belakang, tanpa diletak kembali apabila terdengar suara azan untuk segera menyahut seruan tersebut.

Seorang sahabat bernama Habar, digelar sebagai orang yang dimandikan malaikat. Kenapa digelar begitu? Kerana sikapnya yang segera menyahut seruan Nabi SAW, tidak menunda-nunda lagi. Dia baru berkahwin, dan setelah malam pertamanya, esoknya ada seruan jihad, lalu dia terus pergi berjihad dan syahid. Apabila dikumpulkan mayat orang syahid, didapati mayatnya basah seperti mandi. Lalu Rasulullah SAW suruh bertanya kepada ahli keluarganya. Dan diberitahu yang dia pergi jihad dalam keadaan janabah kerana ingin bersegera dalam menyambut seruan Nabi SAW.

Kembali kepada cerita sahabat tadi - Sy. Tolhah mempunyai sebuah kebun yang ada perigi di dalamnya, dan kebun itu bertempat di arah kiblat masjid Nabawi. Mendengar seruan itu (ayat 92 Al-Imran), dia pun pergi berjumpa nabi SAW dan berkata, "Saya adalah orang yang paling kaya antara kaum Ansar. Dan dalam harta saya, saya paling sayang Bairuha (merujuk kebun tersebut). Saya infakkan dan serahkan kepada kamu untuk menentukan siapa yang patut menerimanya." Lalu Nabi SAW pun menyerahkan kepada keluarganya semula. Nabi SAW mengembalikan bukan kepada pemiliknya tetapi kepada keluarga pemiliknya. Kenapa? Agar ahli keluarga tidak merasa cemburu dengan infak tersebut. Bukankah ini banyak berlaku hari ini. Jadi tujuannya juga untuk menjaga dan mengeratkan hubungan keluarga Sy. Tolhah.

Sy. Zaid ibnu Harithah juga mendengar seruan itu dan  datang kepada Rasulullah dan memberi pada kuda yang paling disayangi. Nabi SAW mengambilnya dan  menyerahkan pada anaknya iaitu Usama ibnu Zaid. Ini bermakna Nabi SAW juga menyerahkan semula kepada ahli keluarga pemilik asal harta. Sy. Zaid merasa tidak senang hati kerana harta itu diberi kepada anaknya. Maka, dia pergi kepada Rasulullah dan menyatakan kerisauannya. Sabda Nabi SAW, Apa yang kamu niatkan sudah diterima oleh Allah SWT. Pada siapa aku serahkan harta itu tiada kena-mengena dengan niat kamu.Demikian Rasulullah bijak dalam mengembalikan harta yang diinfakkan pada jalan Allah SWT.

Sy. Abu Dzar mempunyai unta-unta, dan ada satu yang jantan. Untan jantan ini penting untuk membiakkan unta-unta betina yang lain. Datang seorang tetamu kepadanya tetapi dia ada hal lalu dia berkata, Saya ada hal sedikit, kamu pergi kepada unta saya dan ambil yang kamu suka untuk disembelih. Tetamu itu pun pergi dan mengambil unta yang kurus dan pergi kepada Abu Dzar. Abu Dzar bertanya, Mengapa kamu ambil unta yang kurus, tiada yang lainkah yang sesuai? Jawab tetamu itu, Ya, mata saya ada ternampak seekor unta yang hebat dan gagah (merujuk kepada unta yang jantan itu) tapi saya segan nak ambil kerana kamu perlu kepada unta itu. Jawab Abu Dza, Saya lebih perlu kepada unta itu untuk bekal saya nanti di kubur. Ambil. Lalu dia mengambil unta jantanyya yang satu itu dan menyembelihnya.

Para sahabat ringan untuk mengorbankan sesuatu di jalan Allah. Begitulah akhlak para sahabat dan ramai lagi sahabat yang berbuat begitu.

Tujuan ini semua untuk melatih kita menginfak apa yang kita suka pada jalan Allah dan melatih membuang sifat bakhil dan kedekut untuk menginfak pada jalan Allah. Allah akan memberi balasan terhadap apa yang diinfakkan manusia.

Rasulullah SAW mempunyai 2 siwak - satu lurus dan satu lagi bengkok. Ketika ingin menghadiahkan pada sahabatnya - Nabi SAW memberikan yang lurus. Masalahnya bukan kepada siwak yang diberi kerana harganya pun tidak tinggi, tetapi nawaitu ketika memberi yang akan dihisab oleh Allah.

Ketika seorang peminta sedekah diberi sebiji kurma oleh Sy. Aisyah, berkata, Ya Ummul Mukminin, satu biji kurma sajakah? Sy. Aisyah mengatakan, Kamu tidak tahukah dalam kurma itu ada berapa ribu zarah? Allah telah beriman bahawa sesiapa yang berbuat baik sebesar zarah pun, dia akan mendapat ganjarannya. Beliau yang belajar terus dengan guru terbaik yakni Rasulullah SAW faham bahawa yang dinilai Allah bukan besar kecilnya pemberian tetapi niat ketika memberinya.

Jadi, pengajaran yang kita boleh ambil daripada ayat ini adalah:
  • Melatih diri agar ringan tangan untuk memberi
  • Dalam memberi, beri barang yang terbaik dan barang yang kita suka, yang kita perlu. Ini untuk menghakis sifat kedekut yang tidak boleh ada pada orang yang beriman pada Allah SWT.
  • Dalam hadis Nabi SAW bersabda, Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat kepada syurga dan jauh dari api neraka. Orang yang bakhil pula jauh dari syurga, dekat dengan neraka dan jauh daripada Allah SWT. Oleh itu, hakislah sifat kedekut pada diri kita dan kecintaan yang lebih kepada harta.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in